Cara Beli Domain di NetKL

Alhamdulillah, Akhirnya keputusan nak bertukar dari blogspot ke domain akhirnya berjaya juga. Aku memilih untuk beli domain di NetKL selepas buat sedikit pembacaan dan rasanya ramai blogger yang aku kenal semua menggunakan khidmat dari NetKL juga. 

Harga untuk setahun subscription adalah RM45 untuk blogspot dan aku pernah baca untuk wordpress berharga RM60 setahun (tak pasti). 

Cara beli domain di NetKL 

Boleh buat pilihan samaada belakang dia nak dot apa, kebiasaan orang pilih dotcom. Selera masing-masing.





Perkara utama kalau nak beli domain adalah semak dulu nama yang kita dah berkenan. Kalau ada rezeki dapat la beli nama yang di inginkan. 

Kalau tak nanti mereka akan suggest nama lain. Dont worry. Rezeki masih berpihak kepada aku, bila nama pilihan rodiahamir.com masih belum di ambil orang. 

Kalau tidak menangis di bucu meja lah jawabnya. 


Standby la nama pilihan dalam dua tiga nama untuk elak diri kecewa. Kalau tak ada idea nanti mereka akan bagi suggestion nama lain. Don't worry. 


Domain registration di NetKL



Berbunga-bunga hati bila dia wish congratulations macam menang awards ok.


Cara beli domain di NetKL mudah


 
Oleh sebab dah available aku terus beli je la. Malas nak delay lagi. Korang kena tekan Checkout button tu. Ada pilihan nak subscribe berapa lama domain sehingga 10 tahun lamanya. 

So far aku beli untuk setahun dahulu tengok performance la macamana. In Sha Allah akan renew untuk tahun-tahun berikutnya. 


Cara beli domain di NetKL



 Kena isi detail personal semua. Standard la info yang diperlukan.




 
Cara beli domain di NetKL


Domain akan jadi hak kita lepas kita beli dan buat bayaran kepada NetKL. Yang isi form online tu adalah untuk buka account dengan NetKL untuk tujuan record dan communication dengan pihak mereka. 

Nak puji Support centre NetKL sangat bagus, andai ada soalan email je mereka confirm akan di balas. Laju mereka buat kerja. 



Cara Setup Domain Blogspot

Ikutkan hati yang suka buat sendiri sebab lagi puas hati memang akak nak setup sendiri je domain. Dah cuba pun tapi menemui jalan buntu. Ada juga google manual kot ada blogger buat tutorial. 

Memang ada blogger yang buat tutorial setup domain blogspot tapi malangnya interface dah berubah. 
CP dia berbeza sangat-sangat (NetKL dah upgrade CP mereka). Tutorial yang akak jumpa August 2017. 

Yang tahun 2018 akak tak jumpa la pulak. Malas nak pening kepala akak suruh NetKL uruskan. NetKL memang menyediakan servis setup blogger pada harga RM10 sekali bayar. 


Kesimpulannya, keputusan nak tukar domain adalah antara salah satu benda bijak yang akak pernah buat dalam hidup. Alhamdulillah. Tak menyesal pun. Bila dah ada domain kena la set kan reminder supaya domain tak expired. 

Scarry juga baca pengalaman blogger terlepas renew domain lepas tu dah ada orang beli dan tak dapat semula domain tu. Menangis la woi. 


Selamat mencuba. 

15 Menu Buka Puasa

15 Menu Berbuka Puasa Dan Bersahur Selama Sebulan 

Masuk je hari ke lima berpuasa, otak dah hilang idea nak fikir menu berbuka puasa dan bersahur. Jauh lagi nak sampai sebulan ni. Semoga niat tidak membeli di param tercapai. Seram nak membeli lauk berbuka puasa. Dah habis bersangka baik tapi agak gerun bila fikir anak cirit birit sebab perut jenis tak tahan. Sensitive sangat bab makan. Alang-alang terjumpa resepi cadangan dekat group whatsapp orang kampung terus share dekat sini la. 

30 Cadangan Resepi Menu Berbuka Puasa Dan Bersahur Selama Sebulan Mesti Cuba
Cadangan Resepi Menu Berbuka Puasa

Resepi Gulai Udang Galah Masak Lemak Cili Padi

Resepi Gulai Udang Galah Masak Lemak Cili Padi

Akak antara peminat tegar Seafood terutama udang. Tak kisah apa jenis udang sekali pun memang jadi kesukaan. Beberapa bulan sudah suami ada request nak makan gulai udang galah masak lemak cili padi, tapi masa tu akak dalam tempoh berpantang lagi so masak untuk dia dan akak telan air liur aje pandang. Sedih sangat. Bila dah habis tempoh berpantang memang suruh suami beli dan repeat masak gulai udang lemak cili padi. Puas hati dapat makan.

Selain daripada masak lemak cili padi, masakan lain untuk udang akak suka buat sambal. Makan dengan nasi lemak. Memang bertambah nasi. Tak pun udang goreng tepung akak suka buat ratah. Terus teringat makan celup tepung di tepi pantai Terengganu. Sedapnya. Tah bila nak pergi lagi.

Gulai Udang Galah masak lemak cili padi mudah

Pengalaman Tukar Domain Blog

Setelah agak lama berbolak balik dan membuat pertimbangan nak tukar domain atau tidak, akhirnya berjaya juga aku tukar domain blog.

Berjaya beli domain yang dikehendaki dari NetKL pada 13 May 2018. Alhamdulillah masih ada rezeki nak guna nama rodiahamir.com jadi bertukarlah dari blogspot ke dot com. 

Pengalaman Tukar Domain Blog 

Permulaan baru harapnya semangat nak jaga blog supaya tak bersarang tercapai. Rasanya semangat nak update blog setiap hari boleh disamakan dengan semangat perempuan nak kurus. Ada turun naik.


kesan Tukar domain blogspot


5 kesan yang perlu tahu sebelum bertukar memiliki Domain sendiri 


Sebelum betul-betul yakin nak memiliki domain sendiri aku baca siap-siap supaya tak terkejut dengan apa yang bakal terjadi. Chewah macam drama sangat. 

Aku refer entri blogger Ismailahmad dan beberapa blogger lagi tapi lebih kurang sama je. So aku conclude dan tambah sikit berdasarkan apa yang jadi kepada blog aku selepas beberapa hari. 

*penukaran dari blogspot ke dotcom

1. Perubahan Trafik

Kalau dah tukar domain biasanya trafik memang akan jatuh dan bouce rate memang akan jadi tinggi lah. Sebabnya robot carian yang crawl blog, tak jumpa alamat blog url blog yang baru. 

Kebiasaannya lah, domain baru akan ambil masa 24 jam untuk kembali pulih dan boleh akses.

- Bagi blog picisan macam aku ni tak terasa sangat perubahan trafik, tapi trafik naik laju sedikit selepas 3 hari. 

Bergantung juga sebenarnya. Kalau rajin update entry lepas tu tajuk hot memang tinggi trafik. Untuk 24 jam pertama memang betul nak google blog sendiri agak merangkak. Slow. 


2. Alexa rank merundum

Alexa Ranking blog memang merundum lah.. Sama juga dengan page rank. Puncanya kerana blog umpama baru dilahirkan.


3. Pelawat akan berkurangan

Pembaca blog akan berkurangan sedikit kerana ada yang menyangka blog korang dah tak wujud. Pelawat tak bleh nak akses blog kita sebab baru tukar domain. 

Walaupun kita buat redirect dari blog lama ke blog baru. Biasa lepas 24 jam ok lah tu. Tapi pengalaman aku guna kl network ok aje. 

-       Hurmm ada je orang melawat as I said macam kat atas, kalau rajin buat entry no hal. Tapi ada yang pernah nasihat Setelah menggunakan domain yang baru kalau boleh kurangkan aktiviti pembinaan backlink selama semiggu. 

Biar google kenal dulu blog anda. Takutnya jika anda membina backlinks secara drastik pada usia domain yang masih baru risiko sesebuah blog itu dianggap spam amatlah tinggi. 

4. Masalah teknikal

Masalah teknikal error yang sukar nak dinyatakan. Ada juga aku dengar pasal ini. Kes ini kebiasaan melibatkan domain dan hosting berbayar. 

5. Statistik hilang

Usah berangan lah nak sambung pakai statistik blog domain lama sebabnya statistik itu memang akan hilang terus. Macam kena reset semula. Jadi korang kena lah bina statistik baru. 

Agak sedih, SEO blog juga akan terganggu disebabkan perubahan link. Kiranya link lama akan menjadi broken link dan terhapus. 

-       Yang ni lain bebenor dengan apa yang jadi kat blog akak. Statistic semua tu akak siap-siap screenshot. Sengaja nak tengok la kan. Tapi tak hilang pun. ok je dia track. Kira sambung jela. 

Yang akak nampak keburukan kalau korang sejenis blogger hebat dengan PV yang tinggi dan dah earn banyak duit dengan blog tu nampak kesan kot. 

Kalau sejenis krik-krik macam akak don’t worry la. Tukar domain pun untuk kesenangan masa depan. Cuma jangan lupa renew domain udahla. Sebab ada kes domain dah dibeli orang bila tak renew. 

Kalau masih lagi pening perlu atau tidak nak tukar domain meh sini akak bagi alasan kenapa akak bertukar:

1. Blog sebagai pendapatan sampingan – adverstising company or mana-mana company yang nak ajak blogger buat collaboration mesti la akan pilih blog yang ada domain sendiri. 

Baru la nampak tahap ke serisuan kita nak mewakilkan sesuatu jenama. Nama kita melambangkan siapa kita kan?

2. Fakta atau auta benda free contohnya blogspot ni bila-bila masa je mereka boleh tarik. Ye lah kan benda free suka hati mereka la nak batalkan ke, nak hapuskan terus. 

So tak mau nasi jadi bubur haruslah beli domain protect hak sendiri. 

3. Bila dah ada domain sendiri automatic kita rasa macam setaraf dengan blogger awesome kat luar sana walau tahap kita ni hauk je hahahahha

Tu aje lah kot yang akak terfikir. Maafkan segala pendapat yang agak lantang dan mengguris hati anda semua. Akak menulis apa yang akak rasa sahaja. Selamat menukar domain kepada yang masih belum bertukar dan selamat berfikir sehabis baik.