Cara Mudah Merawat Bengkak Susu

Kalau perasan entry aku sekarang banyak pasal hal bersalin dan berpantang dan anak. Kena paham la sebab tuan blog tengah alami fasa berpantang. 

Kali ni aku kongsikan Cara Mudah Merawat Bengkak Susu melalui pengalaman aku sendiri. Untuk wanita yang lepas bersalin, masalah tiada susu badan, breast bengkak, dan sembelit adalah antara masalah utama yang selalu melanda. 

Cara Mudah Merawat Bengkak Susu

Kalau dah kena sekali nak elok memang payah. Kena betul-betul cari penyelesaian atau kau akan merana sepanjang berpantang, Aku memang tak terkecuali. 

Untuk entry kali ni aku nak share pasal urutan breast bengkak. Atau orang kampung aku panggil bengkak susu. Sesiapa pernah alami tahu la macamana seksanya bila breast bengkak sebab susu. 

Masa anak pertama dulu aku dah pernah kena dan sampai demam menahan sakit. Tangan tu tak boleh nak di angkat. 


Tip Mudah Merawat Bengkak Susu


Untuk anak kedua aku kena jugak masalah ni. Dah lima tahun tinggalkan amalan berpantang so apa lagi memang google ajela cari penyelesaian. 

Cuba cari tips dan cara paling mudah nak sembuh. Walaupun aku dah selesai urut badan 3 hari berturut-turut tapi breast masih lagi sakit dan bengkak.

Sebelum aku buat apa google suggest, mak aku suruh aku tuam breast dengan ice pack. Kalau ikut pembacaan aku, tuam breast ni untuk lembutkan urat dan lancarkan saluran susu. 

Boleh buat dua cara, tuam dengan hot pack atau cold (ice) pack. Ice pack ni ada je jual kat farmasi. Boleh cari. Aku dah try kedua-dua cara, dan lebih selesa dengan ice pack.

Bila dah setel tuam dengan ice pack breast dah kurang sakit dan urat pon dan lembut sedikit so aku continue dengan cara urutan yang aku jumpa dekat web Dr Zubaidi. 

Dr ni selalu aku refer kalau ada masalah berkaitan kesihatan wanita. Aku baru buat sekali. Alhamdulillah ok. Dengan izin Allah aku semakin sihat.


Cara Urutan Bengkak Susu


Untuk korang ikut je cara urutan tu. sapu la minyak untuk memudahkan korang urut. Harap membantu. Selain hilangkan rasa sakit bengkak, pengeluaran air susu pon lancar. 

Bila lancar masalah bengkak pon akan hilang. In sha Allah. Cubalah. 

Step pertama:

Step Kedua:


Step ketiga:


Step keempat:

Kena rajinkan diri untuk buat. Aku suka buat sebelum mandi supaya aku boleh urut dan lumur minyak. Kemudian mandi bilas badan. Kalau tak melekit rimas. 

Selamat mencuba. 

Perlu ke Pantang Lepas Bersalin?

Memulakan pantang di kampung selepas sehari di wad bersalin. Buka buku baru bila semuanya berubah dengan kehadiran orang baru. 

Orang kata bila bersalin anak kedua dan seterusnya, keadaan badan amatla teruk dan memerlukan penjagaan lebih rapi. Itu sebabnya masa pantang anak pertama kena jaga betul-betul. 

Rasa lemah dan sakit badan akan terasa bila anak kedua lahir.

Dan padanla muka aku merasa perkara yang aku takutkan. Bila anak kedua badan memang totally terbabas. Putus-putus urat habis. 

Perlu ke Pantang Lepas Bersalin?

So kena come back dengan urut, pantang yang betul dan supplement. So far agak insaf jugak berpantang kali ni.

Rezeki aku kali ni luka koyak tak besar. Luka kulit kecil sahaja dan tidak digunting. Kebiasaan anak pertama sahaja di gunting. 

Macam anak pertama susu badan aku memang meriah. Alhamdulillah. Cuma kali ni, hari kedua susu baru keluar. So anak minum susu formula semasa di wad.

credit gambar Kosmo online

Rutin Semasa Pantang


Rutin berpantang di kampung dan di kawal selia oleh ibu tercinta. Memang la strict dan kadang-kadang aku merayu nak minum air sirap. Adui. Dugaan berpantang musim panas. 

Alhamdulillah hari ke 12 hari ni semakin biasa dengan jadual:

Pagi: 

Terus kena bertungku, mandi sebelum pukul 9 dan berbengkung. Tungku kena seawal pagi tapi aku selalu lewat sebab kadang-kadang malam tidur terganggu so terlajak tidur. 
Dan setel kena cepat-cepat sarapan takut masuk angin badan.

Lunch: 

Makan tengahari seeloknya pukul 11/12 tengahari dan kalau tak boleh lewat dari pukul 1 petang. Pernah je aku lambat tapi aku alas perut dengan milo dan roti.

Petang by 4, dah kena standby tungku dan mandi. Sapu minyak dan berbengkung. Kalau anak pertama sebelum pakai bengkung aku kena letak pilis (kalau tak silap) tapi kali ni aku sapu minyak panas je. Bengkung pon lilit sendiri.

Malam seeloknya makan before 8pm. malam dah free so memang focus kepada anak. Waktu-waktu sengkang memang aku sibuk dengan anak, pam susu dll.

Masalah penyusuan kali ni macam biasa puting luka. Apa aku buat ialah aku letak minyak zaitun setiap masa. Selepas penyusuan dan bila aku ingat. Alhamdulillah. Membantu. 

Amalkan juga urutan untuk elak bengkak susu. 

Menu berpantang pun agak terhad. Mak risau jadi apa-apa so memang limited. Kalau air hadap air milo dan air suam jela. Rindu kat air manis yang lain.

Bersalin kali ni Peranakan aku macam lambat kecut dan tak masuk ke tempat yang sepatutnya. Aku pon perasan, sakit bila berjalan. Itu sebab aku malas bertungku dan tak pakai bengkung. 

Bila terlalu lasak dan kadang-kadang angkat baby dan meneran tu yang buat Peranakan beralih dan lambat kecut. 

Apa motivasi aku bila malas nak bertungku dan berbengkung ialah bila nurse klinik kesihatan yang datang melawat rumah untuk check keadaan aku. 

Cuak risau kena masuk wad semula terus disiplin nak buat semua dengan betul. Dulu serik nak berbengkung, bila rasa sedap badan kemas pakai bengkung baru la ikhlas nak pakai. Tidur pon pakai bengkung. Alhamdulillah.

Jadi nasihat aku ikut la pesanan orang-orang tua. Apa yang kena buat,  buat sahaja. Untuk kesihatan kita juga untuk jangka masa panjang. Makan jaga. 

Mak kata kesan dia bukan sekarang, tunggu kau nak menopause atau selepas menopause nanti.
Ok itu sahaja kali ni. Hal bersalin masih lagi cuak nak share. Nak recall semula rasa ngeri. Pandang muka anak lega je sebab semua dah lepas. 

Review Bersalin Di Gombak Medical Centre

As salam, very short update since ada request from reader yang nak tahu pengalaman bersalin dengan Dr Zana di Gombak Medical Centre. 

Hi Ieda, hopefully entry ni membantu since Ieda tak mentioned pon nak tahu part yang mana so aku akan kongsikan bab admitted dan layanan diterima semasa bersalin. 

Ini apa yang aku boleh bandingkan dengan pengalaman yang aku terima semasa melahirkan anak pertama, lima tahun yang lepas di Hospital Kerajaan. 


Review Bersalin Di Gombak Medical Centre 

Alhamdulillah selamat melahirkan anak kedua; seorang princess pada hari Jumaat penuh barakah seperti yang aku idamkan. 

Hati dari awal lagi dah tergerak memang kata akan bersalin pada hari Jumaat. Syukur Allah permudahkan segala urusan. 

Memandangkan dah merasa proses bersalin di Hospital Kerajaan jadi untuk anak kedua memang kami mencari hospital swasta. 



Review Doctor Zana Gombak Medical Centre 

Mula jumpa Doctor Zana sejak kandungan berusia  tujuh bulan, bayaran deposit Rm1000 dibuat pada check up ketiga, bayaran selebihnya adalah selepas selesai bersalin. 

Ada dalam lima kali appointment (kalau tak silap) berjumpa dengan Doktor sebelum bersalin. Ikut syarat kena jumpa doktor sekurang-kurangnya dua kali, minima. 

Kos setiap kali check up dari range Rm75- Rm120 (urine test, ctg, ultrasound & consultation – berbeza setiap kali check up).

Walau waktu menunggu lebih lama dari check-up di Klinik Kesihatan tapi oleh sebab faktor layanan Doktor Zana buat aku selesa, selamat, dan mesra. 

Tolak tepi penat menunggu. Datang awal kalau nak cepat sebab ramai gila datang check up. Aku selalu ambil hari sabtu sebab suami boleh teman. 


Pakej, Kos Bersalin & Booking Gombak Medical Centre

Kos rawatan bersalin aku ialah Rm 2,236 dan disambut oleh Doc Zana. Kos cover - bilik Rm 1,800 untuk satu malam termasuk breakfast, snack after deliver, dinner. 

Bayaran bersunat baby Rm70, ubat cucuk tahan sakit Rm 100++, pampers memang banyak aku mintak so diaorg charge jugak dan etc. kalau nak epidural dia charge Rm1,000.

*kawan aku admitted pada kandungan 36 minggu, then disambut oleh bidan kat GMC since doctor Zana tak available masa tu. untuk dua hari di wad ialah Rm2,200. Doctor & Bidan bayaran berbeza.


Bilik, Layanan, & kemudahan:

Aku admitted pada pukul 4.30 pagi dan sebelum tu aku dah call siap-siap doc Zana kata air ketuban dah pecah. 

Bilik aku dapat nama Teratai, ada TV, attached bilik air, sofa untuk yang menunggu, katil, locker, almari siap dengan sejadah dan kain sembahyang. Bilik semua selesa. 

Ada bilik yang aku perasan tak attach dengan bilik air so kena berjalan keluar la. Rezeki aku kat situ. Boleh bawak toto untuk tidur kat lantai bagi siapa yang menunggu nak bersalin.

Layanan dari doc Zana superb, mesra, ramah dan tak kedekut nak jawab semua soalan mengarut. Dia selalu baca bismillah pastu ayat-ayat dia kelakar dan tak buat kita panic. Itu penting ye. 

Sebab tu masa bersalin anak ketiga pun aku pilih Doktor Zana walau dia tukar hospital. Bonusnya, Doc Zana seluk tak sakit. 

Ikut je cakap dia, in sha Allah ok. Layanan staff nurse kat sana jugak bagus. Tekan loceng terus datang kecuali waktu memang ada kes. 

Bilik lain memang banyak so jangan takut la sesak ke apa. Masa aku bersalin memang tak putus orang keluar masuk.


Kemudahan Lain

Kemudahan lain macam parking sangat ok untuk pelawat dll, kedai barangan baby Manjaku sangat dekat in case barang-barang ada tak sempat beli, kedai mamak, runcit etc. 

Waktu melawat start 9.30 pagi sampai 9.30 malam. Memang adik beradik aku berkampung sehingga petang lepas aku bersalin tu. diaorang pun puji GMC.

Apa lagi nak share ye.

So far itu sahaja kot. apa aku tulis adalah berdasarkan layanan yang aku terima, aku lihat dan rasai. Lain orang lain pengalaman nya. 

Buat Ieda jangan risau, masa admitted akan ada staff nurse explain pakej, charge, waktu melawat, waktu keluar etc. Dia akan bagitahu harga sebelum buat. Seeloknya suami ada sekali untuk dengar.