Cara Mudah Buat Photobook Worldwide

Cara Mudah Buat Photobook Worldwide 


Ini adalah entry sambungan lepas aku berjaya beli Photobook murah Hanya RM8.48

Kali ni meh aku share cara-cara nak buat Photobook ni, aku follow step dari  FB/Instagram  @faidhi badri @fanessa_collection dan aku olah ikut kefahaman aku. 

Gambar pun ada yang aku pinjam dan ada masukkan gambar aku sekali.  combine sekali la.
Korang follow je step kat bawah ni. 

Resepi Roti Celup Tepung Bestari Viral


Resepi Roti Celup Tepung Bestari Viral


Nak share resepi mudah guna dua bahan sahaja untuk breakfast atau minum petang. 
Teramat senang buat sambil pejam mata. Hahhahahha. 

Nama resepi diberi ialah: Resepi Roti Salut Tepung Bestari.



Pengalaman Baby Songsang kembali Normal

Ini adalah sambungan dari entry aku risau tentang kedudukan baby aku yang SONGSANG walaupun dah masuk minggu ke 38 kan? 

ok masuk minggu ke 39, 3 hari aku buat follow up lagi dengan doctor Zana. Tak dapat bayangkan kerisauan aku masa tu. 

So dari tempoh 12 Jan ke 20 Jan 2018 tu semua tips yang aku share untuk baby SONGSANG semua aku buat. sujud paling lama aku buat 3 kali sehari, 7 minit setiap sesi. 

Pengalaman Baby Songsang kembali Normal

Aku dah stop solat duduk dan aku paksa diri solat untuk macam orang normal walau aku kelihatan seperti katak puru. Seksa woi tapi sebab nak anak kepala ke bawah buat juga.





Baca SINI ~ TIPS BABY SONGSANG & KAEDAH ECV

Pengalaman Kandungan Songsang

Aku kurangkan duduk dan berjalan sekitar rumah. Tak larat aku stop. Hari-hari aku bercakap dengan baby, kali ni versi tegas. Sebelum ni aku cakap versi lemah lembut manja tak jalan sangat. Kihkihkih.

Alhamdulillah dengan berdebar-debar akhirnya tadi doctor Zana scan dan kepala baby stay kat bawah. Fiuh.. bersyukur sangat. Sebelum ni aku berjaga-jaga supaya jangan bersalin selagi kepala belum ke bawah, so aku limitkan pengambilan gula dan pergerakkan.

Tapi tadi lepas semua confirm terus aku menjerit kegembiraan depan doctor. Doctor kata suruh banyak berjalan dan suruh buat exercise squad atau jalan itik. Makan nenas, minum air kelapa muda, makan minyak kelapa dara. Memang seronok la aku dengar. In sha Allah.

Semoga baby duduk baik-baik di kedudukan sepatutnya sehingga la waktu keluar nanti ya. Aamin. 

Sekarang nervous lagi nak tunggu nak bersalin tapi atleast aku tahu baby dah kepala ke bawah. So lepas je check-up terus ikut suami jalan-jalan kat mall lepastu sambung pergi pasar malam. 

Ada makcik tegur perut aku dah jatuh ke bawah katanya. Dia kata entah-entah aku bersalin malam tu juga. Hoi seram mak cik buat lawak. Sabar la, biar dia keluar bila tiba waktunya ya.

Alhamdulillah syukur kepada Allah atas semua nikmat. Moga dipermudahkan urusan aku bersalin. Mengandung anak ketiga di usia 30-an memang banyak cabarannya. Lepas ni boleh stop dah kot. seram kau. 

Photobook Murah Hanya RM8.48

Photobook Murah Hanya RM8.48


Alhamdulillah photobook yang ditempah sudah pun selamat sampai. Service pun cepat. 
Excited masa nak bukak tu. 

Beli ni bila terpengaruh tengok promosi ni kat FB. Kalau ikutkan bayar rm8.48 tu adalah untuk postage termasuk GST. Kira free je la photobook ni.

Siapa tak nak benda free kan?

Masa aku buat ni adalah pada 11 Jan 20178 hari tu. kalau sekarang aku tak berani jamin masih valid tak promosi ni.

Boleh cuba la kalau berminat.