Cara buat Best Nine Instagram 2018

Cara buat Best Nine Instagram 2018 

Dah masuk bulan terakhir setiap tahun untuk siapa yang aktif di Instagram mesti tak lepaskan peluang nak buat Best Nine Post untuk Instagram kan? Sama la dengan Diah bila tengok orang dah mula upload masing-masing punya Best Nine mula la nak buat juga. Dah ada yang buat ke?

Apa Best Nine Instagram ni? Best Nine adalah 9 gambar yang dipilih daripada gambar-gambar yang kita upload di Instagram kita sepanjang tahun 2018. Kiranya hanya 9 gambar yang terpilih tu dapat paling banyak engagement daripada followers kita dari segi likes dan juga comments. 

Tak wajib pun buat. Heehehehhe. Untuk suka-suka sahaja.

Best Nine Instagram 2018 Rodiahamir
Best Nine 2018 Rodiahamir

8 Tanda Peningkatan Tahap Serius Kecederaan Kepala

Jika anda pernah mengalami kecederaan di kepala akibat terjatuh, terhantuk atau apa sahaja bentuk kemalangan yang melibatkan anggota kepala anda perlu memberi perhatian jika terdapatnya peningkatan tahap kecederaan yang di alami.

Diah sempat mendapatkan panduan perawatan berkenaan dengan kecederaan kepala semasa Diah membawa anak bongsu ke hospital akibat jatuh katil beberapa bulan lepas. 

Doktor berkongsi beberapa tips dan Tanda yang perlu di perhatikan jika kecederaan kepala bertambah serius. 


8 Tanda Peningkatan Tahap Serius Kecederaan Kepala

Memang seram bila fikir balik apa yang jadi. Airis terjatuh dari katil waktu tu kami sibuk nak solat Subuh. 

Jadi tak sedap hati bila Airis muntah selepas jatuh dari katil. Sebab tu kami dapatkan rawatan di bahagian Kecemasan HKL. 
8 Tanda Peningkatan Tahap Serius Kecederaan Kepala

Tanda-tanda Peningkatan Tahap Serius Kecederaan Kepala

Apabila seseorang pesakit sudah mendapatkan rawatan dan dibenarkan pulang oleh doktor, tetapi pesakit dikehendaki datang serta merta ke hospital jika terdapat tanda-tanda berikut timbul:
  • Sakit kepala yang keterlaluan dan berterusan. 
  • Berasa pening, loya dan muntah-muntah. 
  • Bingung, kurang sedar atau resah. 
  • Pengsan
  • Perangai atau tingkahlaku berubah. 
  • Tidak dapat dikejutkan dari tidur. 
  • Mengalami sawan. 
  • Pendarahan daripada hidung atau telinga yang berterusan dan banyak.  
  • Tempoh Pemantauan Kecederaan kepala

Doktor ada terangkan iaitu, tempoh 6 jam pertama adalah tempoh kritikal dan perlu di ambil serius jika baru mengalami kecederaan kepala. 

Salah satu Tanda yang biasa terjadi adalah seseorang itu akan muntah. Muntah yang perlu dirisaukan adalah muntah dengan kadar yang banyak dan tidak berhenti. 

Masa anak bongsu Diah jatuh katil beberapa bulan lepas, memang tiada benjolan kepala mahupun kecederaan lain tetapi itu merupakan kali ke tiga dia jatuh melibatkan anggota kepala dan kebetulan dia ada muntah sedikit jadi kami nekad untuk berjumpa doktor.  

Untuk elak perkara tidak di ingini Diah bawa anak untuk mendapatkan rawatan di hospital Kuala Lumpur. 

Banyak ilmu baru yang Diah dapat. Doktor juga periksa keadaan tengkorak anak bongsu dan Alhamdulillah dari pemeriksaan tidak berlaku sebarang retakan. 

5 Langkah Dan Tindakan Penting 

  1. Elakkan / tidak harus dibiarkan pesakit berseorangan. Mesti ditemani agar dapat memantau keadaan kecederaan. 
  2. Makan ubat yang dibekalkan oleh doktor seperti yang diarahkan. 
  3. Jangan makan dan minum dengan banyak terutama minuman keras. 
  4. Jangan memandu kenderaan atau motosikal sendiri. 
  5. Haruslah dibawa ke hospital dengan segera jikalau terdapat Tanda peningkatan tahap serius kecederaan kepala seperti yang diterangkan di atas. 
Semoga bermanfaat!

Junior Chef 2018 Ancasa Residences Port Dickson Gilap Bakat Kulinari Cef Kanak-Kanak

Sempena cuti persekolahan dan seperti tahun-tahun yang sebelumnya, sekali lagi Ancasa Hotels & Resorts telah berjaya mengadakan program Junior Chef 2018 untuk menggilap bakat kulinari dalam diri anak-anak.  

Junior Chef 2018 Ancasa Residences Port Dickson Gilap Bakat Kulinari Cef Kanak-Kanak

Rupa-rupanya tahun 2018 adalah merupakan tahun keempat Ancasa Residences Port Dickson dengan kerjasama ADABI mengadakan program ini dan telah berjaya menarik minat seramai 43 orang peserta terdiri daripada kanak-kanak yang berumur 6 – 12 tahun.


Teruja sungguh Diah melihat anak-anak begitu tekun mendengar penerangan daripada Cef dari Ancasa Residences Port Dickson dan mereka telah diminta menyediakan tiga menu ringkas lagi berkhasiat. 

 ‘Salad kekacang dan Sayuran beserta Sos Bijan & Roti Pita, ‘Papilotte’ Ayam, Sayuran & Kentang serta ‘Triffle Buah-buahan segar bersama Ais Krim’.



Chef Junior 2018


Benarlah perumpamaan Melayu iaitu ‘Meluntur Buluh Biar Dari Rebung’, di usia begini lah waktu terbaik untuk mereka menerima tunjuk ajar dan pada masa yang sama dapat membantu membentuk sahsiah dan jati diri yang positif dalam diri mereka.


Chef Junior 2018


‘Ancasa Junior Chef adalah merupakan wadah terbaik buat anak-anak memanfaatkan cuti penggal persekolahan dengan mengikuti aktiviti memasak dalam suasana yang santai dan paling penting adalah menyeronokkan ~ Puan Hazlina Ishak, Pengurus Besar Ancasa Residences

Chef Junior 2018 Ancasa Residences Port Dickson

Bukan sahaja para peserta, malah ibu bapa yang turut hadir memberi sokongan kepada anak-anak juga turut berasa teruja menyaksikan cef memberi tunjuk ajar dan berkongsi tips tentang masakan. 

Sebagai seorang ibu, Diah merasakan yang program ini wajar diteruskan kerana pendedahan yang anak-anak dapat sepanjang program ni dapat meningkatkan keyakinan diri dan mempertingkatkan daya kreativiti serta inovasi dalam diri mereka. 

Chef Junior 2018

Sebelum program Junior Chef berakhir, ianya turut diselitkan dengan aktiviti mewarna batik untuk memberikan pendedahan awal kepada cef-cef cilik tentang keunikan seni warisan negara dengan lebih dekat lagi. 

Sebagai tanda penghargaan, setiap peserta telah diberi sijil penyertaan, lampiran resipi dan topi chef serta hamper sumbangan dari pihak ADABI untuk mereka cuba bersama ibu bapa di rumah. 

Selain Ancasa Residences Port Dickson, Ancasa Hotel & Resorts juga mempunyai hotel dan resort yang terletak di Kuala Lumpur, Pahang, & Kuala Terengganu. 

Untuk sebarang pertanyaan dan juga tempahan, boleh la cuba hubungi mereka di talian 06-6627288 atau layari laman web di www.ancasahotels.com