Pengurusan Sisa Makanan Oleh Chefmanship Akademi

Pengurusan Sisa Makanan Oleh Chefmanship Akademi

Unilever Food Solutions bekerjasama dengan MBKT sejajar dengan rancangan Kehidupan Lestari untuk mengurangkan pembaziran makanan anggaran 8,000 tan sehari di Malaysia. 

Chefmanship Akademi (CA) yang dekelolakan oleh Unilever Food Solutions (UFS) telah memperkenalkan modul yang terbaru, dengan menumpukan perhatian pada pengurusan sisa dan lebihan makanan, kos pengiraan dan cerita kejayaan pengendali supaya memperbaiki dan memperolehi pandangan mendalam program inovatif kami.

CA menekan pada keusahawan bijaksana dan membantu pengendali makanan mempelajari tentang kualiti makanan, perkhidmatan dan efisiensi supaya boleh menjadi cef yang lebih baik. Matlamat utama yang ditetapkan oleh Unilever Sustainable Living Plan (USLP) adalah untuk meningkatkan tabiat kesihatan, kesejahteraan dan kesihatan di Malaysia.

Ketua Negara UFS Malaysia, Nusrat Perveen berkata di upacara pelancaran: “UFS memulakan program pertama CA 2018 bersama Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) untuk kali pertama dan melibatkan lebih daripada 1,000 pengendali makanan yang berkongsi melalui CA.”


Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT)


Pembaziran Makanan Berlaku Setiap Tahun 

Nusrat berkata bahawa berdasarkan data dari Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) pada 2016, rakyat Malaysia membazir makanan berjumlah 15,000 tan setiap hari, di mana 8,000 tan adalah sisa dan lebihan makanan, 3,000 tan anggaran adalah makanan yang masih boleh dimakan dan makanan dibazir menterjemah kepada hampir 1.1 juta tan setahun.


Sejak CA dilancarkan pada tahun 2013, UFS telah bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan seluruh Malaysia. 

Untuk Lembah Klang, pelbagai sesi CA telah dilanjutkan dengan jayanya bersama Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) serta Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Klang & Pantai.

Program CA juga dikendalikan dengan Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS), Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) dan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP).

Nusrat berkata, “Chefmanship Akademi dari Unilever Food Solutions merupakan inisiatif pertama seumpamanya di Malaysia. Dari titik permulaan dengan penglibatan 400 orang, kini anggaran lebih daripada 43,000 pengendali makanan sudah terlibat dalam CA.

“Kami amat gembira bahawa CA sedang berkembang dengan cepat, dengan pertolongan rakan sepandangan daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) negeri dan persekutuan,” kata Nusrat.

UFS Malaysia berganding bahu dengan PBT utama dan organisasi swasta supaya meningkatkan teknik pengendali makanan yang terlibat dan memperolehi pandangan mendalam untuk pergurusan makanan, menjimat masa dan beroperasi lebih berkesan terutamanya dengan pertambahan kos operasi termasuk bahan makanan.


Uniliver Food Solutions


Ini akan meningkatkan kesedaran pengendali makanan tentang perkembangan baru dalam industri dan membantu mereka memahami keperluan peraturan dengan mendalam. CA menggabungkan maklumat terkini dengan penyelidikan industri supaya dapat menyediakan pengalaman yang meliputi lebih daripada 100 topik, termasuk cara meningkatkan teknik memasak dan membangunkan praktis bisnes yang sesuai.

“Dengan mengadakan Chefmanship Akademi, UFS menyasarkan supaya kesihatan orang ramai tidak terjejas apabila bersantap di luar. Penyedia makanan akan membantu dalam memartabatkan kebersihan makanan dan tidak mengutamakan kemudahan dan keuntungan sahaja, terutamanya semasa bulan berbuka puasa di mana sudah menjadi kebiasaan dan keselesaan orang ramai untuk mengunjungi gerai makanan Bazar Ramadhan,” Nusrat kata.

Nusrat berkata, “Penggunaan peluang ini untuk mencipta rangkaian dengan WeChat oleh UFS bukan sahaja menyediakan komunikasi yang bertambah baik, tetapi juga untuk memberi serta menyampaikan informasi dan garis panduan cara-cara menjadi pengendali makanan yang lebih baik.

“Laman web UFS akan menunjukkan pelbagai kandungan rangkaian yang digemari oleh pencinta makanan atau cef supaya mereka dapat melayari semasa masa lapang, termasuk inspirasi cef tentang resipi baru, produk dan perkhidmatan yang dicipta oleh cef untuk cef sahaja,” Nusrat kata.

Nusrat berkata bahawa laman web kerap disegarkan dengan kemudahan link terus ke laman web utama, www.unileverfoodsolutions.com.my.

Untuk maklumat lanjut tentang media, sila hubungi Angeline Mah  / Thong KW daripada Integrated Public Relations (iPR), Tel 016 6239 180 or 012 388 6023.

Rangkaian Produk Unilever Food Solutions

Siapa Unilever Food Solutions?


Unilever Food Solutions adalah bahagian perkhidmatan makanan Unilever.

Produk-produk kami adalah bahan ruji bagi setiap dapur professional di 74 buah negara di seluruh dunia. Knorr, Lady’s Choice, Lipton, Planta dan banyak lagi. Kami mengeluarkan produk-produk untuk menjimatkan masa untuk penyediaan makanan di dapur, tanpa kompromikan rasa dan bakat. Kami telah berada di dalam industri ini semenjak tahun 1880-an. 

Kami juga adalah cef, jadi kami tahu bagaimana kritikal untuk menyampaikan hidangan yang bukan sahaja menarik perhatian pelanggan, malah meraih keuntungan. 

Dan, juga bagaimana untuk sentiasa mengeluarkan menu dan resipi yang baru dan menarik, mengikut aliran masa dan citarasa yang sentiasa bertukar. Unilever Food Solutions amat komited untuk perkembangan kemampanan, jesteru membawa kesan yang positif terhadap industri pemakanan. 

Itu bermaksaud mensyorkan servis yang dapat membantu cef dan pengendali makanan untuk bekerja di dalam dapur dengan lebih kemampanan dan makanan sihat dalam menu untuk pelanggan. Ia adalah peranan terhadap tanggungjawab social dan persekitaran yang lebih mesra untuk menjalankan perniagaan

Credit image: HusnieyHusin.com

Senarai Menteri Kabinet Malayisa 2018

Akhirnya senarai Menteri Kabinet 2018 telah pun mendapat perkenan daripada Yang di-Pertuan Agong Sultan Mahmud V. 

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan senarai menteri yang dilantik untuk menganggotai kabinet terasnya.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah mengadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V di Istana Negara.  


Menteri Kabinet Malaysia 2018

Peristiwa berlaku pada 18 Mei 2018 dan menyerahkan senarai nama Ahli Ahli Parlimen untuk dilantik sebagai Menteri Persekutuan yang baru. 

Perlantikan itu adalah mengikut “perenggan (b) Fasal (2) Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan.”


Senarai Penuh Menteri Kabinet Malayisa 2018



Senarai Menteri Kabinet Malaysia 2018


  1. PERDANA MENTERI - Tun Dr Mahathir bin Mohamad
  2. TIMBALAN PERDANA MENTERI - Datuk Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail
  3. Menteri Dalam Negeri - Tan Sri Muhyiddin bin Yassin (Pagoh)
  4. Menteri Pendidikan - Dr Maszlee Malik (Simpang Renggam)
  5. Menteri Pembangunan Luar Bandar - Puan Rina Harun (Titiwangsa)
  6. Menteri Wanita dan Pembangunan Keluarga - Datuk Seri Dr Wan Azizah binti Wan Ismail (Pandan)
  7. Menteri Hal Ehwal Ekonomi - Dato' Seri Mohamed Azmin bin Ali (Gombak)
  8. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Zuraida Kamaruddin (Ampang)
  9. Menteri Kewangan - Lim Guan Eng (Bagan)
  10. Menteri Pengangkutan - Anthony Loke Siew Fook (Seremban)
  11. Menteri Komunikasi dan Multimedia - Gobind Singh Deo (Puchong)
  12. Menteri Tenaga Manusia - Kulasegaran s/o V. Murugeson (Ipoh Barat)
  13. Menteri Pertahanan - Haji Mohamad bin Sabu (Kota Raja)
  14. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani - Haji Salahuddin Ayub (Pulai)
  15. Menteri Kesihatan - Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad (Kuala Selangor)

Senarai Menteri Malaysia 2018


Yang diPertuan Agong telah memberi perkenan kepada nama-nama yang dicadangkan dan istiadat mengangkat sumpah jawatan dan setia serta sumpah rahsia sebagai Menteri Persekutuan akan diadakan pada hari Isnin, 21 Mei 2018 pukul 11.30 pagi di Istana Negara.

Sebelum ni ada kenyataan yang Tun Dr Mahathir akan menyandang jawatan Menteri Pendidikan, tetapi Tun berpegang pada manifesto PH yang tidak membenarkan PM memegang mana-mana kementerian.

Semoga dengan kehadiran barisan Menteri Kabinet baru dapat membantu memulihkan semula Malaysia. Lahir lah Malaysia Baru. 


Sumber: 
web Malaysia Kini
Astro Awani news

Resepi 3 jenis air viral untuk Berbuka Puasa

Kalau berpuasa benda yang pertama akak cari ialah air. Orang lain excited nak masak apa tapi akak pula sibuk cari air untuk berbuka. 

Lepas lega berbuka dengan air baru nampak kurma, nasi dan juadah lain. 

Tahun ni berazam berbuka tak mahu beli air kat param. Risau perut meragam. Kena la rajin buat sendiri dan kali ni Kak Diah nak share 3 jenis air viral untuk berbuka puasa. 


Resepi 3 jenis air viral untuk Berbuka Puasa 



Resepi Air Katira

Bahan-bahan:

1tin susu cair
1tin susu pekat
1 penutup botol esen pisang (ikut ukuran penutup botol esen)
Pewarna hijau
Gula secukup manis
Cincau
Biji selasih (rendam bagi kembang dulu)

Cara-cara:

Masukkan susu cair,susu pekat,esen pisang,pewarna,air,ais dan gula.kacau dan masukkan cincau dan selasih.siap!


Air katira


air viral berbuka puasa


Resepi air viral Tiada nama 

Bahan-bahan:

Longan dalam tin (air jangan buang )
Laici dalam tin (air jangan buang) 
Biji selasih
Cincau
Nata di coco (buang air nya)
Limau kasturi (ikut suka, kalau suka masam letak banyak) 
Air batu


Air Berbuka Puasa sedap



Cara caranya:

Tuangkan laici dan longan bersama sama airnya , letak biji selasih dan cincau dan nata de coco, perah kan limau nipis ikut suka nak masam macamana.

Siap!


resepi Jus Dragon mix fruit



Jus Dragon mix fruit

Bahan bahan

Buah naga merah
Buah mangga masak
Anggur manis
Laici tin (sekali air)
Susu pekat manis
Air masak
Ais batu

Cara caranya:

Semua Buah dipotong dadu. 
Campurkn semua bahan-bahan dan masukkan ais batu. 
Siap untuk dihidang!


Dah ada resepi ni boleh la cuba yang mana satu teringin nak minum. Weekend ni nak mencari buah naga in sha Allah. Akak teringin Jus Buah naga tu. Selamat mencuba. 


Sumber: facebook
Sumber gambar: Google Image

Berpuasa Semasa Hamil

Akak nak berkongsi hasil penulisan prof Dr Imelda Balchin yang akak follow di Facebook tentang berpuasa semasa hamil. 

Prof Dr Imelda Balchin adalah merupakan Pakar Perunding Maternal & Fetal Medicine di Pusat Perubatan Universiti Malaya,Kuala Lumpur. Dr ada terangkan berpuasa semasa hamil dari sudut Sains kesihatan.

Dr juga sebelum ni banyak berkongsi tentang pemakanan seimbang, cara hidup sihat, dan dia juga banyak terlibat dengan perang melawan mitos seperti ais mengakibatkan buncit. 

Berpuasa Semasa Hamil

Senang hati dan lapang dada dengan nasihat tu yang buat akak jatuh hati dengan perkongsian ilmu di laman Facebook Dr. Yang mana baik akak ikutkan. Yang mana payah nak ikut akak cuba-cuba mudahkan.

Berpuasa Semasa Hamil oleh Dr Imelda Balchin

Adakah Wanita Hamil Perlu Puasa? 

Ada sebabnya kenapa Allah tidak mewajibkan ibu yang hamil ataupun ibu menyusu berpuasa, dan Allah juga tidak mengharamkan jika hendak berpuasa. 

Ini terpulang kepada ibu masing-masing, tetapi saya galakkan ibu hamil yang hendak berpuasa bertanya dahulu kepada pegawai/pakar perubatan sebelum berpuasa.

Apakah perubahan physiology badan wanita apabila hamil?

1) Pertama sekali, pengaliran darah daripada jantung ibu kepada rahim dan uri akan meningkat 10 kali ganda untuk membekalkan oxygen dan khasiat kepada janin. 

Bermula dari hanya 80ml setiap minit sebelum hamil ke 600-800ml setiap minit bila sampai ke akhir peringkat kehamilan. 

Pada masa ini, sebanyak 20% darah yang dipamkan keluar daripada jantung ibu akan sampai ke rahim ibu, dibandingkan dengan hanya 2% sebelum hamil. Ini menunjukkan betapa kuat badan ibu berkerja bila hamil.


2) Untuk membenarkan darah sampai ke rahim dan uri tanpa sebarang halangan, tekanan darah ibu menjadi lebih rendah semasa hamil. 

Tekanan darah yang rendah ini boleh menyebabkan setengah ibu hamil merasa nak pitam-pitam sedikit bila tiba-tiba berdiri atau bila berdiri dengan lama. 
Selain daripada itu, jumlah darah ibu meningkat lebih dari 1.5 Litre semasa hamil.


3) Jantung berkerja dengan lebih kuat lagi daripada wanita yang tidak hamil, walaupun semasa rehat, dan ini menyebabkan kadar degupan jantung yang lebih tinggi (increased heart rate) daripada wanita yang tidak hamil. 

Kadar degupan jantung naik sebanyak 10-25%, dan darah yang dipam keluar daripada jantung (cardiac output) naik sebanyak 50% jika dibandingkan dengan sebelum hamil. 

Kadar degupan jantung akan naik lebih tinggi lagi jika badan ibu kegersangan akibat kurang meminum air. Secara tidak langsung kadar degupan jantung janin juga akan naik lebih tinggi lagi jika kadar ibu juga tinggi.


4) Untuk mengelakkan pendarahan yang berlebihan selepas uri lekang daripada dinding rahim selepas bersalin, darah ibu semasa hamil adalah lebih pekat daripada sebelum hamil. 

Hormon ibu semasa hamil menyebabkan hati membuat lebih protin yang memekatkan darah, dan inilah caranya Allah melindungi ibu bersalin daripada pertumpahan darah yang berlebihan.

Tetapi, kepekatan darah yang lebih tinggi semasa hamil ini juga meninggikan risiko mendapat darah beku (venous thromboembolism, atau VTE) sebanyak 6 kali ganda. 

VTE berlaku kepada 1-2 per 1000 ibu hamil dan boleh membahayakan nyawa ibu. Risiko ini bertambah tinggi lagi jika badan mengalami kegersangan akibat tidak minum atau muntah-muntah yang berterusan. 

Jika pernah mendapat masalah VTE,  jika mempunyai berat badan yang berlebihan, jika menaiki kapalterbang perjalanan jauh selama lebih daripada 4 jam. 

Jika usia lebih daripada 35 tahun, jika demam disebabkan jangkitan kuman yang memerlukan antibiotik, dan selepas baru bersalin 42 hari.


5) Darah ibu sentiasa membekalkan gula glukos kepada janin, dan bila berpuasa, kandungan gula di dalam darah ibu yang hamil adalah lebih rendah daripada kandungan gula wanita berpuasa yang tidak hamil. 

Ibu yang hamil lebih cepat letih, dan bila kandungan gula menjadi sangat rendah akan lebih cenderung merasa loya dan muntah-muntah, terutama sekali pada peringkat awal kehamilan.


6) Apabila rahim semakin membesar, terdapat tekanan dari bawah yang menolak perut ibu ke atas. Tekanan ini menyebabkan ibu hamil tidak boleh makan banyak-banyak. 

Ramai yang mendapat kepedihan ulu hati (heartburn) terutama selepas makan, dan muntah kembali. Ibu yang mengalami masalah ini hanya boleh makan sedikit-sedikit tetapi hendaklah makan dengan lebih kerap untuk mendapat kalori yang cukup.


7) Untuk membekalkan khasiat kepada janin, hormon progesterone yang dikeluarkan daripada uri akan memperlahankan pergerakan makanan yang hadam di dalam usus (reduced motility). 

Ini supaya lebih banyak khasiat dan air boleh diserap dari usus ke dalam darah ibu, sebelum yang baki itu keluar sebagai najis. 

Bila dibandingkan dengan wanita yang tidak hamil, pergerakan di dalam usus mengambil masa yang lebih lama, dan itulah yang menyebabkan najis yang lebih keras dan masalah sembelit yang lebih kerap dihadapi oleh ibu yang hamil. Masalah ini boleh bertambah lagi jika tidak minum secukupnya.


Sebab Kenapa Ibu Hamil Tidak Digalakkan Berpuasa 

Disebabkan 7 perkara di atas, saya selalu menggalakkan ibu yang hamil supaya minum secukupnya, sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari (terutamanya jika masalah sembelit atau ada risiko VTE seperti di atas). 

Kurangkan pemakanan setiap kali makan tetapi memakan dengan lebih kerap, dan jangan makan sebelum tidur untuk mengelakkan heartburn.

Tidak ada banyak kajian perubatan yang menilai kesihatan ibu hamil dan janin selepas sebulan berpuasa dengan lengkap.

Kebanyakan ibu yang hamil tidak berpuasa. Ada kajian dari luar negara (USA dan UK) yang hanya menggunakan maklumat banci negara. 

Ia menunjukkan jika Ibu hamil itu seorang Islam, hamil ketika bulan puasa, ia mendapati anak yang dilahirkan adalah lebih kecil dan mempunyai lebih masalah persekolahan apabila besar. 

Kajian ini bukanlah yang berpiawai tinggi sebab ia hanya mengira bilakah anak yang Islam itu dilahirkan dan membuat andaian yang semua ibu hamil yang Islam itu berpuasa. 

Sedangkan ibu Islam di negara barat, kebanyakannya berasal dari Pakistan dan Bangladesh, dan anak mereka memanglah selalunya lebih kecil lagi daripada orang Puteh kerana sifat keturunan mereka. 

Lagipun, ramai anak mereka tidak fasih berbahasa Inggeris di sekolah dan akan ada lebih masalah persekolahan dan masalah pencapaian akademik di peringkat permulaan. 

Kajian yang berat sebelah macam ini boleh kita abaikan keputusannya. Tidak ada kajian yang berpiawai tinggi. Tidak ada randomized controlled trial.

Kajian yang berkualiti sederhana pula menunjukkan tidak ada kesan negative terhadap kesihatan bila ibu hamil berpuasa bila dinilai saiz anak ketika lahir. 

Tetapi bila dikaji saiz uri ibu yang berpuasa, ia lebih kecil daripada sepatutnya bila dibandingkan dengan uri ibu yang tidak berpuasa. 

Jika ibu hamil berpuasa pada musim panas di negara barat, yang waktu siang lebih panjang dan masa puasa yang lebih lama, kita mula melihat bukti yang pembesaran janin terganggu.


Ada juga dua kajian yang menunjukkan ada kesan terhadap pembesaran janin jika ibu berpuasa pada tiga bulan pertama kehamilan.

Justeru itu,

Dari segi kesihatan, walaupun tidak digalakkan, ibu hamil yang sihat dengan janin yang sihat selepas tiga bulan pertama (selepas first trimester) boleh berpuasa jika hendak berpuasa. 

Jika berasa lemah, atau loya, hendaklah berbuka puasa. Jika pergerakan janin berkurangan (selepas 28 minggu kehamilan), hendaklah berbuka puasa dan terus ke hospital untuk penilaian CTG dan ultrasound untuk menilai pembesaran janin.
 
Perbandingan paras gula semasa hamil
Perbandingan kandungan Gula dalam darah 


Sila lihat gambar di atas, Ini menunjukkan perbandingan kandungan gula dalam darah bagi mereka yang berpuasa dan tidak berpuasa dan mereka yang mempunyai penyakit kencing manis.

Paras gula yang naik turun tak terkawal ini untuk sebulan jika hamil boleh menjejaskan kesihatan janin, meningkatkan risiko pre-eclampsia, kelahiran pramatang dan pembedahan Caesar.

Bagi ibu yang mempunyai GDM (penyakit kencing manis semasa hamil sahaja) yang boleh dikawal melalui penjagaan pemakanan dan bersenam, tanpa memerlukan rawatan metformin atau insulin. 

Boleh berpuasa jika boleh terus mengawal bacaan gula di dalam darah pada bulan puasa. Masalahnya bukanlah bacaan gula semasa berpuasa tetapi bacaan gula yang tinggi melambung selepas berbuka, sebelum sahur dan selepas sahur. 

Saya syorkan mengambil bacaan gula 2 jam selepas berbuka puasa, sebelum sahur, dan dua jam selepas sahur. 

Jika dua jam selepas makan, bacaannya melebihi 6.7, sila berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan ubat metformin. 

Tetapi jika bacaan masih tinggi juga selepas menerima rawatan metformin, lebih baik tidak berpuasa dan kawal semula pemakanan seperti sebelum bulan puasa.

Selamat menyambut bulan Ramadan. Yang tak boleh berpuasa pun boleh beribadah seperti yang berpuasa. Allah yang maha mengasihi. 

Ada sebabnya ibu yang hamil atau menyusu tidak diwajibkan berpuasa. Tiada kesalahan kalau tak berpuasa bagi ibu hamil atau ibu menyusu.