Rezeki Mengandung Siti Nurhaliza Terima Gelaran Datuk Seri

Assalamualaikum,

Ni orang kata namanya durian runtuh. Rezeki berganda-ganda. 
Alhamdulillah. Gembira on behalf Datuk Seri. 

Untung badan, hampir semua orang sayang Datuk Seri ni. 
Semua mendoakan yang baik-baik untuk dia dan keluarga. 
Walau ramai jugak yang kecam dan gelar dia perampas. 
Move on please.

Baru-baru ni Siti Nurhaliza telah mengumumkan berita kehamilan dia dan disusuli 
dengan berita penganugerahan darjah Seri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) 
yang membawa gelaran Datuk Seri. 
Double tahniah. 
Koi pun orang Pahang tumpang bangga jela.

Rupa-rupanya bukan Siti je yang dapat anugerah pada majlis tersebut. 
Ramai lagi; Datuk Eizlan Yusof dan Datuk Maria Menado dapat title sama macam Siti.

Adi Putra pula menerima Peringkat Kedua Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk. 
Pereka fesyen, Jovian Mandangie, menerima Peringkat Kedua Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang (DSAP) yang turut membawa gelaran Datuk.

Wah meriah semua dapat Datuk. Semoga masing-masing menjaga credibiliti gelaran yang dibawa la hendaknya.

google image
Mana tahu rezeki kita pulak satu hari nanti. Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu ye dak?
google image