Pembinaan Rumah Ronald McDonald Kedua Di Kelantan

Pembinaan Rumah Ronald McDonald Kedua Di Kelantan

Sebuah Rumah Ronald McDonald bakal di bina di dalam kawasan Hospital USM hasil kerjasama Persatuan Kebajikan Ronald McDonald atau Ronald McDonald House Charities (RMHC) bersama dengan Universiti Sains Malaysia (USM) Kelantan. 

Rumah Ronald McDonald di Hospital USM ini merupakan yang kedua di Malaysia dan pembinaannya bertepatan dengan misi untuk meringankan beban keluarga pesakit pediatrik dengan memastikan mereka mempunyai tempat tinggal sementara yang dekat dengan anak mereka yang menjalani rawatan perubatan di hospital.

Rumah Ronald McDonald yang pertama telah dibina pada tahun 1999 di dalam kawasan Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) di Kuala Lumpur. Dirasmikan oleh Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali, Rumah Ronald McDonald di PPUKM merupakan yang pertama di Asia dan telah menjadi rumah persinggahan untuk lebih 850 keluarga pesakit pediatrik sehingga kini.


Rumah Ronald McDonald ke dua di Kelantan


Apabila siap dibina pada awal tahun 2019 kelak, Rumah Ronald McDonald di Hospital USM akan menjadi tempat tinggal sementara untuk keluarga kanak-kanak yang mendapatkan rawatan di hospital. Rumah ini bakal mempunyai 18 bilik yang boleh menempatkan antara 4 hingga 6 katil setiap bilik. Setiap bilik turut dilengkapi dengan bilik air sendiri.

Selain bilik keluarga, Rumah Ronald McDonald yang baharu ini juga bakal menawarkan kemudahan seperti ruang makan, ruang TV dan istirahat, dapur, bilik mesin basuh dan juga taman permainan. Selain itu, Rumah ini turut menyediakan Bilik Sensori Ronald McDonald yang membantu perkembangan kanak-kanak istimewa dengan bantuan peralatan multi-deria khas.

Hospital USM akan menyediakan satu ekar tanah di dalam kawasan hospital untuk pembinaan Rumah Ronald McDonald manakala RMHC pula akan membina rumah ini yang siap dengan kelengkapan dan perkakasan yang dianggarkan menelan belanja kira-kira RM4 juta. Perbelanjaan mentadbir dan operasi akan ditanggung bersama oleh kedua-dua belah pihak.

Profesor Datuk Dr. Asma Ismail, Naib Canselor USM berkata, “USM menyambut baik kerjasama strategik bersama RMHC, sebuah badan kebajikan berdaftar dengan objektif membantu kanak-kanak kurang bernasib baik dari aspek pendidikan, kesihatan dan juga sosial.”

tapak pembinaan Rumah Ronald McDonald


Pembinaan Rumah Ronald McDonald akan membantu memenuhi keperluan masyarakat, khususnya mereka dari kategori B40 yang merupakan 80% pesakit yang mendapat rawatan di Hospital USM. Sebagai contoh, dalam tempoh enam bulan pertama (Januari hingga Jun 2018), Hospital USM menerima sejumlah 3,015 pesakit di wad pediatrik, yang datang dari negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Kerjasama ini secara tidak langsung mampu melonjakkan lagi persepsi positif masyarakat khususnya keluarga pesakit, serta pihak-pihak yang berkepentingan dengan USM. 

Selain daripada itu, ianya turut memperkukuhkan jenama USM amnya dan Hospital USM khasnya sebagai hospital pakar serta menjadi rujukan dalam pelbagai disiplin perubatan dan kesihatan di Pantai Timur selain membuka pelbagai pintu kerjasama yang lebih luas dan strategik bagi kedua-dua belah pihak. Hal ini dilihat sebagai satu langkah ke hadapan untuk menjadikan USM sebagai Universiti Pilihan.

Orang ramai yang ingin memberi sumbangan untuk pembinaan Rumah Ronald McDonald yang baharu ini boleh berbuat demikian menerusi tabung yang terdapat di restoran-restoran McDonald’s di seluruh negara. Untuk maklumat lanjut dan lain-lain cara untuk membuat sumbangan, sila layari https://rmhc-malaysia.my

3 Pencuci Mulut Berasaskan Durian

3 Pencuci Mulut Berasaskan Durian 

Oleh sebab sekarang memang tengah musim orang menjual durian memang rajin la Diah suruh suami beli durian. Harga pun kategori masih boleh beli maka makan la puas-puas. Sementara tengah musim durian kena la ambil kesempatan. Nanti bosan kita berhenti la membeli dan makan. Tapi macam mustahil bosan. 

3 Resepi Berasaskan Durian

Bila dah selalu makan durian fresh Diah cuba pula resepi pencuci mulut yang berasaskan durian. Semua resepi ni dapat dari perkongsian di Facebook. Suka betul orang Malaysia makan termasuk lah Diah. Dalam banyak-banyak resepi, ice cream, serawa dan pengat bebola durian telah berjaya Diah buat. Anak dan suami suka kan nya. 

Ice Cream Durian D24
Ice Cream Durian D24

Terkejut Tengok Muzik Video Terbaru Hael Husaini

Terkejut Tengok Muzik Video Terbaru Hael Husaini | Hael Husaini antara penyanyi yang kami satu keluarga suka karaoke lagu dia dalam kereta. Bila keluar je di corong radio, masing-masing menyanyi macam sedap sangat suara. Memang di Jampi oleh Hael. Punya la minat. Tapi geleng kepala bila tengok muzik video terbaru dia, bertajuk Hajat. Terkejut. 

Kenapa Diah kata terkejut? Maaf kalau Diah merosakkan mood anda atau anda peminat tegar Hael ya, tapi ni sekadar pandangan peribadi Diah sahaja. Dalam muzik video Hajat, dia ada jemput Sajat. Eh silap bukan Sajat la, tapi seangkatan dengan Sajat. Lelaki dua alam. Ada faham?

Hajat Lagu baru Hael Husaini
Hajat Muzik Video Terbaru Hael Husaini

Muzik Video Hajat ala Putera Impian 

Dalam muzik video Hajat pada awal lagu akan ada dua wanita yang cuba berebut untuk mendapatkan perhatian si jejaka di majlis tarian di raja. Kisah ala-ala kakak tiri Cinderella yang bergaduh sesama sendiri untuk kahwin dengan putera raja. Lepas tu baru munculnya Cinderella sebenar iaitu si Lelaki dua alam ni. 

Tak pasti la apa tujuan dia jemput lelaki dua alam masuk dalam muzik video dia. Diah tak cukup seni agaknya nak faham kisah penceritaan disebalik lagu Hajat ni. Atau hanya sekadar taktik marketing nak trending dan popularkan lagu kan? 

Lirik Lagu Hajat

Memang sah la Diah tak berjiwa seni. Baca banyak kali pun masih gagal nak fahami maksud lirik dia. Memang Hael ni kalau lagu dia sejenis tajuk memang seketul macam tu. Dulu Jampi, Haram then now Hajat. Lepas ni apa pula ya. 

Hajat oleh Hael Husaini

VERSE 1
Jika kau mahu sesuatu katakan padaku Jika kau mahu diriku ku sedia untukmu
Dan jika kau mahu kan jiwaku hambakan cintamu
Pasti hajat kamu kamu kamu akan ku tunaikan 

PRECHO
Jangan curiga
Harus percaya
Ikhlas hati ku berkata

CHORUS 2
Terseksa, untuk mencintanya
Mencinta, untuk diseksanya
Terpaksa atau rela, janji kau bersama
Bila tiba waktu kamu harus bercincinkan aku

VERSE 2
Jika kau mahu ku rindu ku bayangkan wajahmu
Jika masih ragu-ragu ku lagukan padamu
dan jika kau mahukan jiwaku hambakan cintamu
Pasti hajat kamu kamu kamu akan ku tunaikan

Sekilas pandang sebenarnya Hael Husaini dan syarikat muzik dia bijak ambil peluang dengan isu semasa yang tengah panas sekarang. Peluang untuk berjaya dan orang suka dengan apa dia buat atau peluang dia popular tapi terima kecaman sebab masyarakat tak dapat terima. Di penghujungnya orang masih akan bercakap tentang lagu ini sama ada suka atau tak. Kan publisiti tu. 
Nilai lah sendiri dan jadi pendengar bijak. 


Johan dan Zizan Menyakat Fesyen Neelofa di Rancangan Meletop

Johan dan Zizan Menyakat Fesyen Neelofa di Rancangan Meletop


Baru lepas tengok siaran ulangan Johan dan Zizan Razak yang di temubual dalam Program Meletop dekat Youtube. 

Johan dan Zizan dijemput untuk mempromosikan rancangan lama mereka “Jozan” yang kata nya akan diberi nafas baru. Jozan akan di tayangkan di Astro Warna pukul 10 malam selepas Program Meletop.


Program Meletop


Neelofa Jadi Bahan Lawak Jozan 


Sekali lagi Neelofa jadi bahan lawak dalam rancangan dia host sendiri. Dari awal temuramah lagi Johan dan Zizan dah mula menyakat Neelofa dan Nabil.

Seperti biasa untuk mereka yang boleh terima cara lawak Jozan akan gelak tak berhenti. Nabil pula jadi nasi tambah. Sudahnya Neelofa pula yang jadi bahan lawak mereka. 

Ada juga bahagian yang Diah rasa melampau lawak mereka. Jozan buat lawak tentang pakaian Neelofa malam tu bila dia pakai Pouch bag dengan dress. 

Memang di akui gaya fesyen Neelofa luar kebiasaan dan seolah minta di kecam tapi bayang kan kita di tempat Neelofa dan terus menerus di gelak kan secara face to face. Macamana ya? 



Budaya Menggelakkan Orang


Dalam tak sedar masyarakat secara halusnya di didik mentertawakan orang adalah tak salah. Menggelakkan penampilan orang dibolehkan atas tiket lawak. Komedi bagi mereka. 

Kita belum pernah dengar berita kan, mati di bunuh sebab dijadikan bahan lawak? Ke dah ada? Kita risau masyarakat kita semakin hilang adap tata susila. 

Kita selalu mengeluh anak generasi muda sudah hilang hormat pada yang lebih tua. Tapi kita lupa, kita sendiri mengajar mereka begitu. Ini lah akibatnya. 

Kita yang membenarkan benda-benda halus macam ni berleluasa. Jadi trend sekarang, bila di tegur katanya tidak berfikiran terbuka. Di cop ustaz ustazah jadian. Siap di kecam netizen. Sudahnya semua takut nak bersuara. 

Dalam rancangan ni juga Johan telah umumkan nama anak dia yang baru lahir tu. Anak sebelum ni nama dia Cantik kan ha yang ni dia ada letak nama Molek, tapi Johan kata senang dia nak panggil dua anak sekali gus. 

Cantik Molek. Kreatif dia dan isteri. 

Kesimpulannya, berhibur, bergelak ketawa tu boleh tapi ada batasnya. Bergurau senda jangan sampai ada yang terasa. 

Kan orang tua dah pesan terlajak perahu boleh di undur, kalau terlajak kata buruk lah padahnya. Dosa kita dengan Tuhan, kita boleh mohon Tuhan ampunkan, kalau dosa sesama manusia merangkaklah kita mencari nak mohon maaf.