Resepi Nasi Mandy Kambing Hidangan Hari Raya

Selamat Hari Raya AdiliAdha 2018 

Salam AidilAdha untuk semua. Walau dah berlalu pun Hari Raya korban Diah harap semua dalam keadaan sihat dan bergembira. Mana yang dah kembali bekerja, jangan bersedih sebaliknya kena bersyukur sebab masih ada kerja. Yang masih bercuti semoga dapatkan gunakan cuti sebaiknya. 

AdidilAdha kali ni Diah dan suami beraya di Kuala Lumpur sahaja. Pagi kami habiskan masa untuk masak dan kemas rumah kemudian terus ke Klang beraya di rumah kakak. 

Tahun ni suami tak dapat bercuti sebab bulan Sembilan nanti kami sekeluarga nak berehat ke Perak cadangnya. Mak pula beraya bersama kakak di Johor. Jadi memang kosong lah rumah di kampung. 


Nasi Mandy Kambing


Macamana raya awak semua? Seronok? 

Nasi Mandy Kambing Menu di Pagi AidilAdha  


Suami awal-awal lagi dah serahkan tanggungjawab pilih menu pada Diah. Kebiasaannya apa yang Diah masak suami dan anak-anak berselera je makan. Dah lama rancang nak cuba masak nasi arab cuma masih belum ada keberanian. 

Akhirnya masa shopping barang raya hari tu terpandang pes Nasi Mandy Kambing dan terus beli. Bahan-bahan pun tak leceh kalau nak buat. Maka terhasil lah Nasi Mandy Kambing. Diah memang ikut sahaja arahan resepi yang terdapat di kotak pes tu. 

Nasi mandy Kambing ni sedap dimakan dengan sos pedas dan salad Arab. Kalau jenis yang suka makanan berkuah boleh buat kual dal atau kari. Suami kata Nasi Mandy menjadi tapi kurang nya tak ada papadom sebab tak sempat nak goreng. 

Mana nak sempat kalau pagi tu nak masak semua benda. Malam raya tertidur keletihan, pagi-pagi baru ada semangat nak masak. 

Berikut adalah bahan-bahan dan cara-cara untuk memasak Nasi Mandy Kambing ini:

Bahan-bahan: 
3 cawan Beras basmathi 
1 paket kecil Rempah serbuk Mandy 
Rempah tumis Mandy (Buah pelaga, cengkih, Kayu manis & lumi)
1 kg Kambing (campuran daging dan tulang)
2 biji bawang besar
5 biji bawang putih 
2 batang cili hijau 
Minyak untuk menumis
Garam  

Cara masak Kambing

Rebuskan kambing sehingga empuk tanpa garam


Cara Masak Nasi Mandy 

Rendamkan beras Basmathi selama 20 minit atau lebih kemudian toskan. 
Tumis Buah pelaga, cengkih, Kayu manis & lumi bersama hirisan bawang besar dan bawang putih dengan api kecil. Jaga-jaga supaya tidak hangus. 

Kemudian masukkan rempah serbuk dan kacau sebentar kemudian tutup api. 

Masukkan bahan yang ditumis, air rebusan kambing dan juga beras ke dalam periuk elektrik. Paras Air ialah macam nak masak beras biasa. 

Letakkan 1 sudu kecil pewarna kuning, garam dan dua batang cili hijau. 
Tanak sehingga 80% masak dan gaulkan secara perlahan-lahan dan biar nasi masak sepenuhnya. 


Cara buat sos Harrah 

2 biji tomato, 2 ulas bawang putih, 1 sudu kecil perahan lemon, daun ketumbar, cili padi, sedikit gula dan garam. Kisar semua bahan tanpa air. 


Cara buat Salad Arab

2 biji tomato dan 1 batang timun jepun dipotong dad. Hiriskan halus 1 labu bawang besar dan sedikit daun ketumbar. Campurkan kesemua bahan dan tambah garam dan serbuk lada hitam. 


Untuk yang pertama kali nak cuba, tanamkan tekad dalam hati. Rasanya tak sukar mana pun sebab dia tak banyak tips nak kena ikut. Nasi pun masak macam nasi putih jadi kebarangkalian nasi nak lembik tu tak ada. Diah sempat rendam beras basmathi tu 20 minit je dan nasi masih lembut dan sedap. 

Selamat mencuba. 


CANNIS – Aplikasi Pintar Bersepadu Terbaik Dunia

Baru-baru ini NIMPMOS Sdn Bhd telah mengadakan majlis pelancaran dan tandatangani MoU Aplikasi CANNIS bertempat di Pusat Konvensyen dan Pameran Setia City (SACC) Shah Alam.  

Aplikasi CANNIS menggabungkan e-dagang, membeli-belah dalam talian, penyiaran secara langsung dan blockchain. 

CANNIS – Aplikasi Pintar Bersepadu Terbaik Dunia 

CANNIS juga merupakan aplikasi yang meliputi keperluan asas pengguna masa kini seperti makanan, minuman, hiburan, pakaian dan meransang model perniagaan serta memacu gelombang baru APP. 


Aplikasi Pintar bersepadu Terbaik Dunia



Majlis perasmian yang diadakan di Setia Alam turut dihadiri oleh para tetamu utama iaitu pengasas, pengerusi dan kapitalis, Aaron Tsai yang merupakan seorang kapitalis professional (membantu syarikat-syarikat Cina untuk tersenarai di Bursa Saham New York, Nasdaq dan GEM)  

Juga merupakan Presiden Persatuan Blockchain Korea & World Blockchoin South, Pengerusi Persatuan Ekonomi dan Perdagangan Hong Kong, Jason H, Guangdong, Pengerusi Foshan Presidium & Foshan CPPCC Dr Su Zuyao. 

Pengasas bersama pelukis dan perniagaan Indonesia Robbie Fen Geshu, dan Ketua eksekutif CryptoOcean GmbH dan Yuri dan Pani Kumar, pengasas bersama Global Blockchain Foundation India.

Tetamu Utama Majlis Pelancaran dan Tandatangani MoU Aplikasi CANNIS


CANNIS yang merupakan rakan kongsi Google mempunyai hampir 100 jurutera professional dengan keupayaan penyelidikan dan pembangunan yang kuat. 

Ibu pejabat CANNIS terletak di Kuala Lumpur, Malaysia dan mempunyai beberapa lagi cawangan di Taipei, Guangzhou, Hong Kong, Pulau Pinang dan pasukan teknikal mereka berada di Hangzhou. 




Tambahan lagi, Datuk Dr Ching Eu Boon (Datuk Dr Azman Chin) yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif, Kumpulan CANNIS menyatakan 

"CANNIS merupakan platform penyokong peminat dan pengikut pertama di dunia.  Dengan adanya aplikasi CANNIS, pengguna tidak lagi perlu memuat turun pelbagai aplikasi kerana semua keperluan pelanggan dapat dipenuhi oleh CANNIS".

Beliau turut merujuk kepada falsafah perniagaan CANNIS iaitu "anda fikir, kami membinanya”, CANNIS merupakan pembinaan media sosial dengan fungsi aplikasi yang paling menyeluruh, dan mewujudkan persekitaran ekologi yang paling sesuai untuk perusahaan dan peminat serta mengumpulkan pangkalan data pengguna global. 


Sidnag media Majlis Pelancaran dan Tandatangani MoU Aplikasi CANNIS


Umumnya, aplikasi CANNIS menggabungkan tujuh fungsi paling popular peranti mudah alih, termasuk siaran langsung dalam talian, e-dagang langsung, permainan dalam talian, video pendek, social media, belanja diskaun dan pembayaran digital. 

Ia mengumpul lebih daripada sepuluh ribu pengguna dalam masa 24 jam. Sistem pembayaran CANNIS boleh digunakan di 140 buah negara di seluruh dunia terutamanya di Asia Tenggara. 

Jangan tunggu lagi dan muat turun aplikasi CANNIS sekarang. Untuk makluman lanjut berkenaan aplikasi CANNIS anda boleh terus layari;

Website: www.cannis.app
Instagram: www.instagram.com/CannisApp
Facebook: www.facebook.com/CannisApp

Dequervain's Tenosynovitis – Sakit Pergelangan Tangan Wanita Selepas Bersalin

Dequervain's Tenosynovitis – Sakit Pergelangan Tangan Wanita Selepas Bersalin

Pernah tak sakit kat pergelangan tangan rasa macam ngilu dan terseliuh. Sakit yang tak pasti punca tapi amat mengganggu kerja seharian. 

Terbaca info yang dikongsi oleh Doktor dari Poliklinik Az-Zaara tentang DeQuervain's tenosynovitis selalu terjadi kepada ibu-ibu yang baru bersalin akibat sering menggunakan pergelangan tangan untuk mengangkat bayi atau barang-barang. 

Aku pernah juga alami sakit-sakit lenguh tangan tu tapi aku sangkakan sakit biasa. Selalu aku akan cuba buat regangan dan senaman ringan nak bantu hilangkan sakit tu. 

Penyebab Dan Gejala Dequervain's Tenosynovitis


Penyakit ni sangat biasa berlaku pada wanita, terutama wanita selepas bersalin kerana sering menggunakan tangan untuk mengangkat bayi untuk susukan. Kebiasaan penyakit ini akan menyerang pada tangan yang dominan, maknanya kalau anda seorang kidal biasanya akan sakit pada tangan kiri dan juga sebaliknya. 

Kadang-kadang kita tak sedar kita menggunakan tangan secara tak seimbang dan terlalu bebankan tangan yang dominan. Sebaiknya kena tukar kiri dan kanan dan letakkan arm support atau guna bantal untuk sokong tangan ketika memegang bayi. 




Penyakit Dequervain's Tenosynovitis Menyerang ibu lepas bersalin


Gejala utama ialah  merasa ngilu pada sendi pergelangan tangan dekat dengan bahagian bawah ibu jari dan tanda-tanda lain seperti rasa ngilu apabila melakukan aktiviti melibatkan pergelangan tangan dan juga tangan dan rasa ngilu yang boleh di tahan dan sehingga menjadi lebih teruk  dan bengkak. 

Ujian Finkelstein Untuk Uji Penyakit Dequervain's Tenosynovitis

Menurut perkongsian Poliklinik Az-Zaara, setelah pesakit di dapati ada sindrom-sindrom penyakit DeQuervain's tenosynovitis, doktor akan sarankan pesakit untuk mengambil ujian Finkelstein. 

Didalam ujian ini pesakit akan diminta untuk menggenggam tangan dengan kedudukan ibu jari di dalam genggaman dan dibengkokkan ke arah jari kelingking. Jika terasa sakit bermaksud pesakit positif penyakit DeQuervain's tenosynovitis. 


Rawatan Penyakit Dequervain's Tenosynovitis


Menurut pembacaan penyakit ini berpotensi untuk berulang walaupun selepas menjalani rawatan. Antara rawatan yang dicadangkan untuk mengurangkan rasa sakit ialah seperti berikut: 

1. Pakai brace atau sekurang-kurangnya wrist support untuk merehatkan anggota terlibat. 
2. Ubat tahan sakit dan anti keradangan.
3. Hand exercise
4. Meletakkan Ice pack pada tempat yang sakit.
5. Suntikan ubat anti keradangan pada tempat yang sakit.
6. Pembedahan.


Sebaik nya, jika anda ada menunjukan ciri-ciri Penyakit Dequervain's Tenosynovitis cepat-cepatla berjumpa dengan doktor dan dapatkan nasihat pakar. Untuk yang nak pergi dapatkan rawatan Penyakit Dequervain's Tenosynovitis di Poliklinik Az-Zaara boleh hubungi no di bawah



Poliklinik Az-Zaara
Taman Dato' Ahmad Razali Ampang
03-42663686/011-52300300


sumber: Poliklinik Az-Zaara | Hospital Gleneagles Sg

8 jenis Khairat kematian

8 jenis Khairat kematian

Setiap yang hidup pasti akan mati. Itu peringatan Allah kepada setiap hambaNya. Setiap yang bernyawa pasti akan di panggil semula menghadap Ilahi cuma bezanya kita tidak tahu waktu yang tepat. 

Diah ada terbaca di internet tentang khairat kematian yang amat berguna untuk waris yang masih hidup. Tujuan adanya khairat kematian ini untuk meringankan bebanan yang ditanggung, memberikan kemudahan, dan sebagai menzahirkan rasa simpati dan kebersamaan.


Khairat Kematian

Senarai Khairat Kematian Perlu Tahu

Senarai 8 khairat kematian yang boleh waris terdekat tuntut setelah berlaku kematian adalah seperti di bawah. 

1. Khairat Kematian *Khariah Masjid*
- Sekitar Rm 500 - Rm 5,000
- Syarat: si mati menjadi ahli atau mencarum di khariah

2. Khairat Kematian *PERKESO*
- RM 2,000
- Syarat: si mati menjadi ahli atau pernah ada sejarah mencarum PERKESO

3. Khairat Kematian *KWSP*
- RM 2,500
- Syarat: si mati ahli atau pencarum KWSP

4. Bantuan Mengurus Jenazah *JPA*
- RM 3,000
- Syarat: si mati Pesara atau Kakitangan Awam

5. Khairat Kematian *BRIM*
- RM 1,000
- Syarat: si mati adalah penerima BRIM

6. Khairat Kematian *ASNB*
- RM 200 - RM 2,000
- Syarat: bayaran ikut baki pelaburan terakhir si mati

7. Khairat Kematian Skim *Takaful*
- RM 2,000 - RM 5,000
- Syarat: si mati pencarum takaful

8. Khairat Kematian *Persatuan Berdaftar atau NGO atauKoperasi*
- RM 500 - RM 5,000
- Syarat: si mati adalah ahli berbayar persatuan atau NGO atau Koperas

Sesungguhnya mengingati kematian itu adalah sesuatu yang amat di tuntut oleh Islam seperti yang diceritakan dalam surah Al Mulk. 

“Maha suci Allah yang di tangan-Nya segala kerajaan, dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu. Yang menciptakan mati dan hidup, untuk menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun.” (Al-Mulk: 1-2)

“Yang paling banyak mengingati kematian antara mereka dan paling bagus persiapannya selepas kematian. Mereka itu orang-orang yang cerdik.” (Hadis Riwayat Imam Ibnu Majah).