Hukum Selfie di Kubur
Isu selfie di tanah perkuburan
pernah viral masa tahun 2014. Kisahnya bila satu gambar selfie yang dimuat naik
oleh artis Farish Aziz semasa dia menziarah kubur di Hari Raya. Ramaila yang
marah dengan tindakan dia dan Farish sendiri dengan kurang sopannya membalas
balik dengan jawapan yang sarkastik. Tapi sebenarnya boleh ke selfie dekat
kubur ni?
Perkara yang viral ni ada juga baiknya. Bagusnya bila viral
macam ni ilmu pengetahuan tu tersebar luas. Yelah hikmahnya disebalik kekecohan
menghentam sesame sendiri akhirnya pertanyaan tentang hukum selfie di kubur
terungkai.
Tak lain tak bukan kalau berkaitan hukum agama kita kena
rujuk pada yang pakar dalam bidang agama juga lah. Akibat dari kejadian tu,
Mufti Perak; Tan Sri Harussani Zakaria telah membuat kenyataan sekaligus
menjawab pertanyaan orang ramai.





