Petik Strawberry di Genting Highlands

Rodiah Amir

Yeay seronok sangat Sabtu lepas dapat bawak anak-anak kutip pengalaman baru petik Strawberry fresh dari pokok. 

First time untuk kami sekeluarga. Best part kami pergi tiga keluarga. Pergi dengan adik-adik aku. 3 kereta semuanya.

Janji jumpa di station minyak lepas Tol Gombak pukul 10.30 pagi tapi macam biasa aku paling lambat so jumpa kat sana terus la. 


Petik Strawberry  di Genting Highlands

Ikut waze hanya 35minit dari KL. Jem sekejap bila masuk Genting Highland tu sebab ada lori simen terbabas makan jalan. Jadi satu lane.

Alhamdulillah even cuaca hujan and sejuk tak perlu risau sebab dalam tu ada atap. So bebas nak bergerak. 

Bayaran masuk adalah RM8 untuk dewasa dan kanak-kanak 3 tahun ke atas dia charge RM5.
Apa ada kat sana?


strawberry travel


Apa Yang Menarik di Genting Strawberry Leisure Farms Genting Highland?

Strawberry Farm – ada banyak farm yang buah-buahnya penuh kat pokok. Sambil lalu tepi tu sambil geram je nak petik.

Lavendar Garden – ada banyak pokok-pokok bunga Lavender dan pokok bunga lain yang cantik dan pelik. Landscape terbaik.

New attraction “Earthquake Tsunami – kalau nak rasa Pengalaman gempa bumi boleh la cuba. Ibu mengandung tak boleh ya so kami tak cuba pun.

Café – harga standard macam mall dan rasa boleh tahan. Sila makan mee kari memang sedap nak mams.

Gerai-gerai barangan Cameron – sepanjang jalan keluar berlambak barang-barang keluaran sana baik cenderahati mahupun kudapan.

Taman-taman bunga – bunga-bunga berkembang dan berwarna-warni. Geram je tengok. cantik tangkap gambar.

Parking free, surau dan Tandas bersih dan banyak.

Naik Genting boleh check in Hotel First World









Kalau tanya aku berbaloi tak pergi? aku akan jawab of course berbaloi. 

Mak ada anak kecik, mak mengandung, short trip to have fun dengan family, nak rasa anak belajar nature kena datang sini.