Makan di NY Steak Shack ~ Steak, Burgers & Shakes

Last Monday jalan-jalan ke Melawati Mall habiskan masa cuti sebelum Ikhwan ke sekolah. 
Saja nak ajak cuci mata sebab cuti kali ni tak pergi kemana pun.  

Kali kedua menjejakkan kaki ke Mall ni dan kali pertama cuba makanan-makanan baru. Kami cuba NY Steak Shack ~ Steak, Burgers & Shakes. 

Dan kami tak menyesal. Ok dekat sini ada pilihan nak makan set single atau combo. 


Makan di NY Steak Shack ~ Steak, Burgers & Shakes


Kami tertarik nak makan set combo dan rasanya lebih jimat. Kalau masing-masing ambil set single confirm akan ada pembaziran . Jom tengok apa yang kami order. 

Sebelum tu sempat snap dua gambar dalam restaurant. Tempat ni sesuai untuk family and reunion. Ramai family besar dan kawan-kawan reunion masa kami makan dalam ni.




Menu  NY Steak Shack ~ Steak, Burgers & Shakes

Masa ni ada offer Meaty Extreme Combo. Sah-sah la kami peminat meat akan order yang ni. Boleh pilih dua side dish (kami order pumpkin rice, corn cob) dapat spicy soup lala kot nama dia. 

Sedap semuanya. Ikhwan pun makan bertambah. Then dapat dua air. Dalam gambar nampak kecik, bila sampai ke meja agak terperanjat tengok size dia. 

Ha yang ni la apa kami order. Berbaloi nak cuba ok. Jagung and sayur semua fresh. Dimasak sempurna takl over cook. 

Meatball tu paling tak sangka dia macam besar dari bola golf dan rasa dia tak muak. 5 bintang untuk dish ni. Tak ada cacat cela for me. Oh dalam tu ada chicken, meat, and lamb.




Ha pakai tangan lagi senang kan nak? hahahhaha Ikhwan tanya tak ada spoon ke mama? Mama senyum jela. 

Kalau nak pergi Restaurant ni aku lupa tingkat berapa tapi dia sebelah Restaurant BabaNyonya dan depan Tiger Lily (Restaurant Thailand).

Ok peminat western food kena try NY Steak Shack ~ Steak, Burgers & Shakes ok. Aku buat free review je ni sebab memang suka makan pon. 

Next nak makan after berpantang in sha Allah burger dan milkshake dia. Oh tak sabar. Bye. Maaf buat anda terliur. 

Kisah Pemandu Uber - Lain Orang Lain Dugaan

Assalamualaikum,

Kisahnya balik dari check up di minggu 35 dengan KK dan pesan Uber, kebetulan memang rezeki dapat driver perempuan. (Jumaat, 22Dec2017)

Dari raut wajah dan perbualan rasanya kami sebaya dan dia ibu ber anak satu. Sambil berborak sambil bercerita tentang anak dia. Kuat ujian Allah berikan pada dia dan keluarga. 

Masa mengandung semuanya baik belaka. Tiba saat bersalin semasa check up doctor terpecahkan air ketuban ketika mahu check bukaan. Masa tu bukaan baru menghampiri 3cm. Semakin kerap rasa contraction semakin lemah jantung baby. 


PERASAAN SELEPAS DISCHARGED MENGANDUNG 35 MINGGU

Perasaan Selepas Discharged Mengandung 35 Minggu

Aku coretkan di blog pengalaman aku terpaksa dimasukan ke hospital pada usia kandungan mencecah 35 minggu, Sabtu lepas telah selamat admit -di-minggu-34-kehamilan disebabkan contraction luar biasa dan doctor takut aku terbersalin awal. 

Dan nak elak risiko lain juga. Kalau ikut history anak pertama dan kedua minggu 39 baru selamat keluar. Banyak faktor yang buat aku jadi macam ni. Meh aku share.

Masa dibawah pemerhatian doctor, agak pening juga la mencari punca kenapa contraction kuat berlaku padahal awal lagi. Situasi aku ni doctor klasifikasi sebagai kelahiran pra matang kalau berlaku di bawah kandungan 37 minggu.




Faktor Penyebab Kelahiran Pra Matang

Biasanya yang kena kelahiran pra matang adalah ibu yang memang ada history kelahiran pra matang, pernah gugur, amik alkohol, jarak kehamilan yang pendek, jangkitan urine dan ada lagi tapi aku lupa. Yang match dengan diri aku adalah jarak kehamilan. Itu satu faktor la.

Faktor lain adalah:


1. Tekanan di tempat kerja/ kehidupan

Ini penyumbang terbesar bagi aku. Walaupun puas aku positive tapi keadaan di tempat kerja sekarang sangat turun naik macam roller coster. 

Dengan masa depan yang tak terjamin dan aku berbadan dua, peluang nak survive sangat nipis. Rasa sedih dan bersalah kalau sebab ni anak aku berada dalam bahaya.


2. Kurang minum air

Oleh sebab morning sickness aku teruk, air pun aku tak lalu nak telan. Aku hampir-hampir nak kena urine infection and now sangat serik dan minum air dengan banyaknya. Alhamdulillah contraction berkurang. Doctor pun ada bekalkan ubat untuk cuci urine dan elakkan contraction berleluasa.


3. Terlalu aktif

Pada usia kandungan 28 minggu aku terlibat dengan aktiviti perpindahan office. Walau aku tak menolong mengangkat barang pun tapi aku perasan aku agak aktif dan kuat sangat naik turun tangga. Mungkin faktor aku mengandung anak ketiga dan usia pon dan agak senja. Amat mudah la nak kena.


4. Anak masih kecil

Anak kedua aku baru nak menginjak masuk ke umur setahun 8 bulan tengah seronok nak explore dunia. Teramatlah manja dengan aku dan suka berkepit. Aku perasan aku kuat angkat dan dukung dia. Itu aku rasa anatara sebab menjadi beban kepada aku. As i said aku dah tak sekuat masa muda dulu dan aku tak ambil berat sangat.


Aku rasa itu jela yang boleh aku kongsi berdasarkan apa yang jadi kepada diri sendiri. Sekarang masuk minggu ke 35 dan aku kena bertahan sekurangnya debulan lagi atau dua minggu dah kira cantik tapi aku memang doa tggu lagi sebulan la.

Buat yang ada masalah macam aku, in sha Allah pengorbanan kita as ibu mengandung dan melahirkan akn dibalas Allah. Teruskan berjuang dan kekal bersemangat walau pun takut sangat-sangat. 

Cara Upload Gambar di Blog Melalui Handphone

Cara Upload Gambar di Blog Melalui Handphone

Kali ni nak share satu tips/ tutorial tentang cara nak upload gambar di blogspot melalui handphone. Ni based on my experience bila kena upload task on the spot, bila nak masukkan gambar yang kita snap tak ada dalam option untuk di pilih. 

Boleh refer contoh macam kat bawah. Kan seketul je kan yang appear:

upload pictures