Ikan Patin MasakTempoyak


Assalamualaikum, 

Ini throwback masa menyambut orang Bahau datang beraya kat rumah.

koi kan orang Pahang. 

Kisahnya mereka datang berduyun-duyun seolah satu kampung kekdahnya.

Jadi mak kata diaorang kalau datang mesti nak makan ikan Patin masak tempoyak masakan kebanggaan orang Pahang.

Sebab Ikan Patin kat tempat lain tak sedap or tak sama rasa ikan Patin Sungai Pahang. Itu aku setuju sangat.

Sebab adik ipar dapat Harga menawan sekilo RM15/kg, normal price RM17/18 per kg maka mak kata beli la sesedap rasa. Untuk total RM150 dapat lebih kurang belas-belas ekor ikan rasanya.

Masak habis pada hari tu.

Kemain berselera orang makan. 

Mak duetkan ikan tu dengan rebus ulam daun mengkudu, daun-daun yang tak dikenal pasti dan timun. 

Sambal belacan akak aku buat mendapat pujian ramai sebab podeh nak mampus tapi nak sedap dimakan.

Hanya gambar ikan patin sahaja yang berjaya di ambil gambar. 

Yang lain ke laut sebab sibuk buat air minum berkoyan-koyan, nasi satu tab besar seolah ada kenduri doa selamat.

Begitulah kalau keturunan keluarga besar.

Alhamdulillah. Tetamu kan rezeki.

sekuali Giant dimasak

Cerita Raya 2017

Hai Assalamualaikum semua,

Salam Syawal ke-9. Gigih hari pertama masuk bekerja. Ada yang masih bercuti ke? Untung la masih bercuti. Ruitn harian dah bermula tapi hati tak rela sangat hahhaha. Ikhwan ke sekolah, Raudah ke pengasuh. Aku suami isteri bekerja.

Kami balik dari Pahang hari Sabtu, cuak takut Ahad jem melekat. Sekali adik bagitahu dia balik pagi Ahad tu jalan smooth je. Orang semua dah balik bekerja agaknya. Baguslah. Masa aku balik Sabtu tu kereta agak banyak tapi tak ada lah jem teruk. Cuma hujan di Genting Sempah dan lepas tu ok aje.

Alhamdulillah Syawal berjalan lancar. Tak ada adegan perang, Cuma penat melampau aje. Tahun ni #turnrayarumahmertua di Melaka. Jadi balik hari terakhir berpuasa (Sabtu) around 7am, sampai pukul 9am. Sesak kat jalan dapat di elakkkan. Persiapan kat Melaka pon tak la melampau sibuk Cuma memang dah namanya perempuan kerja kat dapur seniasa ada.

Hari Raya pertama Cuma menziarah nenek dan rumah pak cik je dan selebihnya sambut tetamu datang rumah. Tak banyak gambar posing Baju Raya. Nak tangkap gambar ber-4 sekarang punya lah hazab. Baru paham kenapa mak ada dua anak tak ada gambar gojes. Jahahhahhah.

Raya kedua kami celebrate birthday bapa mertua. Beli kek secret recipe dan adik ipar sponsor KFC. Menangis terharu apak bila anak cucu nyanyikan lagu Allah Selamatkan kamu. Apak ni sweet taw. Kalau bab anak nak balik ke apa mesti keluar air mata.

Raya pertama makan dengan meriah nya, ada rendang ayam, kari daging, nasi impit dan kuah kacang. Semua aku balun. Masuk Raya kedua lembik  habis buang semua makanan. Raya kedua sadis sket asyi terdampar kepenatan dan muntah.

Raya ketiga bersemangat semula sebab nak balik kampung tercinta. Ohoi ingat orang Pahang dah start slow beraya rupanya ramai lagi tetamu. Mak cerita berduyun orang datang. Baik sebelah mak atau pun sebelah arwah abah. Alhamdulillah.

Turn Pahang semua balik beraya dengan mertua dulu so ok la, Raya kedua onwards baru penuh rumah. semua sudut ada keluarga tidur. Adik beradik 10 orang macam tu la.

Mak cerita start Raya pertama buat RENDANG + LODEH, raya kedua buat BIHUN SUP, raya ketiga masak LAKSA + RENDANG LAGI,raya keempat jamu tetamu dari Bahau dengan IKAN PATIN MASAK TEMPOYAK, SAMBAL BELACAN, ULAM,  raya kelima ULANG BIHUN SUP sebab dah blur nak masak apa campur PENATTTTTTTTT.

Kuih raya dah habis stock masa hari Raya ke empat. So kira siapa bertuah merasa lah makan biskut Raya, yang kurang bertuah makan serdak dengan kerepek je. Hahhahahha. Overall meriah sangat Raya tahun ni.

Aktiviti biasa ziarah kubur, kasik duit Raya, dan Cuma kurang bergambar je. Tahun ni Mak usu (masih study USM) pon kasik Ikhwan n Raudah duit Raya. Pastu suami bagi adik-adik bawah aku duit Raya. Rezeki mereka. Alhamdulillah. Tak banyak tapi ikhlas tu paling penting.


Tahun ni tak jumpa lemang. Sedih. Nanti kena cari makan kat KL. Huhuhuhuh. Itu je cerita Raya 2017. Semoga Raya korang pon bahagia. Gambar kita upload kemudian. 


Chios. 

Buka Puasa di Sixty9 Islamic Steakhouse Taman Melawati

Assalamualaikum,

Kalau ikut plan asal aku ter rajin nak masak nasi lemak hijau, tapi suami teringin nak makan steak. Jadi layankan saja tekak suami lagipun dia yang belanja, akak senyum jela.

Ini kira first time berbuka puasa di luar ya. Kalau di rumah mesti ada drama Raudah sibuk nak berbuka. Puas doa Raudah ok je. So dah siap-siap kan biskut, nasi dia. 

Lagi 10 minit berbuka dah suapkan dia nasi supaya dia tak kacau masa orang berbuka. Atleast perut dia kenyang tidaklah dia meragam. 

Buka Puasa di Sixty9 Islamic Steakhouse Taman Melawati

Then bila habis Raudah makan nasi, aku suap biskut pulak. Alhamdulillah kami managed handle dua orang anak ketika keluar. 

Ceh macam berperang kan? orang lain cool je. Tapi bagi aku pencapaian besar dah. 

Untuk malam tu aku teringin beef burger, then husband as usual lamb chop, order nachos for starter, ice lemon tea dan hot chocolate. Total bill RM110.  Semua sedap dan berbaloi. 





Overall puas hati. Memandangkan aku dah selalu makan jadi boleh baca review dekat bawah ni juga: 

Menu Buka Puasa 2017

Assalamualaikum. 

Gambar yang aku tepek kat sini sekadar nak simpan buat kenangan. Nanti dah tua boleh baca sambil bayangkan kesedapan makanan aku pernah beli. Banyak kali juga menapau kat luar tapi selalu kecewa tak pun sakit perut.

Menu Buka Puasa 2017

Kadang-kadang sebab tak larat tu yang tapau bazar je tuh. Tapi kebiasaan weekend akan memasak. Menu-menu ni dah tak ingat masa berbuka hari keberapa. 


Puasa kali ni sibuk cari nasi Beriani sedap. Yang atas ni masih tak menepati piawaian kami sekeluarga. gitu. 


Tauhu Anura  sedap sangat. bila makan cukup rasa dan agak liat sedikit. beli di Bazar Taman Melawati. 



 Sedapnya lah kau ni. 



Ni biras kasi. itu pon tak habis. sehari sebelum tu dapat kuih koci pun tak habis. kami puasa memang kurang bab kuih ni. 


Dapat juga buat sambal petai sotong. Petai kurang fresh sebab beli yang dah siap kupas. RM 7 satu paket kecil. Tapi teringin habis jugak aku makan. 




Current feveret adalah kangkung tumis cili padi ni. Boleh ratah je ni. sedapnya. Hari-hari pon tak apa, cuma bab nak siang kangkung je malas. 




Mangga/mempelam harum bau dan sangat manis. Favourite Raudah. Ikhwan selalu makan bahagian bijik tu. nikmat. kalau dulu kami adik beradik memang suka berebut biji  tu. emo sangat kalau tak dapat. 


Ni kes teringin Sushi tapi memahami tak akan tercapai pon kalau nak berbuka ke sana maka gigih beli soya paste untuk miso soup then beli semua bahan untuk cuba buat. First time buat Alhamdulillah menjadik rasa miso soup. paling penting barang kena fresh dan semua kena ada. Baru la sedap. 

Dah nak habis pon sebulan puasa.  Sekejap sangat masa berlalu sekarang. Apa Pun semoga tahun depan kita merasa berpuasa lagi. 

In sha Allah. Selamat Menghabiskan sisa puasa. Babai.