Rawatan Dermapen Untuk Kulit Muka Berjeragat Dan Parut Di Muka Di Comfort Zone Spa

Hi semua,

Untuk entri kali ni Diah nak berkongsi tentang topik kecantikan. Rasanya semua orang memang pentingkan kecantikan terutama kulit muka tak kisah la lelaki mahupun perempuan. Sebab apa tau, orang akan pandang bahagian muka dulu sebelum memulakan perbualan. Nak kena ada eye contact katanya. Bila muka comot mula la segan kalau orang pandang semacam kan? Bila orang pandang lama sikit je mula la rasa insecure.

Dulu masa usia remaja masa zaman hormon tak stabil, Diah sendiri pernah alami kemurungan sebab masalah jerawat. Nak keluar rumah pun terasa malu sangat padahal orang memang tak pandang pun Diah. Terperasan sendiri je. Masa tu mana pandai nak jaga kulit muka. Nak beli pembersih muka pun minta belas ehsan mak.

Diah memang setuju sangat kecantikan amat berkait rapat dengan keyakinan diri seseorang. Bila kulit muka bebas masalah keyakinan tu secara otomatik akan tinggi. Tu sebab ada je orang sanggup berhabis ribuan ringgit sebab nak baiki kulit muka yang bermasalah.

Diah tertarik nak kongsi dengan pembaca semua tentang sejenis rawatan kulit muka terutama untuk mereka yang ada masalah parut yang degil dan juga masalah jeragat iaitu rawatan Dermapen atau nama lain dia Microneedle Treatment yang semakin dikenali sekarang ni. Rawatan Dermapen dipercayai merupakan rawatan yang pantas untuk mengatasi masalah kulit tau.

Jarum untuk rawatan dermapen
Contoh jarum yang digunakan untuk rawatan Dermapen
*gambar google image
Apa itu rawatan Dermapen \ Microneedle Treatment?

Apa yang di maksudkan dengan rawatan Dermapen atau Microneedle Treatment ni adalah rawatan ini mengunakan jejarum micro yang menembusi lapisan kulit dan memecahkan kolagen lama elastin di dalam lapisan kulit seterusnya merawat dan meremajakan kulit. Rawatan Dermapen menjadikan kulit wajah licin dan bebas lekuk.

Memang rawatan ni bertujuan untuk melukakan kulit muka kita (dengan cara selamat) supaya dapat membebaskan kolegan yang sedia ada dalam kulit supaya dia boleh bekerja dan membaiki kulit muka yang rosak tu. Akan ada healing crisis, masa ni nanti kulit akan mengelupas dan kulit rosak akan tersingkir digantikan dengan sel-sel kulit baru. Hasilnya kulit tampak lebih anjal dan muda.

Bila baca review orang yang pernah buat rawatan Dermapen ni semua macam seronok je. Memang la sedikit ngeri bila fikir kan jarum di tusuk pada kulit muka dan melibatkan darah tapi kalau hasilnya memang berbaloi why not cuba kan? Dah ramai pun yang buat.

Rawatan Dermapen khas untuk mereka yang mempunyai masalah kulit seperti dibawah:

  • Parut Hitam
  • Parut Berjerawat
  • Parut Berlubang
  • Muka Kekurangan Kolagen
  • Muka Berjeragat
  • Kedutan Halus mahupun Tebal
Rawatan Dermapen Untuk Kulit Muka Berjeragat Dan Parut Di Muka Di Comfort Zone Spa
Pelakon Ema Akma antara pelanggan di Comfort Zone Spa yang mendapatkan rawatan Dermapen
Rawatan Dermapen di Comfort Zone Spa

Untuk mereka yang teringin nak cuba rawatan Dermapen ni Diah cadangkan untuk buat rawatan Dermapen di Comfort Zone Spa yang bertempat di Batu Caves Selangor. Bersempena bulan November, Comfort Zone Spa mengadakan promosi rawatan Dermapen pada harga RM150 untuk satu sesi. Harga asal rawatan adalah RM250. Banyak jimat tu. 

Dapatkan rawatan di Comfort Zone Spa

Jangan risau kerana pemilik dan kakitangan di Comfort Zone Spa ni terlatih dalam bidang kecantikan. Untuk menjaga keselesaan pelanggan mereka Comfort Zone hanya dikhaskan untuk kaum wanita sahaja dengan menyediakan perkhidmatan seperti urutan badan, rawatan wajah, sauna badan, lulur badan, rawatan tangan dan kaki, solekan bagi menghadiri pelbagai majlis. pakej rawatan bersalin, spa di rumah dan mandian.

Sebelum anda terjah Comfort Zone Spa, anda dinasihatkan untuk hubungi mereka dan tetapkan temujanji supaya urusan anda lebih mudah. Boleh hubungi mereka seperti nombor yang tertera di bawah atau ikuti perkembangan dan tawaran menarik melalui perkongsian di media sosial.
Alamat:
Comfort Zone Spa
1-56, Jalan Prima SG 3/1
Prima Sri Gombak
68100 Batu Caves
Selangor Darul Ehsan


Tel ☎: 03 - 67344548
Atau boleh terus whatspp
Boleh terus whatsapp:


Seperti yang Diah kongsikan dekat atas tadi, rawatan Dermapen ni semestinya pilihan terbaik untuk kulit muka yang bermasalah terutama parut dan jeragat. Kulit akan jadi lebih tegang, bersih, dan berseri. Menurut pemilik Comfort Zone Spa, In sha Allah dengan satu kali rawatan anda akan rasai kelainannya. Jadi apa lagi, cepat buat temujanji anda sekarang.

Bilik Rawatan di Comfort Zone Spa 

25 comments:

  1. Kita ada microneedle ni..yg jenis roller tu..selalu gak guna bila kulit ada masalah...bila buat ni letak serum..pastu roll kan dekat muka...esok tu bangun pagi kulit tegang ja

    ReplyDelete
  2. Jemput join Planner 2019 Giveaway hehe :) https://messarah.blogspot.com/2018/11/planner-2019-giveaway-by-lullabyssz.html

    ReplyDelete
  3. Setakat ni tak berani lagi nak buat rawatan yang melibatkan jarum dan darah dekat muka. Hehehhe. Penakut darah sebenarnya saya ni.

    ReplyDelete
  4. Akak, takut saya tengok gambar muka akak tu!! Terperanjat tau. Hahaha. Mana gambar akak sesudah rawatan? Nak tengok wajah akak yang terkini. Hehehe. Saya cari tempat facial berbulan-bulan dah. Tak jumpa lg.

    ReplyDelete
  5. Terkejut kita mula-mula tengok muka yang merah tu ingatkan ada kesan darah hehehehe seram juga tapi bila tengok betul-betul baru tahu hehehe lepas ni kita nak cuba juga boleh tak...

    ReplyDelete
  6. Ishh tak sakit ke tu, sampai kena lukakan kulit. Macam2 rawatan sekarang ni kan.

    ReplyDelete
  7. Pernah dengar nma rawatan nie yg mana alat tu akan “melukakan” kulit bagi menggalakkan pertumbuhan kolagen baru utk bahagian yg dilukakan tu. Mmg ramai yg dapatkn rawatan dermapen ini utk mengatasi masalah parut dalam. Okay lepas nie dah tahu nk ke mana kalau nk dptkn rawatan nie

    ReplyDelete
  8. Haritu masa buat facial ada jugak dengar pasal rawatan dermapen ni. Dermapen adalah rawatan paling bagus untuk merawat masalh kulit katanya. Mcm nak cuba lah muka ni pon dah bnyk jerawat dan dh ada tnda2 nak naik jeragat.haih

    ReplyDelete
  9. Tak tau ada rawatan camni. Walau pun kulit i berjeragat tapi i takut buat rawatan macam ni.hehehe...tengok you buat nampak macam ok je. InsyaAllah nanti I try pulak.

    ReplyDelete
  10. Sis paling gakt kalau cucuk cucuk muka atau buat laser ni..seriau..heehe.
    Alhamdulillah kulit wajah tak ada masalah, sis pakai produk biasa aje. Kalau ada kawan sis yg ada masalah muka nanti sis suggestkan buat rawatan kat sini

    ReplyDelete
  11. Bagusnya treatment untuk orang perempuan je, macamni baru best..

    ReplyDelete
  12. Tangan AM berparut.. boleh ker gunakan rawatan muka ini utk rawatan tangan.. dah mcm cuba nak hilangkan parut di lengan ni.. huawaa

    ReplyDelete
  13. Kalau bab muka, perempuan memnang sensitif. Kalau muncul je jerawat mesti meroyan. Bagusla buat facial muka ni ya.. Bagus ada rawatan macamni

    ReplyDelete
  14. Sekarang memang dah banyak rawatan untuk kulit wajah di pasaran. Pernah juga tengok yang luka kan sedikit wajah yang keluar darah disapukan di wajah. Nak cuba tapi takut.

    ReplyDelete
  15. bila umur dah makin meningkat ni asyik nak belek kulit je depan cermin..huhuh

    ReplyDelete
  16. Setuju sangat. Kebersihan dimuka tu memang buatkan keyakinan juga pada kita. Kadang kita rasa kurang keyakinan sebab penampilan kita kan. Bagus kalau ada jalan penyelesaiannya. Kena mencuba kan. Mana tahu memberikan hasil yang terbaik selepas dicuba.

    ReplyDelete
  17. Eh menariknya rawatan ni. Hehehe..biasalah pompuan kan..memang cepat tertarik dengan rawatan-rawatan kecantikan ni..kak min kena gi ni hahaha..maklum lah nak kekal awet muda..

    ReplyDelete
  18. Eh eh, nampak scary je dengan treatment tu. Tapi memang popular dah rawatan jenis pakai darah untuk baikkan parut ni.

    ReplyDelete
  19. This does sound pretty simple, I've tried PRP before and this should give us the same result right?

    ReplyDelete
  20. Rawlins sejenis penakut dengan jarum especially dekat muka nie. Perasaan teringin itu ada tapi ketakutan melebihi segalanya. Hehe

    ReplyDelete
  21. tak tahu pasal rawatan dermapen ni menarik diah kongsi ni

    ReplyDelete
  22. Have you try the facial. Look scary but if can maintain a good skin why not give a try.

    ReplyDelete
  23. Spa yang menarik.. Tak pernah tahu pula pasal treatment macma nie..

    ReplyDelete

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.