Google Adsense Approve blog rodiahamir


Assalamualaikum, 

Alhamdulillah minggu lepas adalah minggu happy sebab satu perkembangan positive bila dapat email notification yang Google Adsense (GA) dah approval aku punya application nak tepek ads kat blog sendiri. 

Yeayy. Alhamdulillah. 

Lama dah tunggu. Sebelum ni gigih pasang Nuffnang tapi rezeki tak mencurah kat Nuffnang. 
Sebab income Nuffnang dah lama sendu dan static so approval dari Google Adsense ni memberi sinar baru. 

Oh ye, aku sangat-sangat baru dalam blogging. Newbie yang baru nak kenal apa itu SEO, apa itu Nuffnang dan Google Adsense. Baju Blog pun baru je tukar lepas study sikit-sikit tutorial orang lain. 

Back to Google Adsense kisahnya tengah March lepas, 15 2017 aku ada sign up for GA ni. Kalau ikut step yang diberi:

  1. Sign in to Blogger.
  2. Dashboard - Earnings
  3. Click situ nanti keluar button 
  4. Click Sign up for AdSense
  5. Fill out the form with your Google Account dan masukkan detail blog kita. 

Lepas tu tunggu la email approval. Nak tunggu dia approve ambil masa, ikut blog kita punya pageview / content (orang kata bahasa Inggeris lebih cepat dia proses), SEO. Itu antara keys yang aku pernah baca la. 

Dan secara rasminya 20 October 2017 baru blog aku di approve dan of course aku kena set up kan code google adsense supaya appear kat blog. Mudah amat. 

ini view kalau GA yang dah di approved. Pilih Ad Setup dan save setting
dapat 0.04 sen untuk hari pertama. saja gedik check.