Salam AidilAdha 2018

Salam AidilAdha untuk semua. Walau dah berlalu pun Hari Raya korban Diah harap semua dalam keadaan sihat dan bergembira. Mana yang dah kembali bekerja, jangan bersedih sebaliknya kena bersyukur sebab masih ada kerja. Yang masih bercuti semoga dapatkan gunakan cuti sebaiknya. 

AdidilAdha kali ni Diah dan suami beraya di Kuala Lumpur sahaja. Pagi kami habiskan masa untuk masak dan kemas rumah kemudian terus ke Klang beraya di rumah kakak. Tahun ni suami tak dapat bercuti sebab bulan Sembilan nanti kami sekeluarga nak berehat ke Perak cadangnya. Mak pula beraya bersama kakak di Johor. Jadi memang kosong lah rumah di kampung. 

Salam AidilAdha 2018
Nasi Mandy Kambing

Macamana raya awak semua? Seronok? 

Nasi Mandy Kambing Menu di Pagi AidilAdha  

Suami awal-awal lagi dah serahkan tanggungjawab pilih menu pada Diah. Kebiasaannya apa yang Diah masak suami dan anak-anak berselera je makan. Dah lama rancang nak cuba masak nasi arab cuma masih belum ada keberanian. Akhirnya masa shopping barang raya hari tu terpandang pes Nasi Mandy Kambing dan terus beli. Bahan-bahan pun tak leceh kalau nak buat. Maka terhasil lah Nasi Mandy Kambing. Diah memang ikut sahaja arahan resepi yang terdapat di kotak pes tu. 

Nasi mandy Kambing ni sedap dimakan dengan sos pedas dan salad Arab. Kalau jenis yang suka makanan berkuah boleh buat kual dal atau kari. Suami kata Nasi Mandy menjadi tapi kurang nya tak ada papadom sebab tak sempat nak goreng. Mana nak sempat kalau pagi tu nak masak semua benda. Malam raya tertidur keletihan, pagi-pagi baru ada semangat nak masak. 

Berikut adalah bahan-bahan dan cara-cara untuk memasak Nasi Mandy Kambing ini:

Bahan-bahan: 
3 cawan Beras basmathi 
1 paket kecil Rempah serbuk Mandy 
Rempah tumis Mandy (Buah pelaga, cengkih, Kayu manis & lumi)
1 kg Kambing (campuran daging dan tulang)
2 biji bawang besar
5 biji bawang putih 
2 batang cili hijau 
Minyak untuk menumis
Garam  

Cara masak Kambing

Rebuskan kambing sehingga empuk tanpa garam

Cara Masak Nasi Mandy 

Rendamkan beras Basmathi selama 20 minit atau lebih kemudian toskan. 
Tumis Buah pelaga, cengkih, Kayu manis & lumi bersama hirisan bawang besar dan bawang putih dengan api kecil. Jaga-jaga supaya tidak hangus. Kemudian masukkan rempah serbuk dan kacau sebentar kemudian tutup api. 

Masukkan bahan yang ditumis, air rebusan kambing dan juga beras ke dalam periuk elektrik. Paras Air ialah macam nak masak beras biasa. 
Letakkan 1 sudu kecil pewarna kuning, garam dan dua batang cili hijau. 

Tanak sehingga 80% masak dan gaulkan secara perlahan-lahan dan biar nasi masak sepenuhnya. 

Cara buat sos Harrah 

2 biji tomato, 2 ulas bawang putih, 1 sudu kecil perahan lemon, daun ketumbar, cili padi, sedikit gula dan garam. Kisar semua bahan tanpa air. 

Cara buat Salad Arab

2 biji tomato dan 1 batang timun jepun dipotong dad. Hiriskan halus 1 labu bawang besar dan sedikit daun ketumbar. Campurkan kesemua bahan dan tambah garam dan serbuk lada hitam. 

Untuk yang pertama kali nak cuba, tanamkan tekad dalam hati. Rasanya tak sukar mana pun sebab dia tak banyak tips nak kena ikut. Nasi pun masak macam nasi putih jadi kebarangkalian nasi nak lembik tu tak ada. Diah sempat rendam beras basmathi tu 20 minit je dan nasi masih lembut dan sedap. 

Selamat mencuba. 


9 comments:

  1. singgah sini..dan follow!

    https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Cuya, saya dah blogwalking semula

      Delete
  2. eh, first time saya nampak nasi mandy tu dengan salad arab. by the way, nk bgtahu ni yg saya ltak blog ni dalam bloglist sidebar saya. suka sgt blog ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. salad tu sedap fresh..kalau orang melayu makan dengan acar

      Delete
  3. OMG...sedapnya menu-menu suma. Saya memang minat menu dari timur tengah mcm ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap kan sampai tak sedar bertambah nasi

      Delete
  4. bestnyaaa hidangan raya. kami tak balik kampung beli lemang pun basi. panas hati betul huhuhu.. salam aidiladha btw =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya serik beli lemang, ada yang hangus, kejung, keras semua tu makan lemang kukus je hihiihih

      Delete
  5. sedapnya diahh. boleh lah nak cuba nanti

    ReplyDelete

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.