BGRC dan McDonald's Riangkan Hati Adik-adik KAFA

BGRC dan McDonald's Riangkan Hati Adik-adik KAFA 

Pada 07 November 2018 bersamaan dengan hari Rabu telah berlangsung satu aktiviti amal yang telah dianjurkan oleh 2 (dua) buah pihak yang sememangnya telah dikenali di Malaysia. 2 pihak ini tidak lain dan tidak bukan adalah Bukit Gambang Resort City dan juga McDonald's.
Bukit Gambang Resort City
Aktiviti amal ini dilangsungkan demi untuk meraikan anak-anak tahfiz seramai 74 orang anak-anak tahfiz termasuk guru dari Sekolah Agama Rakyat KAFA Al-Hidayah Ad-Diniah Perkampungan (F) Bukit Goh, Kuantan, Pahang sebagai tanda sokongan untuk adik-adik ini terus berusaha di dalam pelajaran masing-masing meskipun kebanyakan daripada mereka datang dari keluarga yang kurang berkemampuan.
Sekolah Agama Rakyat KAFA Al-Hidayah Ad-Diniah Perkampungan (F) Bukit Goh, Kuantan, Pahang

Keperihatinan pihak Bukit Gambang Resort City ( BGRC ) dan McDonald's yang telah sudi meraikan adik-adik ini pada hari tersebut telah merakamkan sebuah lagi sejarah kerana secara tidak langsung ia adalah merupakan kerjasama rasmi pertama di antara BGRC dan juga McDonald's Jalan Gambang yang selama ini hanyalah terletak lebih kurang setengah jam saja perjalanan di antara keduanya.

Ini patut dibanggakan oleh warga Kuantan itu sendiri kerana di tempat mereka masih ada pihak-pihak yang sudi menyumbang semula kepada pihak masyarakat setempat. Sedikit info ringkas mengenai majlis riadah setengah hari antara Sekolah Agama Rakyat KAFA Al-Hidayah Ad-Diniah , Bukit Gambang Resort City dan McDonald's Malaysia.

Kehadiran adik-adik comel di BGRC

Kehadiran adik-adik ini di nanti oleh wakil BGRC yang bertugas sejak daripada jam 9pagi lagi dan turut sama ada ketika itu adalah wakil daripada pihak bloggers dari Pantai Timur yang telah siap sedia dari awal pagi lagi untuk meraikan kedatangan adik-adik ini di pintu utama bahagian Waterpark.

Setelah tiba, perkara pertama yang diambil kira adalah soal tiket masuk dan syukur alhamdulillah pihak BGRC sudi menaja tiket masuk untuk semua dengan murah hati. Terima kasih banyak pihak BGRC!


Senyuman yang terukir di wajah adik-adik ini sangat-sangat bernilai untuk semua yang terlibat dan makin bermakna apabila pihak BGRC sudi juga membantu adik-adik ini dengan wakil crew mereka di sepanjang aktiviti riadah ini berlangsung dari awal hingga akhir.


Adik-adik ini bebas bermain di mana-mana bahagian yang mereka inginkan dengan di kawal tahap keselamatan oleh pihak BGRC yang berwajib.

Jika anda ke Kuantan, silalah singgah ke BGRC ini kerana di sana ada pelbagai aktiviti bermain air yang sangat best! Ada ombak buatan, ada slide dan bermacam jenis lagi sesuai dengan mengikut usia dari kanak-kanak hingga dewasa.
Coco Beach
Apabila di tanya , masing-masing sangat berpuashati dan gembira dengan layanan yang diberikan oleh pihak BGRC ketika berada di sana. Wajah penuh senyuman dengan suara layanan yang ramah daripada pihak BGRC melalui staff staff yang bertugas juga amat terbaik sekali. Tiada apa yang kurang malah terlebih pula rasanya.

Kedatangan Happy Meal McDonalds Meriahkan Suasana 


Ketika pihak Bukit Gambang Resort City (BGRC) sedang bertungkuslumus meraikan adik-adik ini di kawasan waterpark, pihak Mc'Donalds pula dari sedang beruasaha untuk menyiapkan makanan tengahari untuk diedarkan di pintu keluar setelah selesai aktiviti bermain air itu nanti sebagai kejutan istimewa untuk menggembirakan lagi hati adik-adik yang seramai 60 orang ini.


Penyiapan makanan tengahari dalam bentuk Happy Meal sengaja di pilih sesuai dengan usia adik-adik itu sendiri dan persiapan ini dilakukan secara terus melalui McDonald's cawangan Jalan Gambang dengan di pantau oleh pihak manager yang bertugas sepenuhnya.

Meskipun jumlah yang perlu disiapkan agak banyak namun staff yang bertugas tetap tampak relaks, cekap dan tersusun dalam melalukan kerja mereka dari awal hingga akhir.



Semangat berpasukan sebegini sememangnya sudah lama dipraktikan di kalangan semua staff McDonald's kerana sebelum dibenarkan bertugas melayan para pelanggan mereka sebenarnya telahpun di latih dengan asas yang cukup.

Walaupun sibuk perlu melayani pelanggan secara terus namun staff yang bertugas tetap terus mempercepatkan tugas mereka menyediakan segalanya sambil sesekali membalas senyuman untuk pelanggan lain yang ada di premis.
Kenangan Terindah Yang Tak Mungkin Akan Dilupakan Meskipun majlis ini tampak biasa namun sebenarnya ia amat bermakna dan sangat luarbiasa untuk adik-adik ini. Kehadiran maskot daripada Bukit Gambang Resort City telah menambahkan lagi keceriaan di wajah adik-adik ini.

Masing-masing terus tersenyum lebar meskipun hakikatnya telah penat bermain dengan sepuas hati tadi.

Setiap pertemuan ada perpisahan dan ketika salaman terakhir di beri, pihak BGRC dan McDonald's tukarkan saat sedih berpisah ini dengan Happy Meal untuk terus mengukir senyuman di wajah mereka sehingga ke akhirnya.

Semoga ingatan setengah hari bersama BGRC dan McDonald's ini akan terus tersemat di ingatan dan moga-moga dapatlah hendaknya kembali ke sini lagi di lain kali bersama keluarga masing-masing.





Wakil Blogger Turut Hadir Dengan Di Layan Bagaikan Keluarga
Menyentuh isu tentang blogger, suka untuk diceritakan serba ringkas mengenai blogger ini kerana hakikatnya masih ramai lagi yang belum mengenali apakah tugas blogger itu sebenarnya.

Untuk pengetahuan anda, blogger ini ada komunitinya yang tersendiri dan tidak semua blogger itu hanya tahu untuk menulis berita panas , viral dan hot tanpa tahu asal usul demi untuk meraih perhatian pembaca. Bak kata pepatah, janganlah kerana nila setitik rosak susu sebelanga.


Hakikat sebenarnya, di kalangan blogger ( penulis blog ) ini masih ramai yang aktif membuat amal dengan berada bersama masyarakat untuk memberi bakti sedaya yang termampu dalam bentuk penulisan bagi merapatkan ukhwah antara mana-mana syarikat dengan masyarakat dalam bentuk menjayakan aktiviti amal, menghebohkan berita-berita baik yang patut diketahui umum dan sebagainya.




Kerana itu tidak mustahillah mengapa pihak BGRC dan McDonald's sendiri dengan penuh rasa gembira, sangat suka untuk menerima kehadiran para penulis blog ini untuk pelbagai acara dari dulu hingga kini demi untuk memberikan lebih banyak info yang sepatutnya kepada masyarakat di seluruh Malaysia.

Bagi pihak blogger pula, kesudian pihak-pihak ini menerima kewujudan kami sejak dulu hingga kini dengan ikatan bagaikan sebuah keluarga amatlah dihargai dengan penuh rasa terima kasih dari hati.

Keprihatian BGRC dan McDonald's Memang Patut Dipuji
Harapan di masa akan datang semoga akan ada lebih banyak pihak yang akan mengikut jejak langkah BGRC dan McDonald's ini. Siapa sangka meskipun ke dua-duanya ada nama yang agak besar di Malaysia namun masih sudi untuk terlibat dengan projek amal sebegini.

Bagi yang masih tercari-cari destinasi untuk bercuti, singgahlah ke Bukit Gambang Resort City kerana segala-galanya ada di sana dan pada yang sedang tercari-cari menu yang sedap untuk dinikmati, jejakkan kaki ke McDonald's di mana-mana cawangan yang berhampiran dengan anda.

Sambil itu jangan lupa juga untuk menderma melalui tabung yang disediakan supaya dapat turut sama berbakti untuk pembinaan Rumah Ronald McDonald di HUSM yang sedang berlangsung sekarang ini.


Terima Kasih BGRC , Terima Kasih McDonald's Malaysia !!

Bukit Gambang Resort City
Lamanweb : https://www.facebook.com/BukitGambangResortCity/
FB Pages : https://www.facebook.com/BukitGambangResortCity/



McDonald's Malaysia

Lamanweb : https://www.mcdonalds.com.my/
FB Pages : https://www.facebook.com/My.McDonalds/

Drama Isteri Untuk Disewa Ditegur Mufti Kerana Tajuk Yang Kurang Sesuai

Drama Isteri Untuk Disewa Ditegur Mufti Kerana Tajuk Yang Kurang Sesuai | Drama isteri untuk disewa gandingan pelakon popular tanah air Fattah Amin dan juga Tiz Zaqyah yang baru je mula ditayangkan Isnin lepas telah mendapat perhatian dan teguran daripada Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri kerana tajuk drama tersebut yang kurang sesuai. Drama isteri untuk disewa ni menggantikan drama kesukaan Diah, iaitu Cik Reen dan Cik Ngok Ngek. Isteri untuk disewa merupakan drama adaptasi novel nukilan Syamnuriezmil dan drama yang kini ditayangkan di kaca televisyen adalah dibawah arahan pengarah terkenal Osman Ali. 

Diah masih belum berkesempatan menonton drama Isteri Untuk Disewa ni sebab masa promosi cerita ni keluar awal-awal dulu dah terdetik dekat hati, tajuk dia memang mengundang kontroversi. Dah memang sah salah di sisi Islam. Lepas tu tajuk dia se akan merendahkan martabat wanita. Maaf ya peminat drama ni, sekadar pendapat Diah je. 

Teguran penuh hikmah oleh Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri disampaikan melalui warkah yang ditulis oleh beliau dan ditujukan kepada saudara Osman Ali. Memang Diah kagum sangat dengan pemilihan kata-kata yang lemah lembut tapi cukup sarat dengan mesej yang hendak disampaikan. Ibarat menarik rambut dalam tepung. Tujuan nya nak tarik rambut agar tidak terputus dan tepung tidak berselerak.            

Teguran Mufti tentang drama Tajuk drama Isteri untuk disewa
Tajuk drama Isteri untuk disewa ditukar kepada Isteri Bukan untuk disewa

Qalam Mufti Tentang Drama Isteri Untuk Disewa 

Qalam Mufti tentang  Isteri Untuk Disewa
Qalam Mufti Tentang Drama Isteri Untuk Disewa
Menurut Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri, beliau memilih “Isteri Untuk Disewa” dan bukan drama-drama lain adalah kerana timbulnya persoalan daripada mustafti berhubung tajuk drama ini dan juga Isu fiqh perkahwinan yang wujud dalam drama ini.

Tajuk drama ini; Isteri Untuk Disewa jika difahami secara zahir merupakan suatu perkara yang amat bertentangan dengan zahir nas al-Qur’an dan Sunnah. Begitu juga dengan moraliti kehidupan manusia samada Islam mahupun bukan Islam.

Tajuk berkenaan adalah kurang sesuai dan isteri bukan lah untuk disewa. Kedudukan isteri adalah terlalu mulia untuk dijadikan tajuk sebegitu, walaupun dengan tujuan gurauan. Isteri adalah akad yang sahih dan diperintahkan untuk bergaul dengan baik sebagaimana yang tertera dalam Surah al-Nisa’ ayat 19. Firman Allah SWT,

وَعَاشِرُوهُنَّ بِالْمَعْرُوفِ

Maksudnya: “Dan bergaullah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik.”
Ibnu Kathir ketika mengulas ayat ini menegaskan bahawa ayat ini memerintahkan untuk memperperhaluskan kata-kata dan memperindahkan perilaku dan sikap, sebagaimana yang kita kehendaki daripada seorang isteri.

Penamaan tajuk yang provokatif dikhuatiri akan menjadi trend dalam penggiat seni sekiranya tidak diberikan penerangan jelas daripada Hukum Syarak, mengenai implikasinya dalam masyarakat.

Implikasi Hukum Isteri Untuk Disewa

Dalam Islam, isteri tidak boleh dikontrakkan sama ada dalam tempoh jam, hari, minggu atau bulan. Meminjam isteri bukanlah amalan dalam Islam, begitu juga menyewa isteri.
Isteri adalah amanah Allah kepada suami untuk dimuliakan, dikasihi, disayangi dan diberi hak-haknya seperti termaktub dalam nas al-Qur’an, hadith dan pandangan fuqaha’.

Kami yakin, tidak ada sekelumit niat dalam hati penulis novel dan pengarah tersebut untuk membuat sesuatu yang diluar kerangka Islam namun, sewaan isteri jelas sekali adalah sejuzuk daripada cabang mut’ah yang tidak dibenarkan dalam kalangan fuqaha’ Ahli Sunnah wal Jama’ah dan diharamkan dalam Islam. 

Ini sebagaimana kata Imam al-Nawawi berkata: "Nikah mut'ah tidak dibolehkan, kerana pernikahan itu pada dasarnya suatu akad yang bersifat mutlak. Maka tidak sah apabila dibataskan dengan masa." (Lihat al-Majmu, 17/356). Antara contoh bentuk nikah mut’ah adalah perkahwinan yang dihadkan tempohnya. Contohnya, pengantin lelaki berkata dalam majlis akad nikah, “Saya hanya mahu berkahwin dengan kamu selama seminggu." Lalu pengantin perempuan menjawab, “Saya terima."

Penutup 
Osman Ali pengarah drama isteri untuk disewa
Twitter Osman Ali yang lapang dada menerima teguran Mufti
Bagusnya pengarah dan pihak yang terlibat dalam drama Isteri Untuk Disewa lapang dada dan menerima nasihat dari Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri. Tajuk drama Isteri Untuk Disewa pun telah di ubah menjadi Isteri Bukan Untuk Disewa. Semoga di masa akan datang akan ramai lagi pihak yang tampil untuk berdakwah dengan berhikmah macam ni. Mana yang salah kita sama-sama betulkan. 

Terbaca salah satu komen balas di twitter Datuk Seri Dr. Zulkifli dan ada aduan dari makhluk di bawah ni. Tak pasti la ini sekadar sarkastik atau dia benar-benar serius.

Twitter 

Internasional Music Run AIA Vitality 2018

Assalamualaikum, masih lagi tak percaya yang Diah telah berjaya sertai dan tamatkan larian dalam acara larian internasional iaitu Music Run AIA Vitality pada 20 Oktober lepas. 

cara telah berlangsung di Stadium Bukit Jalil bermula jam 3.30 petang dan berakhir dengan parti penutup pada pukul 9 malam. 

Tapi Diah tak sempat nak stay dekat event sampai habis sebab baby dah meragam nak balik rumah. Memang meriah sungguh. 

Internasional Music Run AIA Vitality 2018 

Alhamdulillah selamat berlari dan bebas dari kecederaan macam terseliuh kaki mahupun otot kejang. Bersyukur sangat sebab ternampak ada peserta yang tiba-tiba kaki dia kejang dan terketar-ketar menahan kesakitan. 

Masa tu dah nak hampir sangat tiba di garisan penamat. Kalau kena pada diri sendiri tak tahu la mesti meraung dekat situ juga. 

The Music Run AiA Vitality 2018 sponsored by Air Asia



Ini merupakan pengalaman pertama Diah sertai larian macam ni. Pengalaman yang amat berharga dan juga satu kejayaan besar untuk ibu anak tiga. Banyak sebab Diah sertai larian ni, salah satu sebab utama nak cabar kemampuan diri sendiri. 

Larian tu sekadar simbolik penghalang dalam kehidupan je. Kejayaan sebenar bila dapat paksa diri untuk terus bergerak dan capai cita-cita. Berjaya habiskan larian pun satu kejayaan.  


The Music Run AiA Vitality 2018 Sponsorship


Ramai juga yang tak sangka Diah boleh sertai Music Run AIA Vitality tahun ni, seorang diri pula tu. Sebenarnya kalau ada yang sudi jagakan anak-anak kami masa tu sudah semestinya Diah akan berlari dengan suami. 

Tapi tak jadi masalah pun sebab dah biasa jadi Lone Ranger ni. Seronok. Mujur suami berikan sokongan penuh, dia la tolong jagakan tiga ketul budak tak cukup umur masa Diah berlari. 

Ucapan terima kasih khas di tujukan buat Air Asia kerana telah memberi peluang untuk Diah sertai Music Run 2018. Pada hari tu Diah lari sebagai blogger Air Asia (AABC – Air Asia Blogger Community). Kiranya Music Run adalah event kedua Diah sebagai Air Asia Blogger Community. 


The Music Run AiA Vitality 2018 Stadium Bukit Jalil

 
Music Run AIA Vitality 2018

Ini merupakan tahun ke lima Music Run di adakan di Kuala Lumpur. Selain Kuala Lumpur Music Run juga di adakan di beberapa lokasi luar negara seperti Manila, Ho Chi Minh, Bengaluru, Hyderbad, Pune, Mumbai, Delhi, United Kingdom, Bangkok, Singapore, Jakarta dan juga Bucharest. Hebat kan? 

Seronoknya Music run ni semasa kita berlari music rancak akan dipasang sepanjang larian berlangsung. Memang membantu. Sambil enjoy dengar lagu rancak, automatik makin seronok dan laju je berlari. 

Tak la kita fokus penat berlari je. Music run bermula petang dan di akhiri dengan finish line party. Kiranya nak berlari dalam keadaan sejuk dan menggembirakan. 

Ada dua kategori larian iaitu 5km dan 10km. Memang yang sertai 10km adalah mereka yang dah pernah sertai music run dan juga senior dalam larian. 

5km pun dah penat kalau 10km macamana la agaknya. Tak apa satu hari nanti nak cuba juga kalau berkesempatan.


The Music Run AiA Vitality 2018


Diah bersyukur yang encik suami memang beri sokongan penuh dan sangat sporting nak jagakan anak-anak. 

Plan awal nak naik pengangkutan awam je tapi encik suami offer diri nak hantarkan dan bawa anak-anak sokong mama dia berlari. Alhamdulillah anak-anak sangat memahami dan enjoy the day. 

Semoga akan ada kesempatan nak sertai larian lain di masa hadapan. Dah plan nak bawak anak-anak berlari bersama. Dulu masa kecil tiada pendedahan lifestyle macam ni. 

Jadi sekarang la masanya nak terapkan healthy lifestyle dan supaya anak-anak suka kan aktiviti sihatkan badan.


Finishing Line The Music Run AiA Vitality 2018


Tentang Music Run 

The Music Run™ not a rave run. The Music Run™ is primarily a late afternoon / early evening running event. We want our runners to have an event experience that is safe, sociable, enjoyable and healthy. We have zero tolerance for drug usage at our events. 

Depending on the city, local legislation or cultural beliefs, alcohol may be available for purchase in The Music Village. Outside alcoholic beverages are not permitted at the event.

An important part of The Music Run™ is the finish line party, featuring awesome beats and plenty of music inspired entertainment.

Rawatan Dermapen Untuk Kulit Muka Berparut & Berjeragat

Hi semua, untuk entri kali ni Diah nak berkongsi tentang topik kecantikan. Rasanya semua orang memang pentingkan kecantikan terutama kulit muka tak kisah la lelaki mahupun perempuan. 

Sebab apa tau, orang akan pandang bahagian muka dulu sebelum memulakan perbualan. Nak kena ada eye contact katanya. 

Bila muka comot mula la segan kalau orang pandang semacam kan? Bila orang pandang lama sikit je mula la rasa insecure.

Dulu masa usia remaja masa zaman hormon tak stabil, Diah sendiri pernah alami kemurungan sebab masalah jerawat. 

Nak keluar rumah pun terasa malu sangat padahal orang memang tak pandang pun Diah. Terperasan sendiri je. Masa tu mana pandai nak jaga kulit muka. Nak beli pembersih muka pun minta belas ehsan mak.


Rawatan Dermapen Untuk Kulit Muka Berparut & Berjeragat 



Diah memang setuju sangat kecantikan amat berkait rapat dengan keyakinan diri seseorang. Bila kulit muka bebas masalah keyakinan tu secara otomatik akan tinggi. 

Tu sebab ada je orang sanggup berhabis ribuan ringgit sebab nak baiki kulit muka yang bermasalah.

Diah tertarik nak kongsi dengan pembaca semua tentang sejenis rawatan kulit muka terutama untuk mereka yang ada masalah parut yang degil dan juga masalah jeragat iaitu rawatan Dermapen atau nama lain dia Microneedle Treatment yang semakin dikenali sekarang ni. 

Rawatan Dermapen dipercayai merupakan rawatan yang pantas untuk mengatasi masalah kulit tau.



*gambar google image


Apa itu rawatan Dermapen \ Microneedle Treatment?


Apa yang di maksudkan dengan rawatan Dermapen atau Microneedle Treatment ni adalah rawatan ini mengunakan jejarum micro yang menembusi lapisan kulit dan memecahkan kolagen lama elastin di dalam lapisan kulit seterusnya merawat dan meremajakan kulit. 

Rawatan Dermapen menjadikan kulit wajah licin dan bebas lekuk.

Memang rawatan ni bertujuan untuk melukakan kulit muka kita (dengan cara selamat) supaya dapat membebaskan kolegan yang sedia ada dalam kulit supaya dia boleh bekerja dan membaiki kulit muka yang rosak tu. 

Akan ada healing crisis, masa ni nanti kulit akan mengelupas dan kulit rosak akan tersingkir digantikan dengan sel-sel kulit baru. Hasilnya kulit tampak lebih anjal dan muda.

Bila baca review orang yang pernah buat rawatan Dermapen ni semua macam seronok je. Memang la sedikit ngeri bila fikir kan jarum di tusuk pada kulit muka dan melibatkan darah tapi kalau hasilnya memang berbaloi why not cuba kan? 

Dah ramai pun yang buat.

Rawatan Dermapen khas untuk mereka yang mempunyai masalah kulit seperti dibawah:

  • Parut Hitam
  • Parut Berjerawat
  • Parut Berlubang
  • Muka Kekurangan Kolagen
  • Muka Berjeragat
  • Kedutan Halus mahupun Tebal
Rawatan Dermapen Untuk Kulit Muka Berjeragat Dan Parut Di Muka Di Comfort Zone Spa


Rawatan Dermapen di Comfort Zone Spa


Untuk mereka yang teringin nak cuba rawatan Dermapen ni Diah cadangkan untuk buat rawatan Dermapen di Comfort Zone Spa yang bertempat di Batu Caves Selangor. 

Bersempena bulan November, Comfort Zone Spa mengadakan promosi rawatan Dermapen pada harga RM150 untuk satu sesi. Harga asal rawatan adalah RM250. Banyak jimat tu.


Dapatkan rawatan di Comfort Zone Spa


Jangan risau kerana pemilik dan kakitangan di Comfort Zone Spa ni terlatih dalam bidang kecantikan. 

Untuk menjaga keselesaan pelanggan mereka Comfort Zone hanya dikhaskan untuk kaum wanita sahaja dengan menyediakan perkhidmatan seperti urutan badan, rawatan wajah, sauna badan, lulur badan, rawatan tangan dan kaki, solekan bagi menghadiri pelbagai majlis. pakej rawatan bersalin, spa di rumah dan mandian.

Sebelum anda terjah Comfort Zone Spa, anda dinasihatkan untuk hubungi mereka dan tetapkan temujanji supaya urusan anda lebih mudah. 

Boleh hubungi mereka seperti nombor yang tertera di bawah atau ikuti perkembangan dan tawaran menarik melalui perkongsian di media sosial.


Alamat:
Comfort Zone Spa
1-56, Jalan Prima SG 3/1
Prima Sri Gombak
68100 Batu Caves
Selangor Darul Ehsan


Tel ☎: 03 - 67344548
Atau boleh terus whatspp
Boleh terus whatsapp:


Seperti yang Diah kongsikan dekat atas tadi, rawatan Dermapen ni semestinya pilihan terbaik untuk kulit muka yang bermasalah terutama parut dan jeragat. Kulit akan jadi lebih tegang, bersih, dan berseri. 

Menurut pemilik Comfort Zone Spa, In sha Allah dengan satu kali rawatan anda akan rasai kelainannya. Jadi apa lagi, cepat buat temujanji anda sekarang.