Tahniah Elfira Loy, Selamat Pengantin Baru

Tahniah Elfira Loy, Selamat Pengantin Baru | Alhamdulillah. Hi korang. Diah masih lagi kagum dengan gambar-gambar perkahwinan Elfira Loy bersama pasangan dia, alahai semua cantik-cantik. Rasanya belum terlewat nak ucapkan tahniah kepada Elfira Loy dan Farisk Anuar. "Baraka Allahu Lakuma wa Baraka alikuma, Wa jamaah baina kuma fee khair." Mudah-mudahan ALLAH memberkatkan bagi kamu berdua, dan Tuhan berkatkan atas kamu daripada langit, dan moga-moga ALLAH himpunkan kamu sebagai suami isteri dalam kebajikan. 

Selamat pengantin baru dan semoga kebahagiaan, rahmat perkahwinan sentiasa ada dengan mereka. Khabarnya akan ada lima majlis resepsi untuk perkahwinan mereka. Seronoknya, baju-baju yang dipakai El untuk majlis dia pun cantik. Rekaan Rizman Ruzaini memang ada kelas la kan. Mesti mahal. 

Dah tengok Instagram Rizman Ruzaini? Alahai cair weh tengok baju Elfira. Nanges la camni. Nah serbu je Instagram dia tapi jangan jelous sorang-sorang. Meh jelous sama-sama. wakakkaka apesal cantik sangat tah. 

Selamat Pengantin Baru
Baraka Allahu Lakuma Wa Baraka Alikuma

Diah suka tengok Elfira ni sebab dia cantik, perempuan mana tak suka benda cantik kan? Lagi satu dia ni jenis berkening tebal so rasa macam geng sangat. Hahahaha bukan mudah perempuan berkening tebal nak survive masa zaman muda-muda ok, asyik la kena ‘bahan’ disebabkan kening. 

Tapi si El ni tahan kutukan so sedikit kagum di situ. Saiz dia pun kecik je. Jadi dia gunakan kekurangan dia jadi kelebihan dia dalam industry seni. Faham? Walaupun dia banyak je kena kecam sebab kes tunang tapi dia semakin laku. Dia pandai bergaya dan company yang engage dia tahu siapa target market customer mereka. Sebab tu Elfira Loy laku keras. Itu pendapat Diah la. 

Putus Tunang Dan Move On

Walaupun sebelum ni kecoh kes dia putus tunang, well dah tiada jodoh kan tapi big respect dia move on dengan cepat. Elfira apa yang tonjolkan dekat public melalui Instagram dia langsung tak nampak dia melatah bila peminat duk kutuk-kutuk dan buat banyak andaian. Hello ni bukan back up ya ni pemerhatian sahaja. Sesiapa sahaja boleh bersetuju untuk tidak bersetuju. 

Ramai juga yang kecam mak ayah dia. Dia boleh sabar. Marah-marah sikit tu adatlah tapi dia tak buat dan response kepada benda bodoh. Anak yang baik adalah anak yang pandai menjaga hati mak ayah mereka. tu semakin salute dekat dia. Mak dia faham anak dia macamana sebab tu El ikut cakap mak ayah tu. Baguslah. 
Baju Pengantin oleh Rizman Ruzaini
Cantik la dia. Suka warna ni. 

Doa Buat Pengantin

Buat Elfira dan suami, selamat menempuh alam rumahtangga dengan jayanya. Semoga ikatan yang dibina berkekalan hingga ke Jannah. Bukan mudah nak menggalas tanggungjawab seorang isteri dan bukan susah kita nak gembira melalui perkahwinan. 

“Ya Allah, satukanlah hati mereka”
Seperti Engkau satukan hati Adam dan Hawa, Yusof dan Zulaikha dan seperti Engkau satukan hati Muhammad S.A.W. dan Siti Khadijah. Satukanlah hati kedua mempelai ini dengan iman keyakinan dan tawakal kepadaMu. Jadikanlah mereka suami soleh yang sentiasa memimpin dan isteri solehah yang sentiasa membantu. Murahkan rezeki mereka dan kurniakan kepada mereka zuriat yang beriman dan beramal soleh. Semoga kehidupan mereka dipenuhi Al-Mawwadah dan Al-Rahman di dunia dan akhirat.” 
Elfira Loy Kahwin

9 Tips Hindari Stress

Kalau sebelum ni kita dibiasakan dengan bila stress je akan cari makanan (Diah la tu) apa kata jom kita tukar dan hindari stress melalui pemakanan dan gaya hidup sihat. Baru hidup jadi berkualiti. 

Dengan perubahan zaman dan gaya hidup masa kini, makanan menjadi faktor utama kita jatuh sakit. Kalau tak percaya tengok lah statistik kesihatan dunia, Malaysia antara negara asia yang berada di tangga teratas kerana mempunyai kadar obesiti yang tinggi dikalangan rakyatnya. 

Seram kan? Kalau zaman mak ayah kita dulu makanan segera amat sukar nak dibeli. Sukar kerana lokasi dan juga harganya. Mahal. Mana mampu nak beli seperti sekarang. 

9 Tips Hindari Stress 

Jadi agak terbatas anak-anak nak merasa makanan segera ni. Penyakit pun susah nak hinggap. Kalau dibandingkan dengan sekarang memang jauh bezanya. Dengan harga yang mampu beli, makanan segera dah jadi menu penyelamat untuk ibu bapa yang sibuk tak sempat nak masak. 

Tak tunding jari pada orang sebab Diah pun kadang-kadang beli sebab teringin. Tahu bahaya tapi suka. Macamana tu? 

Oleh sebab azam 2019 nak didik keluarga ke arah kehidupan sihat, haruslah tekankan dan jauhi makanan segera. Mampukah? Kita cuba lah kan. 

Jadi kali ni Diah nak berkongsi tips dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tentang 9 tips menghindari stress melalui pemakanan dan gaya hidup sihat. Dalam banyak-banyak tips tu, paling susah nak amalkan adalah no 3 tu. Masih berjuang. 

Tips Hindari Stres


  1. Tabiat diet yang tetap
  2. Ambil Diet yang seimbang – Diet yang seimbang termasuklah ada buah, sayur, protein dan karbohidrat. Kalau susah nak hafal, amalkan je makan makanan pelbagai warna. Sayur hijau, buah oren ha macam tu. 
  3. Kurangkan pengambilan kafein – Nak berhenti ambil kafein dah macam setaraf dengan berhenti tabiat merokok. Faham sangat susah ok tapi sekarang perlahan-lahan kurangkan kafein. Bukan kopi je ada kafein ok, milo pun ada tapi jumlah dia kecil la. 
  4. Kurangkan pengambilan garam – Oleh sebab para ibu yang memasak dekat rumah maka kena ingat la dalam setiap masakan cuba kurangkan garam tapi lebihkan kasih sayang. Garam juga tinggi dalam makanan segera. 
  5. Hentikan pengambilan alcohol 
  6. Keperluan vitamin dan mineral yang mencukupi – Kalau nak ambil vitamin sila la dapatkan pandangan doktor dahulu. Kita tak nampak apa ada dalam badan kita. Mana yang kurang dan terlebih. Dah tahu baru beli yang patut ya. 
  7. Menggunakan bahan makanan yang mengandungi probiotik – Contoh makanan probiotik macam budu dan tempe. Ini Diah suka. 
  8. Kekalkan berat badan – Bila pemakanan terjaga in sha Allah berat pun kekal je. 
  9. Hentikan tabiat merokok – Dah alang-alang sekarang pun susah nak merokok apa kata berhenti teruslah. Memang payah tapi tak mustahil kan? 


Sekian sahaja perkongsian untuk misi sihat 2019. Sama-sama kita hargai nikmat sihat yang Allah beri. Nanti kalau tak jaga dekat akhirat kelak Allah akan soal semula apa yang kita buat dengan apa kita ada ni. 

Masa tu mulut dikunci, anggota badan kita yang tolong jawabkan. Insaf kan? Tak dapat amalkan semua tips dekat atas tak apa kita cuba yang mampu la. Selamat berjaya. 

5 Tips Elak Taktik Scammer Kurier Servis

Assalamulaikum, hai korang. Tak berapa lama dulu kecoh kan viral tentang taktik scammer melalui kurier servis. Pernah dengar? 

Kalau belum meh baca apa Diah kongsi ni. Macam pelik kan, macamana boleh jadi mangsa scammer melalui kurier servis? 

Rupa-rupanya korang berpotensi untuk jadi mangsa scammer ni bila berlakunya kebocoran maklumat peribadi korang. 

Maklumat peribadi seperti nama dan juga alamat tempat tinggal. Siapa yang dimaksudkan dengan scammer ni?


5 Tips Elak Taktik Scammer Kurier Servis


"Scammer is someone who makes money using illegal methods, especially by tricking people"

Oleh sebab perniagaan secara online ni dah bercambah macam cendawan tumbuh selepas hujan maka banyaklah penjenayah buka mata nak cari peluang juga. 

Semakin banyak jualan semakin ramai la yang menggunakan kurier servis untuk penghantaran barang kepada pelanggan.

Kalau dapat panggilan mencurigakan, baik jangan layan. Putuskan panggilan dan pergi ke bank atau telefon customer service bank kalau ada soalan.

Senarai Scammer di Malaysia

Mangsa-Mangsa Penipuan Scammer

Benda ni boleh terjadi dekat sesiapa sahaja. Seram kan? 

Apa yang Scammer buat ialah mereka akan guna nama dan alamat untuk membuat penghantaran barang yang konon-kononnya korang beli dan menetapkan bayaran secara cash on delivery (COD).

Maksudnya korang akan buat bayaran bila barang sampai ke tangan. Sebagai contoh antara platform shopping online yang terkenal sekarang macam Shopee dan Lazada. 

Jadi dekat sini la akan jadi tumpuan penjenayah untuk lakukan kegiatan mereka.

Rupa-rupanya dah ada kes pun yang melibatkan kurrier servis ni. Siap masuk surat khabar lagi, guru ditipu dan kerugian 12 ribu ringgit. 

Jadi korang kena la berhati-hati. 

Apa perlu korang buat untuk elak jadi mangsa scammer ni? sila ikuti Tips Elak Jadi Mangsa Taktik Scammer Melalui Kurier Servis seperti yang dicadangkan dibawah:

  1. Bila terima bungkusan sila semak nama penerima dan jangan tanda tangan nota penerimaan barang jika ada keraguan. 
  2. Jangan sesekali ambil barang yang dihantar jika tidak yakin. 
  3. Berkeras untuk tidak terima barang yang bukan kita pesan. 
  4. Semak detail barangan seperti berat bungkusan, maklumat penjual dan harga yang perlu dibayar. 
  5. Perkara yang sering terjadi, Jika menjadi wakil penerima pastikan penerima mengesahkan pembelian baru terima bungkusan dan buat pembayaran. 


Cara Semak Senarai Scammer Malaysia 

Kadang-kadang kita dah cukup berhati-hati tapi masih lagi menjadi mangsa penipuan. Itu namanya takdir. Minta la pertolongan dari Allah dan jauhi aktiviti yang mencurigakan. 

Diah nak kongsi satu laman web yang dapat bantu korang semak senarai penipu "scammer" di Malaysia dekat luar sana tu. 



Tips Elak Jadi Mangsa Taktik Scammer Melalui Kurier Servis

Sebenarnya masih banyak lagi taktik yang scammer ni amalkan dekat luar sana tu. Kita kena bijak dan jangan mudah termasuk dalam jerat mereka. 

Tiada jalan mudah nak kaya dan berjaya. Kita doakan semoga yang buat kegiatan ni dapat dibanteras dan kembali ke pangkal jalan. Baru aman dunia. Tak gitu?


Bercuti ke Windmill PD Farm

Kalau dah sampai ke Port Dickson Negeri Sembilan memang rugi sangat kalau tak jejak kan kaki ke Windmill PD Farm yang terletak betul-betul di tepi jalan ni. 

Dari luar boleh nampak replika kincir angin yang besar tu. Kisahnya kami jejakkan kaki ke sini lepas berfikir panjang samaada mahu ke Upside Down Port Dickson (Rumah Terbalik Port Dickson) atau ke Windmill PD Farm.

Bercuti ke Windmill PD Farm 

Lepas tengok review di internet dan memandangkan ada anak kecil lebih sesuai kalau buat aktiviti di Windmill PD Farm. 

Kalau di Rumah Terbalik Port Dickson aktiviti hanya terhad untuk selfie sahaja. Mungkin nanti anak dah besar sedikit boleh la ke sana pula. 

Lokasi Windmill PD Farm ni memang tak jauh pun dari tempat kami menginap hari tu di Ancasa Residences Port Dickson. Jadi sebelum balik KL kita bawa anak-anak bergembira dahulu. 

Lepas selesai je urusan check out di Ancasa Residence kami terus kesana dan Alhamdulillah cuaca amat baik pada hari tu. 


Tarikan Windmill PD Farm
Windmill PD Farm


Tarikan di Windmill PD Farm Untuk Pengunjung


Anda akan disambut dengan replika kincir angin besar, kereta dan juga binatang di hadapan pintu masuk. Tempat ni sesuai untuk seisi keluarga. 

Dekat sana ada binatang, rumah antik, rumah hantu, dan juga Funny House. Rumah hantu baru sahaja dibuka kepada orang ramai dan kami tak masuk pun sebab Ikhwan awal-awal lagi dah tunjuk muka cuak. 

Menurut petugas, rumah hantu tu tak seram pun yang ada pun patung-patung yang kelakar seram je. 


Petting Zoo

Kedatangan anda akan disambut dengan kandang Guinea Pig. Korang boleh masuk ke dalam kandang dan pegang sendiri itu pun kalau berjaya tangkap sebab Guinea Pig ni lari boleh tahan laju. 

Ada petugas dekat situ yang akan melayan anda dan terangkan tentang si Guinea Pig tu. Hari tu Diah tak dengar pun sebab sibuk kejar binatang ni. Comel sangat. 

Selangor ada - Petting Zoo Farm In The City Pahang pula ada Petting Zoo Rabbitland




Selain Guinea Pig, ada kandang lain seperti pelbagai jenis burung Nuri dan spesis lain. Kemudian ada sangkar ayam, angsa, burung Merak. 

Pendek kata yang seangkatan dengan burung yang tak boleh terbang dan bertelur macam ayam serama dan itik. 

Dekat Windmill PD Farm ni juga korang boleh tengok burung kasuari dengan lebih dekat. Ada juga arnab, kucing, kuda dan juga kambing.


Windmill PD Farm

 
Rumah Antik 

Dah penat tengok binatang korang boleh mula selfie dekat rumah antik. Cantiknya dalam rumah ni ada perabut dan juga kelengkapan orang zaman dahulu. 

Dalam ni juga ada kerusi merah bersaiz gergasi. Di sekitar rumah antik ada alatan seperti penyapu dan senduk bersaiz gergasi. Dekat rumah ni ada menjual minuman untuk menghilangkan dahaga. 


Tempat untuk Selfie di Funny House

Sebelum melangkah keluar dari Windmill PD Farm, satu lagi tarikan untuk mereka yang suka bergambar adalah Funny House. 

Ada banyak replika seperti alatan elektrik,buaian, kereta kuda (labu), dan banyak lagi yang bersaiz gergasi yang menarik sangat kalau korang suka bergambar. 


Funny House Windmill PD Farm

Apa pendapat Diah? 

Windmill PD Farm sesuai untuk mereka yang ada anak kecil terutama yang suka kan binatang dan suka bergambar. 

Kawasan dia tak terlalu luas dan berbaloi untuk dilawati tapi jangan bandingkan dengan tempat lain seperti Zoo. 

Windmill PD Farm lebih sederhana baik dari segi kemudahan dan juga tarikan dekat sana. 

Keperluan asas seperti tandas dan kedai disediakan cukup untuk hilangkan dahaga. Surau dan kemudahan lain diah tak perasan pula. 

Kalau nak kesini korang boleh waze je ikut alamat dibawah. Tiket untuk dewasa berharga RM20 dan kanak-kanak berharga RM15. Boleh ikuti perkembangan Windmill PD Farm di laman sosial mereka seperti dibawah: 

Windmill PD Farm
Lot 3636 Batu, 9, Jalan Pantai, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan

Dah alang-alang sampai PD boleh lajak terus ke Melaka makan asam pedas lepas tu boleh bawa anak tengok Dinasour.