Taman Rekreasi Gunung Lang Ipoh

Taman Rekreasi Gunung Lang Ipoh 

Kami sempat jejak kan kaki ke Taman rekreasi Gunung Lang masa hari terakhir berada di Ipoh. Selepas selesai urusan check out di hotel M Boutiqe Ipoh, sebelum lunch ajak suami singgah sekejap untuk tangkap gambar nak jadikan kenangan. 

Kami sampai sekitar 1 tengahari dan masa tu barisan untuk naik bot dah panjang. Malas nak bersesak jadi kami hanya bersiar-siar di kawasan sekitar. Sekadar nak habiskan masa dan lokasi Taman rekreasi Gunung Lang ni memang tak jauh untuk ke lebuhraya balik KL. 


Bekas lombong Taman rekreasi Gunung Lang Ipoh


Lokasi Gunung Lang Ipoh 

Taman Rekreasi Gunung Lang ni terletak di Jalan Tunku Abdul Rahman (dahulu Jalan Kuala Kangsar), dibuka pada Oktober 2000, meliputi kawasan seluas 30.35 hektar di mana 14.16 hektar terdiri daripada tasik, taman itu dibahagikan kepada dua bahagian. 

Ia dibangunkan di sekitar bukit batu kapur Gunung Lang dan Gunung Kamare yang indah.

Tarikan-tarikan utama Taman Rekreasi Gunung Lang adalah air terjun buatan manusia yang terletak di atas bukit batu kapur, jarak 2 km di atas menara pandang dan meninjau.

Terdapat juga kemudahan seperti taman permainan kanak-kanak, tapak perkhemahan, zoo mini, bilik solat dan bilik air. Untuk sampai ke sana, seseorang perlu membayar RM3 (dewasa) / RM1.50 (Warga Emas) untuk menaiki bot dari jeti. (Sumber Pelancongan Ipoh). 


Taman rekreasi Gunung Lang Ipoh


Untuk mereka yang suka kan alam semulajadi, Taman rekreasi Gunung Lang adalah destinasi yang perlu ada dalam senarai bila datang ke Ipoh. Walaupun air terjun tu buatan manusia, tapi tetap cantik dan sesuai sangat dengan kawasan bukit batu kapur. 

Sila datang awal pagi dan untuk elak kan beratur panjang boleh rujuk waktu operasi bot. Tambang pun murah memang berebut la orang nak mencuba. 


Waktu Operasi Taman rekreasi Gunung Lang Ipoh


In sha Allah kalau kami ada rezeki untuk melawat Ipoh lagi di masa hadapan nak datang semula ke Taman rekreasi Gunung Lang ni dan cuba sendiri naik bot serta nak pergi ke semua list ikut itenary bercuti Ipoh.



Seronoknya Bercuti ke MAPS Ipoh

Serius memang seronok bawa anak-anak bercuti ke Movie Animation Park Studios (MAPS) Ipoh ni. Memang berbaloi. 

Sebelum ni baca pengalaman yang datang ke sini dari tahun pembukaan sehingga lah kami sendiri rasai baru-baru ni memang banyak perubahan. 

Banyak penambah baikan yang MAPS buat dan ada zone yang dah dibuka macam Dream Zone dan penambahan Rumah Hantu. 

Seronoknya Bercuti ke MAPS Ipoh



Stage Center Movie Animation Park Studios (MAPS) Ipoh

Panorama Movie Animation Park Studios (MAPS) Ipoh


Harga Tiket Movie Animation Park Studios (MAPS)


Day Pass – RM 50 untuk semua peringkat umur sempena Promosi Malaysiaku Merdeka, 
Evening Pass  - RM35 untuk semua peringkat umur dan dibenarkan masuk bermula jam 5 petang sehingga jam 10 malam (untuk hari minggu dan cuti umum) 
Matta Fair 2018 – RM40 untuk semua peringkat umur bersempena Promosi Matta Fair 2018. 

Harga tiket pada hari biasa mencecah RM114. Semak la website MAPS untuk dapat harga promosi. Kami beli dengan Trip Murah Online je dah tak perlu susah payah mereka uruskan. 

Boleh baca senarai lokasi menarik di Ipoh boleh anda kunjungi bersama keluarga. 



Cafe Tok Aba MAPS



Waktu Operasi Animation Park Studios (MAPS)


Isnin sehingga Jumaat - 10:00 pagi - 6:00 Petang
Sabtu, Ahad, Cuti Umum dan Cuti Sekolah - 10:00 pagi – 10:00 malam


6 Tarikan Theme Zone di Movie Animation Park Studios (MAPS)

Ada 6 theme zone dalam MAPS ni perlu anda tahu iaitu Animation Square, Dream Zone, Blast Off Zone, Live Action Zone, Lakeside Zone, dan Fantasy Forest Zone


Boboiboy 4D Adventure Theatre MAPS



#1 Animation Square 

Masuk je dari pintu utama anda akan melalui zone Animation square iaitu kawasan tengah-tengah MAPS tu. Anda akan nampak Center Stage, Boboiboy 4D Adventure Theatre, Boboiboy Hero Akademi, dan Rumah Hantu. 

Boboiboy character dan persembahan brass band di adakan dekat Center Stage. Banyak waktu persembahan berubah dari yang di beritahu. 

Animation square juga tempat laluan paling cantik nak tangkap gambar. 

Peminat Boboiboy kena masuk Boboiboy 4D Adventure Theatre sebab serius best. Kerusi bergerak-gerak dan ada kesan khas lain serta sesuai untuk kanak-kanak yang boleh duduk sendiri. 

Rumah Hantu full house. Tak masuk sebab penakut. 



#2 Blast Off Zone 

Jika pandang ke kiri anda akan melalui StarShip Restaurant sebelum berjumpa dengan The Smurfs Theatre, The Smurfs Park. Sesuai untuk anak-anak kecil. 

Sedikit bosan untuk Diah yang tak minat kartun Smurf. Sepatutnya ada sesi beramah mesra dengan character Smurfs tapi di gantikan dengan persembahan tarian dari BBoy. 

Smurfs theater menceritakan Papa Smurfs buat tonik magik nak lawan penjahat. Ada pencerita dan kita macam tengok TV dekat rumah. Smurfs Park pula sesuai untuk anak-anak kecil untuk ride dalam tu. 


Movie Animation Park Studios (MAPS) Ipoh


#3 Lakeside Zone 

Permainan ini sesuai untuk remaja belasan tahun ke atas yang berjiwa kental.  Hanya suami dan anak yang naik, 

Diah tak suka permainan yang boleh pening kan kepala. Anda boleh cuba Space x-plorers, Hyperspin, Astroid attack dan The Adventures Bumper Park.

Masa nak mencuba bumper car dekat The Adventures Bumper Park kena beratur panjang, jadi niat terpaksa di batalkan. Kalau anda sempat cuba la semuanya. 



Movie Animation Park Studios (MAPS) - Lake Side Zone


#4 Live Action Zone - Stunt Legends Arena

Ini adalah yang paling Diah nantikan. Hari kami pergi adalah hari paling ramai orang datang. 

Waktu tayangan adalah pukul 4.30 petang dan ulangan pada pukul 8.00 malam tapi bergantung pada cuaca. Kalau hujan memang tiada tayangan langsung. 


Tarikan Legends Stunt di MAPS Ipoh


Walaupun teruja nak tengok dan beratur panjang kalah tengok game bola dekat stadium Diah hanya mampu duduk 5 minit sahaja sebab kasihankan baby. 

Bunyi aksi yang bising dengan letupan, busuk dengan asap, dan bersesak. Tak sesuai untuk kanak-kanak bawah 2 tahun. Tapi serius seronok dengan aksi berani mereka. 



#5 Fantasy Forest Zone 

Tempat paling kami seronok sebab ia se akan fun fair untuk kanak-kanak bawah 12 tahun. Ada Zugos Crystal Quest (Roller Coster kanak-kanak), Red Baron, Kapal terbang untuk ibu bapa teman anak-anak, Fantasy Carousel, Cave of wonders, Coliseum Water Play, Upside Down Pyramid, Coral Kingdom, dan Tree House. 

Dalam Coral Kingdom ada cafĂ© dan juga playground untuk anak-anak bermain. 


#6 Dream Zone - Tower Drop a.k.a Megamind Megadrop, Dream Theatre

Ini merupakan zone yang baru yang dibuka. Ramai juga yang menantikan Dream Zone ni. Di zone ni ada satu permainan untuk remaja berjiwa kental juga iaitu Tower Drop. 

Nama lama dia ialah Megamind Megadrop dan untuk kanak-kanak Dream Theatre, persembahan teater muzikal. Rasanya ada lagi yang belum di buka. 





Tips masuk Movie Animation Park Studios (MAPS)
  1. Datang awal supaya boleh main semua permainan dan tengok semua persembahan. 
  2. Pakai pakaian yang bersesuaian dengan cuaca Malaysia yang panas. 
  3. Bawa kipas tangan, tuala untuk lap peluh. 
  4. Boleh sewa stroller dan basikal elektrik untuk warga emas. 
  5. Tandas, locker, dan surau ada di sediakan dan semuanya bersih. 
  6. Makanan dan minuman dilarang di bawa masuk dan akan di periksa semasa di pintu masuk. 
  7. Pastikan anak-anak minum air secukupnya sebab cuaca panas. Makanan dan minuman boleh di beli dekat dalam. 
  8. Boleh lunch dan dinner dekat Starship Restaurant. Ada tiga tingkat, paling atas jual western food, level dua ada jual nasi Briyani dan kebab, dan paling bawah kami tak sempat jenguk. Semua sedap dan harga boleh tahan. 

Waktu bercuti ke Ipoh kami menginap di M Boutiqe, cantik interrior design dia. 


MAPS Ipoh Starship Restaurant

Berbaloi atau tidak bercuti ke Animation Park Studios (MAPS)?


Kesimpulan untuk keluarga kecil kami, (anak-anak 7tahun, 3 Tahun dan 8 Bulan) memang gembira sangat. 

Kami masuk seawal 10.30 pagi dan keluar pada pukul 8.00 malam. 
Anak-anak behave dan walaupun penat tapi masih gembira. 

Berbaloi la harga tiket dengan kenangan yang kami dapat. Yang suka tangkap gambar dan suka kan theme park MAPS adalah pilihan yang tepat. 

Untuk yang nak cuba permainan yang mencabar MAPS ni kurang sesuai. 

Walau dah buat persiapan awal, baca pengalaman orang tapi kami masih kelam kabut masa hari kejadian. 

Ada yang tak sempat nak tengok. Jadual show akan sedikit berubah bergantung kepada bilangan pengunjung dan juga cuaca. 

Untuk penambah baikan:
  1. Letak sceen besar dekat center stage dan update show apa yang tengah berlangsung sebab jarak antara zone agak jauh dan makan masa. 
  2. Signboard untuk setiap zone Diah tak nampak. Jadi macam sesat tengah-tengah alam tu. 
  3. Banyakkan lagi kakitangan dan besar kan Kaunter khidmat pelanggan supaya senang pengunjung nak rujuk. 
  4. Ramaikan badut dan Panjang kan tempoh badut beramah mesra dengan kanak-kanak terutama pada cuti umum. Sekejap sangat buat belon dan sikit je kanak-kanak dapat. 

Selamat Bergembira untuk yang nak pergi. 

Barang Mentah Murah di Pasaraya ST Rosyam Mart

Barang Mentah Murah di di Pasaraya ST Rosyam Mart 

Dah dua kali Diah menjejak kan kaki ke Pasaraya ST Rosyam Mart Sdn Bhd. Rupanya dekat je dengan rumah. ST Rosyam Mart Sdn Bhd terletak di Setiawangsa, berdekatan dengan Giant Setiawangsa dan Aeon AU2 Keramat. 

Khabarnya Datuk Rosyam Nor buka pasaraya ni dan bekerjasama dengan syarikat Seri Ternak. Diah suka datang sini sebab barang yang di jual dalam tu adalah barangan mampu milik tapi di jual dalam mall yang selesa dan agak mewah. 

Perasaan dia kalau masuk Cold Storage, tapi dekat Cold Storage harga barang mahal kan? Ha dekat ST Rosyam Mart ni harga barang sesuai la dengan taraf kehidupan Diah yang sedang-sedang ini. 


ST Rosyam Mart Sdn Bhd


Promosi Ayam RM0.88 Satu Ekor


Entri pasal Rosyam Mart ni dah lama Diah duk peram dalam draf, kebetulan sekarang ST Rosyam Mart Sdn Bhd tengah mengadakan promosi Sale A Bration yang mana ayam di jual pada harga RM0.88 satu ekor terus teringat nak berkongsi dekat blog. 

Ayam yang di jual pada harga RM0.88 ni adalah pada 15 dan 19 haribulan September sahaja sempena Hari Malaysia. Bukan ayam je, barang lain pun di jual pada harga murah juga. Jangan risau Pasaraya ST Rosyam Mart memang suka buat promosi. 


ST Rosyam Mart Sdn Bhd Setiawangsa


Menurut kakitangan ST Rosyam Mart semua harga promosi hanya lah untuk pemegang kad ahli sahaja. Kebiasaan nya untuk memiliki kad ahli kena buat pembelian RM500 ringgit dalam 1 resit tetapi jangan risau pada hari pembukaan 15hb pendaftaran untuk memiliki kad ahli adalah PERCUMA terhad kepada 3000 org sahaja. 

Kuanter pendaftaran di buka dari jam 10pagi hingga 6petang. Sila datang awal bagi mengelakkan kesesakan. Kena bijak rancang nak datang waktu bila untuk berbelanja dan jangan la risau ST Rosyam Mart ni di buka 24 jam. 

Selain daripada jualan besar-besaran, pada 14 sehingga 16 september 2018 ST ROSYAM MART turut mengadakan serta "FOOD SAMPLING" oleh Vendor yang terpilih. 

Sebanyak 36 KIOSK telah di sediakan untuk pelanggan merasai PRODUK-PRODUK TEMPATAN. Yang ni Diah suka. Salah satu cara ST Rosyam Mart membantu peniaga-peniaga IKS. 


Pendaftaran Ahli ST Rosyam Mart Sdn Bhd


Macam Diah terangkan dekat atas tadi, untuk menjadi ahli kena berbelanja sebanyak RM500 dalam satu resit baru layak tapi sempena promosi ni ST Rosyam Mart telah bermurah hati menawarkan keahlian secara PERCUMA bermula dari 10 pagi sehingga 10 malam sahaja pada 15hb hingga 17hb September 2018.

Kena bawa kad pengenalan sahaja. Baru boleh shopping pada harga murah ya. 

Pasaraya Bersih dan Besar

Apa yang Diah suka bila datang sini ialah pasaraya ni bersih dan besar. Selesa sangat kalau nak datang beli belah. Kalau dari luar sebelum masuk lagi dah nampak mewah dan gah tapi jangan risau sebab barangan yang dijual pada harga mampu milik. 

Apa yang Diah perasan masa di sana, sempat la tengok troli orang lain, penuh dengan barang-barang orang nak berniaga makanan macam meat ball dan sosej. 

Kiranya, murah la kalau dibandingkan dengan tempat lain. Yang seronok dekat sini, makanan mentah macam udang,sotong, ketam, dan makanan laut dekat sini dijual dengan murah dan banyak pilihan. 


ST Rosyam Mart Sdn Bhd Sayur murah



Syurga Penggemar Keju

Selain barang mentah dan sayuran, ST Rosyam Mart adalah syurga untuk penggemar keju. Keju parut, keju bongkah, keju hiris dan pelbagai jenis keju boleh di beli dekat sini. 

Ada beberapa peti ais yang dipenuhi dengan keju. Teruja tengok keju yang ada. Walaupun ST Rosyam Mart ni di buka 24 jam tapi setiap kali menjejak kan kaki ke sana orang memang padat. 



ST Rosyam Mart Sdn Bhd keju



Keseluruhan nya, ST Rosyam Mart ni tempat memborong barang mentah yang murah, tempat yang selesa, banyak pilihan, kakitangan yang mesra pelanggan dan anggota RELA yang bertugas depan pasaraya ST Rosyam Mart pun sangat-sangat membantu. Tak sombong. Sesuai sangat untuk orang berniaga kalau nak beli barang untuk berniaga. 

4 Cara Tangani Anak Picky Eater

4 Cara Tangani Anak Picky Eater 

Sebelum Diah menulis lebih jauh, entri kupasan kali ni lebih kepada perkongsian pengalaman mempunyai anak yang sejenis picky eater atau bahasa kampungnya memilih makanan. 

Kebiasaan makan makanan yang anak tu suka sahaja. Amat digalakkan ibu bapa yang ada masalah anak yang picky eater berjumpa dengan pakar dan dapatkan nasihat. 

Selepas melahirkan anak ketiga rasanya banyak juga pengalaman yang di tempuh untuk memberi makanan terbaik untuk anak-anak. 

Ketiga-tiga nya amatlah berbeza. Untuk anak pertama, kita lebih fokus dan berjaga-jaga dalam setiap apa yang kita beri kepada anak. 

Almaklumlah pertama kali mengandung dan jadi ibu bapa. Semuanya nak sempurna. Masuk anak kedua dan ketiga kesungguhan tu berkurang sedikit sebab kita dah ada pengalaman yang sebenarnya adalah sikap yang tak bagus, sebab kita ambil mudah. 

Sila jangan ikut perangai ini.  


Ragam Picky eater


Ciri-Ciri Picky Eater


Dulu selalu sangat fikir yang anak nombor dua ni seorang picky eater sebab dia selalu tolak segala jenis makanan terutama yang ada warna dan bau. 

Dia akan buat-buat muntah atau menangis tak mahu makan. Waktu ni umur dia dalam setahun macam tu. Umur yang sesuai untuk kenalkan makanan la kiranya. 

Sebenarnya masa tu anak masih di tahap nak kenali bau dan rasa. Anak pula yang jenis manja dan agak cerewet dengan bau. 

Sejak berusia lima bulan di di sahkan ada eczema dan kemudian dia sembuh. Jadi pengalaman dia dengan makanan tak indah sangat di sebab kan eczema dia. 


Cara Tangani Si Picky Eater

Untuk ibu bapa yang ada anak picky eater atau tunjukkan ciri-ciri ke arah yang cerewet dan memilih makanan sila baca dengan tenang dan positif. 

Setiap anak tu tak sama jadi kita cuba sampai berjaya. apa yang penting kita kenali anak kita dan jangan putus asa. 


#1 Kenalkan Anak Dengan Bentuk, Warna Dan Rasa Makanan

Perlahan-lahan kenal kan anak anda dengan makanan yang anda cuba beri kepada dia. Biarkan dia explore dan belajar. 

Macam Diah bagi je dia main dengan sayur-sayur dan sebut sayur tu kepada dia. Sesi pembelajaran untuk anak-anak la kiranya. 

Kalau dalam menu ada ikan, kalau nampak kartun ikan di televisyen Diah akan tunjuk la ikan dekat Televisyen tu. Faham kan? 



#2 Mulakan Dengan Kuantiti Kecil

Apa yang Diah alami dulu bila Diah masak Diah kecewa sangat bila anak cuma makan satu atau dua sudu kecil SAHAJA. 

Bayangkan usaha yang di ambil untuk memasak dan harga barang yang dibeli bukan murah, bila tak habis rasa membazir sangat. 

Jadi Diah lapangkan dada dan bersyukur anak masih nak makan walau satu sudu. Tapi jangan putus asa. Perlahan-lahan suap dan layan dia macam raja semasa makan baru dia tak sedar ter makan lebih dari dua sudu. Lol. 



#3 Pilih Waktu Makan

Untuk beri makan kepada si picky eater ni kena tengok mood dan bila dia lapar. Bagi waktu selepas dia bangun tidur. 

Kalau anak yang masih menyusu elak kan beri susu, cuba suap dia makan sebelum berikan dia susu. Dia mesti tak tolak kalau perut lapar. 

Lagi satu beri kan susu sebagai ganjaran sebab dia berjaya makan. nanti kelamaan anak faham, bila makan nasi dapat susu. 



#4 Makan Berjemaah

Untuk tips yang ni Diah belajar dari persekitaran sebab bila waktu makan keluarga, si picky eater akan sibuk untuk makan, yang sebenarnya lebih nak kacau orang makan. 

Jadi bila anak ni nampak mak, ayah, abang dia makan dia pun turut sama nak makan. Dia jadi seronok. Jadi ambil peluang ni untuk bodek dia untuk makan. 

Apa yang Diah kongsikan lebih kepada pengalaman anak sendiri. Dalam perjalanan membesarkan anak yang turun naik memang sangat-sangat mencabar. 

Ada waktu nurse dekat Klinik memang bagi amaran yang berat badan tak ideal, kurang itu ini tapi dah jadi ibu bapa memang tu la cabarannya. 

Jangan putus asa kalau anak anda seorang picky eater. Sahut cabaran ni sebagai satu peluang kita mendalami ilmu ibu bapa dan kenal anak kita lebih lagi, yang penting jangan putus asa. Elak kan makanan ringan dan kenalkan makanan seimbang. 

Selamat maju jaya. 

*credit Google Image