Cadangan Tempat Makan Steak Puas Hati, Menate Steak Hub

Minat aku terhadap makanan memang tak dapat dipisahkan. Kalau bagi aku, semua aku tak tolak. Aku memang suka mencuba. Terima kasih Allah. 

Amat berlainan dengan suami yang lebih banyak tak minat dari minatnya. Rugi betul. Dan memang tak pelik sebab aku dah jumpa orang yang memang tak makan buah, sayur dan segala mak nenek makanan pelik-pelik. 

Rugi satu nikmat syurga dunia. Syurga sementara.


Cadangan Tempat Makan Steak Puas Hati, Menate Steak Hub

Beberapa bulan lepas (baca tahun lepas) aku ambil peluang ajak suami makan steak di Menate selepas terpengaruh dengan viral yang Azwan Ali maki peminat tu.
End up restaurant tu yang popular. Rezeki dia.

Aku sekeluarga makan dekat branch Wangsamaju yang betul-betul depan Wangsa Walk Mall tu.
Rasanya branch tu masih wujud.

Kalau tak korang boleh pergi Menate branch Jalan Genting Klang kat Danau Kota tu. Lagi luas dan selesa.

Step dia, sebelum pilih seat, pergi pilih daging (beef or lamb), then ko cakap la ko nak steak ko di masak macamana.

Makan dan bayar. Boleh pulang dengan hati gembira. Air free flow dan bayar untuk makanan je. Harga masih mampu bayar.

Ikut la protion mana korang pilih. Makin tinggi kualiti daging makin mahal la. Ukur daging di poket sendiri. aku ukur di poket suami. J

So far aku puas hati. Alhamdulillah. Nak repeat tak tahu bila lagi.  




Hari tu nak try medium well sekali masih ada merah-merah. Geli geleman nak makan. kata Well Done worst ever steak harus la elak kan. hahahha suami amik well done terus nak mintak sikit. 




makanan lain pon ada and harga berpatutan



yang ni aku punya..ni lamb apa tah bahagian dia. Medium well




suami pon amik lamb tapi bahagian lain. ni la Well Done ok



ini anak aku punya. nampak kosong tapi terasa la flavour dia. Sausage dia sedap woi. 

Kawan Juga Adalah Satu Rezeki

Kawan Juga Adalah Satu Bentuk Rezeki

Alhamdulillah. Dalam kehidupan, aku berjumpa dengan orang-orang yang aku boleh gelar lebih dari seorang kawan. Aku pernah dengar ustazah cakap yang Kawan Juga Adalah Satu Rezeki. Rezeki berkawan dengan mereka yang baik. Memang dari kecil aku kalau mula berkawan aku akan jaga sehabis baik. Entah. Memang semulajadi sangat sikap sayang dan protective tu. 

Kawan-kawan baik aku, semua aku anggap tak ubah macam adik beradik yang perlu aku jaga hati perasaannya.  Aku cuba jaga sebaik mungkin sebab kisah-kisah disebalik tabir nak dapatkan kepercayaan aku memang payah. 

Kalau ingat semula, bukan mudah perjalanan aku mencari yang betul-betul namanya kawan. Jumpa kawan yang baik, pasangan dia tak suka aku. Dapat kawan satu kepala tapi tak sanggup susah senag sama-sama. Sehinggalah reezeki aku berjumpa kawan yang baik dan rapat di tempat kerja.

Blood Sugar Result Dan Jumpa Doktor

Dapat call dari London weight Management offer pakej nak kuruskan badan. Macamana dia tahu aku gemuk sekarang ni. Hahhahaha.  

Ok back to topic last Monday monthly check up di Klinik Kesihatan Setapak. As routine, check urine for sugar & protein then HB, pastu dah menjengah 28 weeks so kena jumpa doctor untuk scan.

Dapat jugak MGTT result (minum air gula);  alhamdulillah bebas diabetes. Aku ada cerita aku kena minum air gula. 

Blood Sugar Result Dan Jumpa Doktor

My Fasting blood sugar is 4.4 with reference range (3.5 – 6.0) [First cucuk]
Modified Glucose Tolerance Test is 7.3 with reference range <7.8 – normal, 7.9 – 11 Impaired Tolerance, >11.0 Diabetes Mellitus. [Lepas 2 hours minum air gula]



Keesokkan hari baru sedar yang lab test report ni ic number aku ada salah. ok cuak. Kang tetibe dia ckp kena buat lagi skali memang tak nak la.

Panic call lab KK Setapak then dia explain yang its ok result still valid Cuma typo sahaja. KK Setapak hantar blood ke panel poliklinik untuk dapatkan result.

Yg terjadi typo bila tulisan nurse macam cakar ayam then bila staff poliklinik buat data entry maka terjadilah typo.

Tapi no ic bukanlah satu-satunya rujukan untuk blood test tu. dia ada la no reference lain.
Lab kata boleh call direct poliklinik suh dia anta semula result test yg baru.

Apesal aku yang kena call? Bukan klinik? Tp soalan tu dalam hati jela. As long as result valid Tarik nafas lega.

Setel check klinik then terus lunch and menuju Gombak Medical Centre.
Pilihan aku dan suami untuk bersalin anak ke dua ni.

Sebab apa pilih, sebab dia Islamic concept, doctor pakar perempuan, agak dekat dengan rumah sewa sekarang, harga yang masih mampu.

Nak tengok detail tengok pamphlet bawah ni.tu je aku dapat kongsi.
Sila la rajin pergi soal siasat tentang pakej lebih puas hati.

Deposit kena letak ialah RM1K. Aritu staff kata tak payah lagi tunggu second check up baru bayar. 
Oh untuk booking standard term is minimal check-up dengan doctor pilihan adalah sebanyak dua kali.

Ada dua doctor, aku pilih Doc Zana since dia Doc pakar kat situ dan sorang lagi Doc Hamizah kalau xsilap.

Doc Hamizah pun tengah mengandung expect due date bulan June.
So amik precaution pilih doctor yang tak mengandung dan pakar la. Senang.
Doc Zana cantik, peramah, dan dia baca Bismillah. So ok la. Sejuk hati aku, sebab sebelum tu tunggu 3 jam sebab ada kecemasan.

It je kot nak share kali ni. Sekian.




Pengalaman Apabila Anak Kena Chicken Pox

Pengalaman Apabila Anak Kena Chicken Pox

Alkisah Jumaat (19 Feb) lepas Ikhwan ditumbuhi bintik-bintik berair dekat badan.
Hati mula tak sedap dan terus bawa jumpa doctor favourite dekat kilinik dalam Aeon Alpha Angle Wangsamaju.

Tak lain tak bukan Klinik Ng dan Lee.  Dr. Abdul Rahman kalau tak silap nama dia.
Selain ubat yang sangat murah dan alhamdulillah ubat-ubatan serasi untuk kami sekeluarga.
Consultation pon ok tapi memang kena banyak tanya sebab doctor macam pendiam je. Hiihih.
Doctor sahkan Ikhwan kena chicken pox. 

Alahmdulillah dia tak merengek cuma few days before kena memang dia layu aje.
Pastu memang kuat berangan. Rupanya biji-biji tu nak keluar.
Tanya serba sikit dan of course panic la takut berjangkit kat aku.

So far doctor kata ibu mengandung yang 3 bulan kebawah ada risiko affect heart baby dalam kandungan.

Ikhwan doctor nasihatkan jangan makan seafood. Yang lain doctor tak sebut pun.
Alhamdulillah.

So bergilir ganti cuti dengan husband. Nak cuti straight je macam tak best pulak.
Ini first time Ikhwan kena so aku expect dia mesti longlai habis.
Ternyata salah. Ikhwan steady aje, cergas alamdulillah.
google la jugak apa ubat/petua traditional.

Ada suruh minum air kelapa suruh keluar semua biji-biji tu.
Cari daun semambu untuk buat mandi dan kibas(apa nama perbuatan tu xtahu) bila gatal.
Pantang lain macam tak boleh menggoreng, menumis  takut nanti pesakit gatal merenyam.
Sehari aku tahan la tak menumis, goreng bagai.

Lepas tu aku kan jaga dia kat rumah, nak tak nak ada je aku goreng-goreng tumis-tumis ni.
Tawakal ajelah. 

Air kelapa aku tak kasik, aku takut nanti kasik dia keluar banyak then Ikhwan tak tahan.
So slow2 tunggu biji-biji keluar sambil tak tinggal ubat doctor.

Hari ke7 Ikhwan kena dia dah boleh pergi sekolah. Alhamdulillah.
Hopefully tak ada la meninggalkan parut kat kulit dia. 

Kesabaran kena tinggi bila jaga anak sakit ni.