Pengalaman Menginap di First World Hotel Genting Highlands

Percutian singkat ke Genting Highlands merupakan percutian yang aku rancang di saat akhir. Aku ke Genting highlands atas urusan kerja dan dijemput menghadiri majlis Asmak Grand Awards yang berlangsung di Hotel Awana Genting Hinglands pada hari Sabtu. Kalau ikut tentatif program, majlis dianggarkan tamat sekitar pukul 6 petang. Risau majlis habis lambat aku buat back up plan untuk stay semalam dekat Genting Highlands.

Lepas bincang dengan suami, akhirnya kami sepakat menginap satu malam di salah satu hotel di Genting Highlands. Ha masa nak pilih hotel pun macam-macam benda bermain dekat otak. Risau terpilih hotel berhantu lah, takut hotel jauh lah, harga mahal dan banyak lagi lah.

Masa ni tinggal lagi seminggu je sebelum tarikh majlis. Ikutkan ini bukanlah kali pertama kami jejak kaki ke Genting Highlands. Dah pernah ke Taman Strawberry tapi tak pernah bermalam. Yelah KL dan Genting Highlands hanyalah sekangkang kera. Malas nak angkut beg sebenarnya. Jadi kali ni kiranya first time lah kami tidur di Genting Highlands.




Pengalaman Menginap Di First World Hotel

Sebelum book hotel aku sempat buat carian di Google dan baca beberapa review tentang hotel yang ada di Genting Highlands. Lepas puas hati kami teruskan tempahan satu malam di First World Hotel. Berdasarkan harga, lokasi, tujuan dan juga waktu kami ke Genting yang agak singkat maka sesuai sangat menginap di First World Hotel ni.

Ada banyak sebab yang akhirnya kami pilih menginap di First World Hotel. Hotel ni Hotel tiga bintang. Boleh teruskan membaca.

Harga Hotel Murah

Lepas buat perbandingan di Agoda, Traveloka dan lain-lain aku dapat harga bilik RM100 tanpa sarapan, Twinbeds muat untuk 2 dewasa dan dua kanak-kanak. Bilik standard tak besar mana pun. Urusan Check In Dan Check Out sangat-sangat mudah.

Waktu Check in adalah selepas pukul 3 petang dan kena check out sebelum pukul 11 pagi. Kalau check in di kaunter korang akan kena caj RM14. Jadi buat sendiri je di kiosk yang disediakan sangat mudah.

Syukur sangat dapat bilik di level 11 (Non-smoking room di level 9), semuanya masih baru dan tiada aircond ya. Hanya kipas syiling tapi itu pun memang sejuk. Dalam bilik ada hair dryer, air panas dan sejuk ada di luar bilik dekat dengan lift. Bilik iron pun ada semuanya di sediakan di bilik khas. Boleh cari berdekatan lift.

Tandas bersih dan ada air panas bila nak mandi. Kira ok lah kan. Cuma kalau nak ke sini, standby lah bawa pewangi bilik, bawa air botol dan makanan untuk alas perut. Faham-faham sajalah makanan atas bukit memang double triple harganya.


Lokasi Strategik Semua Di Bawah Satu Bumbung

Aku pilih Hotel First World sebab nak jalan-jalan dalam First World Complex dan SkyAvenue Complex. Nak bawa anak-anak ke Skytropolis Indoor Theme Park. Walaupun sekadar pusing-pusing tapi cukup menghiburkan anak-anak. Luas sangat tempat ni, sila bawa stroller kalau bawa anak kecil.

Dalam bangunan complex yang sebelah menyebelah jadi sempat la pusing-pusing tengok SnowWorld, SkyVR, Games Park dan Adventureland.  Sehari tak cukup nak main dekat semua tempat ni. Nanti aku cerita tentang harga tiket dekat entri khas ya. Tunggu.

Lagi satu, suami aku ni rabun dan ada silau yang teruk. Aku memang elak sangat suruh suami memandu waktu malam. Tak dapat bayangkan kalau kena drive waktu malam. Jadi stay dekat First World Hotel memang semuanya di bawah satu bumbung.

Parking Kereta Selamat

Salah satu perkara penting kalau aku check in hotel aku akan tengok tempat parking kereta. Pernah ada pengalaman menginap di hotel yang limited parking sudahnya kami kena saman sebab parking di tempat tak sepatutnya. Kalau jadi apa-apa lagi seram nak fikir.

Senang parking je dalam bangunan First World Hotel. Alhamdulillah selamat. Caj parking RM18 satu hari. Lebih dari tu aku tak pasti. Bila dah buat bayaran sila keluar 30 minit selepas bayar tiket dekat autopay machine.

Percutian Singkat

Oleh sebab fikir hanya pergi ke Genting dan banyak masa habis di luar jadi kami pilih hotel yang sekadar jadi tempat berehat dan tidur sahaja. Jadi kena tahu apa tujuan korang ke Genting? Kalau ada bajet lebih book la tempat lebih selesa.

Senang Cari Tempat Makan

Seperti sedia maklum, harga makanan dekat atas ni memang harga orang kaya. Jadi bersiap sedia dan ikut bajet korang. Agak mencabar bawa tiga orang anak yang sentiasa lapar jadi berbelanja dengan bijak ya.

Dah jadi amalan, untuk anak-anak akan bawa botol air sebab diaorang haus tak kira masa. Memang standby jelah. Oleh sebab siang dah kenyang makan di Hotel Awana Genting Highlands jadi malam tu lepas tukar baju kami cari makan di Medan Selera dalam First World Complex. Ada halal status ya. Jangan risau.



Makan pun sekadar alas perut dan anak-anak masih excited nak berjalan instead of makan. Kami beli Char kway teow (RM19.90) dan nasi Ayam Mandy (RM21.90). Masa terpandang harga air mineral RM6 satu botol kecil terus batalkan niat sebab air mineral aku bawa masih banyak dekat bilik hotel. Soft drink RM9 satu cup biasa tu. Hoi harga cekik darah.

Pengalaman aku stay hotel yang tersenarai sebagai 10 best hotel dekat Ipoh oleh Tripadvisor di SINI

Aku kedekut? Entah aku sayang duit.

The next day kami cari sarapan dekat SkyAvenue Complex. Satu level dengan Adventureland Indoor games. Kami makan ni JR Curry House. Kalau tak nak makan dekat situ, boleh makan Marrybrown dan beberapa restaurant lain yang ada dekat situ. Pilih je. 

Dekat JR Curry House kami ambil set sarapan RM11, dapat lah Roti Canai, dua biji telur rebus dan segelas teh tarik. Suami ambil set Mee goreng. Oleh sebab nasi lemak habis kami ambil nasi goreng Cina sepinggan RM6.60. Dekat sini harga roti canai RM6.90 sekeping kau.

Sebelum tu konon nak cuba makan di The Food Factory di level 4 First World Complex, tapi malangnya kedai tu hanya dibuka sehingga pukul 11 pagi untuk sarapan. Masa aku sampai tu dah pukul 10.30 pagi. terus cancel cari kedai lain.

Kami check out pukul 10 pagi, simpan luggage dalam kereta lepas tu merayap dalam tu. Puaskan hati anak-anak lepas tu balik sambung aktiviti singgah ke Lemang Tok Ki. Dapat juga merasa akhirnya. Alhamdulillah selamat sampai sebelum Maghrib. Syukur jalan semua ok tiada kesesakan. Itu sahaja percutian singkat aku selama dua hari satu malam di Genting Highlands. Walau sekejap pun terasa penat badan. 

Dah alang-alang sampai ke Genting Highlands, jangan lupa singgah ke Genting Strawberry Leisure Farms Genting Highland.

1 Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

  1. wah kawasan area hotel ni mmg sesuai utk jadi pilihan.. mama x penah lagi stay sini

    BalasPadam

Catat Komen

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

Lebih baharu Lebih lama