Pengalaman Bersalin Anak Kedua

Pengalaman aku bersalin anak pertama dan kedua memang berbeza. Anak pertama aku banyak baca pengalaman orang dan belum pernah merasa, jadi persediaan mental fizikal berdasarkan apa yang orang lain lalui. 

Bila bersalin anak kedua, dah mula faham dan recall semula apa yang berlaku masa bersalin anak pertama.

Kalau dah namanya bersalin tak kisah anak nombor berapa pun, pengalaman tu mesti berbeza. Baik dari segi persediaan, tahap kesakitan, keyakinan diri dan banyak lagi lah. 

Pengalaman Bersalin Anak Kedua

Alhamdulillah aku banyak belajar dari pengalaman bersalin anak pertama. Kali ni aku sempat buat catatan sebelum melahirkan anak kedua. 

Sengaja supaya senang nak rujuk di masa hadapan. Perasaan serik mengandung dan bersalin masa ni masih belum timbul. 

Walaupun takut tapi tetap nak ada baby. Rasanya semua perempuan macam tu kot. 



Tanda-Tanda Bersalin Anak Kedua

Jom baca pengalaman tanda-tanda bersalin anak kedua aku yang tak seberapa ni. Kot ada yang sama pengalaman kita. 

Kalau anak pertama aku bersalin di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh, Pahang Darul Makmur, anak kedua pula aku bersalin ni Gombak Medical Centre (GMC), Selangor.

13 May 2016 (Jumaat)

Aku mula buat catatan bila waktu kandungan mencecah usia 38 minggu. Masih menunggu bila rasa sakit bersalin tu akan datang. 

Dalam fikiran dah imagine sakit contraction tu macam sakit period terguling-guling. Tetapi tiada apa-apa yang berlaku. Jadi aku teruskan kehidupan seperti biasa.

Sakit contraction tiada tapi aku lebih kerap muntah. Rasa loya, mual dan hilang selera makan. lebih lima kali aku muntah dalam jarak kurang setengah jam. 

Aku hanya mampu makan potato chips dan sedikit daging kambing. Paksa makan sebab ingatkan diri kena ada tenaga masa nak meneran nanti.


14 May 2016. Sabtu

Kalau ikut tarikh ni, ini merupakan tarikh ulangtahun kelahiran suami. Kalau baby lahir lagi bertambah gembira la dia. Contraction yang aku alami biasa-biasa sahaja dan tidak consistent. 

Pagi tu ada appointment dengan Doktor Zana di GMC. Sepanjang dua jam menunggu giliran hanya pergerakan bayi sahaja yang aku dapat rasa. 

Bila masuk berjumpa Doktor Zana dan dia cadangkan untuk check bukaan. Apa lagi kena seluk la.

Bahagian ni paling dibenci sekali. Jam 11.30 pagi bukaan dah ada 2cm. Berdoa sangat jangan bersalin lagi sebab mengidam nak makan udang masak lemak cili padi. Kemudian doctor teruskan dengan CTG.

In medicine (obstetrics), cardiotocography (CTG) is a technical means of recording the fetal heartbeat and the uterine contractions during pregnancy. 

The machine used to perform the monitoring is called a cardiotocograph, more commonly known as an electronic fetal monitor (EFM).

Lepas 20 minit doctor nak tengok movement graph chart.  Masa result yang pertama, graf tak cantik sangat sebab baby asyik mengeras [aku nervous dan lapar agaknya] dan kena buat sekali lagi. 

Kali kedua ikut bacaan graf ada empat kali hit contraction [spike]. Ini berdasarkan apa doktor terangkan dan apa aku faham. 

Empat kali spike tu bukan contraction kuat pun, bukan rasa senggugut cuma rasa baby tendang je. Doktor terangkan anak kedua adalah berbeza dengan anak pertama. 

Laluan bayi dah ada serta tak perlu tanda darah atau pecah air ketuban pon. Agak-agak kuat je contraction dan kerap dah boleh ke hospital.

Lepas setel check, terus ajak suami makan kat restaurant favourite. Rezeki jumpa siput sedut dan udang. Makan sampai mengah. 

Lepas Zohor sempat pergi Wangsa Walk Mall sebab ikut pembacaan kalau banyak berjalan lagi bagus untuk cepatkan bukaan. Nervous dan penat so suami sempat tidur dulu kat parking pastu baru berjalan. Itu pun tak lama. Lepas tu shopping sikit dan balik ke rumah.

Petang tu juga aku download contraction timer dekat telefon. Pukul 7.16 malam aku mula rasa senak perut nak buang air besar, rasa mual nak muntah lepas satu jam datang pula rasa ngilu di bahagian bawah. 

Doktor dah pesan kalau contraction lebih dari satu minit dengan jarak 10 hingga 15 minit kena terus ke hospital.


15 May 2016. Ahad

Hari yang mendebarkan tapi siang tu hanya alami contraction paling lama ialah 1 minit 30 saat. Jarak contraction juga tidak menentu, ada 10 hingga 15 minit, ada selepas setengah jam dan ada juga sejam lebih baru contraction datang semula.

Bermula pukul 3.41 petang aku dah mula rasa sakit perut macam nak buang air besar. Sakit tu asyik datang selang jam. Hampir nak masuk waktu Maghrib pukul 6.47 ada keluar lendiran coklat masa buang air kecil.

Masa pukul 2.00 pagi aku terbangun sebab nak buang air besar dan rasa senak. Masa buang air kecil keluar lendir kuning. Lepas tu aku dah start sakit tapi masih boleh tidur. 

Tak boleh baring kena duduk baru sakit tu hilang. Tidur sambil duduk. Bila bangun pagi kencing dan keluar ketulan putih kuning cair. Perasaan aku rasanya akan bersalin je ke esok kan harinya.

Kalau ikut pembacaan; keluar lendir kuning pekat atau cair tanda pintu rahim menipis. Kalau lendir darah itu tanda bukaan rahim.


16 May 2016. Isnin

Bila ada tanda-tanda keluar lendir tu aku dengan yakin untuk tunggu tanda bersalin lain, dah siap sediakan mental kalau kena bersalin. 

Suami pun aku suruh standby dekat tempat kerja. Tapi, contraction langsung tak kuat dan jarak jauh-jauh. Aku habiskan hari dengan kira gerakan bayi sahaja.  


17/18/19 May 2016. Selasa/Rabu/Khamis

Aku malas nak berharap dah. Aku cuma rasa sakit contraction dua kali sahaja yang berdurasi 1 minit. Kehidupan aku macam biasa. 

Aku dah mula cuak kenapa tak rasa sakit dan semakin nervous nak tunggu detik bersalin. Cuma petang khamis aku dah mula buang air besar.


Akhirnya Aku Bersalin

20 May 2016. Jumaat. Usia kandungan 40 minggu ++

Tanda bersalin yang aku tunggu akhirnya tiba jua. Tengah syok tidur dan terbangun pada pukul 3.30 pagi. Perasaan aneh rasa nak buang air kecil, elok turun dari katil air ketuban aku meleleh keluar. 

Basah karpet dan masa ni aku cuak kejut suami suruh bangun. Bersihkan diri dan tukar baju. Capai apa yang patut dan kami ke GMC. 

Dah siap-siap call GMC jadi staff nurse dah ready nak sambut aku datang. Pukul 4.30 pagi sampai dan nurse pasangkan CTG. Masa ni aku terbaring sejuk sambil ayat suci AlQuran dipasangkan. 

Sumpah masa ni sayu je perasaan. Masa buat CTG aku cuba bertenang. Aku suruh suami selawat dan zikir bersama. Masanya dah tiba. 

Takut tapi redah jela. Pukul 5.30 pagi doktor jenguk dan check bukaan oleh bidan sebab doktor balik sekejap masa tu.

Sementara tunggu waktu bukaan, aku dimasukan ke bilik Teratai. Ada tv, sofa dan selesa untuk suami berehat. 

Staff nurse ada terangkan aku kena bersalin sebelum jam 3 petang untuk elak jangkitan pada bayi.  Ada tempoh 12 jam untuk aku alami sakit bersalin secara normal dan doktor akan standby incase aku tak dapat bersalin secara normal.

Waktu ni aku masih belum rasa contraction sebenar. Air ketuban asyik mengalir keluar dan aku dipakaikan pampers. 

Masuk pampers kedua aku diberikan ubat untuk buang air besar. Non-stop aku doa agar urusan bersalin dipermudahkan Allah.

Bukaan masih 2cm pada pukul 8.10 pagi. Pukul 8:28 pagi aku mula sakit selang seminit setengah. Masa 9.10 pagi. Nurse masukkan ubat untuk lembutkan bukaan rahim dan kena tunggu selepas 1 jam untuk tengok bukaan. 

Air ketuban masih lagi keluar. Masa ni contraction semakin kuat tapi aku masih bertahan. Maka bermulalah episod sakit contraction bersalin. Sakit sebenar bermula. 

Sakit tu perlahan-lahan terasa makin lama makin kuat. Dalam bilik tu memang aku mengerang kesakitan habis-habisan. 

Suami teman sepanjang aku sakit contraction. Habis aku picit-picit tangan suami dan cakar badan dia. Peluk semua tapi masih tak dapat tenangkan diri. Ya Allah masa ni fikir kalau lah aku mati.

Dalam masa menahan sakit untuk tunggu bukaan yang sewajarnya, nurse ada tawarkan ubat cucuk tahan sakit untuk kurangkan rasa sakit contraction tu. Harga RM100. 

Masa ni aku tengah sakit dan aku tak peduli dah harga ke apa, aku setuju je nak ambil ubat tu. Dengan harapan sakit tu akan berkurangan, tapi TIDAK ya, malah sakit tu jadi double triple sakitnya.

Secara logiknya, sakit bersalin boleh dikurangkan ke? ahaks. Aku tak pasti ya apa suntikan yang ditawarkan. Apa-apa korang rujuk doktor korang dahulu. 

Tak sampai 10 minit aku rasa kepala baby betul-betul dah kat bawah. Menjerit-jerit aku suruh suami panggil nurse. Tak dapat tahan dah rasa nak push je.

Nurse siap boleh persendakan kata, macamana aku tahu baby dah sampai bawah. nurse suruh bangun dan duduk kat wheelchair nak tolak ke bilik bersalin. 

Hoi masa ni nak angkat punggung tak larat dah. Nak marah nurse pun ada. Cuak baby terkeluar kang siapa nak sambut. Doktor kat klinik bawah layan pesakit lagi.

Suami tolong angkat ke katil sekali. Masa landing atas katil dalam labour room rasa dah tahap redha tak leh tahan dari nak meneran. Aku siap cakap nurse saya rasa nak buang air besar ni, macamana?

Nurse kata tak apa buang saja. Masa tu dengar nurse cakap baby dah crowning, yang aku paham kalau crowning bebetul posisi dah boleh keluar. 

Tak sampai seminit doctor Zana sampai. Masa ni nak peluk doctor kata tolonglah cepat. Nak keluarkan Baby.

Apa yang seronok bersalin dengan Doktor Zana, dia kata tak payah meneran pon. Jangan penatkan diri you nak teran. Aku masih ingat pesanan dia, “you just buat macam nak terbatuk je”. 

Kena relax and enjoy the moment. Dalam otak Ya Allah sakitnya. Aku pon ikut la nasihat buat-buat batuk. Aku siap merungut, beritahu tak boleh pon batuk doktor. Bila ingat nak gelak je.

Dalam otak motivasi terbesar masa ini adalah anak sulong. Ye aku nak teruskan kehidupan dan selamat untuk jumpa anak sulong aku, Ikhwan. Ya Allah rindunya. 

Perasaan rindu pada anak sulong tak terungkap. Allah lintaskan dia sebagai pembakar semangat nak terus hidup.

Percaya atau tak, menggunakan teknik pura-pura batuk tu aku selamat melahirkan seorang puteri. Itupun selepas beberapa kali batuk. 

Berjaya tak digunting tapi sedikit luka koyak. Suara baby bergema. Kuat betul tangisan. Masa lahirkan Ikhwan dulu tak dengar dia menangis. 

Nurse kasi peluk letak kat dada then bersihkan seterusnya suruh suami iqamahkan. Selesai bab bersalin. Tibalah part paling aku takuti iaitu nak jahit luka bersalin. 

Dah siap-siap pesan kat doctor aku nak bius, biar aku tak sedar. Pengalaman lepas aku kena jahit dan aku masih terasa sakit dia.

Memang tak sedar sampai ke sudah. Nyenyak je aku tidur. Laki aku cakap aku tidur macam baby [ok aku tipu] laki aku kata aku tidur mampus hahahaha. 

Lepas bersalin baru doktor terangkan yang ubat RM100 tadi tu ubat untuk cepatkan bukaan. Patut lah bagai nak separuh mati aku tahan sakit.

lepas sejam dijahit baru aku sedar dan haus betul. Kali ni bersalin susu badan tak semeriah no 1. Nanti lain entry aku share pulak.

Apa pun Alhamdulillah syukur kepada Allah semuanya selamat. Esoknya aku dibenarkan balik. Bersalin anak ketiga paling sempoi. 

Doctor Pakar Kanak-Kanak Sahkan Baby Eczema

Aku kongsikan pengalaman pertama kami sebagai ibu bapa selepas doktor sahkan baby kedua kami menghidap eczema. Sedih betul masa dapat tahu. 

Ini pengalaman pertama kami sebagai ibu bapa sebab rezeki anak pertama mudah saja perjalanan dia. Waktu tu juga pengetahuan tentang eczema kami sangat kurang. 

Tapi kami percaya semua yang berlaku ada hikmahnya. Bersyukur atas apa yang berlaku sekurang-kurangnya pengalaman kami ni dapat bantu orang lain pula. 

doktor-sahkan-anak-eczema

Doctor Pakar Kanak-Kanak Sahkan Baby Eczema 

Ini pengalaman anak Diah yang kedua kena Eczema dan disaat artikel ini ditulis, Diah masih lagi struggle nak sihatkan anak sepenuhnya. Dengan izin Allah semoga usaha dipermudah. 

Semuanya bermula pada 24hb October 2016, Raudah ada appointment untuk cucuk vaksin lima bulan (5 serangkai) di Klinik Kesihatan Setapak. 

Sebelum tu kulit Raudah dah mula tunjukkan gatal-gatal, ruam merah. Tapi bersangka baik, kami fikir ianya hanya ruam biasa. 

Masa ni check up bulanan di klinik nurse dah tahu keadaan kulit Raudah dan seminggu sebelum tarikh cucuk ruam agak teruk di bahagian kepala dan telinga. 

Nurse nasihatkan supaya jangan guna sabun, mandian, lotion dan seangkatan. Dengan andaian kulit dia alah dengan bahan-bahan tu. Tapi nurse tak ada sebut tentang eczema pun. 

Masa ni dah pelik kenapa nurse terangkan sikit-sikit je. Gatal-gatal tu tak serius lah pada sangkaan Diah. Tak pasti adakah ini normal atau tak, tapi telinga Raudah dah mula gatal dan ada air gatal tu. 

Disebabkan Raudah tak demam jadi cucuk lima bulan diteruskan. Cuaca pun memang panas terik jadi normal sangat kulit jadi kering. Tapi masa ni langsung tak terfikir tentang ECZEMA langsung. 


eczema-journey


Tanda-Tanda Eczema Pada Kanak-Kanak

Selepas cucuk lima bulan, ruam gatal tu langsung tak tunjukkan tanda akan berhenti malah jadi lebih teruk. Jadi kritikal bila berair, dia garu dan berdarah. 

Dia macam cycle yang tak ada penghujung, bersambung-sambung dan kulit tu sembuh sepenuhnya memang tak pernah wujud. 

Ruam banyak keluar di bahagian kepala (dahi, belakang kepala bawah, telinga pipi) badan dan semua  pelipat. Hanya pelipat dan belakang telinga yang keluar air bisa.

Sebulan sebelumnya dah pernah jumpa doktor di klinik swasta dan katanya itu hanya ruam biasa dan klinik bagi cream sapu. Maaf tak ingat nama. 

Tapi macam tu jelah hasil dia. Diah hanya sapu lepas mandi pada kulit yang gatal. 

Kalau campak belakang masa Raudah dilahirkan memang sepanjang berpantang ruam naik on off sebab cuaca panas kat Pahang. Sama keadaan macam abang dia dulu.

Sebab tu Diah anggap ruam tu akan berakhir. Disebabkan risau keadaan Raudah dan emosi Diah yang tak stabil kami decide nak jumpa pakar. 

Mana nak tahan tengok anak depan mata menangis, menggaru sampai berdarah.

Sudahnya ajak suami jumpa Dr Hasmawati, Pakar Kanak-Kanak Desa Melawati. Ini pon based on recommendation dari adik. 

Perjumpaan pertama dengan doctor ni kurang memberansangkan sebab doctor ni sarcastic tahap dewa. Ini berdasarkan pengalaman aku ya. Lain orang mungkin lain penerimaan. 


Klinik-pakar-kanakkanak


Doctor ni bagus tapi hati kena tabah kena cekal jumpa dia. Kata-kata dia lebih tajam dari pedang. Dahlah hati aku tengah fragile nak sihatkan anak. Aishh. 

Doctor ni la dengan confidence nya confirmkan Raudah ECZEMA. Mimpi ngeri jadi nyata. Dia bagi cream, lotion dan mandian.

Jenama bawah ni. Mahal ya dan tak serasi dengan kulit Raudah.


eczema-medication


Balik dari klinik Diah google info sedikit sebanyak tentang eczema dan kawan-kawan nasihatkan jangan bergantung sepenuhnya dengan STEROID. Banyak buruk dari baik. 

Takut baca pengalaman pesakit ECZIMA. Diah ambil EL untuk dua hari sebab tak sanggup nak suruh orang lain jaga Raudah.

Sepanjang dua hari jaga Raudah keadaan dia tragik sebab menggaru. Aku sempat beli minyak nama dia Habibi oil dan Minyak TheMajlis minyak untuk rawat ruam. Ikhtiar. 

Masa ni fikir nak anak sihat je. Minyak tu boleh tahan harga dia lebih RM200 kalau tak silap,

Ada pendapat kata jangan campur ubat doctor dengan ubat/minyak di jual dipasaran. KONFLIK melanda hebatnya. Stress sangat-sangat.

Pendapat dan kehendak serta kekurangan ilmu pasal ECZEMA telah mengganggu gugat kehidupan dan credibility sebagai seorang ibu dipersoalkan. Emosi macam roller coster. 

Tak nak bergantung dengan ubat doktor which is STEROID tapi nak anak sihat. [tak semua ada STEROID tapi kena baca kandungan dia].

Sampai la mereng sekejap menangis tanpa sebab. End up Diah buat apa tau; lepas mandi Diah sapukan cream doctor bagi dibahagian ruam dan Diah sapu minyak/olive oil as lotion kat serata kulit Raudah. 

Alhamdulillah atleast Diah berjaya buat keputusan.

Mak ada datang melawat, sebab risaukan Raudah mak datang. Terima kasih mak. Mak kata kalau penyakit orang kampung Raudah ni kena demam ruam. 

Mandikan dengan air rebusan semambu. Rebus dan mandikan. Alhamdulillah hilang sedikit gatal dia. baru nak lega Raudah naik semula rashes dia sebab aku makan AYAM. Aku masak kari. Huwaaa.

Pantang Larang Dan Makanan Bayi Eczema

Masa tu 31st October 2016. Aku terpaksa berjaga malam Raudah merengek je malam-malam, semestinya gatal dan tak selesa. Kesian ok. Episod menangis bermula kembali. 

Payahnya nak positif bila tengok anak menggaru ni. Doktor suruh aku pantang susu. Yes selama seminggu aku berpantang dairy product.

eczema


Telur aku baru start pantang. Semua makanan aku hadkan. Aku doa Allah permudahkan perjalanan kami semua. Allah uji Raudah Allah uji kami semua. Uji sebab Allah sayang. Allah nak kita mengadu pada Dia.

Aku masih belum jumpa solution terbaik untuk kulit Raudah sebab nak habiskan ubat doctor kasi. Nanti habis aku nak cuba product Moogoo. Aku nak beli lotion dia. Review bagus je semua. In sha Allah. Dan Shaklee. Aku patut cuba. Ikhtiar.

Apa saja nasihat doktor, pantang larang semua aku baca dan cuba ikut sebaik mungkin. Rasa gagal jadi emak yang baik. 

Sehinggalah pada 2 November 2016, Biras aku recomend doctor kulit [dermatologi] di Wangsa Delima. 

Mak salah seorang anak jagaan dia kena macam Raudah. Alhamdulillah serasi rawatan untuk anak dia. Tapi Doctor cuti setiap Rabu and Sabtu. Aku dah call untuk pergi hari Khamis.

So elok la call dulu sebelum terjah. Saat ini hati bagai dirobek bila anak masih lagi menggaru dan ada keluar darah sikit-sikit. Hati tersiat tapi Allah Maha Mengetahui. Doakan Raudah.

Klinik Mediviron Wangsa Delima

No 5, Kedai D Wangsa, Block 1C
Jalan Wangsa Delima 12
Wangsa Maju
53300 Kuala Lumpur

Dr Kevin Menezes

Tel: 03-41428640
Fax: 03-41428634

Consultation hours:

Monday - Friday : 9am-10pm
Saturday : 9am-9pm
Sunday : 2pm-10pm)

Baca pengalaman aku ke Klinik Mediviron untuk jumpa Dr Kevin Menezes.  Syukur sangat Allah tolong kami. Allah Maha Baik. 

Dilema Mak Zaman Moden Nak Jaga Anak Sendiri

Selepas ujian anak ditarik nikmat kesihatan yang membuatkan air mata asyik merembes keluar melihat anak kesakitan buat aku selalu terfikir alangkah indahnya kalau aku tak perlu bekerja di pejabat tapi  boleh bekerja sambil jaga anak-anak aku.

Perasaan jiwa bagai dicarik-carik bila anak tak sihat dan kita terpaksa korbankan perasaan mereka dan biar orang lain yang galas tanggungjawab jaga mereka ketika mereka perlukan perhatian daripada mak bapak.

Dilema Mak Zaman Moden Nak Jaga Anak Sendiri

Rasa bersalah tu haish.

Itu yang jadi turning point aku memberanikan diri nak cari pengalaman berniaga. Buat online ja pun. Nak cari pengalaman. Nak tahu selok belok. Nanti kot kalau desperate sangat atleast boleh la survive. 
In sha Allah.

Anak Sakit 

Sepanjang anak sakit selalu doa, Ya Allah berikan aku idea, berikan aku ikhtiar untuk aku keluar dari kesakitan ini, kesusahan ini. Alhamdulillah Allah selalu dengar permintaan aku.

Sekarang mensibukkan diri sambil kumpul pengalaman dan ilmu.  Sungguh aku nak berjaya. Setiap masa berlalu tak nak bazir macam tu ja. Masa kat dunia pun tak tahu berapa lama. 

Semoga di lain masa, bila aku ulang baca entry ni aku  sekurangnya dah mencapai salah satu dari impian aku. aamiin. In sha Allah.


Citarasa Pastri Jepun, Komugi

Siapa sini suka makan benda manis dan sedap dan lembut dan membuatkan kita bagai di awangan bila makan? Korang dah pernah cuba pastri Jepun, Komugi? Kalau ya, kita geng. 

Aku adalah orang yang begitu teruja bercakap kalau dapat makan, makanan sedap. Kalau korang peminat kek atau dessert atau roti atau apa sahaja berkaitan makanan yang menawan hati korang patut singgah di Kafe Komugi.

Citarasa Pastri Jepun, Komugi 


Confirm tak menyesal. Aku dah pergi few café tapi so far Komugi paling aku satisfied.

Kosmo pernah cerita pasal Café Komugi ni dalam awal bulan October hari tu. In sha Allah selamat dimakan oleh orang Islam. 

Dan aku ada email pihak yang bertanggungjawab iaitu syarikat MULTIPLE REWARD SDN BHD (858098-H), Mr Ling Way Teng yang rajin melayan pertanyaan aku pasal status Halal mereka.


Dalam email Mr. Ling explain:

Hi Rodiah Amir Hamzah,

Thank you for taking the time to write to us, we appreciate a customer who cares for us.

First of all, we, Komugi would like to thank you for the support and concern to our products.

Yes, we understand the Halal status you mentioned is Halal for Muslim.
We are in the midst of working towards Halal certification. We can assure our customers that our local ingredients do come from trustworthy sources that have Halal certification. 

Majority of the ingredients in Komugi are imported from Japan and we would like to reassure customers that all our products are made without pork derivatives or alcohol. 

Komugi would like to cater to everyone, hope that we gave some comfort so to consume our products in ease and peace of mind.

Arigatou Gozaimasu.


Terus hati berbunga ceria. Ok meh nak share apa yang aku pernah cuba dan suka kat Komugi ni. Tak banyak sangat pon cuma aku memang looking forward nak rasa yang lain-lain. 

Kenapa aku suka kek-kek kat sini sebab lembut sangat, tak terlalu manis dan dapat rasa la bahan-bahan dia guna fresh dan berkualiti. Sesuai la dengan prinsip mereka:

At KOMUGI, we offer a deliciously authentic variety of handmade Japanese breads, cakes and confectioneries. Our team of Japanese pastry chefs bake everything daily to ensure you get to enjoy the freshness and true quality of KOMUGI, all made from natural and premium ingredients. 

KOMUGI aspires to make you smile upon taking the first bite! - Mereka berjaya buat aku makan sambil berlinang air mata. 

Why are our breads suitable for consumption by vegetarians? Because we do not use animal fats & animal-derived food ingredients.

Kepada penggemar pastry sila singgah. Oh ini adalah review tidak berbayar cuma suka-suka.

Layan jela gambar makanan sedap bawah ni.













Cottage Cheese kalau makan ni waktu sejuk memang nyaman je. Peminat cheese dicadangkan untuk mencuba.