Jom Derma Secara Online | Projek Iqra'

Assalamualaikum,

Ada duit tapi tak tahu nak sedekahkan kat mana? Nak sedekah kepada pengemis tapi takut itu adalah sindiket yang menipu duit orang ramai? 

Nak cuba consistent bersedekah setiap bulan tapi asyik lupa? Itulah  soalan yang selalu berlegar-legar dalam otak aku kalau nak bersedekah. 

Selalu kalau lunch dekat luar mesti ada OKU datang jual tisu. Sambil beli tisu sambil tu menderma la. 
Tapi suami mesti tak setuju untuk derma. Suami ragu-ragu. 


Jom Derma Secara Online | Projek Iqra'

Tapi dia tak la halang aku nak beli dan derma. Kalau yang datang minta derma bawa sekeping kertas tentang pembinaan Maahad ke, untuk anak yatim ke, lagi la aku tak berani nak derma. 

Bukan apa, aku takut lain pulak yang jadi. Sudahnya selalu aku elak tak pandang atau suruh suami je yang ucap terima kasih.



Orang sekarang perangai macam-macam dan tak terjangka. Oleh sebab tu aku ambil inisiatif untuk derma online je. 

Biasanya aku akan follow pertubuhan atau NGO yang buat kerja amal untuk Malaysia atau muslim di luar negara. 

Contoh macam Telekung project, Iqra, Aman Palestin dan banyak lagi. Pertubuhan macam ni memang di iktiraf dan memang akan declare ke mana duit tu pergi.

So nak ajak semua jom sama-sama membantu mereka yang memerlukan. Pertubuhan yang aku nak kongsi kali ni ialah “Persatuan kebajikan Iqra’ Malaysia”. Bak kata foundernya:

Idea Projek Iqra’ ini tercetus setelah mendengar dan melihat sendiri kesukaran anak-anak yatim lepasan SPM menyambung semula pelajaran walaupun berminat dan mempunyai kelayakan kerana tidak mempunyai wang untuk membayar yuran pendahuluan di pusat pengajian tinggi. 

Membeli perkakasan seperti buku dan peralatan untuk memulakan pengajian dan pelbagai kekangan lain yang menjadi tembok penghalang bagi mereka meneruskan cita-cita.

Selain itu Projek Iqra’ juga bekerjasama dengan rumah-rumah anak yatim dalam menjalankan program berbentuk pendidikan, kesihatan dan lain-lain lagi yang boleh memberikan manfa

Ada 4 kempen yang sedang aktif sekarang yang memerlukan tajaan/derma dari Rakyat Malaysia serendah RM5/tajaan. Boleh ketahui cara nak derma kat website rasmi mereka Project Iqra' Malaysia

Sabda Rasulullah s.a.w., mafhumnya:

 “ Apabila mati seorang anak adam , terputusnya segala ‘amalannya kecuali tiga (kebaikan) : sedekah jariahnya (yang ikhlas) ilmu yang dimanfaatkan dan anak yang soleh yang mendoakan (kebaikan) untuknya”.


Moga amal kita yang sedikit dapat membantu kita kat akhirat kelak. 



Cara Semak Baki Bayaran Balik Pinjaman PTPTN

Cara Semak Baki Bayaran Balik Pinjaman PTPTN

Siapa peminjam PTPTN yang sama macam saya? Lambai sikit. Dah start bayar hutang ke belum? 
Atau masih study? Nanti dah dapat kerja manage duit baik-baik then setelkan cepat-cepat PTPTN tu eh. Cuba grab semua promo yang government offer macam discount 10%, 20% tu tau.

Baru je lepas baca email penghargaan dari PTPTN kerana telah menunaikan tanggungjawab dengan membayar hutang secara konsisten setiap bulan. Salah satu cara PTPTN nak ambil hati pembayar hutang lol. Tak tahu la nak berbunga riang atau apa.

Mengandung Anak Ke Tiga

Mengandung Anak Ke Tiga

Ahad lepas, 28 May 2017 aku mula tak sedap badan bila period tak kunjung tiba. Lewat 5 hari dari tarikh sepatutnya datang period. Terus decide beli Clearblue Digital Pregnancy Test. Memang kalau ikut history aku tak pernah lewat datang period. Berdebar nak tahu keputusan dan nekad buat pregnancy test sendiri.

Lepas balik kerja singgah farmasi dan beli Clearblue Digital Pregnancy Test.Mahal ok. Satu stick tu berharga almost RM 32.00. Mungkin mahal sebab dia boleh detect kehamilan up to berapa minggu usia kandungan. Pernah beli yang murah tapi kurang puas hati dan jadi ragu-ragu.

Lepas test seminit macam tu keluar result mengandung, and then in 3 minutes baru appear yang usia kandungan aku 4-5 minggu. Amboi canggih sangat. Masa buat test tu memang baca do and don’ts banyak kali. Dan aku jumpa bacaan waktu sesuai nak buat pregnancy test ni.

Lirik Lagu Minang Tak Tun Tuang

Lirik Lagu Minang Tak Tun Tuang


Arghh tengah viral lagu Tak Tun Tuang ni kan? Sekali aku dengar terus melekat kat otak. Tu sebab viral tu kot. Ok kalau nak tahu penyanyi asal lagu ini adalah penyanyi Indonesia, Upiak Isil. Tak berapa suka kan versi original; video klip kat jalan lepas tu penyanyi perempuan ni macam menjerit-jerit bila nyanyi.

Tak dapat kenal pasti maksud sebenar tak tun tuang tu tapi yang aku paham tak tun tuang ni macam tak kisah/ tak ambil peduli apa orang kata dan ianya perkataan Minang. Hello sesiapa orang minang boleh explain sket.

Tapi lebih suka versi penyanyi lelaki dari Sabah si andibernadee boleh check out Instagram dia okeh. Suara pun best. Dan satu lagi versi dari penyanyi perempuan Wanimusic (Nursyazwani Selamat) dan Wani Hasrita. Suara pon sedap nak mams.

Khabarnya lepas si Andibernadee ni upload lagu ni yang baru la viral lagu ni. Dengar waktu stress bagus jugak ni. Aku layan masa balik kerja naik lrt. Aku hanya suka dua rangkap pertama je.


google image instagram Andi