Minggu lepas berlangsungnya pertandingan ikon Kerja sempena hari kerjaya di sekolah kakak dan adik. Berbanding tahun lepas, sambutan hari kerjaya tahun ni lebih meriah.
Aku suka dengan inisiatif pihak sekolah
yang sediakan hadiah untuk pemenang pertandingan. Bukan apa, dah masuk hujung
tahun ni dan selepas UASA kedatangan murid ke sekolah semakin merosot.
Jadi, ini antara usaha pihak
sekolah untuk menarik minat murid supaya terus hadir ke sekolah. Cikgu-cikgu
war-warkan pertandingan dalam ‘group’ WhatsApp dan anak-anak juga diberikan
taklimat ketika perhimpunan.
Sokong Aktiviti Sekolah
Sudah menjadi kebiasaan, apa saja
acara yang dianjurkan oleh pihak sekolah, kami sebolehnya akan sokong anak
untuk turut serta. Tak lain tak bukan, nak beri pendedahan dan tambah pengetahuan
mereka. Bukan nak menang hadiah je.
Lagi satu aku selalu rasa kurang
senang kalau tiada sebab munasabah menghalang kami pasti sokong. Sebab apa tau
aku rasa sedih rasa usaha cikgu tak dihargai. Itu pendapat aku lah.
Selagi tak membebankan dari segi kos
dan cukup masa mesti akan sertai. Untuk pertandingan Ikon Kerjaya, syaratnya
mudah saja.
Murid harus memperagakan pakaian
kerjaya idaman dan menceritakan tentang kerjaya yang diperagakan.
Kerjaya Jimat Kos
Lepas berbincang dengan anak-anak,
kami pilih cita-cita yang tak memerlukan kos yang banyak kalau nak diperagakan.
Pendek kata gunakan apa yang ada dekat rumah.
Sebab utama, bukan pakaian je
yang akan dinilai tapi lebih kepada melatih ‘soft skill’ untuk buat
pembentangan tu. Anak-anak dapat belajar berkomunikasi dan bina keyakinan. Part
tu paling aku teruja.
Si kakak pilih kerjaya sebagai
seorang wartawan, manakala si adik memilih untuk jadi ahli sukan, Pesilat Negara.
Kakak pakai jaket abang dia waktu
kecil yang masih elok dan kami buat mikrofon daripada kadboard. Adik pula pakai
baju silat ditambah dengan hiasan yang dia menang Tunas Terbaik Putri semasa Kejohanan
Silat yang lepas.
Untuk pakaian aku tak sediakan
banyak prop pun, asal kemas dah cukup. Lebih aku tekankan untuk anak-anak cuba
hafal faham kerjaya pilihan dan hafal skrip persembahan.
Kerjaya Impian
Memang meriah waktu hari
pertandingan. Cikgu ada kongsi gambar dalam group whatsapp. Si kakak cerita, ada
kawan dia yang bercita-cita nak jadi pelakon.
Kelas si adik pula, kerjaya
impian paling jarang aku dengar iaitu juru kimpalan. Siap bawa aksesori dan menang
tempat pertama. Si adik rezeki menang tempat kedua. Alhamdulillah, kenangan yang
anak-anak akan ingat sampai bila-bila.
Untuk murid tahun dua, format pertandingan
agak mudah. Murid datang ke depan dan terangkan kerjaya pilihan masing-masing.
Kelakarnya cikgu ada kongsikan
video adik, dalam 10 ayat yang dihafal separuh je berjaya dipersembahkan. Gementar
punya pasal. Tapi mama tetap puas hati sebab berani mencuba.
Cara penjurian pula dilakukan
secara berperingkat. Murid bertanding di dalam kelas terlebih dahulu. Kemudian,
pemenang setiap tahap akan dinilai sekali lagi untuk membuat persembahan di
dewan di hadapan seluruh semua murid. Kriteria pemarkahan ditentukan oleh pihak
guru.
Cerita si kakak, persaingan dalam
kelas dia agak sengit. Maklumlah murid tahap dua. Masing-masing berani menunjukkan
kebolehan membuat pembentangan.
Peringkat akhir, pemilihan pemenang
berdasarkan keupayaan murid memainkan watak berdasarkan kerjaya pilihan
masing-masing. Cikgu memberikan tugasan dan mereka diberi masa untuk mencari
idea.
Tugasan kedua kakak ialah
melakonkan watak seorang wartawan yang menemuramah guru cemerlang. Alhamdulillah,
kakak terpilih sebagai pemenang tempat pertama.
Usaha Dulu Dan Baru Capai
Dari dulu aku tekankan pada
anak-anak, supaya terbuka untuk cuba sesuatu yang baharu. Letak target dan cuba
capai. Sebelum tu berusaha dan buat yang terbaik.
Menang atau kalah perkara kedua. Paling
penting proses yang anak-anak lalui tu mematangkan mereka.
Benda bukan senang nak belajar
kawal rasa gementar, nak berkomunikasi dan tampil bercakap depan orang ramai. Bersyukur
sangat Allah temukan anak-anak dengan guru-guru yang tak pernah bosan mendidik dan
banyak berkorban.
Hanya Allah je yang mampu balas
jasa mereka. Alhamdulillah atas setiap
peluang dan pengalaman. Mama doa supaya Allah sentiasa memelihara, melindungi
daripada segala keburukan, mengurniakan kesihatan yang baik serta membentuk
mereka menjadi insan yang berilmu, berakhlak mulia dan sentiasa merendah diri.
Harapnya kemanisan yang dirasai menjadikan kami lebih bersyukur dan bukan merasa lebih baik daripada orang lain. Semoga setiap kebaikan yang aku kongsi memberi manfaat dan inspirasi buat yang membaca.
Apa pun pencapaian yang
diperoleh, semoga Allah sentiasa memelihara anak-anak kami, menjauhkan mereka
daripada perkara yang tidak baik dan mengurniakan kesihatan serta akhlak yang
baik.
Apa yang baik datang daripada Allah, dan segala kekurangan adalah daripada kelemahan kami sendiri.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.
Terima kasih sudi comment.