Kisah cinta Perigi Cari Timba

Kisah cinta Perigi Cari Timba


Baru lepas baca artikel pasal perigi cari timba dekat satu website hiburan ni. Pengakuan seorang perempuan yang berusaha untuk menawan hati  lelaki  yang dia suka dan dia take first step untuk jayakan hubungan tu. Kiranya dia beranikan diri meluahkan cinta dia. 

Usaha dia mengambil hati lelaki tu selama 5 tahun membuahkan hasil. Akhirnya mereka selamat bertunang dan menunggu masa untuk di ijab kabulkan. Add friend di Facebook, rajin comment dekat timeline dan mulakan perbualan. 

Salah satu perangai perempuan, sekali dia nekad nak sesuatu perkara memang dia akan nekad nak buat sampai berjaya. Kalau tengok rupa paras, Perempuan dan lelaki tu sesuai la bersama. Tak la cantik kebabom tak la sakit mata memandang. Sedang elok.

google image

9 Perkara Menarik tentang Bajet 2018

Assalamulaikum, 

Nak share perkara menarik tentang Bajet 2018 yang baru di umumkan baru-baru ni. 

1. Skim Amanah Dana Anak Malaysia 2050 (ADAM50) diperkenalkan dengan memberi Dana Tabungan Permulaan sebanyak RM200 melalui unit Amanah Saham PNB kepada anak Malaysia yang lahir mulai 1 Jan 2018 sehingga 2022.

2. Pelanjutan diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN sehingga 31 Disember 2018.

20% atas baki hutang untuk penyelesaian penuh pinjaman,
10% untuk bayaran sekurang-kurangnya 50% daripada baki hutang dalam sekali bayaran,
10% peratus untuk bayaran balik melalui potongan gaji atau debit secara terus mengikut jadual.


9 Perkara Menarik tentang Bajet 2018




3. Peruntukan RM3.9 bilion subsidi barangan dan pengangkutan termasuk gas memasak, tepung, minyak masak, subsidi elektrik dan tol.


4. Tol dimansuhkan. Mulai 1 Januari 2018, kutipan tol di Batu Tiga Shah Alam dan Sungai Rasau, Selangor, tol di Bukit Kayu Hitam, Kedah dan tol di Eastern Dispersal Link, Johor dimansuhkan.

5. Penjawat awam wanita yang mengandung lima bulan ke atas dibenarkan pulang awal sejam, manakala suami yang bekerja kerajaan juga dibenarkan berbuat demikian dengan syarat suami dan isteri bekerja di lokasi berdekatan.


6. Lebih 65,000 imam, bilal, guru KAFA, guru takmir dan tok siak mendapat bayaran khas RM1,500 dengan RM1,000 dibayar pada Januari 2018 dan selebihnya menjelang Hari Raya Aidilfitri.

7. Bayaran khas RM1,500 kepada semua penjawat awam iaitu RM1,000 pada awal Januari 2018 dan RM500 menjelang Aidilfitri.

8. Sektor swasta menambah cuti bersalin daripada 60 kepada 90 hari seperti dilaksanakan perkhidmatan awam.  

9. BR1M dinaikkan.

-BR1M bagi golongan isi rumah berpendapatan bawah RM3,000, juga dinaikkan daripada RM1,050 kepada RM1,200.

-Isi  rumah berpendapatan antara RM3,000 hingga RM4,000, jumlah BR1M dinaikkan daripada    RM800 kepada RM900.

-Bagi individu bujang berpendapatan RM2,000 ke bawah, mereka layak memperoleh BR1M berjumlah RM450 tahun depan, berbanding RM400 tahun ini.


Tips Google Adsense | Patuhi Polisi Yang ditetapkan

Tips Google Adsense | Patuhi Polisi Yang ditetapkan

Semenjak letak Google Adsense (GA) dekat blog ni rasa terharu sangat 
sebab Adsesnse ni suka bagi guide untuk beginner macam aku ni. 
Apa perlu buat dana pa patut elak.
Seronok sebab rasa di monitor untuk kita improve.

So jom aku share latest guide yang mereka bagi: 



Hukum Selfie di Kubur

Hukum Selfie di Kubur


Isu selfie di tanah perkuburan pernah viral masa tahun 2014. Kisahnya bila satu gambar selfie yang dimuat naik oleh artis Farish Aziz semasa dia menziarah kubur di Hari Raya. Ramaila yang marah dengan tindakan dia dan Farish sendiri dengan kurang sopannya membalas balik dengan jawapan yang sarkastik. Tapi sebenarnya boleh ke selfie dekat kubur ni?

Perkara yang viral ni ada juga baiknya. Bagusnya bila viral macam ni ilmu pengetahuan tu tersebar luas. Yelah hikmahnya disebalik kekecohan menghentam sesame sendiri akhirnya pertanyaan tentang hukum selfie di kubur terungkai.


Tak lain tak bukan kalau berkaitan hukum agama kita kena rujuk pada yang pakar dalam bidang agama juga lah. Akibat dari kejadian tu, Mufti Perak; Tan Sri Harussani Zakaria telah membuat kenyataan sekaligus menjawab pertanyaan orang ramai.