Meatball Carbonara Sedap Rupanya

Meatball Carbonara Sedap Rupanya | Assalamualaikum. Hari tu pertama kali mencuba resepi meatball carbonara sebab adik bongsu teringin sangat nak makan katanya. Acah-acah akak solehah kena la layankan je permintaan dia. Tak menyesal sangat mencuba sebab memang sedap. Makan sambil senyum-senyum pejam mata. 

Sebelum masak macam biasa kita tengok la Youtube sebagai rujukan. Nak tahu cara masak dan rupa selepas masak so senang kerja sebab dah boleh bayangkan. Maafkan kesan hangus tak sekata tu sebab oven kecik tu hangus dekat situ je. 

Resepi Meatball Carbonara
Meatball Carbonara
Meatball Carbonara ni nak makan macam tu je pun boleh atau nak makan bersama roti garlic pun ok. Masakan ni jenis ber kuah dan lemak sebab ada letak susu cair dan keju. Sesuai sangat nak jamu orang tapi nak hidangkan menu yang light-light je. Kami masak untuk makan malam dan yang penting kenyang. Semua orang boleh makan sebab ia nya tak pedas. Orang tua boleh makan cicah sos ya. 

Berikut antara bahan-bahan dan cara nak buat Meatball Carbonara ni:

Bahan-bahan yang diperlukan
Bebola Daging Kesukaan – 15-20 ketul
Satu biji Bawang Holand yang dipotong dadu
Keju Parmesan sebanyak mana yang dimahukan
1 biji Lada benggala
1 tin susu cair
1 tin Cendawan 
Garam secukup rasa
1 botol sos Carbonara Jenama yang anda suka
Lada Hitam secukupnya
Garam secukup rasa

Cara-cara nak buat meatball Carbonara ni ialah:

1. Goreng dahulu meatball separuh masak. Letak di tepi. Dalam kuali lain tumis bawang Holand dengan sedikit minyak sehingga naik bau. Kemudian masukkan lada benggala dan cendawan yang telah dihiris. Tumis sehingga layu. 

Meatball Carbonara western food
Goreng dan taburkan meatball ke serata alam
2. Kemudian masukkan sos carbonara, lada hitam dan garam. Perasakan dengan garam. Biarkan sekejap dan angkat masukkan ke dalam bekas untuk di bakar. Masukkan meatball yang telah di goreng tadi dan lapiskan secara berturut atau kalau malas campak je semua dalam bekas tu. Lol. 

3. Last sekali taburkan keju parmesan di atas sekali dan bakar pada suhu 170c selama 10 minit atau sehingga keju cair. Boleh tambah perlbagai jenis keju kalau tak takut gemuk. 

Meatball Carbonara letak cheese
semakin banyak keju semakin sedap 
Dah siap pun Meatball Carbonara
Selamat mencuba membuat Meatball Carbonara ni. untuk yang malas nak masak tapi nak makan sedap dan yang dah bosan nak makan nasi resepi ni memang sesuai sangat. Dah cuba nanti kongsi la hasilnya. Okeh?

Wassalam 

Ada Apa Dengan Lagu Hikayat Benladin (Lirik Lagu)

Masa first time dengar lagu Hikayat Benladin ni masa dalam kereta. 

Masa tu dah terdetik, sedap juga lagu ni. Sebutan lirik dia jelas so tak la terpinga-pinga bila penyanyi Benladin ni rap. 

Nama penyanyi ni pun unik, ingat sekadar nama pena dalam industri hiburan je rupanya memang nama dia. 


Ada Apa Dengan Lagu Hikayat Benladin (Lirik Lagu) 


Terus la google, cari biodata dia. Rupa-rupanya Benladin pernah sertai rancangan realiti kanak-kanak suatu masa dulu. 

Patut la macam familiar muka dia. Khabarnya lagu ni ditulis oleh Malique. Patut la gempak. 


*Credit Google Image
Hikayat Benladin Lirik

 


Diah satu keluarga suka lagu ni, kalau dengar lagu ni automatik kami goyang-goyang ala budak hiphop baru nak up. eh! Walau tak faham sangat Bahasa kiasan dalam lagu ni asalkan tiada unsur mencarut kira ok la untuk jadi lagu favourite anak beranak. 


Biodata Benladin

Nama sebenar dia ialah Muhammad Benladin Munshi Shaihan dan berusia 17 tahun. Bakal menduduki SPM tahun ni. Benladin dilahirkam pada 11 September 2001. 

Video lirik rasmi lagu rap yang bertajuk Hikayat Benladin adalah merupakan ciptaan Malique dan Dedeq. Benladin pernah menyertai pertandingan nyanyian kanak-kanak “Idola Kecil musim kelima”. 

 

Lirik Hikayat Benladin 

Mereka keluar masuk gua
Mencuba mencari di mana ada
Mencuba meneka di mana saya
Mata kasar takkan dapat jumpa

Niat enson matakaji semar ngiseng
Akulah Benladin, Hikayat Benladin

Suara dah bergema, suara sakti hamba
Dalam gelombang bawa aura ke udara
Separa manusia, separa luar biasa
Gurau senda dengan kata-kata sang pujangga

Kalau main api, janganlah tambah gasolin
Mesti hati-hati janganlah seperti lilin
Jika mahu terang, biar terang dengan betul
Jangan jadi arang, jadi arang buat kotor

Kerna atas muka ada selendang suci
Maka hias ia biar terpampang seri
Akulah ilustrasi, definisi gergasi
terhasil dari eksperimentasi radiasi bunyi

Buka mata minda luas seperti lautan
Usah fikir bukan-bukan, kata bukan-bukan
Nenek tua sebongkok tiga, cubalah nenek cari cucu di mana ada

Mereka keluar masuk gua
Mencuba mencari di mana ada
Mencuba meneka di mana saya
Mata kasar takkan dapat jumpa

Niat enson matakaji semar ngiseng
Akulah benladin, Hikayat Benladin

Masuk tempat orang, jadi kucing bukan singa
Jangan cuba jadi cacing nak jadi garuda
Jika mulut murai tukar paruh jadi tiung
Kalau cuma gusi jangan lagaknya bersiung

Setakat dua tangan janganlah nak berangan
Si tikus datang bekal dua belas beruk baran
Telan lauk enak lepas makan pandai simpan
Pandai-pandailah tanggung binasa perbuatan
Pecut laju-laju sampai dia terpelanting
Bukan pekara bijak lari-lari bawa gunting
Diajak berteman rupanya musang berjanggut
Pura-pura sejuk masuk berkongsi selimut

Baik berpada-pada jahat jangan sekali
Hidup punya hukum karma kau harus mengerti
Salam perkenalan dengan ritma dan puisi
Nama patik Benladin mengundurkan diri

Putih-putih melati Ali Baba
Merah-merah mawarnya si Norsiah
Jika diikutkan rasa Kassim Baba
Kelak akhirnya berputih mata

Mereka keluar masuk gua
Mencuba mencari di mana ada
Mencuba meneka di mana saya
Mata kasar takkan dapat jumpa

Niat enson matakaji semar ngiseng
Akulah Benladin, Hikayat Benladin

Putih-putih melati Ali Baba
Merah-merah mawarnya si Norsiah
Jika diikutkan rasa Kassim Baba
Kelak akhirnya berputih mata

Benladin 

Johnson’s® Baby of the Year Contest Kembali Lagi

Johnson’s® Baby of the Year Contest yang di nantikan oleh semua ibu kini kembali lagi. Kacing! (bunyi duit). 

Bersempena ulang tahun mereka yang ke 125 pada tahun ini, Johnson’s® menawarkan hadiah menarik bernilai sehingga RM80,000 untuk dimenangi. 

Johnson’s® mencari Putera & Puteri untuk di mahkotakan sebagai Johnson’s® Baby of the Year 2018

Johnson’s® Baby of the Year Contest tahun ni memang best tau sebab eksklusifnya tema tahun ni ialah “The Royal Celebration for Johnson’s® 125 Years with Your Prince & Princess”. 

Kerlas sangat peraduan ala-ala ‘diraja’. Rupa-rupanya peraduan tahunan ni dah diadakan selama 23 tahun dan ianya sebagai tanda Johnson’s® menghargai kesetiaan dan kepercayaan para ibu terhadap jenama Johnson’s® dalam menjaga kulit bayi. 


Ulang Tahun ke 125 tahun Johnson’s®



4 Cara Mudah Sertai Johnson’s® Baby of the Year Contest

Cara nak sertai contest ni pun senang dan terbuka untuk semua pengguna barangan bayi Johnson’s®.  Untuk menyertai peraduan ‘diraja’ ni, ibu bapa hanya perlu: 

1. Membeli mana-mana produk bayi Johnson’s® mulai 1 September 2018 hingga 31 Oktober 2018.

2. Ambil gambar si manja mereka yang comel. Kemudian, layari www.johnsonsbaby.com.my/boty2018

3. Pilih bingkai foto dan sticker bertemakan istana yang anda suka untuk menghias foto si putera dan si puteri anda, kemudian muat naik gambar. 

4. Lengkapkan borang dan hantarkan penyertaan anda.

Senang kan? Ibu bapa boleh hantar sebanyak mana gambar untuk penyertaan. Mana tahu menang gelaran Putera atau Puteri Johnson’s® kan? 



Princess Johnson’s® Baby of the Year



Hadiah menarik di tawarkan untuk para pemenang seperti berikut:

Sepasang putera dan puteri akan dipilih sebagai pemenang bagi setiap kategori umur; 0 hingga 12 bulan, 1 hingga 3 tahun, dan 4 hingga 6 tahun

Setiap pemenang akan membawa pulang wang tunai bernilai RM5,000 dan hamper Johnson’s® bernilai RM400. 

Lebih menarik lagi, para pemenang akan dianugerahkan pengalaman yang tidak dapat dilupakan seumur hidup, iaitu akan dipaparkan di muka depan majalah

10 pemegang hadiah sagu hati juga akan dipilih daripada setiap kategori dan mereka akan menerima wang tunai bernilai RM500 dan hamper Johnson’s® bernilai RM400 bagi setiap pemenang.


Johnson’s® Baby of the Year Princess


Pemilihan Putera & Puteri Johnson’s® Baby of the Year

Untuk proses pemilihan Putera & Puteri Johnson’s®, sebanyak 36 penyertaan akan disenarai pendekkan (12 penyertaan daripada setiap kategori) dan akan dimuat naik ke laman Facebook Johnson’s® untuk diundi oleh para pengguna. 

Lepas tu nak tahu tersenarai atau tidak, ibu bapa boleh layari laman media sosial Johnson’s® untuk buat semakan. 


Tips Sertai Johnson’s® Baby of the Year

- Rakam detik indah bayi anda dan hias guna stiker GIF yang bertemakan istana indah yang disediakan oleh Johnson’s® Baby of the Year Contest 2018 dekat link Diah kongsi dekat atas. 

- Ada empat tema istana yang tersedia iaitu Royal Adventure, Magical Snow, Stardust Fairies, dan Modern Monarchy. 

- Hantar sebanyak mana penyertaan. Semakin banyak semakin tinggi peluang nak menang. 

- Tarikh tutup penyertaan adalah pada 31 Oktober 2018. 


Johnson’s® Baby of the Year Pertandingan


Tuah ayam nampak di kaki tuah manusia tak tahu la nampak kat mana kan? Kot la dekat muka. Mana tahu rezeki bayi anda memang ada bakat semulajadi dan terpilih untuk jadi pemenang. Jom kita sama-sama meriahkan lagi Johnson’s® Baby of the Year Contest 2018 ni. 

Selamat berjaya kepada yang sertai. 


Ujian mematangkan kita

Ujian Mematangkan Kita 

Dengan ujian la kita nampak sifat sebenar diri kita. Bila kita di uji, kita sakit, kita merasa kecewa dan kita marah masa tu adalah masa terbaik nak kenal diri kita macamana.

Macamana kita respon dengan ujian yang Allah berikan dalam kehidupan kita. Adakah kita terus melenting, berterusan marah dan salahkan orang dan benda-benda di sekeliling kita atau kita terus positif bangkit teruskan kehidupan. Atau lagi parah kita terus terbawa-bawa lemas dalam ujian.

Saat kita jatuh terduduk kita akan semakin kenal dengan diri kita. Cuma kena selalu pesan pada hati supaya Jangan sombong dengan nasihat. Pandang lah apa yang di nasihatkan bukan pandang siapa yang memberi nasihat.

Syaitan dulu adalah hamba paling taat tapi oleh sifat sombong dia di campak ke bumi.

Adakah kita marah bila ada yang cuba menasihati kita? Adakah kita memperlekehkan nasihat orang yang se ikhlas hati tolong bagi nasihat percuma. Padahal orang tu tak ada pertalian darah pun atau pun dapat keuntungan, tapi orang masih ambil berat untuk menegur kita.

Seronok kan?


Ambil berat atau sekadar membawang?


Memang kalau salah langkah niat seseorang yang betul-betul ambil berat dengan keadaan kita akan di salah tafsir. Baik kita yang menerima nasihat atau kita si pemberi nasihat. Si pemberi nasihat atau yang memang betul berniat nak ambil berat takut hati pula di uji dengan sifat ujuk atau riak. 

Atau sekadar nak membawang je. Membawang dalam erti kata sibuk jaga kain orang sampai kain sendiri tak sedar terkoyak. 

Ujian Hidup Tanda Allah Sayangkan Kita

Bila seringkali dalam kehidupan kita tak putus di timpa ujian, dan ada ketika kita merasa hampir kalah dengan ujian Allah berikan kita sepatutnya berhenti sekejap dan fikir semula kenapa Allah aturkan sebegitu hidup kita. Tanam dalam hati supaya sentiasa bersangka baik dengan Allah. Percaya setiap apa Allah aturkan adalah yang terbaik. 

Kesimpulan

Sesungguhnya setiap satu yang Allah sediakan untuk hambaNya merupakan hadiah terbaik dan sebaik-baik Perancang adalah Allah. Melalui ujian kita kenal diri kita, kita sedar siapa Pencipta kita. Sungguh dunia hanya persinggahan sementara yang perlu kita guna sebaik mungkin utnuk tambah bekalan buat kehidupan kekal di alam sana. 

Apa yang Diah coretkan tak lain tak bukan hanya untuk nasihat dan panduan diri sendiri. Semoga bila baca kembali apa yang terluah di sini menjadi nasihat terbaik di masa hadapan. 

In Sha Allah.