Resepi Cekodok / Cucur Ikan Bilis Sempoi Rangup Diluar Lembut Di Dalam

Amboi resepi cekodok pon nak up kat blog hahhaa. Biarlah. Ini untuk rujukan masa akan datang.
Nanti aku dah tak ada anak aku boleh refer blog aku je kalau nak masak. Ingat ye anak-anak.

Macam aku sekarang, aku dah start buat video resepi mak aku. macam interview la. Aku tanya mak aku jawab. Comel je mak.  Sebab aku selalu lupa kalau setakat tulis pastu hilang tah mana resepi.

Kali ni nekad nak simpan sebagai resepi warisan. In sha Allah.

Resepi Cekodok / Cucur Ikan Bilis Sempoi Rangup Diluar Lembut Di Dalam


Ok kali ni nak share resepi cekodok atau orang panggil cucur ikan bilis rangup diluar lembut didalam. Ini berani nak share sebab pada usia 31 tahun baru berjaya buat cekodok yang disukai suami dan anak.

Bahan-bahan main agak-agak je:

8 sudu besar tepung gandum
1 cawan Air sejuk (air peti ais)
Garam secukup rasa
Satu sudu kecil soda bikarbonat.
Ikan bilis tumbuk jangan sampai hancur. Letak la berapa banyak suka.
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara:

Campur semua bahan dan gaul sebati. Adunan seeloknya jangan cair sangat. Rehatkan adunan selama 5 minit dan goreng bila minyak dah panas.

Tips:

Bancuh guna air sejuk.
Bila menggoreng Minyak kena betul-betul panas.
Makan cicah dengan kuah gulai lemak/ kari/ sambal sardin


Honest Review Experience Guna GraBCar

As Salam.

Nak share pengalaman gunakan service GrabCar. Baru first time book guna apps dia tapi dah naik lebih 5 kali sebab driver Grabcar budak sebelah bangunan office aku je. 

So deal thru whatsapp aje. Kalau tak emergency aku tak guna la GrabCar.
Pengangkutan utama aku ke tempat kerja memang la bergantung serratus peratus kepada pengangkutan awam. Pengguna tegar. Guna LRT then bus atau taxi.

Syoknya GrabCar ni rate dia dah bagitahu siap-siap. Up to customer nak teruskan booking or tak. So once dah book rate dia tak ada la harga tambang naik even lalu bad traffic jem. 

#HonestReview experience guna GraBCar

Fare agreed awal-awal so customer rasa tak ditipu. Itu yang aku nak elak. Kalau naik taxi ni kan ikut meter dan jarak. Kalau jem memang menangis la nak bayar. 

Nak pulak jalan ke office aku memang sekarang macam zon berperang. Orang korek sana sini. Jentolak, jengkaut semua ada. Jem tak hingat.

ihsan google image


Pernah banyak kali, driver taxi sengaja drive slow-slow. Ya Allah, menyirap aje. Apa boleh buat. sedapkan hati fikir itu rezeki dia.

Ok untuk newbie yang tak pernah guna GrabCar:

Sila install GrabCar – sign up guna email/phone number then boleh guna dah.

Sila isi pick up location dan drop off. Nanti dia bagi estimated fare. Then click button Book tu nanti system akan cari nearest driver yang ada.

Contoh: aku ke KL Sentral estimated fare RM13
ini contoh aku nak ke office. Dia dah bagitahu profile driver, fare. 
Next bila ada driver accept request then system akan notify kita driver yang pick up kita. Siap detail, gambar, jenis kereta, dan ETA. Boleh tengok kat phone lagi berapa lama driver nak sampai.


Waktu ni bukan waktu puncak. Tak lama tunggu pon. 

Dah sampai korang naik jela. Bayar dan resit akan di hantar ke email kita.
In sha Allah selamat.

detail resit bagus kalau nak claim 

Sekadar tip: Kalau takut jangan lupa screenshot driver detail dan share dengan orang terdekat. Notify kita dah naik dan bila selamat sampai maklumkan juga.

ini aku cuba hari berikutnya. masa ni hujan. jadi mahal. 

info tambahan, hari kedua aku sengaja test grab car untuk lokasi yang sama, fare dia naik dari RM6 ke RM11 sebab high demand. itu pon system notify: High Fare due to High demand. Kebetulan pagi tu hujan, tapi taxi banyak so aku naik taxi la. 

Alhamdulillah tak jem dan tak cekik darah. Sebagai pengguna pilih la service yang mengguntungkan dan selamat ok. Pilihan di tangan anda. Sila jadi bijak. 

Ok itu sahaja. Moga bermanfaat.


Resepi Kek Butter Yang Sedap Simple Nak Buat

As Salam,

Sebelum ni kemain takut kalau anak sebut suruh buat kek. Mak tak ada bakat nak. Mak kalau suruh memasak ni mak memang gigil. Lain betul perangai mak kau ni dengan wan kamu. Wan sebut je apa semua terus tersedia. Hahhahah.

Sampai la Raya Haji lepas mak nekad nak makan kek air tangan sendiri. kebetulan blogger masakan Azlita up resepi kek butter simple macam masak nasi. Itu yang berani mak nak cuba.

Resepi Kek Butter Yang Sedap Simple Nak Buat

Alhamdulillah menjadi. Sedap. En suami siap cakap, lepas ni boleh beli mixer yeayyy.

Bahan A
250 gm margerine planta
50 gm butter
150 gm gula halus atau gula kastor
100 gm gula icing

Bahan B
250 gm telur ~ Tanpa kulit
1/4 sudu teh esen vanilla

Bahan C
250 gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder
* Satukan bahan ini dan ayak

Satukan bahan A dalam mixer
Putar adunan bahan A hingga creamy atau putih pucat
Masukkan telur satu persatu dan terus putar hingga sebati
Tambahkan esen vanilla gaul rata

Tuangkan tepung yang sudah di ayak sedikit demi sedikit dan pukul dengan speed perlahan

Untuk kek butter pandan, bahagikan adunan kepada 2 bahagian yang sama banyak
1 bahagian, letakkan pandan emulco dan pewarna hijau
1 bahagian lagi biarkan plain ( kalau nak letak warna lain pun boleh )
sedikit badam keping untuk hiasan

Tuangkan 1 lapisan plain / putih dahulu ~ ratakan
Kemudian tuangkan lapisan pandan ~ ratakan
Tuangkan lapisan putih ~ ratakan
Tuangkan lapisan pandan ~ ratakan
Akhir sekali ambil belakang sudu dan swirlkan adunan
Taburkan dengan badam untuk hiasan atas

Bakar adunan kek dalam oven yang telah di panaskan 15 minit awal dengan suhu 160 C api atas dan bawah selama 45 minit. 






IKEA & Birthday Celebration Goodies Bag

Mata tak boleh nak lelap so terasa nak share kenangan yang harapnya nanti masa akan datang di izinkan tuhan aku boleh baca semula dan tersenyum.

Petang tadi 1st time jejak kaki ke Ikea Cheras. Ramai orang. Tapi masih ok compare to Ikea Damansara. Besar..bersih dan baby friendly. Selesa dan bersih baby room and tandas dia.

Bila masuk situ semua barang nampak perlu beli. Nafsu. Alhamdulillah tak teruk damaged tadi. Nanti nak kena repeat sebab hajat nak beli hiasan rumah tak tercapai. Rambang mata.

Kisah celebration birthday Ikhwan Hafeez yang ke 5 masih belum tamat. Konsep dia celebrate 5 tahun sekali. Jimat duit kih3.

IKEA & Birthday Celebration Goodies Bag

Dah berniat nak sedekahkan something kat anak-anak HUFFAZ so sempena cuti panjang keluar la mencari barang-barang. Rasanya setiap kali keluar Ikhwan sendiri yang akan ingatkan dan tanya dah beli ke belum.

Alhamdulillah.

Sepanjang proses memilih, menyusun, membungkus, semaksima mungkin aku libatkan dia. Biar dia belajar. Biar dia pandai berdikari.

Dan pelajaran untuk kami as parent jugak. Keluar cari barang dengan anak kecil memang perlu kesabaran paling tinggi. Perlu ready mental fizikal. Perlu banyak pit stop. Sekejap nak ke tandas..sekejap nak susu..sekejap nak berdukung. Lama sikit lapar pulak. Dan proses tu berulang sampai barang-barang yang dicari dijumpai.

Senyum sendiri bila fikir semula.

Moga nanti bila kami dah tua anak-anak mampu melayan..mampu menahan..
mampu bersabar dengan karenah kami. Moga Allah izinkan.

Biasala kalau menaip waktu malam ni emosi lain sikit.

Pernah baca kalau kita nak ajar kita bertanggungjawab terutama anak lelaki belikan dia binatang peliharaan. Biar dia mula belajar apa erti tanggungjawab. Dan aku pilih guinea pig. Ikut pilihan Ikhwan dia nak hamster. Hamster kecik sangat. So guinea pig ni sedap la kalau nak pegang. Kami kasi nama Lulu. Semoga jodoh panjang dengan Lulu.

In sha Allah.


Welcome our new family member.. Lulu




Menu Malam Raya AidilAdha

 As Salam,

Ini cerita malam sebelum Hari Raya AidilAdha. Malam yang sepatutnya jadi malam ‘mantai’ bertukar jadi malam makan dengan tidur perut kekenyangan.

Ini husband aku yang ajar. Sebelum kahwin aku tak pernah guna istilah tu. mantai refer to hari orang bersibukkan menyediakan juadah dan persiapan lain menjelang hari raya.

Janji macam biasa lepas makan malam akan start masak juadah Raya. Lepas tu ke bulan sudahnya. Kenyang sampai hilang mood nak buat kerja.

Alasan.

Menu Malam Raya AidilAdha

Oleh sebab zam yang teringin nak makan kambing so dia la yang beli and masak. Konsep dia siapa teringin dia yang buat from A to Z.

Tapi sepanjang dia memasak, start dari potong-potong sampai campurkan perencah buat aku banyak kali urut dada.

Ambil gula pastu tak tutup penutup dan tak masukkan semula ke tempat asal. Tak apa sabar.
Guna pinggan dan letak dalam sinki. Sabar lagi.

Sabar..sabar..sabar.

Sampai habis makan sudahnya gula tak tutup lagi. Hahhaha. Ini tak boleh jadi.
Aku ada satu penyakit kalau dah ambil sesuatu barang kena letak tempat dia semula. Sebab nak masak yang lain pulak. kalau biarkan mau menggunung barang-barang.

Serabut depan mata.

Dapur je. Bahagian rumah lain aku maafkan lagi. Sebab aku pon buat. Lol.
Memandangkan masih lagi belajar konsep toleransi dan sabar maka apa yang dia buat aku tolong simpan dan kemaskan.

Kalau ikut sejarah darah muda; lama dah kena sound. Ahhahaha.

Tapi kang kalau sound dah dia tak mau masak sampai bila-bila. Aku jugak yang rugi.
Jadi mempersembahkan makan malam sebelum Raya:


Kambing bakar + salad + fries + buah Tembikai. 


Alhamdulillah untuk rezeki. 

Review Buku Tarbiah Sentap

Kisah jumaat penghulu hari. Rasa seronok bila start pagi dengan surah Al Kahf. Perasaan dirahmati Allah tu semacam. Nikmat tu bahagia. 

Alhamdulillah terima kasih Allah. Walau untuk perkara-perkara kecil untuk buat aku rasa gembira.
Pagi- pagi terbaca entry blogger jual caserole set [6 piece], Design: Rosetta yang kalau kat luar harganya RM629 dan dia let go RM350 (save almost 50%!). Reason of selling -unwanted gift/contest prizes.

Follow blogger ni sebab kagum dia selalu menang hadiah kalau join contest. Tak menang besar atleast ada jugak dia menang hadiah saguhati. 


Buku Tarbiah Sentap

Kalau aku jangankan contest, lucky draw pon mengecewakan.
Aku memang mengidam mangkuk gini. Bagai orang mengantuk disorongkan bantal terus mesej beli dan buat bayaran.




In Sha Allah nanti nak pick up kat rumah dia, dia bagi lagi discount RM50 sebab collect sendiri. Ya Allah happynya. Beli je dulu mesti guna nya, bisik janji pada diri sendiri. 

Hahhaha janji-janji berterbangan bebas di angkasa. Moga janji di tepati.

Lepastu tengahari pergi shopping happykan diri kat bangunan sebelah office je. MPH. Shopping buku ni memang berhantu sikit. Genre yang jadi igauan skang dakwah, tarbiyah, motivasi dan art.

So far itu jela terapi buat masa sekarang. Cuba cari masa untuk diri sendiri tapi masih belum punya rezeki. 



aku dah khatam buku ni. 10*


*sedikit pesanan. semua patut baca buku Semusim di Barzakh in sha Allah dapat kembali ke pangkal jalan.
*Tarbiah sentap aku baru nak mula. Dah ada sampai siri ke 3 pon. 
* melukis & mewarna tak ada bakat main so main sambung-sambung titik pon jadila. 
*image semua ihsan google

Resepi Unbaked Strawberry Cheese Cake Mudah

Sempena Hari Raya Haji yang bakal menjelma ni aku nak share satu resepi dessert yang senang dan berbaloi dibuat. 

Siapa suka cheese dan memang selalu gagal bakar kek, sila cuba buat. Mudah sebab tak perlu dibakar.  Tak payah guna oven ya. 

Resepi Unbaked Strawberry Cheese Cake Mudah

Bahan-bahan yang diperlukan:

6 keping digestive biscuit or biskut merry or oreo
2 sudu Butter
Whipping cream kotak kecil
Cream cheese 250gram
3 sudu Gelatin
5 sudu air panas
Yogurt strawberry
Buah strawberry
1 cawan Gula


Cara - Cara Membuat Unbaked Strawberry Cheese Cake Mudah


Hancurkan biskut sampai agak halus. Aku guna blender je.
Cairkan butter dan gaul dengan biskut hancur dan masukkan dalam Loyang.
Tekap bagi padat dan masukkan dalam fridge dalam 10 minit.

*guna loose Loyang base tin
*aku campur terlalu banyak butter jadi keras kematu biskut tu bila disejukkan.
*guna kertas minyak.

Blend whipping cream sampai kembang, kemudian masukkan cream cheese, yogurt,gula dan akhir sekali masukkan gelatin yang telah dikacau dengan air panas. Tuang adunan ke dalam Loyang. Untuk cantik susun hirisan strawberry di sekeliling Loyang.

Racik strawberry kecik2 dan campak ke dalam adunan. Dalam dua bijik kecik cukup.

*aku tersalah beli cooking cream. Masih sedap tapi kurang best la tekstur dia.
*jangan letak strawberry banyak sgt dan racik biar kecik sebab dia akan pecah belahkan kek kau. Buruk jadinya. Strawberry hiasan sila hiris senipis mungkin baru cantik.



titiskan dan sebelum lorek
hentam jela jadi corak apa pon

Untuk hiasan atas kek (refer gambar atas)

Racik strawbery, masukkan sedikit gula dan sedikit air. Masak sampai pekat. Titiskan di atas adunan dan lorekkan dengan pisau, lidi, chopstick atau apa-apa je alatan kau ada. 

Ikut creativity. Masuk dalam fridge semalaman. In sha Allah menjadi.


Selamat mencuba. 

Sambutan Hari Lahir 5 Tahun Ikhwan Hafeez

Peristiwa sambutan hari lahir ini adalah throwback masa cuti merdeka kami sekeluarga yang lepas. Oleh sebab hari ulang tahun anak sulung jatuh pada 1 September maka ambil peluang 31 Ogos untuk celebrate. 

Selalu orang buat late celebration, yang kami ni nak mengejar cuti umum jadi kita sambut sehari awal la ye nak. Kisah pulak dia kan? Lol.

Sambutan Hari Lahir 5 Tahun Ikhwan Hafeez

Sambutan hari lahir dia pun buat kecil je dan paling penting untuk keluarga kecil kami sahaja. Tak belikan hadiah apa pun sebab berlambak dah mainan dan buku-buku aku bagi. 

Nanti kalau ada keperluan kita beli lagi ye nak.




Lepas bincang dengan suami akhirnya sepakat beli makanan kegemaran kami satu keluarga. Kami beli set nasi KFC, kemudian beli belon helium, lilin yang macam bunga api tu dan aku buatkan dia kek. 

Gigih mak kau buat kek untuk kau nak. Kerajinan mana merasuk mama tak tahu. By the way, promosi dessert KFC Lemon Tiramisu amat tak kena dengan tekak aku. spoil.

Kejutan Untuk Anak Bujang


Semestinya kejutan yang tak seberapa ni amatlah menggembirakan anak. Bila aku hidupkan bunga api dan nyanyi untuk dia lagi bertambah teruja. 

Senyum lebar sampai ke pipi kau. Tak cukup dengan dessert yang kecewakan hati aku, sehari lepas tu aku buat strawberry cheese cake, untuk Ikhwan tapi ikut selera aku. hahahhaha. 

Betul la orang cakap, bila jadi mak ni segala benda yang tak reti akan mak usahakan untuk jadi reti.

Terlebih rajin maka terhasil lah strawberry cheese cake ituh. Resepi unbake Cheese Strawberry cake ada aku kongsi dalam blog.  Simple sangat kalau nak buat.

Mama and abah and raudah doakan Ikhwan jadi anak soleh. Cergas fikiran sihat tubuh badan. Terhindar hasad dengki, sihir dan dimurahkan rezeki. Moga Allah panjangkan jodoh kita sekeluarga. Aamiin.

Panjang lagi perjalanan kamu nak, ni baru lima tahun. Mama harap Allah panjangkan umur kita sekeluarga. Rasa macam baru semalam lahirkan awak. 





Bila Waktu Sesuai Mohon Cuti Sebelum Bersalin?

Aku dah la gunakan pengangkutan awam pergi kerja plus aku memang kena banyak berjalan dari train ke rumah pengasuh. Buatnya aku bersalin kat tengah jalan kan naya. 

Kalau ikut tarikh jangkaan bersalin adalah pada 20 May 2016. Memang aku pon pening bila la patut aku mula bercuti. 

Aku dah la gunakan pengangkutan awam pergi kerja plus aku memang kena banyak berjalan dari train ke rumah pengasuh. Buatnya aku bersalin kat tengah jalan kan naya. 

Kang keluar nama siti jalan or mat jalan kang hahahhaha.
Kalau ikut pengalaman anak pertama, aku bersalin lepas masuk minggu ke 39. Anak kedua ni tak boleh nak jangka pulak, sebab tanda-tanda nak bersalin pon agak lain.

Bila Waktu Sesuai Mohon Cuti Sebelum Bersalin?

Fikir punya fikir, dan setelah mendapat nasihat daripada doctor maka aku decided nak bercuti 3 minggu awal. 

Memang kebetulan cuti umum banyak kalau tolak-tolak dalam 2 minggu kerja je. 
Masuk je 36 minggu aku jumpa Doc Zana. Since anak kedua. Doc kata jalan tu dah mudah so kebarangkalian bersalin awal tu tinggi. 

Tak elok bahayakan kesihatan ibu dan anak aku dapat surat pengesahan doctor.
Jadi nasihat aku untuk siapa yang masih buntu tu, selain dari dengar pendapat doctor, factor macam; kesenangan nak pergi ke hospital dari office/ tahap kesihatan/ dan toleransi kerja di pejabat perlu la di ambil kira. 

Kalau boleh kerja dari rumah lagi bagus. Tapi dalam keadaan sarat rasanya selera bekerja tu merudum dah kot.

Bila dah bercuti mula la bosan sebab anak tak bagi tanda pon nak keluar. Sehari bagai setahun hahahhaha.

Dan akhirnya anak aku selamat keluar ke dunia selepas 39 minggu di dalam perut. 
Alhamdulillah. 

Kalau ikut tarikh jangkaan bersalin adalah pada 20 May 2016. Memang aku pon pening bila la patut aku mula bercuti. 

Anak Tanya Apa Itu Kiamat?

Malam semalam sebelum Ikhwan Hafeez terlelap dia sempat cakap kat aku, kawan dia nama Qaseh umur 6 tahun cakap Kiamat berlaku pada hari Jumaat. 

Terpegun sekejap. Aku tanya Ikhwan tahu ke kiamat tu apa? Dia geleng. Lepas tidurkan Raudah Sakinah, aku bercerita sikit pasal kiamat. Kang cerita yang heavy panjang pulak sudahnya tak paham.

Aku cakap kiamat ni bila Allah suruh Malaikat letupkan bumi, matikan semua manusia, binatang dan semua yang ada atas bumi. Mama mati, abah mati, adik, semua akan mati.

Allah tak bagitahu bila akan berlaku tapi Kiamat berlaku pada hari Jumaat. Lepas semua mati Allah akan panggil semua makhluk. 

Yang buat baik, tolong ibu bapa, solat semua duduk sebelah kanan. Yang jahat, tak dengar kata-kata, tak solat akan duduk sebelah kiri.

Anak Tanya Apa Itu Kiamat?

Nanti Allah panggil, wahai yang kanan marilah masuk ke syurga. Wahai yang kiri masukla ke dalam neraka.

Terus Ikhwan menangis, sedu sedan. Aku tanya kenapa? Dia takut. Bila sebut semua akan mati dan pasal Syurga Neraka. Aku mula explain hal syurga neraka dari dulu lagi. Pasal aurat. Dia paham agaknya.


Maha Suci Allah, kecil je teguran Allah bagi tapi kesan mendalam kat diri sendiri. Malu. 

Google image

Pengalaman Anak Terkena Penyakit Berjangkit HFMD

Minggu lepas kami suami isteri terpaksa ambil giliran cuti untuk jaga anak sakit. First time anak kena penyakit berjangkit hand foot & mouth disease (HFMD). 

Sebelum ni aku tahu penyakit ni hinggap dekat lembu je. Hahhaha. Risiko penyakit ni untuk kena adalah tinggi kalau anak tinggal di taska. Anak aku tinggal di rumah pengasuh pun boleh kena. Isk isk isk.

Tapi sekarang penyakit dah tak kenal tempat dan siapa mangsanya. Silap sikit je rasakanlah. Oh anak aku berusia 5 tahun ya. Termasuk dalam golongan berisiko tinggi. 

Pengalaman Anak Terkena Penyakit Berjangkit HFMD

Aku ingat lagi, last anak aku berhubungan dengan dunia luar ialah masa kami shopping groceries dekat Aeon Wangsamaju. Memang ramai gila orang masa tu.

Seperti biasa kalau shopping akan suruh dia duduk dalam troli. Untuk mudahkan nak jaga dia bila dekat luar. Tapi dah rezeki nak terkena kan? 

Dah perasan dia dah lembik badan tak larat jalan. Malam tu dia start demam dan merengek. Aku lap badan dengan kain basah. Suhu masih terkawal. Pagi esoknya terus bawak jumpa doctor. Sah kena HFMD.


Pengalaman-Anak-Terkena-Penyakit-Berjangkit-HFMD


Tips Penjagaan Anak Terkena Penyakit Berjangkit HFMD


Doctor punya explanation macam sudah tiada peluang untuk hari esok. Buat cuak aje. Menjaga anak yang kena HFMD memang mencabar jiwa dan raga. Puas la aku google do & don’t.

Punca : virus yang cetuskan penyakit ini biasanya ialah Coxsackie A16, dan virus lain seperti virus coxsackie A atau enterovirus 71. [hanya penyakit yang disebabkan oleh bacteria sahaja yang diberikan antibiotic tetapi virus adalah tidak].

Tempoh sakit: virus akan stay dlm dua hingga enam hari, ulser hingga hari ke tujuh, dan blister/ lepuh sampai ke 10.

Tanda: demam panas [39c], blister/lepuh, ulser, sakit tekak dan kepala.


Penyakit-Berjangkit-HFMD



Tips penjagaan; jaga kebersihan, sentiasa cuci tangan, asingkan pakaian dan tempat tidur. Kuarantin.
Apa aku buat sepanjang jaga Ikhwan adalah utamakan kebersihan dan memang aku paksa makan dan minum. 

Risau jangkit ke adik dia yang baru 2 bulan tu. Alhamdulillah dah sihat after seminggu. Siang aku focus kepada Ikhwan dan malam aku jaga baby. Suami jaga Ikhwan.

Tips lain: sakit ni kena monitor demam/selesema/batuk. Berpotensi demam dengan suhu tinggi secara mengejut. Kalau demam tinggi bahaya boleh lead to sawan. Selesema pulak boleh bahayakan paru-paru.

Tips pujuk minum/makan: bagi anak minum guna straw. Untuk ulser aku beri ubat jel dibekalkan oleh klinik. Setiap kali nak telan setiap kali tu suruh sapu. 

Aku ada beli spray sebagai tambahan tapi Ikhwan lebih prefer gel picit. Sebelum letak kasi demo kat anak supaya anak tak boleh kelentong kita kata sakit or tak sedap.


Anak-Terkena-Penyakit-Berjangkit-HFMD



Letak air sejuk [kurangkan pedih] dalam bekas dan kena ada target untuk habiskan. Bercerita dengan anak or berlumba siapa habiskan air dahulu dapat hadiah. Trick ni berkesan.

Buat agar-agar or jeli yang lembut dan bagi makan bubur. Ikhwan bosan minum air kosong so aku buat air sirap kurang manis so baru dapat tarik minat dia.

Apa-apa pun make sure anak aktif, makan dan minum. Gembirakan la hati dia supaya cepat sembuh. Alhamdulillah blister Ikhwan tak teruk mana so aku hanya focus pada demam dan ulser sahaja. 


Review Philips Steam Generator Iron

Assalamualaikum. Sejak aku kecik memang selalu aku berangan nanti dah besar nak rumah besar, TV besar, peti ais besar. 

Pendek kata semua besar. Pastu alat-alat elektrik dengan perabot semua canggih dan mahal.  Begitu sekali impian tapi tak pernah terfikir pon mampu ke nak dapat? 

Dah besar, berkahwin dan menjadi mak orang ni aku slow-slow cuba penuhi impian tu.

Review Philips Steam Generator Iron

Baru-baru ni setelah sekian lama aku pendam dan baca je status kat FB orang beli iron Philips kegilaan wanita-wanita seluruh dunia (over) akhirnya dapat juga aku hadiahkan Philips Steam Generator Iron GC9622 + Free Iron Board (400g Steam Boost) untuk diri sendiri. 

Alhamdulillah.



Aku tak yakin nak join kutu kat FB beli iron ni so kumpul la duit sendiri. dengan prinsip, sikit-sikit akhirnya cukup jua tabung.

Sebelum aku ni aku dah pernah beli steam iron yang sangkut tinggi tu, pakai dua tahun pastu kecundang siap tangan kena wap panas. 

Pernah guna Iron biasa mak-mak kita dulu pastu pernah terpengaruh beli iron yang orang promote kat shopping mall tu. macam travelling iron.  Tapi tak practical langsung dan mahal.


ni la iron yang aku terpengaruh tu.


Sepanjang 5 tahun kahwin, suami iron sendiri baju and seluar kerja sebab aku tak suka iron kemeja. Boleh buat aku stress. Migraine ok. tapi sekarang dengan rela hati aku ironkan. Suami juga tersenyum gembira. Hahhahah.

Iron Philips ni ringan, board besar gedabak senang nak iron, pastu tak yah nak beria gosok. Cepat je hilang kedut. Shawl dua muka pon kacang aje nak iron. Semua jenis kain amatlah senang digosok tanpa risau terbakar.  

Aku memang sangat-sangat setuju kalau korang beli iron Philips ni. Memudahkan kerja, jimat tenaga dan happy je bila iron baju anak dan suami. 

Seminggu punya baju untuk aku dan suami tak sampai sejam nak kena berdiri. Jimat tenaga, jimat elektrik, sihat tubuh badan dan berganda pahala tolong iron baju suami.

Lepas ni menabung untuk penapis air beralkali. Dah aim brand yang aku suka. So jom start menabung.









Hokkaido Baked Cheese Tart Yang Sedap

Tadi ada urusan di KLCC, masa nak touch card ke arah train ternampak satu booth kecik tengah jual tart.

Nama tart tu ialah Hokkaido Baked Cheese Tart. Nak tahu lebih lanjut sejarah semua boleh baca kat website dia.  

Cantik je susunan tart tu seolah-olah memanggil suruh dibeli. Hiihihih. Aku memang suka makan tart. Kalau pergi bakery mesti cari Portugese Egg Tart. Rasa lemak-lemak dia yang buat termimpi-mimpi.


Hokkaido Baked Cheese Tart Yang Sedap

Amboi over explain pasal tart hahahhah. Sesuai sangat untuk siapa gilakan cheese sebab dia letak 3 jenis cheese dalam tu.

Memang lemak berkrim. Boleh dimakan ketika hot, frozen [rasa macam ice cream], chilled or room temperature.

So far aku suka masa dia warm2 gitu..cheese cair. Meleleh.

Kedai dia di Malaysia ni ada kat Avenue K, Berjaya Time Square, Sungei Wang Plaza and later dia nak buka kat Sunway Pyramid.

Untuk satu tart dia jual rm5.80. beli 6 dapat lagi murah. Jadi boleh cuba beli dan rasa. Pasti puas hati.