Kereta Baru Beli Dah Kena Langgar

Sengaja aku kongsi dalam blog dengan tujuan bila aku kelak aku akan ingat kejadian yang berlaku ni. 
Gambar dibawah adalah kesan kejadian kereta di langgar oleh budak flat Wangsamaju. 
Masa ni kami rezeki kami masih menyewa di Flat Wangsamaju Seksyen Satu. Anak baru satu, Ikhwan baru dua tahun. 



Kereta Baru Beli Dah Kena Langgar

Kisahnya pagi Ahad, 22 September 2013 jam sekitar 4.00 pagi. Mangsa adalah kereta baru kami  (Perodua Alza) yang dibeli semasa Aidilfitri lepas.

Orang kata bau kilang masih ada la. Ditakdirkan harta dunia kami telah dilanggar oleh budak sekolah atau dah tak sekolah berumur 16 tahun yang katanya nak elak langgar lubang di jalan. 






Yang hairannya, apa budak sekolah ty buat jam 4 pagi dekat luar? Patutnya dia di rumah. Bawak motor laju dan langgar kereta orang pula tu. 

Kami parking di tepi jalan, boleh nampak dari tingkap rumah. Begitulah kalau duduk di kawasan flat. Tiada parking khas disediakan.  

Kereta tu kemek dan teruknya tu sampai tahap sakit hati nak pandang. Dimasukkan ke workshop perodua dianggarkan dua minggu lagi baru dapat berjumpa. 

Kos selepas siap dibaiki dalam enam ribu ringgit claim Insurance. Patah kaki la kami selama dua minggu. Bayangkan segala urusan dan kesusahan tanpa kereta. 












Selain kemek nombor plat pon tercabut. Tak terbayang betapa kuatnya budak tu menghentam kereta kami dengan motor dia. 










Terperanjat Tak Sangka Kereta Kena Langgar


Mujur pagi tu jiran ada kenduri kahwin, diaorang berjaga untuk pasang khemah kenduri. Masa kejadian lepas dengar je bunyi dentuman, terus berkejar tengok. 

Macam biasa bila bersalah memang budak tu nak larikan diri. Seorang kawan dia jatuh dan lutut berdarah. 

Boleh plak yang bonceng tinggalkan kawan. Lepas kena tangkap baru budak tu menyerah diri. Jiran ketuk pintu rumah dan Zam turun selesaikan. 

Jantung berdenyut-denyut turun bawah. kejutkan Ikhwan. Ikhwan kata car koyak. adoi. Tapi kami tak la melatah. Entah apa yang menahan kami dari terus marah-marah. 

Orang ramai kerumun tunggu Suami naik tangan. Yang lain nak tumpang belasah.  Ikutkan memang dah lama orang dendam dengan budak-budak yang selalu buat masalah ni. 




Budak-Budak Bermasalah - Salah Siapa?


Bawak motor laju-laju, buat Superman la, pacak motor la. Masa proses nak selesaikan  pergi rumah mak budak tu dengar la perbualan mereka. 

Abang dia sempat marah-marah kata budak tu ambil ganja. Budak bermasalah dalam keluarga. Aku kasihankan masa depan dia. Kasihan kan mak dia. Moga dia dapat petunjuk. 

Tapi dasar tak sedar di untung. Bila buat laporan Polis mereka berdalih dan bermacam alasan diberi. Macam dah biasa lari dari masalah mereka terlepas. 

Apa kami buat? Berserah pada Tuhan. Sungguh hati tak kuat tapi kami yakin Allah sebaik-baik Perancang. Hukuman? Tunggu Allah hukum kau. 

Banyak yang kami belajar dari kejadian ni. 


Standing Instruction Pembayaran Kereta Bank Muamalat

Standing Instruction Pembayaran Kereta Bank Muamalat

Untuk pembayaran bulanan pinjaman kereta aku dan suami pilih Bank Muamalat (BMMB) sebab masa tu aku bekerja dan BMMB offer rate yang bagus untuk syarikat aku. 

Sewaktu tandatangan perjanjian, staff BMMB advise untuk aku buat Standing Instruction (SI) supaya urusan bayaran lebih mudah. 

Standing instruction juga adalah untuk elak aku lupa bayar pinjaman. Kiranya pinjaman automatik ditolak pada setiap bulan.

Ini pertama kali aku buat SI jadi banyak benda yang aku masih kurang arif. Aku memang ikut bulat-bulat apa yang staff tu advise la.




Apa itu Standing Instruction atau Arahan tetap?

Aku kongsikan Standing Instruction atau Arahan Tetap untuk Bank Muamalat dan tak semestinya bank lain pun buat benda yang sama ya. Lebih baik rujuk bank untuk terma dan syarat.

Standing Instruction atau Arahan tetap merujuk kepada cara membuat pembayaran automatik sejumlah tetap untuk pinjaman, bil atau kredit kad pada waktu yang sama (minggu/bulan). Pembayaran boleh dilakukan dari akaun simpanan atau cek. 

Selalunya orang guna standing instruction untuk bayar pinjaman kereta, gadai janji, dan bil utiliti. Ada caj tertentu yang dikenakan oleh bank dan setiap bank caj amount yang berbeza.



Proses Apply Standing Instruction

Berbalik kepada kisah aku buat Standing Instruction dengan BMMB, aku berurusan dengan Bank Muamalat cawangan Taman Melawati. 

Sebelum meneruskan cerita, entri ini bukan nak aibkan sesiapa cuma nak kongsi pengalaman supaya orang lain boleh amik langkah sepatutnya, menjimatkan masa, dan terhindar dari stress.

Masa submit pinjaman kereta, aku juga isi borang untuk SI sebab aku nak elak terlupa bayar. Masa tandatangan perjanjian jual beli kereta semuanya ok. Pinjaman lepas. 

Oleh sebab siang aku bekerja, jadi jumpa dengan sale officer tu pada waktu malam. Waktu tu bulan Ramadhan jadi agak tak selesa keluar malam hari. 

Tapi demi melancarkan urusan aku setuju je lah. Tak lama lepas tu aku terima panggilan dari staff bank dan cakap borang SI aku di tolak oleh HQ BMMB kerana masalah bahagian SIGNATORY.

Rupa-rupanya signatory aku tak serupa dengan signatory masa aku buka akaun dengan BMMB satu ketika dulu. Waktu tu aku dah frust sebab mana aku ingat signatory zaman tok kaduk tu woi.




Sekali lagi aku jumpa staff bank tu dan dia terangkan sebab musabab. Dari sabar terus hilang sebab staff tu bagi aku beberapa form untuk aku sign. Kira macam ikut nasib la dia akan submit beberapa form ke HQ.

Aku ada la pertikaikan tiada solusi lain ke contoh submit lampiran buku akaun ke. Aku expect staff tu akan bagi solution. 

Tapi tidak ya, dia nekad suruh aku balik dan practice untuk tiru signatory. Oleh sebab dah frust aku ikut saja kehendak dia.

Selepas beberapa hari sekali lagi terima call dari bank dan kali ini aku dikehendaki untuk pergi ke HQ BMMB dan buat update signatory. Sengal terasa disitu ya. Lebih baik staff tu advise aku dari awal untuk terus ke HQ sahaja. Buang masa dan tenaga sungguh.


Kesimpulan

Alhamdulillah urusan di kaunter HQ smooth je. Hanya isi borang untuk update signatory dan selesai. Moral of the story, urusan Standing Instruction ni mudah sahaja. 

Untuk BMMB, apa sahaja urusan yang melibatkan Saving Account yang perlukan signatory perlu pastikan signatory sama masa buka akaun. If not jadi macam kisah aku la ye.

Update Julai 2020: Notis dari BMMB.

Mulai 1 Julai 2020, perkhidmatan Instant Bank Fund Transfer (IBFT) bagi Pindahan Dana (Fund Transfer) termasuk Arahan Tetap (Standing Instruction) ke bank-bank lain tidak lagi ditawarkan di i-muamalat.

Untuk membuat Pindahan Dana Antara Bank atau membuat Arahan Tetap yang baharu, boleh menggunakan perkhidmatan DuitNow atau Pindahan Segera (Instant Transfer).


Info Rawatan Terapi Sonotron & Lokasi

Selagi ada nyawa selagi tu tanggungjawab terhadap mak tak akan habis. Semalam balik dari Pahang terus ke rumah kakak di Puncak Alam. 

Berkumpul dan akak sulong ada cadangan supaya mak untuk cuba rawatan sonotron. Pertama kali dalam hidup aku dengar perkataan Sonotron. Today, google then ini dapat aku share. 

Info Rawatan Terapi Sonotron & Lokasi

"Rawatan Terapi Sonotron merupakan rawatan bebas pembedahan kerana dikendalikan secara luaran oleh pakar terapi. 

Terapi sonotron memberi kelegaan serta-merta tanpa penggunaan ubatan atau dadah. Menggunakan teknologi Amerika Syarikat, mengeluarkan PANCARAN DISCAJ KORONA BERFREKUENSI RENDAH (0.43 MHz)"

Info & lokasi Rawatan terapi Sonotron untuk Gout


Berdasarkan pembacaan, anda boleh mencuba rawatan Sonotron sekiranya mengalami: 
  • Stroke 
  • Gout
  • Asma (Lelah)
  • Bronkitis (terutama kanak-kanak)
  • Sakit Tekak/Batuk
  • Kayap/Ekzema/Kudis
  • Sakit Pinggang/Pinggul
  • Sakit siku/jari/lengan
  • Migrain
  • Angin ahmar (Strok)
  • Resdung
  • Sakit sendi lutut
  • Kaki terseliuh
  • Bengkak pada tapak kaki"
  • luka 
  • ulser
  • Masalah kulit/ jerawat

Pusat Terapi Sonotron Shafa Sri Gombak;


Rawatan sonotron diperakui selamat oleh pengamal perubatan. Ia tidak meninggalkan sebarang kesan sampingan, selain pesakit akan berasa lemah selama beberapa jam selepas jam menjalani rawatan. Bagaimanapun ianya hanyalah sementara dan pesakit akan bertambah pulih. insyaAllah. 

Oleh sebab emak aku menghidap penyakit Gout yang agak kronik jadi kami nak cuba sebagai ikhtiar. Tak takut sangat memandangkan cara rawatan hanya secara luaran. 

Boleh baca pengalaman aku bawa emak cuba rawatan Sonotron di Pusat Terapi Sonotron Shafa Taman Sri Gombak


Kos rawatan: 

Dari apa aku baca kos kebanyakkan dari range RM30 ke RM200 mengikut sesi. Setiap sesi dianggarkan selama 15-30 minit.  Kena kerap buat baru nampak hasil. 

Lokasi: Sila call dan buat appointment dulu lagi bagus. 


Pusat Terapi Sonotron Shafa  
Physical Therapist
Address: 57, Jalan SG 3/10, Taman Sri Gombak, 68100 Batu Caves, Selangor, Malaysia
Phone:+60 3-6189 0757
Facebook : https://www.facebook.com/Sonotronshafa1/

Durian Tunggal Melaka. 


Panmedic Sdn Bhd,
A-3-12, 8 Avenue PJ, Pusat Perniagaan Seksyen 8, Jalan Sungai Jernih 8/1, 46050, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
Tel: 60-3-7954 3622 
Fax: 60-3-7954 1622 

AN-NUR SPECIALIST HOSPITAL
No 14 & 16, Medan Pusat Bandar 1, Seksyen 9 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan
Tel: +603 8926 6060 | Fax: +603 8926 6067


Klinik Keluarga Dr Hj Mohd Khadzali
No. 3, Rumah kedai, Jalan AU 5C/K, Ulu Kelang, Ampang, 54200 Kuala Lumpur
03 - 41083716
Isnin – Khamis (9pagi-1tgh, 5ptg-7mlm, 8.30mlm-11mlm), Jumaat (9pagi-12tgh, 5ptg-7mlm, 8.30mlm-11mlm), Sabtu (9pg-1tgh)


Klinik Dr Fauziah, 
NO 15, JALAN 2A/1, OFF JALAN ULU YAM BANDAR BARU SELAYANG FASA 2A, 68100 BATU CAVES,
SELANGOR
Tell: 03-61890753. 
Klinik tu buka setiap hari kecuali hari Ahad.

Perkembangan Ikhwan Hafeez Menuju 2 Tahun

Assalamualaikum. Tadi blogwlaking dan terbaca kisah satu blogger cerita pasal perkembangan anak dia. Fuh terus seram sejuk dan gusar tak tentu hala. 

Mulalah perasaan tu nak membandingkan perkembangan anak orang dengan anak sendiri. Risau, almaklumlah anak pertama. 

Perkembangan Ikhwan Hafeez Menuju 2 Tahun

Ini namanya unnecessary stress. Gelakkan diri sendiri. Ikhwan Hafeez dah nak masuk 1 tahun 9 bulan. Ya Allah cepat betul dia membesar, rasa macam baru semalam lahirkan dia ke dunia. 

Jadi alang-alang tu aku pun semak-semak la apa patut aku tahu dekat website PAMA


Perkembangan Bayi 2 tahun



Perkembangan Kanak-Kanak 12 hingga 24 bulan


Senarai yang boleh ibu bapa beri perhatian jika umur anak mencecah 12 bulan sehingga 24 bulan. Ini adalah berdasarkan kajian, dan jika ada yang belum anak-anak mampu buat kena bawa bertenang. 

Setiap anak berlainan perjalanan mereka. 

Pada peringkat ini kanak-kanak biasanya sudah pandai berkata-kata. Contohnya. “Mana mama?”
- Ikhwan pandai sebut banyak perkataan dah Cuma belum pandai gabung dua perkataan.

Ketika bercakap, mereka akan fokus terhadap apa yang mereka cakapkan itu.  
- Kalau nak makan Ikhwan dah pandai amik alas tikar rasanya dia faham dan focus dengan perkataan yang keluar dari mulut aku.

Semasa membaca buku bersama, mereka akan turut menyebut nama objek-objek yang ada di dalamnya.
- Alhamdulillah Ikhwan akan cari dan selak halaman buku untuk tunjuk objek yang dia kenal.

Kanak-kanak dua tahun juga semakin pandai naik dan turun tangga.
- Masih lagi nak stabilkan diri. Setiap kali balik mesti nak naik tangga sambil aku pegang tangan. Sambil langkah dia sebut Allah. Comel.

Boleh membuka zip yang bersaiz besar.
- Ok lulus.
Sudah pandai melukis.
- Salah aku takut nak kasi dia main pen. Takut tercucuk mata. Pasni boleh beli dah colour untuk dia.

Semakin pandai memegang dan menggunakan sudu. Tip: Beri anak anda sudu dan garpunya sendiri ketika makan untuk merangsang kemahirannya memegang sesuatu benda.
- Ikhwan memang ada set pinggan makan dia. Nak belikan yang baru je pasni.


perkembangan Bayi menuju 2 tahun



Setakat ini Alhamdulillah. Dah ada ilmu kena amalkan. Baru anak satu camni tanggungjawab. Kalau anak sepuluh? Sepuluh kali aku kene monitor. 
Nak tengok perkembangan anak, kene tengok 5 asas utama iaitu perkembangan fizikal, bahasa, kognitif, sosial emosi dan estetika serta daya kreatif. 

1.    Perkembangan Fizikal
Si manja mengalami perubahan dari segi bentuk dan saiz; kebolehan mengawal pergerakan motor kasar dan halus serta koordinasi anggota badan. 
Motor kasar berkaitan dengan otot-otot kasar seperti merangkak, memanjat, berjalan dan berlari. Manakala motor halus berkaitan dengan hal yang menggunakan saraf seperti melakar dan melukis.
Tip rangsangan: Berikan anak kertas dan pensel warna. Biarkan dia melukis apa sahaja yang diingini untuk memupuk kreativiti mereka.

2.    Perkembangan Bahasa
Anak anda akan mengalami perubahan daripada tahap mengeluarkan bunyi-bunyian kepada penerimaan, kefahaman dan mengeluarkan kata-kata sebagai tindak balas kepada rangsangan. 
Dia akan belajar menyebut apa sahaja yang didengarkannya. Sama ada melalui percakapan ibu bapa, bahan bacaan yang dibaca kepadanya, menonton televisyen dan mendengar radio.
Tip rangsangan: Ajaklah anak menyanyi lagu dengan lirik ciptaan anda sendiri agar anak boleh belajar menyebut perkataan dengan betul. Misalnya,“Masa mandi, gosok gigi, gosok gigi, gosok gigi...baru bersih.”

3.    Perkembangan Kognitif
Ini bermaksud keupayaan kanak-kanak mengumpul maklumat dan menyelesaikan masalah. Perkembangan kognitif kanak-kanak berbeza mengikut tahap usia. 
Interaksi dan komunikasi orang dewasa dengan kanak-kanak adalah perlu. Kanak-kanak memahami dan akan belajar meniru sebutan berbahasa dengan betul setelah melakukan pengumpulan maklumat.
Tip rangsangan: Setiap kali melakukan sesuatu, beritahu anak apa yang anda sedang buat. Misalnya, “Mama nak buka lampu ni,” lalu tekan suis dan lampu akan menyala. Dengan cara ini anak anda akan memahami perbuatan tersebut.

4.    Perkembangan Sosial Emosi
Kanak-kanak mula belajar bergaul, berinteraksi dan meluahkan perasaan. Mereka semakin membesar dan pastinya perkembangan emosinya berbeza seperti gembira dan marah. 
Asuh kanak-kanak dengan mendengar perasaan yang diluahkan dan bimbing mereka ke arah emosi yang positif. Jangan dibiarkan menangis berterusan tanpa mengambil berat emosinya. 
Tenangkan mereka supaya tidak menangis berpanjangan. Minta mereka memberitahu masalah dan berikan dorongan atau pujian sekiranya mereka boleh menguasai emosinya.
Tip rangsangan: Galakkan anak berkawan dengan rakan sebaya agar dia pandai berkomunikasi dan bertolak ansur.

5.    Perkembangan Estetika dan Kreativiti 
Lihat kemampuan si kecil mengembangkan daya kreativitinya. Kemahiran ini diperoleh menerusi aktiviti dan projek berkaitan seni visual yang mengutamakan proses, berbanding dengan hasilan akhir. 
Proses ini mengaktifkan pemikiran kritikal kanak-kanak dalam menyelesaikan sesuatu permasalahan. 
Selain itu, aktiviti pendidikan seni visual menggalakkan kanak-kanak melakukan eksplorasi dan eksperimen dalam kehidupan seharian.
Tip rangsangan: Ajak anak bermain permainan gambar sama. Ambil beberapa keping gambar dan buatkan dua salinan. 
Campurkan kesemuanya dan biarkan anak asingkan gambar yang sama. Cara ini mengasah kemahiran anak menyelesaikan masalah.

Percutian Ke Gold Coast Morib

Percutian Ke Gold Coast Morib 


Pagi tadi dalam tren akak aku yang sulong tanya pasal price hotel yang aku stay masa bercuti dengan group “Europian fstepian cunz” kat Morib last month. 

Kerlass kan nama group kat whatsapp aku tu..hihiih later leh cite pasal diaorang dalam entry lain. Aku ingat-ingat  lupa plak bila aku pergi hahaha. 

Pergi bercuti sebab nak menenangkan jiwa plus memang akan ada activity bersama group. So after discussion and suggest few places akhirnya pergi ke tempat yang dekat, santai dan yang penting boleh lepak dan berborak.

Sebelum pergi dah baca-baca pengalaman yang stay kat Gold Coast Morib ni. Memang ada pengalaman buruk dan ada yang seronok bercuti kat sana. 

For me pulak tak boleh nak expect yang superb la since bayar pon tak da la mahal sangat. Sedang-sedang je.

Owh pakej ni kitaorang amik yang promotion punya; so dapat dinner, breakfast, and water theme park pass for two. Harga total bayar RM 190++. Murah lah kan? Sebab baru check website tadi harga dah naik ke RM250.


Hotel – room – Studio Suite

Bilik yang aku dapat sebijik dalam website. Cantik siot, katil best, standard la yang ada TV, peti ais kecik, bantal extra etc. Paling the best is jakuzi dia. Sangat terpesona. Hahahhaha. Kat rumah tak de so amik kesempatan la. 

Berendam dalam jakuzi. Bilik aku level 1 menghadap theme park dia. Start check in memang Ikhwan tak senang duduk nak terjun dari bilik. 

Memang meriah dengan kanak-kanak. View malam memang tenang tengok air kolam. Fiuhh best.

  

Food

Memang penting kene makan food yang sedap semasa bercuti. Alhamdulillah even tak banyak sangat buffet choices masa dinner still kenyang. Breakfast memang awesome. Makan pun menghadap laut. Lot of choices.

Cuma masa breakfast kat depan pantai tu lalat banyak bila orang start turun makan. Ok geli. Tapi bagi yang turun awal macam aku around 7 am lalat tak de, lalat tak bangun lagi. Hahhahaha.


Water theme park

Tak banyak pun mainan dalam theme park tu tapi dah cukup buat aku yang penakut ni. hahahha aku rasa pertambahan usia kot aku jadi penakut. 

Tak berani yang tinggi-tinggi ni. Ikhwan tak payah cakap la. Even dah kecut pon still tak mau naik.

Pantai Morib

Memang tak jauh dari tempat kitaorg hotel, 5 minit je kot. So petang after check in melepak la di pantai minum-minum sambil tunggu nak maghrib and dinner. Dinner malam tu sungguh naseb baik sebab after selesai je makan tetibe bau busuk tak ingat. 

Memang dah jangka akan ada bau busuk tu so cepat-cepat lari balik bilik. Mujur sliding door tutup. So memang tak masuk bau. 

So far itu la keburukan dia. Busuk tak leh nak describe rasanya dari kandang haiwan. Tak bernafas. Balik dinner tengok tivi and tidur.


Kenali Potensi Diri - Peluang

Kenali Potensi Diri - Peluang

Assalamulaikum. Sejak sebelum kahwin banyak dapat peluang untuk dengar talk macamana nak tolong diri sendiri dan tambahkan pendapatan. 

Tentang unit trust, takaful, dan seangkatan dengannya. Memang diakui semua yang aku tulis tadi memang adalah cara2 orang nak tambah pendapatan.  

Memang syok kalau baca pengalaman orang yang berjaya buat sampai kaya raya. Macam-macam jenis orang aku jumpa sepanjang penglibatan aku mendengar talk2 tu. 



Ada yang ok, ada yang sekadar mencuba dan ada yang sedang2. Sedang2 tu maksud aku masih mencuba keserasian dengan peluang yang datang dalam hidup. 
Peluang yang sebenarnya bukan satu kebetulan tapi satu pilihan.

Sekadar berkongsi pengalaman aku pernah jadi consultant takaful. Siap amik exam bagai. Masa tu semangat berkobar-kobar. Yakin boleh buat tapi tak sepenuh hati. 

Entah keserasian tu tak maksima kot. So end up dengan aku malas nak buat. Aku stop. Bukan salah team leader. Bukan salah sesiapa. Salah diri sendiri la.

Dan sekarang aku rasa aku jumpa sesuatu yang baru. Masih menambah pendapatan. Masih kene berusaha. Aku doa aku dapat buat dengan jayanya. 


Kisah Ikhwan 1 Tahun 4 Bulan

Kisah Ikhwan 1 Tahun 4 Bulan

1 January lepas Ikhwan Hafeez dah masuk umur 1 tahun 4 bulan. Besar dah anak mama. Manja sangat. Pandai merajuk. Pandai berlakon. rindu bila teringat Ikhwan.  

Ikhwan dah start jalan laju-laju after 1 year & 1 month. Selera makan dia turun naik. Dengan izin Allah Ikhwan masih lagi menyusu susu ibu. 

Cuma bila di rumah pengasuh aku bekalkan susu formula takut tak cukup je. Ikhwan dah ada dalam 10/12 gigi termasuk geraham dia. Kalau gigit memang terasa la sakit.





Berlakon

Setiap pagi bila mama and abah dah siap-siap nak mandikan Ikhwan setiap kali kejut dia bangun tidur mesti abah/mama akan beri salam dan suruh dia bangun. 

Ikhwan akan pura-pura tidur dan gerak-gerak sikit. Mata dia buka sket. Then dia senyum. Oh anak. Itu perangai mama. So tak boleh nak kelentong abah lagi. 

Abah dah masak trick tu mama guna bila malas bangun tidur. Lol. Sampaila mama and abah cium-cium dia pastu kata nak pergi school baru dia bangun betul-betul itu pun nangis tak mahu bangun.


Solat

After masuk setahun dua bulan Ikhwan dah pandai solat. Solat bagi Ikhwan ialah angkat takbir dan tangan letak kat perut macam qiyam tu. Pastu dia amin. 

Macam tu la bila kami suruh dia solat. Ikhwan pandai kalau suh solat masa dalam bilik, dia akan capai sejadah dan solat cara dia tu la. 

Ikhwan kalau dengar azan kat tv or bacaan Al Quran automatic dia solat. Semalam depan tv masa azan kami kusyuk tengok Ikhwan solat. Alahai anak moga kamu rajin solat dan terjaga amalan.


Bola Sepak

Kalau bawak Ikhwan pergi tempat mainan perkara pertama dia akan buat is capai bola. Dia suka sangat bola. Abah dia suka layan dia tengok bola. 

Bila ada game dia memang semangat tengok. Kalau off day abah akan main bola dengan dia, so takda la dia ganggu mama masak. Kalau boleh minat dia tu tukar la nanti. Tak mahu la main bola. Kawan-kawan mama banyak injured sebab bola.


Menari

Lagu fevered Ikhwan is Gangnam style. Wah dia sgt recognize muzik tu. Dia leh wat tarian tu tapi tangan jela kan. 

Ni semua pengaruh kat umah pengasuh la. Kartun favourite so far tak ada lagi. Upin ipin dan boboiboy tu biasa-biasa je. Suam-suam kuku.

Kucing

Kalau balik kampong memang suara mama jerit marah kucing. Hahahha Ikhwan marah jugak. Sebab kucing tu bia je bila Ikhwan ramas-ramas bulu dia. 

Mama yang rasa sakit bila Ikhwan tarik. Kucing leh wat dek je. Ikhwan memang suka sangat kat kucing. Rasanya memang semua budak2 kecik suka cat kot.

So far yang aku ingat itu jela. Kalau ada lagi aku cerita lagi. 



Ramly Burger Ada DNA Khinzir?

Ramly Burger Ada DNA Khinzir

Kalau ada sesiapa ada sesiapa baca entry pasal product Ramly kebanggan melayu  aku tulis pagi tadi. Aku dah dapat jawapan setelah aku forward pada suami aku. dia kata itu ada fitnah semata-mata beserta jugak lampiran bukti dibawah.


Dugaan Sebelum dan Selepas Berkahwin, Yang Dah Alami Mesti Faham

Orang yang dah kahwin dah ada anak macam aku mesti faham entri aku tulis kali ni. Maksud aku faham ialah akan tersenyum bila apa yang aku tulis macam terkena tempias kat diri sendiri. 

Macam biasa, sangatlah normal blogger akan tulis based on their experience. Macam aku jugak la. Ni apa aku rasa sebelum dan sesudah kahwin.

Ada yang geng tak? lol. Saja suka-suka sharing okeh dan please aku tak tujukan kepada sesiapa. Cerita diri sendiri juga ni. 


Dugaan Sebelum dan Selepas Berkahwin

Berjimat.

Masa bercinta ingat bila berkahwin akan dapat jimat duit, masa, minyak kereta dan seangkatan dengannnya. 

Yelah bila bercinta kena keluar duit makan sebab makan luar, nak dating kena bawak kereta, jenjalan semua.

Dah kahwin rupanya nafsu lagi tinggi nak makan itu ini, beli tak ingat dunia dan masak kat rumah. Lenguh badan shopping barang dapur kononnya. 

Membazir bila tak habis makan, habis tenaga sebab bertungkus lumus nak siapkan dish sebijik macam chef dalam tivi masak, tapi rasa out. aduh kecewa. 



Sentuhan Elektrik

Bila syaitan sibuk duk hasut buat maksiat memangla tak boleh bersentuhan antara satu sama lain. Getaran nya mak aih Allah je yang tahu. Godaan tak payah cakap la. Kadang-kadang kalah gak. 

Mata bersinar bak mutiara, bau badan yang wangi, muka dicalit lipstick semua. tiap kali kulit bersentuhan tiap kali tu la kena renjatan elektrik. Itu yang konon-konon nak cepat kahwin ikut sunnah elak dosa.

Bila dah dapat full license nak sentuh satu sama lain, voltan letrik dah jadi slow dah. Nak-nak pas dapat anak. 

Feel tu dah tak macam masa bercinta. Syaitan dah tak da mood nak goda. Dah halal. Dah tak da masalah. Perfume, make up semua tolak tepi. Alasan; malas.

Itu sebab bahaya kalau diri tak kuat. Nauzubillah minta jauh la keturunan buat benda tak senonoh. 



Suprise.

Bila tarikh-tarikh penting macam anniversary couple, birthday, tarikh kali pertama keluar dating mesti sambut. Macam WAJIB. 

Akan mesti dapat message jiwang, penuh dengan harapan dan doa untuk hubungan. Rasa macam bahagia dunia kami yang punya.

Tapi bila dah depan mata, hidup jadi separa kucar kacir, busy nak handle hidup laki bini plus anak so tarikh-tarikh yang biasa di sambut tak akan ingat dah. 

Nak wish pun malas. Hari-hari depan mata jadi lupa. Patutnya senang nak ingat and celebrate.

Itu jela yang aku rasa benda-benda yang dah berubah bila status aku berubah. Dari bujang jadi bini orang then jadi mak orang. 

Cepat betul masa berlalu. Sedar-sedar aku dah ada anak satu. Dari ada abah aku dah tak da abah. Ok yang tu sedih. 

Betul ke apa yang berlaku dalam hidup satu kebetulan?

Penat badan gila hari ni. Tak sabar nak sabtu nak rehat badan, otak bagai. Nak bersenang lenang kat rumah. Minggu ni minggu aku bertemu orang-orang pelik dalam kehidupan. 

Masa lunch aritu jumpa kak Maimon, pagi tadi jumpa awek Olympia, semalam jumpa lelaki gatal. Banyak-banyak orang aku terjumpa/terborak semuanya macam kebetulan aje. 

Betul ke apa yang berlaku dalam hidup satu kebetulan?

Ada ke kebetulan dalam kehidupan kita ni. Macam lunch aritu aku jumpa kak Maimon masa aku lunch sengsorang, aku tumpang meja dia, dan dia start cite-cite pasal kerja and sempat bagi nasihat suh kerja elok-elok. 

Suh jaga prestasi etc. ok gak atleast tak da bosan aku ngadap makanan sengsorang. Yang aku nak cite bukan orang-orang yang aku jumpa tapi apa yang berlaku dalam kehidupan manusia. Setiap yang berlaku dah ditakdirkan, so after this takdala keluar ayat ‘eh kebetulan betul dapat itu ini’. 

Tiada Istilah Kebetulan Dalam Hidup

Kebetulan jumpa seseorang. Sebab apa yang berlaku memang dah ditakdirkan oleh yang Maha Kuasa. Macam skrip cerita melayu la kan, kita tak leh mengubah takdir. Sebab skrip tu la ramai orang tak membangun. 

Mana tak nya sebab masing-masing guna alasan dah takdir so biar jela. Tapi Allah ada kata, tak sesiapa boleh mengubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka sendiri. So marilah berubah. Janganlah asyik salahkan takdir aje.

Note: tadi selepas subuh aku doa mintak kat Allah permudahkan urusan hari ni, Alhamdulillah baik semuanya. Berjalan lancar. Rajin-rajinlah berdoa dan sedekahkan alfatihah pada kedua ibu bapa. 

Pengalaman Bersalin Anak Pertama

Baru tergerak hati nak kongsikan pengalaman bersalin haritu. Pengalaman bersalin anak pertama yang aku rasa agak serik. Kenapa serik? Korang baca la sendiri. 

Rasa macam tamau ingat pengalaman tu hihiih. Sakit betul la. Tapi untuk kenangan aku kongsikan juga dalam blog.

Korang jangan risau pula lepas baca. Orang kata setiap orang pengalaman dan prosess bersalin adalah tidak sama. Aku ni tak tahan sakit jadi aku cepat la serik. Konon la serik. 

Pengalaman Bersalin Anak Pertama

Anak pertama aku dilahirkan pada bulan kegembiraan semua orang iaitu pada bulan Syawal. Orang sibuk nak raya time tu lah dia nak keluar makan lemang juga. Lol.

Sedikit throwback, aku berkahwin pada 2 Oktober 2010. Arwah abah meninggal pada tahun yang sama iaitu 29 Disember 2010 dan masa tu juga aku tahu aku sedang mengandung anak pertama. 

Mak aku kata, anak aku ni pengganti dan pengubat rindu arwah abah. Mana mungkin boleh ganti kan?



Bergembira Di Hari Raya

Dalam otak aku dah set awal-awal untuk bergembira di hari raya. Oleh sebab dah dapat EDD jatuh pada bulan Syawal, iaitu pada hari raya kelima dan memang giliran tahun pertama adalah giliran beraya di kampung aku di Pahang jadi dah ambil keputusan untuk bersalin sahaja di hospital Temerloh. 

Dah tak fikir nak bersalin di hospital swasta atau nak balik bersalin di KL. Tak kuasa ok.
Bagus juga kami ambil keputusan tu sekurang-kurangnya less problem nak fikir pilih hospital swasta yang ok dekat Pahang. 

Kawasan rumah aku pon kawasan luar bandar jadi pilihan nak bersalin di hospital swasta agak terhad. Tahun pertama beraya sebagai suami isteri dan juga memegang title ibu bapa ya. 

Pengorbanan besar dibuat oleh suami sebab dia tak dapat sambut raya dengan keluarga di Melaka. Keluarga pun dah nasihatkan jangan travel jauh dan elak tersangkut dalam kesesakan jalan raya.

Aku seronok beraya dan makan dengan jayanya pada hari pertama. Aku berdoa sangat biarlah aku dapat merasa segala juadah raya sebab lepas tu aku dah kena berpantang. 

Allah makbulkan permintaan aku jadi makan lah aku sepuas hati segala lemang dan ketupat. Masuk hari raya yang ke dua, tarikh 31 August 2011, aku masih lagi gigih dan excited untuk sambut raya di kampung sebelah arwah abah. 

Kami konvoi adik beradik dan cuba habiskan beraya di rumah adik beradik arwah abah. Sempat la jenguk keluarga Pak Ngah, Mak Teh, Acik Ani dan Pak Ucu.  Cuma rumah Pak Jang sahaja yang kami tak sempat singgah.

Dah rancang hari raya ke tiga, otak masing-masing dah plan raya ke 3 akan berkonvoi ke rumah saudara sebelah mak pulak. 

Yelah dah EDD konon Raya ke 5 kan? Siang tu kami ke Negeri Sembilan. Habis puas beraya kami sampai rumah dalam pukul 11 malam lebih kurang.

Penat tuhan je yang tahu. Masa tu dah berdoa agar bersalin raya ke 4 atau raya ke 5 supaya aku dapat beraya sekali lagi di Bahau. 

Tak sempat nak beraya dengan Wan Chik lagi. Hari tu banyak betul tangga tinggi aku kena turun naik. Maklumlah rumah kampung Negeri Sembilan, pengaruh Minangkabau punya design. Tangga berderet.

Bersalin Di Hari Raya Ketiga

Kalau dah namanya raya memang tiada istilah tidur awal untuk kami satu keluarga. Lepas selesaikan bersihkan diri kemas apa yang patut ahli keluarga yang lain duduk melepak tengok tv sebelum masuk tidur. 

Sebab penat sangat aku cuci muka, dan tukar baju t-shirt and kain batik. Kalau ikutkan suami memang mengantuk tapi segan dengan ipar duai yang lain if masuk tidur awal. 

So aku melepak sengsorang dalam bilik. Elok je aku duduk dekat hujung katil tiba-tiba aku dengar bunyi letusan kecil. Tak tahu nak terangkan bunyi tu. 

Masa tu masih lagi blur ya. hahhaha aku syak air ketuban aku pecah walaupun aku tak pernah tahu air ketuban tu macam mana. Terus menjerit panggil mak.

Masa ni otak dah fikir, perjuangan sudah pun bermula. Memang masing-masing kecoh la nak jadi hero. Kelakar la hai.  Masa tu dah masuk 1 September 2011, pukul 1 pagi air ketuban pecah. 

Aku suruh suami ambil beg dan menuju ke hospital. Abang ipar dan kakak aku yang nombor dua temankan aku ke hospital. Terima kasih Kak Mah. Risau suami panik dan dia rabun teruk kalau nak drive.


Hari Kelahiran Anak Pertama

Secara rasaminya pada hari raya ke 3, kami sampai di hospital pada pukul 2 pagi. Suami sangat kalut sampai dia dia langgar semua bonggol masa tolak wheelchair aku masuk kat registration room.

Lepas selesai urusan pendaftaran, aku kena duduk di wad sementara. Masa tu sakit contraction masih belum kuat tapi air ketuban tak berhenti keluar lagi. 

Dalam pukul 3.25 pagi, doctor check heart beat baby guna mesin CTG. Aku penat beraya jadi baby tak kurang aktif. Kemudian, doktor check bukaan dan baru 1 cm. 

lepas check bukaan tu aku tak senang duduk dah. Sakit contraction menyerang. Perasaan malu mengeluh sakit hilang sebab aku risau tentang sakit nak bersalin terlebih.

Alhamdulillah bukaan cepat, bermula 1cm, 3cm, 4cm, dan kemudian 8cm. Masa 8cm masa tu dah dekat pukul 7 pagi. Sakit dia Tuhan je yang tahu. Sebelum tu, nurse bagi aku keluar jumpa suami dan aku duduk skejap dengan akak aku yang teman pergi hospital. 

Nurse suh sabar sebab bilik bersalin penuh. So if aku nak terberanak macamana sekalipun aku kena hold sebelum nurse sediakan bilik lain.

Dalam hati aku menyumpah, aku tahu tak baik tapi aku tak tahan dan takut. Mulut tak dapat nak baca apa-apa surah dah sebab tahan sakit, aku lupa weh. Aku menangis. 

Asyik berzikir dan memang tak tahan aku suruh nurse check bukaan lagi sekali. Nurse baru kalut bila bukaan aku dah cecah 8cm. dia ingat aku main-main kot tak tahan sakit.  

Untuk bersalin aku ditempatkan di dalam bilik khas sebab bilik bersalin semua penuh. Hari Raya pun penuh orang. Memang aku sorang je bersalin dalam bilik tu. Kebetulan pagi tu juga doktor bertugas tak available, yang ada tengah sambut baby dekat bilik lain.

Masa inilah bidan (ketua nurse kot pangkat dia) yang tolong sambut baby dan tolong aku bersalin. Aku tak pasti cuma aku berdoa semua mudah dan selamat je masa ni. 

Agak kelam kabut sebab pengalaman pertama aku nak bersalin mana tahu kan.

Nurse suruh angkat dan bengkokkan lutut, dan kemudian pegang pergelangan kaki. Dapat bayangkan? Sambil pegang sambil teran. Masa ni sumpah aku blur dan tenaga memang dah habis nak meneran. Bila dapat teran aku pula teran dengan teknik yang salah.

Teran yang betul adalah teran macam nak buang air besar (teran nak keluarkan sesuatu). Nurse kata aku teran dekat leher dan muka je yang lebih. Entah aku tengah sakit mana aku nak tahu teran atas ke bawah.

Sejak pukul 7 pagi aku masuk, hampir 15 minit aku belajar dan cuba untuk teran. Nurse dah beritahu, dia bagi masa dalam satu jam untuk aku meneran dan bersalin, kalau tidak dia kena buat cara lain which is bergantung kepada kedudukan bayi aku.

Terus la aku jadi takut sebab aku tak mahu caeseran. Adehla. Terus aku takut and cuba sebaik mungkin. Memang gila aku teran. Entah kali ke berapa aku meneran aku dengar nurse cakap nak gunting sikit ya nak tolong baby keluar ni.

Aku tak sempat jawab apa-apa dah lantak kau nak buat apa (cakap dalam hati) ok dengar dia gunting kat bawah tu. Ngeri ok. Suami tak putus asa suruh aku mencuba. 

Dia usap kepala and cium dahi. Insaf dia sekejap. Aku siap suh dia tolong tarik kaki aku sekali sebab tak larat sangat dah. 

Suami masuk di saat-saat akhir aku nak bersalin. Aku syak nurse suruh bagi sokongan sebab aku macam nak putus asa. Andaian aku la.

Pukul 7.35 pagi, aku dengar bunyi ‘plop’ baby keluar. Tapi tak dengar tangisan bayi pun. Masa tu cepat-cepat nurse amik gunting tali pusat pastu dia letak bayi di dada and dia kata ni ‘bonding’ ye. Supaya anak kenal ibu dia. Mcm first touch antara ibu dan anak.

Tapi anak aku tak menangis. Aku dah start risau. Anak aku lemas ke? sebab lama stuck kat ‘pintu’, aku asyik tak jadi push je. Aku perasan baby aku warna biru. 

Then nurse bergegas bawak baby ke bilik lain. tak putus-putus aku doa agar bayi tak apa-apa.
Nurse arahkan suami tunggu di luar. Dalam hati aku berdoa semoga anak aku sihat dan selamat. 

Alhamdulillah selamat urusan aku bersalin. Syukur anak aku pun tiada masalah. Lepas bersalin proses seterusnya ialah kena jahit.

Memang jahit inilah punca aku serik untuk bersalin. Paling banyak bahagian bersalin, kea jahit adalah pengalaman paling sakit dan aku tak mahu ulang. 

Seingat aku tiada suntikan tahan sakit diberikan, memang aku tersentak bila dia jahit terutama bahagian kulit. Allahuakbar.

Selesai doktor periksa jahitan dan lain-lain baru aku dapat jumpa baby untuk pemberian susu pertama. Masa tu dah pukul 10 pagi. 

Perasaan indah yang tak dapat digambarkan. Masa tu aku masih di atas katil dan diletakkan di penjuru bilik bersalin menunggu nurse bawa ke wad biasa.

Memang macam pelarian aku rasa tapi aku tak peduli sebab rasa indah sangat masa tu dapat baring bersama anak. Masa beri susu memang sangat kekok. Kelakar semua ada. Tak sangka dah jadi seorang ibu. Alhamdulillah syukur untuk setiap yang Allah aturkan.

Baca Pengalaman Bersalin Anak Kedua ~ Jarak Lima Tahun Dengan Kelahiran Pertama

Pengalaman Melahirkan Anak Ketiga ~ Adik Kakak