Donut lembut salut coklat

Donut lembut salut coklat


Ini sambungan selepas buat karipap hari tu
En Suami request buat karipap, anak sulong pulak minta buat donut. 
Jadi tunaikan lah hajat dia maka jadilah donut lembut salut coklat. 
Kebetulan coklat ganache masih ada balance masa buat kek leleh hari tu.

Nak buat donut kena yakin. Pernah buat donut keras kematu. Sedih sangat. 
Bila dah yakin dan banyak tengok resepi baru ada keyakinan buat semula. 
Senang je, So jangan putus asa.

Tips penting:
*biar yis naik kembang betul
*masa rehatkan doh dan kembangkan yis kena tutup rapat dan biar lebih lama lebih bagus.
*lepas tekap doh jadi bentuk pun seeloknya bairkan doh rehat sekejap sebelum goreng.
*minyak kena jaga dan jangan terlalu panas.

*aku dapat 37 ketul donut standard size guna acuan yang kat kedai banyak jual tu.
size petite dua kali gigit

Nasi Arab Taj Hadramawt Taman Melati

Nasi Arab Taj Hadramawt Taman Melati


Oleh sebab dah lama teringin nak makan Nasi Arab maka teringat satu Restoren Arab terletak di Taman Melati yang selalu kami jeling-jeling je bila tapau sate di Haji Samuri. Selalunya bila teringin nasi arab sedap kami akan ke  Restoren Aroma Hijrah yang terletak di Shah Alam.

Kisahnya pagi tu selepas selesai urusan cucuk vaksin tambahan Raudah, plan nak ke kedai Hari-Hari beli baju sekolah abang Ikhwan. Saja nak setel awal sebab keadaan mak buyung yang semakin hari semakin malas nak jalan.


Sebelum keluar rumah dah make sure perut penuh dan sempat goreng bihun. Ikut plan asal cucuk di Klinik Pusrawi Jalan Ipoh kemudian post Wawawax di LRT Taman Melati  kemudian Lunch seterusnya beli barang di Kedai Hari-Hari. 

Awana Sky Way Genting Highlands

Awana Sky Way Genting Highlands

Sambungan short trip Petik Strawberry di Genting
Teruskan perjalanan selepas lunch dan solat Zuhur ke Genitng Highlands Premium Outlets (GPO)
Motif utama bukan nak shopping tapi nak cuba naik cable car. 

Sengaja park dalam GPO, dan parking tiket tak la mahal sangat. Senang dan selamat. Kebetulan masa pergi ni cuaca hujan on off. Jadi kat atas tu berkabus dan sejuk. 






Masuk je GPO kena menapak beberapa level untuk jumpa kaunter Tiket Awana Sky ni. 
Boleh ikut je signboard senang. Ada self service machine tapi panjang juga. 

Ramai nya makhluk nak naik ke atas tu. Kalau bawa baby and wheel chair agak tak selesa nak bergerak. 






Berbaloi pergi kalau niat memang nak naik cable car, nak rasa sejuk. Tunggu outdoor game dia siap baru berbaloi pergi rasanya. Indoor dia memang meriah macam dulu kala je. 

Morning Sickness | First Trimester

Assalamualaikum,

15 June 2017. #entrythrowback
Aku masih lagi belum buat official check up dengan doctor.

Setiap pagi selepas sahur morning sickness akan start sehingga jam 10 pagi. 
Waktu ni la menahan rasa nak muntah. Memang selalu kalah. 
nak hilangkan rasa muntah after muntah ialah minum air sejuk/ peti ais. 

End up aku terpaksa berbuka sebab aku tak tahan. 
Puasa hari ni genap lah hari ke 5 tak berpuasa. 
Semua disebabkan morning sickness dan aku aku out of energy menyusukan raudah.