Honest Review Cream Leuna Buang Bulu Tanpa Cukur

Honest Review Cream Leuna Buang Bulu Tanpa Cukur

Assalamualaikum. Kali ni nak buat review pasal satu cream ni. Ini bukanlah paid review. Oleh sebab aku dah pernah sapu empat kali dan tahu kesannya so muncullah #honestreview ni. 

Ini adalah hasil selepas aku mencuba Cream Leuna Buang Bulu Tanpa Cukur. 

Terpengaruh bila nampak iklan ni kat Instagram. Promote buang bulu tanpa cukur. Bulu apa? Segala bulu la. 

Sebab dah lama aku nak try buang bulu guna wax macam Norah hair removal tu. Wax yang harus dipanaskan dahulu then tampal kat bahagian nak buang bulu. Macam sticker.

Tapi I is penakut so tak mau sakit. Bertangguh la nak beli hatta banyak review kata tak sakit pon. Memang aku tak percaya. Sebab penakut.



Promosi Cream Buang Bulu

Dan bila keluar iklan krim Leuna ni, terpengaruh la. Owner ig kata ada promotion masa tu, kira 30 pembeli terawal dapat harga istimewa dan free postage. 

Harga cream tu, RM60 ringgit untuk satu botol (40ml). Kecik molek dan ringan aje. Dia cream putih macam cream shave tu, cara apply is sapu kat tempat bulu tunggu 10-15 minit then boleh sapu dengan tisu. 

Aku kan gelojoh, sapu pun ala-ala kedekut sebab nak jimat. Hahahha. Masa first aku try 5 minit je then sapu. Tak tanggal sangat. 

Masa second attempt aku gigih tunggu 15 minit dan sapu tebal sikit. Baru la berkesan. Gosok aje terus tanggal. Cream ni bau dia aku tak suke (xtaw nak explain, macam bau ubat) dan dia berangin kat kulit bila apply.

Gembira Tapi Tak Lama

Punya la gembira terus bagi testimony kat seller. Excited kan. TAPI kusangka panas sampai ke petang rupanya hujan gerimis ditengah hari. 

Lepas dua hari aku tak selesa sebab bulu aku tumbuh semula. Hahahha. Tak ada la terus panjang tapi terasa la bila disentuh-sentuh. Ni aku try kat ketiak.

Loh dah sama je macam aku guna pencukur aje cepat je tumbuh semula. 

Aku tak rasa seller ni penipu sebab dia tak ada pulak cakap cream ni akan lambatkan penumbuhan bulu dan aku tak terfikir pulak nak tanya soalan bulu cepat tumbuh semula atau tak. 

Next time tanya ye kawan-kawan.

So aku agak kecewa atas factor itu. Ni kira part of marketing/selling strategy jugak. Kalau cepat tumbuh then pengguna akan terus guna cream sampai habis diaorang akan beli lagi. Untung company. 

Kalau tak silap aku product cream ni product baru company tu. so mungkin ada la kot penambah baikkan in future. Harapnya la.

Jujurnya untuk beli lagi mungkin tidakla. Baik aku guna petua traditional. Rajin dengan tidak je. Selain harga yang aku rasa agak mahal dan kesan-kesan jangka masa panjang yang aku tak ketahui so aku stop la. 
Dan malam tadi seller tu whatsapp tanya khabar. bagusla nak jaga customer.

Untuk sesiapa yang nak cuba apa product pon sila buat kajian dan baca review pengguna lain. Gunakan otak sebaik mungkin. 

lain orang lain kesannya. Dan ini hanya pengalaman aku yang guna cream ni sebanyak empat kali dan aku tak berniat nak jatuhkan perniagaan orang lain. Sekadar review jujur sahaja. Ambil yang elok ok. 


Menjelang Detik 38 Minggu Kehamilan

Menjelang Detik 38 Minggu Kehamilan

Assalamualaikum. Hari ni genap 38 minggu mengandung. Semakin berdebar nak menunggu saat kelahiran anak kedua. In sha Allah semoga semuanya dipermudahkan Allah. 

Macam-macam yang terlintas kat kepala. Bersalin pukul berapa? Sakit yang macamana? Ada dengan siapa? Sempat ke nak pergi hospital? Dan macam-macam imiginasi lain.

So far official submit surat doctor kepada HR adalah pada 5hb May lepas. Jadi 6hb aku mula bercuti atas nasihat doctor. Menunggu detik 27 May. 

Memandangkan aku berulang alik ke office dengan menggunakan public transport so decided untuk habiskan masa kat rumah sementara menunggu detik-detik melahirkan.

So here I am.

Rutin Check Up Mingguan Di Klinik Kesihatan (KK)

Jumaat lepas, 6hb check up mingguan di KK. Alhamdulillah semua ok. Darah kena ambil dan nurse cucuk di bahagian siku. 

Kena hantar lab untuk uji hb, platlet, etc. Nurse explain, ujian darah yang dihantar ke lab diambil pada awal kehamilan, minggu ke 28 dan 36.

Kalau cucuk biasa untuk tengok hb tu biasanya nurse cucuk di hujung jari sahaja. Kali ni check nurse puji sebab aku berjaya kekalkan sticker putih kat muka depan buku rekod tu. 

Ada sticker putih, hijau, merah, kuning dan boleh google apa maksud sticker-sticker tu. putih so far tiada apa-apa masalah sepanjang kehamilan.

Senyum jela. Alhamdulillah. Memang rasa lain sikit mengandung kali ni.

Disebabkan aku ni penakut jarum dan masa kandungan pertama aku dapat sticker hijau disebabkan hb tak cantik so kali ni memang aku betul-betul menjaga. 
Kesedaran tu banyak sikit la berbanding mengandung kali pertama.


Pengalaman HB Kurang Cantik

Untuk cantikkan hb, kawal nafsu makan, berat badan, pedih ulu hati aku memang amalkan jus delima. Jenama favourite aku Gulsan. Aku dah try jenama lain yang murah sikit tapi Gulsan juga tetap di hati.

Alhamdulillah berat naik 10kg je kali ni berbanding 13kg masa first baby. Hb aku cantik aje. Pastu aku memang banyakkan makan iron tablet. 

Awal kehamilan aku makan obimin sebab folid acid buat aku mual. Dari 7 bulan ke atas aku makan VCO.

Disiplin kan diri untuk elak susahkan diri dan baby di kemudian hari. Kali ni mengidam makanan pun  tak adalah over sangat. Dapat dikawal. Cuam cepat menangis aje.

Cuma dugaan heart burn bermula kandungan 6 bulan, then stop jap 7 bulan dan datang semula pada kandungan 8 bulan. Dan now dua hari berturut menahan sakit. Makan jus delima pon sekejap je hilang. Hai la ujian.

14 may ni in sha Allah ulang tahun  suami ke 33. Kalau diizinkan mana tahu anak kedua lahir pada tarikh yang sama. 

Suami tak habis-habis ulang suruh anak dia keluar tarikh tu. in sha Allah tarikh tu jugak pergi check dengan Dr. Zana di GMC. 

Kalau makbul permintaan suami, senangla urusan. Sekali check dengan admitted terus. Amboi cita-cita. Hahhahaha.

Ok kalau diizinkan Allah aku menulis lagi. Semoga aku dipermudahkan urusan bersalin. Aamiin. 

Pengalaman Kelakar Seram Bersalin Kandungan 36 Minggu

Semalam genap kandungan 34 minggu 7 hari check-up seperti biasa di Klinik Kesihatan (KK). Bagus orang tak ramai dan sekitar pukul 9 pagi dah setel semua.

Kandungan Alhamdulillah sihat, berat terlebih 400gram kalau ikut pemeriksaan. Nurse tak bebel apa pun tapi aku yang bebel pada diri sendiri.

Ini hasil minum air manis setiap hari ya. Padan muka. Blood pressure, urine, heart beat baby semua normal. Alhamdulillah.

 

Pengalaman Kelakar Seram Bersalin Kandungan 36 Minggu

Sengaja ambil cuti sebab rasa badan dah berat sangat. Suami pon ambil cuti sebab kesian mak buyung jalan macam tak larat dah.

Ok nak cerita dalam last two weeks’ masa buat check-up jumpa doktor Zana. Dijadikan cerita terserempak dengan kawan satu batch masa kursus FSTEP dulu.

Mengandung dan tengah sarat. Dia punya due date lagi awal dari aku iaitu dalam pertengahan bulan Mei.

 

Bersalin Awal Dari Jangkaan EDD

Sekali tup-tup baca dekat Facebook kelmarin, dia update status yang dia dah selamat bersalin dah. Bersalin pada usia kandungan 36 Minggu kau.

Semestinya aku terperanjat. Aku pun rajinkan diri, whatsapp tuan diri tanya pengalaman dia bersalin. Dia kata Alhamdulillah mudah sangat urusan.

Elok pukul 12 tengah malam pecah air ketuban dia pecah. Maka selepas itu bermula lah sakit menahan contraction sehingga masuk waktu Subuh.

Pukul 6.40 pagi, anak dia selamat dilahirkan ke dunia. Itu pon lepas dia ambil wudu, solat kemudian berulang alik ke tandas sebab terasa nak buang air besar.

 

Tanda-Tanda Contraction Nak Bersalin

Menurut doktor, itulah contraction yang sebenarnya. Sempat dia kongsikan, yang waktu kali terakhir dia pergi ke tandas dan meneran macam nak membuang itulah waktu kelakar seram bermula.

Elok dia balik dari tandas, nurse datang untuk check bukaan dan rupa-rupanya kepala baby dah nak engage. Kiranya dah sampai masa untuk meneran.

Kelam kabut lah keaadan dan kemudian dia kena tolak masuk ke labour room. Sungguh Tuhan beri kemudahan hanya dengan sekali meneran bayi selamat dilahirkan. Mudah anak keluar.

Menurut bidan/ nurse yang menyambut bayi dan bantu dia bersalin, anak dalam kandungan hampir lemas sebab tali pusat nak terbelit. Apa-apa pun anak dan ibu sihat.

Syukur sangat Allah mudahkan dan selamatkan kedua ibu dan anak. oh ya untuk kes kawan aku ni, Bidan yang sambut, uruskan proses bersalin.

Ini disebabkan waktu dia nak bersalin tu kebetulan doctor in charge balik berehat sebab doktor terlibat dengan kes pembedahan kecemasan.

Kiranya memang ikut rezeki walaupun kita memang dah book doktor pilihan.

 

Konklusi

Hoi kelakar seram cerita dia. cerita aku pulak? Tak tahu la lagi macamana. Sekarang asyik rasa sengal-sengal macam nak terberak, rasa sembelit tu. Terus rasa macam confuse nak beranak ke apa.

Tenangkan diri baca Surah Maryam dan pahamkan sekali maksud dia. Alhamdulillah lega perasaan tu. betul la Al Quran tu penenang jiwa.

Hal Baju Gambar Anjing Dan Hukumnya

Aku terpanggil nak buat perkongsian tentang hukum pakai baju ada gambar binatang dan lebih memeningkan pakai baju gambar haiwan terlarang bagi orang Islam khususnya iaitu anjing dan babi.

Sebelum ni pernah kecoh pasal pakai baju gambar haiwan najis berat ni sebab ada selebriti Malaysia beri anak dia pakai baju gambar anjing. 

Aku buat perkongsian ini pun adalah dengan niat berkongsi ilmu dan juga beri kesedaran terutama untuk diri sendiri. Tak ada ilmu jadi kita carilah okeh.


Hal Baju Gambar Anjing Dan Hukumnya

Macam-macam hukum dan pendapat yang dilontarkan oleh netizen. Maka aku tergerak hati nak cari penerangan tentang hukum ni.

Terpegun sekejap sebab rasa macam tahu apa hukum tapi kena refresh semula. Aku ingat lagi, ustazah masa aku sekolah agama dulu pernah beritahu tapi aku jadi ingat-ingat lupa.  

Cari punya cari aku dapat penerangan dari Ustaz Azhar Idrus pasal gambar di baju ni.


Gambar-baju-anjing



Hukum Pakai Baju Gambar Anjing


Ustaz kata;

Memakai pakaian yang ada gambar makhluk bernyawa, hukum ialah makruh memakainya contoh macam gambar ayam,burung, manusia.

Yang tak bernyawa hukumnya khilaf (harus) contoh gambar kereta, motor, makanan etc.

Kalau sewaktu sembahyang memakai pakaian tak kira gambar makhluk bernyawa atau tak bernyawa hukumnya adalah makruh.

Dan, ketika sembahyang  memakai pakaian yang ada gambar haiwan mughallazah (anjing,babi), tanda salib, gereja, atau logo persatuan Kristian hukumnya adalah haram. Kita dikira 'mempromosi' ajaran lain. 

Khas untuk peniaga, ustaz Azhar Idrus tekankan yang pakaian yang ada gambar arak, iklan arak, gambar salib, baju-baju persatuan gereja dan seangkatan dengannya diharamkan peniaga nak jual.

Kita dikira subahat. Bertanggungjawab dan berkongsi dosa. Sebelum jual semak dulu gambar, tulisan-tulisan yang terdapat kat pakaian tu.

Ustaz tambah lagi, kalau pakai pakaian (dalam atau luar sembahyang) yang menunjukkan aurat perempuan contohnya gambar perempuan pakai bikini hukum dia haram di pakai. Kenapa? Sebab aurat tu haram dilihat.

Senang cerita, ustaz Azhar Idrus guna kaedah usul fiqh yang berbunyi: apa yang haram kita lihat maka haram kita ambil benda itu.

Harapnya penerangan aku tak peningkan pembaca. Benda yang elok di kongsi bersama. Aku pernah masuk kan link video ceramah ustaz, tapi ada problem (masalah blog). 

Jadi untuk korang yang nak dengar sendiri ceramah Ustaz Azhar Idrus berkaitan bab hukum pakai baju gambar binatang boleh search je di Youtube. 

Harap masih available video tu - Klik Link Sebelah ni 'Ustaz Azhar 2010 - Hukum Pakai Baju Gambar Binatang' ada ceramah Ustaz masa tahun 2010, Ustaz share dalam Youtube channel beliau bertarikh May 26, 2010. 

Diharap perkongsian aku sedikit sebanyak memberi pencerahan dan jawapan yang korang cari. Kalau ada jumpa maklumat tambahan macam hadith atau ayat Quran boleh lah berkongsi dengan aku di ruangan comment ya.