Awana Sky Way Genting Highlands

Awana Sky Way Genting Highlands

Sambungan short trip Petik Strawberry di Genting
Teruskan perjalanan selepas lunch dan solat Zuhur ke Genitng Highlands Premium Outlets (GPO)
Motif utama bukan nak shopping tapi nak cuba naik cable car. 

Sengaja park dalam GPO, dan parking tiket tak la mahal sangat. Senang dan selamat. Kebetulan masa pergi ni cuaca hujan on off. Jadi kat atas tu berkabus dan sejuk. 






Masuk je GPO kena menapak beberapa level untuk jumpa kaunter Tiket Awana Sky ni. 
Boleh ikut je signboard senang. Ada self service machine tapi panjang juga. 

Ramai nya makhluk nak naik ke atas tu. Kalau bawa baby and wheel chair agak tak selesa nak bergerak. 






Berbaloi pergi kalau niat memang nak naik cable car, nak rasa sejuk. Tunggu outdoor game dia siap baru berbaloi pergi rasanya. Indoor dia memang meriah macam dulu kala je. 

Morning Sickness | First Trimester

Assalamualaikum,

15 June 2017. #entrythrowback
Aku masih lagi belum buat official check up dengan doctor.

Setiap pagi selepas sahur morning sickness akan start sehingga jam 10 pagi. 
Waktu ni la menahan rasa nak muntah. Memang selalu kalah. 
nak hilangkan rasa muntah after muntah ialah minum air sejuk/ peti ais. 

End up aku terpaksa berbuka sebab aku tak tahan. 
Puasa hari ni genap lah hari ke 5 tak berpuasa. 
Semua disebabkan morning sickness dan aku aku out of energy menyusukan raudah.

Pakej Pantang | PantangPlus.com

Memandangkan owner blog tengah mengandung jadi entry yang di kongsi hari ni adalah khusus untuk ibu yang plan mahu berpantang sendiri selepas melahirkan anak nanti. 

Dengan misi tak mahu susahkan mak selepas bersalin, ibu mengandung kena jenguk-jenguk website ni.

Rasa nak berpantang sendiri tapi tak yakin nak handle seorang diri boleh lah pertimbangkan nak guna service yang mereka tawarkan. Ini free review ya. 

Pakej Pantang | PantangPlus.com

Menariknya website ni menawarkan khidmat menjaga ibu selepas bersalin. 

Service termasuk penjagaan ibu seperti urutan, bengkung, bertungku dan penjagaan bayi seperti memandikan bayi. Ada juga extra service seperti sediakan makanan, housekeeping dan laundry.

Ada pilihan pakej bermula dengan 14/28 atau 44 hari. Nak 3jam sahaja atau 8 jam sehari.  Boleh pilih dan customize service yang anda mahu. 

Pendek kata sediakan duit je. Semua boleh. Untuk kawasan pula dia boleh cover satu Malaysia.






Ada juga terbaca iklan kat FB yang tawarkan service yang sama dan lebih murah, kena jadi bijak buat pilihan ya. 

Cari yang berpengalaman dan trusted. Website macam ni berguna untuk aku untuk refer apa perlu disediakan masa pantang nanti.


Harga Pakej Pantang 

Dah masuk anak ketiga teringin nak berpantang sendiri pula. Kebetulan anak sulong pun dah masuk darjah satu. Sayu pulak hati nak tinggalkan dia berdua dengan abah dia je.

Apa pun selamat survey wahai ibu mengandung. Buat pilihan bijak. Bersedia awal. Untuk harga pakej terkini boleh rujuk laman website Pakej Pantang. 








Kahwin Gadis Korea

Assalamualaikum,

Hari ni terbaca pasal rakyat Malaysia yang berkahwin dengan gadis Korea. Bagus sangat ni.  Tak kisah background dan warna kulit as long as they can accept each other plus family pun give them blessing memang boleh aje.

Dulu kan Selalu cerita melayu banyak tayang cerita family tentang habis-habisan kalau bangsa lain nak jadi menantu. 

Kahwin Gadis Korea

Tu selalu keluar news kahwin lari la, mati bunuh diri la. Cinta punya pasal. Itu zaman dulu la, rasanya sekarang masyarakat lebih bertoleransi.



Tahun lepas ada viral pasal seorang lelaki berasal dari Kelantan yang telah dijemput sebagai tetamu dalam rancangan  Korean (Abnormal Summit) untuk bercerita tentang keunikkan Malaysia. 

Aku terus follow kisah dia kat internet. Khalid ni dikagumi kerana dia fasih berbahasa Korea. Aku baru follow Khalid di Instagram lepas Farah Lee post yang dia kata Khalid adalah senior dia masa study kat Korea dulu. boleh search Karllead_n_leeseul

Ada satu rancangan kat TV pasal dia berdua dan Khalid ni cerita macamana dia bertemu dengan wife dia. sweet je. 

Semuanya bermula bila dia ni bertemu dalam satu program/kelas kat university tempat mereka belajar dan  dia tersalah text mesej kepada isteri dia. lepas tu hubungan tu berkembang mekar. Sweet sangat.

Mereka ni dah selamat bernikah dan melangsungkan Majlis di Korea ikut istiadat sana dan majlis di Kelantan pula akan diadakan pada 2018. Didoakan berbahagia la pasangan ni ke akhir hayat.


 

Seorang lagi rakyat Malaysia yang berkahwin dengan gadis dari Korea (Korea Selatan)  yang menarik minat aku ialah adalah Ketua Pengarah Eksekutif Kumpulan AirAsia Berhad, Tan Sri Tony Fernandes. Pasangan dia berusia 25. Amboi muda sangat.

Majlis dibuat di Perancis uols. Kalau ikutkan ini adalah perkahwinan kedua bagi Tan Sri Tony Fernandes. 

First wife dia orang putih. Taste memang international. Orang kaya siapa tak suka. J
Gambar Tan Sri aku malas nak share sebab sexy hahha. Pepandai la korang nak cari.