AirAsia & Kidzania | International Children's Day

Handsome betul Ejen Ali & RightZKeeper
Assalamualaikum,

Baru-baru ni kami sekeluarga telah dijemput untuk menghadiri satu event yang di anjurkan oleh AirAsia iaitu sambutan Hari Kanak-kanak peringkat Antarabangsa bertempat di Kidzania Kuala Lumpur. AirAsia telah berkolabrasi dengan Ejen Ali menerusi kempen #MisiAspirasiAirAsia 

Nak tahu lebih lanjut boleh buat carian melalui # di instagram. 

Kali ini, Ejen Ali telah dipilih untuk menjadi inspirasi dan galakan untuk kanak-kanak menjadi pemimpin dunia di masa akan datang. Sesuai dengan watak dia yang positive tu. 

Memang teruja la Ikhwan bila Ejen Ali dijemput naik ke pentas. Dan kini juga, hidangan khas kanak-kanak, Kombo Bintang Riang edisi Ejen Ali, dah ada untuk semua destinasi AirAsia dan AirAsia X. Sambil makan boleh tonton siri animasi Ejen Ali dalam flight.

Banyak aktiviti yang telah dijalankan dan diantaranya ialah sesi Make your Kids Meal! ,Beauty Activity dan Grooming Workshop with AirAsia Expert. Kanak-kanak berpeluang merasai pengalaman menjadi sebahagian kru AirAsia dengan menjadi Chef dan juga diajar untuk tampil yakin oleh krew Kabin AirAsia sendiri.

Dapat duit 50 KidZos sebagai Permulaan
Beruntung sangat dapat dedahkan Ikhwan dengan aktiviti macam ni. Selain dapat tingkatkan keyakinan diri dan nak dia bergaul dengan rakan sebaya, kami sebagai ibu bapa nak dia merasai pengalaman mencari kerjaya impian dia.

Alhamdulillah kami seronok walaupun penat beratur. Ikhwan kat sana tak tunjuk muka letih langsung. Excited je setiap masa. Kena datang lagi sebab tadi tak sempat nak cuba semua pekerjaan yang ada.
Terima kasih AirAsia dan Kidzania sebab sudi jemput kami sekeluarga.


Datang sebagai Blogger

Yang bebrjau putih ialah Mayor Kidzania dan merah adalah wakil AirAsia. 

Lepas event selesai dapat light brunch. Alhamdulillah.