Ad Code

Buka Puasa di Sixty9 Islamic Steakhouse Taman Melawati

Assalamualaikum,

Kalau ikut plan asal aku ter rajin nak masak nasi lemak hijau, tapi suami teringin nak makan steak. Jadi layankan saja tekak suami lagipun dia yang belanja, akak senyum jela.

Ini kira first time berbuka puasa di luar ya. Kalau di rumah mesti ada drama Raudah sibuk nak berbuka. Puas doa Raudah ok je. So dah siap-siap kan biskut, nasi dia. 

Lagi 10 minit berbuka dah suapkan dia nasi supaya dia tak kacau masa orang berbuka. Atleast perut dia kenyang tidaklah dia meragam. 

Buka Puasa di Sixty9 Islamic Steakhouse Taman Melawati

Then bila habis Raudah makan nasi, aku suap biskut pulak. Alhamdulillah kami managed handle dua orang anak ketika keluar. Ceh macam berperang kan? orang lain cool je. Tapi bagi aku pencapaian besar dah. 

Untuk malam tu aku teringin beef burger, then husband as usual lamb chop, order nachos for starter, ice lemon tea dan hot chocolate. Total bill RM110.  Semua sedap dan berbaloi. 





Overall puas hati. Memandangkan aku dah selalu makan jadi boleh baca review dekat bawah ni juga: 

Post Navi

Catat Ulasan

0 Ulasan