AirAsia & Kidzania | International Children's Day

Baru-baru ni kami sekeluarga telah dijemput untuk menghadiri satu event yang di anjurkan oleh AirAsia iaitu sambutan Hari Kanak-kanak peringkat Antarabangsa. 

Sambutan diadakan bertempat di Kidzania Kuala Lumpur. AirAsia telah berkolabrasi dengan Ejen Ali menerusi kempen #MisiAspirasiAirAsia 

Nak tahu lebih lanjut boleh buat carian melalui # di instagram. 


AirAsia & Kidzania | International Children's Day

Kali ini, Ejen Ali telah dipilih untuk menjadi inspirasi dan galakan untuk kanak-kanak menjadi pemimpin dunia di masa akan datang. Sesuai dengan watak dia yang positive tu. 

Memang teruja la Ikhwan bila Ejen Ali dijemput naik ke pentas. Dan kini juga, hidangan khas kanak-kanak, Kombo Bintang Riang edisi Ejen Ali, dah ada untuk semua destinasi AirAsia dan AirAsia X. Sambil makan boleh tonton siri animasi Ejen Ali dalam flight.





Banyak aktiviti yang telah dijalankan dan diantaranya ialah sesi Make your Kids Meal! ,Beauty Activity dan Grooming Workshop with AirAsia Expert. 

Kanak-kanak berpeluang merasai pengalaman menjadi sebahagian kru AirAsia dengan menjadi Chef dan juga diajar untuk tampil yakin oleh krew Kabin AirAsia sendiri.




Beruntung sangat dapat dedahkan Ikhwan dengan aktiviti macam ni. Selain dapat tingkatkan keyakinan diri dan nak dia bergaul dengan rakan sebaya. 

Kami sebagai ibu bapa nak dia merasai pengalaman mencari kerjaya impian dia. Alhamdulillah kami seronok walaupun penat beratur. 

Ikhwan kat sana tak tunjuk muka letih langsung. Excited je setiap masa. Kena datang lagi sebab tadi tak sempat nak cuba semua pekerjaan yang ada.

Terima kasih AirAsia dan Kidzania sebab sudi jemput kami sekeluarga.








Celebrate birthday yang ke 32 | Happy Birthday Rodiah Amir

Celebrate birthday yang ke 32 | Happy Birthday Rodiah Amir


Alhamdulillah masih diberi pinjaman oleh Allah menyambut ulang tahun yang ke 32 pada 13 November lepas. 

Tiada sambutan sebab sibuk dengan aktiviti mak anak dua yang sedang sarat mengandung. J

Nak makan sedap pun masih tertangguh. Tunggulah masa yang sesuai baru fikir nak celebrate kat mana. Kalau tak ada pun tak kisah sangat. Dah tua tak beria pun.

Dalam sibuk tu sempat jugak la layankan tekak dengan makanan sedap yang orang lain teringin tapi guna ticket birthday girl. Hahahhaha.


Semoga segala doa yang baik-baik termakbul. Aamiin. 

Terima kasih En Suami layankan tekak anak bini nak makan sedap. Ini sempat makan lepas selesai urusan satu hari suntuk :(

Coconut Shake Sedap di KL | BDC Kafe

Last week lepas habis majlis Convocation Taski Abim anak sulong kami terus cari makan. Pagi tu hanya sempat alas perut sebab takut sampai lambat dan dewan penuh. 

Alhamdulillah jalan tak jem dan semuanya berlangsung dengan aman damai.

Bila tanya suami nak makan kat mana dia teringat satu café kat WangsaMaju yang dapat good review dekat Facebook.

Bab makan kami mudah terpengaruh ya. Oleh sebab perut pun dah lapar jadi tak banyak bantahan. Lagi pun restaurant yang sedap semua buka after 5 pm.


Coconut Shake Sedap di KL

Jadi kami tuju ke Bukit Dinding Coconut ABC Café (BDC) di Jalan Wangsa Delima 5. Landmark paling senang ialah belakang NZ Curry House Wangsamaju.






Senarai Menu Bukit Dinding Coconut ABC Café 


Makanan sedap, coconut shake terbaik, dan ice cream kelapa yang super sedap. Aku bagi 5 bintang. Digalakkan untuk datang. Service bagus dan friendly. 

Senarai menu dan harga. Masa tengah lapar rasa nak cuba je semua. 


Ice Cream kelapa tu korang janji kena try sebab sedap sangat. Coconut shake dia pun. uihhh meleleh air liur bila ingat semula. 

Yang bawah ni aku order buttermilk chicken, blackpaper beef, Nasi Goreng Petai, dengan Mee Ketam. Sedap semua sekali. 



 Hiasan dalaman cafe yang simple tapi menarik. 


kekasih hati kesayangan jiwa raga. Cik Kiah bagi souvenir dari Japan


Ini Cocounut Shake Manggo. Semua cukup rasa dan tak over manis. Lemak kelapa. 


Mee ketam order sebab Chef recommendation. Mula-mula makan rasa masam, tapi lepas 3/4 suap dia jadi manis. Sedap la.  macam magik. tapi makan ketam kat kedai memang tak syiok sangat. 


Diarrhea | Food Poisoning Semasa Mengandung

Aku kongsikan pengalaman aku kena food poisoning semasa mengandung. Seksa weh. 

Ceritanya bila dapat tahu Family Mart telah di buka di WangsaMaju memang dah pasang niat nak makan set udon dan seafood cake tomyam dia. 

Ini semua sebab terpengaruh dengan Jae Suk dalam rancangan Running Man la. Bila tengok dia makan macam oh mai I have to taste that thing. Sedap gila. 


Food Poisoning Semasa Mengandung

So Jumaat lepas bila ada kesempatan sementara tunggu suami sampai (kami park kereta di kawasan LRT)  aku pun cuba memenuhi selera yang aku idam-idamkan. 

Petang tu makan seperti biasa. Habis kuah dia aku hirup. Makan masa hujan memang heaven la kan.  



Inilah makanan yang di syaki menyebabkan aku sakit perut tapi sedapppppp


Perut Mula Meragam 

Maghrib tu masih ok Cuma asyik terbuang angin je. Aku tak rasa pelik sangat, sehinggalah masuk je jam 11.30 malam perut mula rasa tak sedap. Nak bangun macam malas sebab mengantuk tahap cipan. 

Tapi tak boleh tahan akhirnya masuk tandas. Membuang tapi sakit peut memulas tak hilang. Cuak takut semua ada. Risau ter bersalin kang lahir baby premature pulak. Nauzubillah.

Ada dekat 6 kali ulang alik ke tandas. Angin Tarik perut tu tak usah cakap la memang teramat sakit. Sakit macam contraction. Aku hanya boleh genggam cadar tilam. Kejut suami minta usap perut dan urut belakang badan tapi tak jalan. 

Aku sakit sehingga pagi esoknya, berapa kali terbangun sebab sakit sangat dan perlu ke tandas. Tak berani nak makan apa-apa dan hilang selera. Oh ye, muntah juga termasuk dalam pakej kali ni.  

Bahaya Food Poisoning Semasa Mengandung

Dalam sakit- sakit tu sempat baca di Baby Centre; kebiasaan diarrhea/ food poisoning tidak membahayakan baby dalam kandungan sebab ada hormone dalam badan yang bertindak melawan balik bakteria jahat itu. 

Tapi jangan tangguh untuk berjumpa doctor untuk dapatkan rawatan sewajarnya.

Apa aku buat masa sakit ialah aku sapu minyak angin di betis, pinggul dan belakang badan. Aku juga telan 2 sudu besar Jus Delima. Aku selang seli minum air suam supaya tak kembung. 

Alhamdulillah mempercepatkan proses penyembuhan. Minta suami urutkan badan dan teman saat getir tu. Even sakit tak kurang tapi bila ada suami dapat hilangkan stress sakit tu. 

Bila sakit banyakkan doa anak dan diri dilindungi. Masa sakit la kita rasa dekat dengan Allah. Bila diberi kesembuhan tu jangan tak sedar diri ok. 

Makan berpada.-pada. Apa pun setiap yang sakit, yang tak elok akan berlalu. Jangan terllau risau dan enjoy setiap moment seboleh mungkin. 

Serik? Macam tak je, tapi kesian dekat baby. Lain kali aku akan lebih hati-hati.