Green Town Dim Sum Café Ipoh

Food Review: Green Town Dim Sum Café Ipoh 

Masa bercuti ke Ipoh baru-baru ni kami stay di Hotel M Boutique Diah berkesempatan untuk makan di Green Town Dim Sum Café yang terkenal dekat Ipoh tu. Dim Sum dan Nasi Ayam Hainan memang awal-awal lagi dah masuk dalam senarai itinerary Ipoh. 

Dasar kuat makan betul, tak sah kalau pergi bercuti tak mencuba makanan. Setelah menempuh kesesakan jalan raya sebab semua bercuti akhirnya sampai di Ipoh sekitar pukul 3 petang dan terus menuju ke Green Town Dim Sum Café. 

Walaupun ramai pelanggan yang keluar masuk tapi servis Café ni laju jadi tak perlu tunggu lama untuk makanan sampai. Diah adalah yang paling teruja nak makan dimsum, suami hanya layankan sahaja. 

Oleh sebab suami nak makan nasi, Ikhwan nak makan mee ayam maka Diah hanya ambil empat jenis dim sum sahaja. Takut tak habis. Membazir.


Green Town Dim Sum


Green Town Dim Sum Café Halal


Untuk yang baru nak mencuba Dim Sum di Green Town Café ni jangan risau ya, Green Town Dim Sum Café Ipoh telah mendapat sijil Halal JAKIM dan ada terpampang pelekat Halal tu dekat pintu masuk. Jadi sila makan tanpa was-was. Pilihan menu yang banyak dan sedap.

Green Town Dim Sum Café Ipoh sedap


Menu di Green Town Dim Sum Café

Selain daripada pilihan dim sum yang pelbagai jenis, dekat sini ada mee dan juga nasi. Hari tu kami cuba Salt & Pepper Chicken Rice, sebab pertama kali nak cuba menu tu dan BBQ Chicken Noodle.
 Salt & Pepper ni bagi Diah versi lain untuk Kuew teaw kungfu. 

Nasi dia di limpahi kuah warna putih pekat dalam dia ada sayur kubis dan cili padi. Lepas tu hirisan daging ayam di susun atas kuah. Suami suka. BBQ Chicken Noodle tu bagi Diah biasa je boleh jumpa dekat KL.



Mahal ke Green Town Dim Sum Café ?


Diah pula cuba 4 jenis Dim sum dan yang paling sedap adalah Fried Charcoal Seafood Burger (3 ketul RM6.25). Cuba sebab bun dia warna hitam. Sedap yakmat sila pesan kalau ke sini. 

Prawn Dumpling (3 ketul RM7.20), Fried Golden Pear Burger (3 ketul RM6.05) dan Chicken Siew Mai (3 ketul RM5.80). Fried Golden Pear Burger tu berbentuk buah Pear yang di goreng dan dalam dia di isi dengan inti manis. 

Pun sedap mesti cuba. Jumlah bil untuk Dim Sum, mee, nasi dan 3 jenis air minuman adalah RM55.00. Diah rasa masih murah, kenyang dan paling penting sedap.


Kononnya nak datang sekali lagi sebelum balik ke KL, tapi hampa sebab masa hari terakhir nak balik ke KL, kami pergi sekitar pukul 2 petang Green Town Dim Sum Café ni penuh dengan pelanggan dan ada yang tengah beratur tunggu giliran. Alahai tak ada rezeki. 

In Sha Allah kalau datang ke Ipoh lagi mesti nak datang sini lagi. Keseluruhan nya Green Town Dim Sum Café memang tempat terbaik nak cuba dim sum.


Dim Sum Café Ipoh Halal


Green Town Dim Sum Café ni dibuka setiap hari bermula pukul 8.00 pagi sehingga 9.00 malam dan tutup pada hari Selasa. Boleh waze alamat mereka:

Green Town Dim Sum Café
No. 10 Persiaran Greentown 4, 
Greentown Avenue, 30450 Ipoh 
Telefon: 05 – 255 2010


Lokasi Menarik Di Ipoh Kena Pergi boleh tengok senarai bercuti ke Ipoh. 

Kenapa Perlu Bercuti ke Ipoh?

Dah lama plan nak bercuti dan bawa anak-anak berjalan. Kalau tahun lepas dah ke Terengganu kali ni ajak suami bercuti ke Ipoh pula. Masa ke Terengganu tahun lepas masa tu kami bercuti ber empat. 

Tapi kali ni kami bercuti berlima. Makin ramai ahli keluarga semakin besar la dugaan nak pergi bercuti tu. Tapi kali ni gagahkan diri nak berjalan juga. Alhamdulillah tercapai.

Diah pun tak tahu macam mana boleh terlintas nak bercuti ke Ipoh Perak ni. Awalnya nak pilih ke destinasi yang tak jauh sangat dari Kuala Lumpur sebab bawa anak kecil kena fikir banyak perkara.


Kenapa Bercuti ke Ipoh?  

Kena pandai pilih tempat yang mesra keluarga dan kena tabah kalau anak meragam masa bercuti tu. 

Puas berfikir akhirnya kami sepakat pilih Ipoh sebagai destinasi percutian tahun 2018 untuk keluarga kecil kami. Tak terlalu jauh dari Kuala Lumpur. 




Pencarian Dimsum Halal Ipoh

Antara benda yang dah di masuk kan dalam checklist bila bercuti ke Ipoh semestinya nak makan dimsum. Dari cerita kawan-kawan rapat kalau nak makan dimsum sedap ada dekat Ipoh. 

Memang la ada dimsum di Kuala Lumpur tapi mana sama dengan kat Ipoh kan? Sejenis perangai demi makanan, sanggup merentasi lautan api. 

Berita baik nya ialah sebaik sahaja sampai di Ipoh terus menjejak kan kaki ke Green Town Dimsum Café. Sangat-sangat berpuas hati nanti Diah buat satu entry khas untuk Green Town Dimsum Café. 






Jalan-jalan ke MAPS Ipoh 

Nak datang berjalan ke MAPS Ipoh sebab pengaruh cerita kartun Boboiboy sebenarnya. 

Jangan tak percaya Diah lagi teruja nak datang sini berbanding anak-anak, sebabnya dah khatam baca review kawan-kawan yang pernah datang MAPS semuanya seronok. 

Gambar pun cantik. MAPS ni tergolong dalam destinasi percutian untuk kanak-kanak. 

Paling penting lawatan ke MAPS ni sebagai hadiah sempena kejayaan cemerlang Ikhwan Hafeez dalam akademi dia dan hadiah ulang tahun ke tujuh pada 1 September lepas. 


Syurga Makanan dan Kopi

Bagi Diah Ipoh adalah antara destinasi syurga makanan. Untuk penggemar makanan dan juga kopi memang wajib datang sini. Jangan bosan ya kalau percutian Diah asyik cerita pasal makanan je ya. 

Lepas ni nak cari Nasi Ayam Hainan dekat Klinik Kesihatan Greenwoood, Nasi Wanggey, Mee Daud Mat Jasak dan tak lupa laksa sarang. 

Moga tercapai la hendaknya. Masih adjust masa supaya sempat merasa semua sekali. 

Untuk pencinta makanan dan juga suka kan alam semulajadi, Ipoh adalah destinasi terbaik anda untuk bercuti. Ni baru Ipoh tau, belum lagi kawasan lain dalam Negeri Perak ni. 

Paling penting tak kisah la ke mana sekali pun destinasi kita nak bercuti seisi keluarga asalkan semua bergembira dan cipta kenangan manis bersama itu yang utama. 

Update penuh untuk tempat-tempat yang Diah jejak sepanjang dekat Ipoh akan Diah kongsi kan kemudian. Semoga kekuatan tu ada.  

Review Savee Peel Off Face Mask

Review Savee Peel Off Face Mask 

Siapa suka pakai face mask? Ni face mask yang tepek kat muka untuk cantik kan kulit tau, bukan face mask yang pakai bila ada selesema tu. Lepas tu kalau beli face mask mesti nak cari yang wangi, senang nak tanggal dan senang nak cuci. 

Biasa nya Diah pakai face mask bila kulit terasa kering dan bila balik dari bercuti. Lepas balik dari bercuti kulit muka Diah mesti terbakar kemerahan macam udang. Bila dapat sapu face musk yang jenis peel off tu heaven betul. 

Dulu kemain nak jimat dan pernah cuba face mask yang home-made, guna madu dan putih telur untuk tegangkan kulit muka dan juga hilangkan bintik hitam. 

Lepas terbaca artikel kesihatan yang bakteria amat suka bila kita sapu putih telur yang mentah tu terus stop. Nasib bakteria tak sempat bermaharaja lela dekat muka. Jerawat tak naik. Alhamdulillah. 

Sekarang dah jumpa face mask best dah tak cari lain kecuali jumpa yang lagi best.  

Face Mask Yang Best Dan Murah

 

Pergaduhan Doktor Dan Produk Sampah

Pergaduhan Doktor Dan Produk Sampah 

Sekarang peperangan di antara doktor dengan pengasas serta penjual produk kesihatan tengah meletup di Facebook. Kalau dulu kena pergi ke klinik baru dapat dengar pendapat dan nasihat doktor. Sekarang ni dah ramai doktor yang baik hati untuk mengedukasi masyarakat terutama bab makanan kesihatan ni dekat internet je. 

Walau pun begitu usaha murni ni mendapat tentangan hebat dari pengasas dan penjual produk kesihatan. Marahnya mereka apabila doktor melabel kan produk mereka sebagai produk sampah. 


Produk Sampah


Ciri-Ciri Produk Sampah Yang Anda Kena Tahu


Apa sebenarnya produk sampah yang doktor-doktor ni labelkan sehingga penjual-penjual serta pengasas produk jadi marah sangat-sangat. Suka hati je sampahkan produk orang ya doktor. 

Produk yang tidak berdaftar, produk yang membuat janji dan harapan yang berlebih-lebihan (over claimed), dan juga produk yang membahayakan kesihatan pengguna boleh dikategorikan sebagai produk sampah. Contoh makan produk A boleh tinggi macam KLCC. Ini Contoh. 

Hati-hati bila anda makan sesuatu produk kesihatan dan sebelum makan kena la semak dulu produk tu berdaftar atau tidak, rujuk la doktor sebelum ambil. Bukan semua produk kesihatan adalah produk sampah, yang mana dah selamat di daftarkan dan penjual tidak hanya menanam tebu di tepi bibir in sha Allah bawa manfaat kepada pengguna. 


Pilih produk yang berdaftar NOT dan MAL


Sebelum ni Diah juga kabur-kabur bila orang tanya tentang NOT dan MAL tapi selepas baca penerangan Doktor Amirul Amzar tentang pendaftaran produk dan beza NOT dan MAL ni baru la faham. 

NOT - satu label yang menyatakan produk itu berNOTIFIKASI dengan KKM, bukan berdaftar. Pengusaha produk hanya perlu mengisi borang dan mengisytiharkan produk mereka tiada bahan merbahaya, lalu mereka dapat NOT. 

Tiada ujian makmal. Kita tak tahu kesan sampingan, dan kita tak tahu keberkesanan. Kalau pengusaha jahat, bila dah dapat NOT, mereka campur dengan bahan terlarang. Itu yang banyak NOT kena tarik balik. NOT ini biasanya untuk produk kosmetik, yang mana tidak dimakan dan tiada tuntutan kesihatan.

MAL - satu label untuk produk kesihatan. Untuk mendapatkan MAL, kena lalui ujian makmal dengan makmal yang berkelulusan KKM. Produk yang ada MAL diuji tiada logam berat, tiada kuman dan tiada bahan terlarang. 

Namun, kesan sampingan masih boleh berlaku, tiada ujian keberkesanan dan juga produk berMAL masih boleh dicampur cemar. Paling biasa berlaku produk berMAL ini mempunyai tuntutan melampau atau overclaim. Konon sembuh kencing manis, sembuh kanser dan sebagainya.

Ini menipu lagi merapu. Kecuali kalau ubatan hospital yang ada ujian klinikal, ubat-ubat ini ada nombor MAL juga.

Kalau nak tahu penerangan lebih lagi pasal produk sampah ni rajin kan diri ikuti doktor-doktor ni dekat Facebook. Mereka berikan nasihat percuma tapi dengan ayat yang tegas dan pedas. Boleh follow Doktor Amirul Amzar, Doktor Rusyainie Ramli dan Doktor Rafidah. 

Apa yang penting, jaga kesihatan diri sebelum sakit. Untuk Diah sendiri Diah lebih tekankan pemakanan yang sebenar. Agak-agak tak cukup vitamin telan lah buah selagi boleh. Dah pernah merasa sakit masa kecik, seksa sangat dan trauma sudahnya.