Petik Strawberry di Genting Highlands

Yeay seronok sangat Sabtu lepas dapat bawak anak-anak kutip pengalaman baru petik Strawberry fresh dari pokok. 

First time untuk kami sekeluarga. Best part kami pergi tiga keluarga. Pergi dengan adik-adik aku. 3 kereta semuanya.

Janji jumpa di station minyak lepas Tol Gombak pukul 10.30 pagi tapi macam biasa aku paling lambat so jumpa kat sana terus la. 


Petik Strawberry  di Genting Highlands

Ikut waze hanya 35minit dari KL. Jem sekejap bila masuk Genting Highland tu sebab ada lori simen terbabas makan jalan. Jadi satu lane.

Alhamdulillah even cuaca hujan and sejuk tak perlu risau sebab dalam tu ada atap. So bebas nak bergerak. 

Bayaran masuk adalah RM8 untuk dewasa dan kanak-kanak 3 tahun ke atas dia charge RM5.
Apa ada kat sana?


strawberry travel


Apa Yang Menarik di Genting Strawberry Leisure Farms Genting Highland?

Strawberry Farm – ada banyak farm yang buah-buahnya penuh kat pokok. Sambil lalu tepi tu sambil geram je nak petik.

Lavendar Garden – ada banyak pokok-pokok bunga Lavender dan pokok bunga lain yang cantik dan pelik. Landscape terbaik.

New attraction “Earthquake Tsunami – kalau nak rasa Pengalaman gempa bumi boleh la cuba. Ibu mengandung tak boleh ya so kami tak cuba pun.

Café – harga standard macam mall dan rasa boleh tahan. Sila makan mee kari memang sedap nak mams.

Gerai-gerai barangan Cameron – sepanjang jalan keluar berlambak barang-barang keluaran sana baik cenderahati mahupun kudapan.

Taman-taman bunga – bunga-bunga berkembang dan berwarna-warni. Geram je tengok. cantik tangkap gambar.

Parking free, surau dan Tandas bersih dan banyak.

Naik Genting boleh check in Hotel First World









Kalau tanya aku berbaloi tak pergi? aku akan jawab of course berbaloi. 

Mak ada anak kecik, mak mengandung, short trip to have fun dengan family, nak rasa anak belajar nature kena datang sini. 


Hadiri Interview Kerja Selepas 7 tahun

It was a tough decision to make a move. 
Our current situation at workplace unstable and unpredictable. 

Anytime will be close. 
That is what staff mind is if you ask me.

With change of management direction and economy not perform well so I can’t’ expect more.
Finally I made a decision to find a new job. It’s a tough decision.
After working in comfort zone in +-7 years J

Sending out my resume like crazy and looking for miracle even I know it’s’ hard to survive out there.
Just try my rezeki.

Hadiri Interview Kerja Selepas 7 tahun


Alhamdulillah I also did apply internal position and had the interview session yesterday.
My first formal interview after 7 years. 

Can you imagine??
How scared am I??

Interview is the first impression that will decide our next step.
Whether success or not it depend on how we perform in the interview.

I managed to record the whole session using my phone.
Of course using voice memo. 
Trust me when I said i felt want kick myself after listening back what I’m said during the interview.

I’m glad the panel are so kind and understand my level of nervousness.
Whatever it’s I’m thankful to Allah, any weaknesses in my first interview I promise to make an improvement during my second interview in Wednesday.

What to be improve? Later I will share tips that I got from youtube.

In Sha Allah.

Wish me luck for my second interview read first interview with external.



Sambutan Birthday Ikhwan ke 6 Tahun

Assalamualaikum. 

Alhamdulillah Berjaya celebrate birthday Ikhwan ke 6 tahun masa balik Raya Haji lepas.
Tarikh Hari Lahir sama dengan Tarikh Raya Haji tahun 2017. Alang-alang dah ramai sepupu dan makcik-makcik maka beli la kek dan domino. 


It was a simple celebration tapi seronok sebab buat Ikhwan happy. Celebrate sekali birthday Abang Ipar. Jadilah dari tak ada apa-apa. 



Mengidam Ikan Sungai Masa Mengandung

Alhamdulillah kandungan dan mencecah 6 bulan. Sekarang dah start debaran dan pergerakkan baby semakinn kerap.

Semakin takut pun ye jugak. Morning sickness pun kadang-kadang je dating, tapi sekarang mudah betul bloating dan pedih ulu hati.

Minum je caffeine memang sengsara sepanjang hari. Untuk kandungan kali ni tak banyak ragam untuk tabiat pemakanan.


Mengidam Ikan Sungai Masa Mengandung

Raudah dulu mengidam nak makan ikan sungai. Masa tu tak tertunai pun, Alhamdulillah air liur anak aku tak meleleh macam orang cakap kalau tak dapat nanti air liur anak meleleh. 

Untuk kandungan ketiga mengidam ikan sungai diteruskan boleh teringat dan sambung ok.





Ikan Sungai Ikan Laih 

Ikan sungai yang aku nak nama dia Lais/Laih. Tak pasti kalau dekat tempat korang nama ikan ni apa pula ya? 

Ikan ni isi lembut je tak banyak tulang. Tak perlu masak beria cukup goreng garing makan dengan nasi panas.

Makan pula dengan sambal cili. Berselera la aku. Alhamdulillah hari tu dapat.

Siap goreng garing makan dengan nasi panas sambal kicap mahu makan 3 pingan



Punya payah nak dapat, itu pun kirim siap-siap kat jiran kampong. Mak dan abang Ha lah tolong carikan.

Gigih. Terima kasih Allah. terima kasih semua. Perasaan tu tak dapat di huraikan.

Corak pemakanan untuk ketiga-tiga kandungan pun berbeza. Kalau Ikhwan dulu aku berselera gajah.

Paling kuat makan Anggur dan Rambutan. Sekilo hadap ke aku je. Makanan lain semua aku selera. Tak pernah tolak makanan.

Raudah pulak aku suka ulam-ulaman. Sayur hijau fresh la pendek kata. Lepas tu suka air soya padahal aku benci soya sebab tasteless.

Yang ketiga ni pulak aku suka betul kuih-kuih Melayu. Kalau waktu tak mengandung tak selera sangat tengok kuih tapi kali ni tiap kali breakfast mesti ada dessert 3 jetul kuih pedas/manis.

Yelah setiap anak tu berbeza la pembawakkannya.
Alhamdulillah anak semua ok. Harap yang coming soon ni pun selamat keluar dengan sihat dan sempurna.

Aamin.

Pernah dengar jugak la mengidam yang macam-macam ni.
Kalau yang masih mampu dibeli dan di cari ok la buatnya Teringin nak yang rare, unik, dan tak mampu orang telan.

Naya je.

Ada yang suka bau petrol, bau sabun la. Hai memacam. Cuma kandungan kali ni kalah betul dengan bau. Bau lelaki. Suami selalu jadi mangsa suh duk jauh.

Lepastu kalau kat office atau dalam public transport bau perfume lelaki.
Atau bau badan diaorang.

Geram je.

Korang pulak ada mengidam yang rare ke? Alahan ke?
Harap ok-ok aje semua.