Resepi Roti Celup Tepung Bestari Viral

Rodiah Amir
3


Resepi Roti Celup Tepung Bestari Viral


Nak share resepi mudah guna dua bahan sahaja untuk breakfast atau minum petang. 
Teramat senang buat sambil pejam mata. Hahhahahha. 

Nama resepi diberi ialah: Resepi Roti Salut Tepung Bestari.





Roti ni rangup dan cukup rasa sebab tepung tu sendiri dah masin.
Jangan tambah garam dah kang darah tinggi korang. 

Untuk roti ni boleh cicah sos macam tu pun dah sedap atau boleh upgrade jadi mini burger. 
Ikut kreativiti anda ok. 

Macam aku letak timun dan mayonese. Rajin sket letak la telur atau daging ayam. 
Kenyang. 

Apa yang diperlukan ialah tepung Bestari  dan air masak. Agak-agak je nak letak berapa banyak tepung dengan jumlah roti yang korang nak sediakan. Yang penting salutan biar cair. 

Korang just celupkan potongan roti denagn adunan cair tadi. goreng dalam minyak panas. 
Agak-agak keperangan dah boleh angkat. 

Sedia untuk dimakan. 

Untuk resepi ni dia tak serap banyak sangat minyak compare kita buat roti telur. 
Selamat mencuba. 


Bekalkan anak ke sekolah as bento. Anak jenis makan kuantiti sikit so senang kerja mak nak. 


Tags

Catat Ulasan

3Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

Catat Ulasan