Kebaikan Shea Butter Untuk Eczema
Kisahnya bermula bila aku follow sorang seller ni dalam FB, sebab dia ada kisah sedih, which is dia kehilangan anak
perempuan akibat lemas dalam kolam renang, kalau tak silap masa belajar
berenang. Ada la kisah dia yang menyentuh hati aku. tabah orangnya.
Dia
jugak jual lotion dan sabun homemade. Guna bahan-bahan natural dan tak masukkan
bahan kimia. Khas untuk orang eczema. Terbuka hati nak beli sebab harga masih
mampu milik. Disamping membeli tanda support seller tu. Alhamdulillah.
Untuk
sabun aku beli dua jenis; satu Lemon + Shea Butter dan lagi satu Clay + Shea
Butter. Pastu aku beli dua stick lotion Shea Butter+lemon.
Memandangkan aku punya eczema tiba-tiba aktif selepas 32 tahun maka aku pun bertukar pakai sabun ni. Alhamdulillah. Kulit jadi tak dry la. Shea butter tersangat elok untuk merawat kulit kering. Untuk orang biasa pun elok guna. Macam aku tangan selalu terdedah dengan econ jadi kulit merekah kering. Apply shea butter selesai masalah. Compare dengan lotion yang ada di pasaran jauh beza la effective.
Shea butter memang terkenal untuk lembapkan kulit. Pesakit eczema tahu la pentingnya lotion dan mandian yang betul.