Mengandung anak ke tiga - www.rodiahamir.com

Lifestyle & Food Blogger. Sharing about Parenting, tutorial, Beauty Tips, Entertainment &; Nice place

Breaking

Home Top Ad

Responsive Ads Here

Nov 11, 2017

Mengandung anak ke tiga

Assalamualaikum, 

#entrythrowback

Ahad lepas, 28 May 2017aku mula tak sedap badan bila period tak kunjung tiba.

Lewat 5 hari. Terus decide beli CLEARBLUE DIGITAL PREGNANCY TEST. 
Mahal ok. satu stick tu berharga almost RM 32.00. 
Mungkin mahal sebab dia boleh detect kehamilan up to berapa minggu usia kandungan.

Lepas test seminit macam tu keluar result mengandung, and then in 3 minutes baru appear yang usia kandungan aku 4-5 minggu. Amboi canggih sangat.

Masa buat test tu memang baca do and don’ts banyak kali. Dan aku jumpa bacaan waktu sesuai nak buat pregnancy test ni.

Kalau period lewat dari tarikh sepatutnya datang, pregnancy test boleh dibuat pada bila-bila masa. Pagi, petang, malam terserah.

Tapi kalau nak buat pregnancy test, just nak tengok mengandung atau tidak, dan tarikh sebenar period masih jauh, digalakkan buat test lepas bangun pagi sebelum breakfast.
Masa tu sesuai sebab ada hormone apa tah masih pekat, so bacaan lebih tepat.

Dan bermula lah diary aku sebagai mama mengandung anak ke tiga. Semoga anak yang dikandung sihat walafiat. Dan semoga aku dapat besarkan kesemua anak dengan jayanya.

Masa aku tahu mengandung ni, Raudah baru menginjak 1tahun 9hari. Rasa bersalah kat Raudah tapi aku percaya rancangan  Allah tak pernah silap.