Takwim Persekolahan Tahun 2019 - Kementerian Pendidikan Malaysia

Takwim Persekolahan Tahun 2019Hi Korang. Walau sesi persekolahan dah bermula pun minggu lepas, rasanya masih belum terlewat lagi Diah nak kongsikan jadual takwim persekolahan untuk tahun 2019. Semoga berguna untuk ibu bapa dekat luar sana tu. Sebenarnya nak kongsi dekat blog sendiri supaya mudah nak rujuk di masa hadapan. Senang nak rancang aktiviti sepanjang tahun. Lagi bagus kalau dapat print dan tampal baru puas hati. 

Bagusnya perincian takwim ni dah siap senaraikan penggal persekolahan, tarikh mula dan akhir persekolahan, cuti pertengahan penggal dan tahun serta yang paling dinantikan adalah senarai cuti perayaan. Yeay. Tahun ni raya tahun giliran rumah mertua. Cuti panjang pula tu jadi kena bijak rancang kahkahkah. Siapa team mak mertua angkat kening.
Takwim Persekolahan 2019
Takwim Persekolahan Kumpulan A

Takwim Persekolahan 2019
Takwim Persekolahan Kumpulan B

Takwim Cuti Perayaan 2019
Cuti Perayaan 2019
Tak perlu hurai panjang lebar, jadi korang tengok sendiri la berapa banyak cuti tahun 2019 dekat Malaysia ni. Jangan lupa tarikh yang penting. Eh, korang tahu tak yang Malaysia merupakan negara paling banyak cuti berbanding Negara Asean lain. Yeay akhirnya kita dapat juga tempat pertama. Cuti akak suka sebab suami boleh jaga anak-anak, akak nak beristirehat. Lol. 

Selamat merancang aktiviti tahunan!


Hukum Menyimpan Kuku Panjang

Masa zaman sekolah dulu setiap hari perhimpunan adalah hari yang mencemaskan sebab cikgu akan lakukan pemeriksaan rambut untuk pelajar lelaki. 

Manakala tudung untuk pelajar perempuan, pemakaian kain dalam dan stoking serta pemeriksaan kuku. 

Masa tu berkuku panjang tu adalah satu trend. Kuku kena panjang, berkilat dan bersih. Semuanya akibat pengaruh televisyen. 

Hukuman Simpan Kuku Panjang  

Tengok pelakon dan model semuanya berkuku cantik siap pakai quetic berwarna-warni. Tergoda ok.  
Geli geleman pula nak suap makanan ke mulut tapi kuku panjang dan bakteria yang melekat mana nak nampak kan? 

Tapi ada je kawan-kawan yang masih menyimpan kuku. Nak cantik. Sebenarnya boleh ke simpan kuku ni? 

Diah terbaca satu perkongsian oleh Ustaz Farid Rashidi tentang hukum menyimpan kuku. Nama sebenar adalah ustaz ni ialah Mohd Farid Bin Hj. Md. Rashidi. 

Beliau aktif menulis di blog semenjak tahun 2007 sebagai cara menyampaikan mesej dakwah, ketuhanan dan secebis ilmu buat ummah. 

Beliau juga merupakan seorang penulis buku genre islamik, motivasi & cinta. Suka berkongsi cerita dan juga suka melukis. 

Boleh ke Simpan Kuku Panjang?

Ustaz aktif menulis di Facebook dan telah pun menghasilkan karya 3 buah buku semenjak 2011. Berikut adalah perkongsian ustaz tentang hukuman menyimpan kuku panjang. 

Selalu sangat terserempak dengan kaum hawa berkuku panjang. Sengaja disimpan panjang. Ada juga yang potong tepi tapi tengah-tengahnya dibiarkan tajam. 

Kononnya cantik bila runcing. Dia punya panjang, sampai terpaksa berusaha keras untuk tekan keyboard telefon bimbit. Salah tekan, terus typo. Nak tekan saya, jadi sayang. Jeng! 

Ada juga kaum lelaki yang simpan kuku panjang di sesetengah jari. Tak tahulah apa tujuannya. Yang saya tak dapat bayang macammanalah waktu nak beristinjak dalam keadaan kuku panjang. 

Habis calar balar. Boleh bayang tak? Dah, dah tak payah bayang lagi. 




Kuku ini kalau disimpan panjang, lebih kurang sama rupanya macam haiwan karnivor (maging). Alah haiwan pemangsa yang makan daging macam singa, harimau. Kan kuku panjang. Baiklah, mari kita lihat hukumnya.

Hukum Memotong Kuku

Fuqaha’ bersepakat mengatakan bahawa memotong kuku adalah sunnah daripada sunnah fitrah manusia. 

Disunatkan bagi setiap orang muslim menjaga kebersihannya dengan baik. Hukum ini sama sahaja, terpakai kepada lelaki mahupun wanita.

Dalilnya:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رضي الله عنه عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم قَالَ: "الْفِطْرَةُ خَمْسٌ أَوْ خَمْسٌ مِنَ الْفِطْرَةِ الْخِتَانُ، وَالاِسْتِحْدَادُ، وَتَقْلِيمُ الأَظْفَارِ، وَنَتْفُ الإِبِطِ، وَقَصُّ الشَّارِبِ"

Daripada Abi Hurairah r.a bahawa Nabi SAW bersabda: “Dari 5 sunnah fitrah ialah khitan, mencukur bulu kemaluan, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan memotong misai.”

[Hadis Riwayat Ibn Majah, no.292]


Juga hadis yang mengingatkan agar tidak membiarkan kuku panjang hingga lebih empat puluh hari.

وعَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رضي الله عنه قَالَ: وُقِّتَ لَنَا فِي قَصِّ الشَّارِبِ، وَتَقْلِيمِ الأَظْفَارِ، وَنَتْفِ الإِبِطِ، وَحَلْقِ الْعَانَةِ، أَنْ لاَ نَتْرُكَ أَكْثَرَ مِنْ أَرْبَعِينَ يَوْماً. رواه مسلم.

Daripada Anas Bin Malik r.a, Rasulullah SAW bersabda: “Telah ditentukan waktu kepada kami memotong misai, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan mencukur bulu ari-ari agar kami tidak membiarkannya lebih dari empat puluh hari.”

[Hadis Riwayat Bukhari, no.5889. Riwayat Muslim, no.257]

Boleh tak mahu kerat kuku, dikecualikan hanya ketika berlakunya peperangan sahaja.

Ini disebut pula dalam Kitab al-Fatawa al-Hindiyyah:

“Mengerat kuku adalah sunnah kecuali di masa peperangan, membiarkannya (ketika itu) adalah disunatkan.

Beberapa hukum berkenaan kuku yang boleh kita ambil perhatian:

• Cara memotong kuku, sebaiknya dimulakan mengerat kuku tangan kanan terlebih dahulu barulah kiri. Begitu juga untuk kaki, hendaklah dimulakan dengan kaki kanan.
Sebagaimana apa yang Rasulullah SAW selalu ajarkan agar mulakan sesuatu dari sebelah kanan:
عَنْ عَائِشَةَ، قَالَتْ: إِنْ كَانَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: لَيُحِبُّ التَّيَمُّنَ فِي طُهُورِهِ إِذَا تَطَهَّرَ، وَفِي تَرَجُّلِهِ، إِذَا تَرَجَّلَ، وَفِي انْتِعَالِهِ إِذَا انْتَعَلَ
Daripada Saidatina ‘Aisyah r.a: “Rasulullah SAW lebih suka menggunakan sebelah kanan dalam urusan-urusan beliau; dalam bersuci, menyikat dan memakai sandal.”
[Hadis Riwayat Bukhari, no.231. Hadis Riwayat Muslim, no.268]

• Dilarang mengerat kuku bahagian tepi, dan meninggalkan bahagian tengah hingga kelihatan tajam dan meruncing kerana ia akan menyebabkan terkumpulnya kotoran.
[Sabah al-Samarrai’ (Dr.), hlm.76. Al-Farghani, jil.3, hlm.411]

• Makruh mengerat kuku menggunakan gigi. Hendaklah menggunakan pengepit kuku. Al-Farghani menyebut bahawa mengerat kuku menggunakan gigi antara punca menyebabkan penyakit.
[Nizamuddin, jil.5, hlm.358]
Islam itu indahkan? Cantik sangat. Hinggakan bab potong kuku pun diajar Rasulullah SAW.

Hikmah Mengerat Kuku

  1. Mengerat kuku adalah bersesuaian dengan fitrah manusia yang sempurna. Ia juga adalah sunnah Rasulullah SAW. Bila sunnah, sudah pasti akan ada pahala menanti.
  2. Bila dibiarkan panjang, maka akan terkumpullah segala sisa-sisa kekotoran biarpun dah bersihkannya. Kita mana nampak kumankan? Sudah tentu akan mendatangkan penyakit nanti. Bayangkan lagi, dengan kuku yang panjang itu diulinya tepung buat kuih dan roti canai. Padukan? Diramas-ramas pula santan pekat putih berubah jadi kelabu. Bayangkanlah kita makan makanan tu. 
  3. Bila kekotoran terkumpul, menghalang untuk kita bersuci sempurna (mandi hadas dan wudhuk) hingga sampai air ke lapisan kuku.
  4. Mengelakkan orang Islam sama semacam orang fasik dan kafir dan juga semacam binatang buas.
  5. Jadi apa kata korang lepas baca penerangan ustaz ni? masih berselera nak simpan kuku panjang? Ingat jangan biarkan kuku tidak dipotong melebihi 40 hari. Bukan kuku je tau yang perlu kita jaga dan potong. Bahagian lain pun kena ambil tahu. Jadi la Muslim yang sentiasa kemas dan mengutamakan kebersihan. Baru orang suka dan selesa dengan kita. Setakat ni dulu perkongsian. 

Wassalam. 

Perletakkan Jawatan Yang di-Pertuan Agong Malaysia Ke-15

Sayu je hati bila dapat tahu tentang berita perletakkan jawatan Yang di-Pertuan Agong ke-15, Sultan Muhammad V baru-baru ni. Antara Yang di-Pertuan Agong kesukaan Diah. 

Dah berusia baru semangat sayangkan raja dan negara ni menebal sedikit dalam hati. Baru semangat patriotik tu mula bercambah dalam diri. Begitu ya. 

Setakat ni tiada lagi sebab musabab tentang pengunduran yang dikongsi dengan rakyat ataupun Diah terlepas bahagian tu cuma memang Agong baru je kembali bertugas lepas bercuti kerana sakit dan sedang mendapatkan rawatan. 

Perletakkan Jawatan Yang di-Pertuan Agong Malaysia Ke-15

Adakah punca utama Agong mengundurkan diri sebab dia rasa dia tak dapat fokus dalam melaksanakan tanggungjawab Tuanku?

Kan tak adil dia pegang takhta tapi tak jalankan tugas. Respek sangat part ni. Apa sahaja khabar buruk tentang Agong memang payah Diah nak percaya, selagi belum terbukti. Biarlah itu menjadi urusan Agong dengan Tuhan. 


Sultan Muhammad V, Yang di-Pertuan Agong Malaysia Ke-15 letak jawatan


Tugas sebagai Yang di-Pertuan Agong bukan mudah. Menjadi ketua negara, ibarat memimpin sebuah bahtera. Bengkok nakhodanya makan compang campinglah perjalanan kapal. Terima kasih Tuanku sudi memimpin Malaysia. 

Terima kasih atas segala jasa. Ramai yang mudah menjatuhkan hukuman bila khabar angin tersebar, fikirkanlah sebelum mengeluarkan kata-kata. Entah bila kita dapat bersua muka dengan Tuanku dan meminta maaf. 

Ingat! Hanya manusia dapat memberi maaf kepada manusia lain. Teruk kita nak merangkak cari Tuanku di akhirat kelak. 


Kronologi Sultan Muhammad V Sebagai Yang Di-Pertuan Agong Ke-15


Diah kongsikan artikel yang Diah jumpa di Berita Harian mengenai Kronologi Sultan Muhammad V selaku Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang ke-15:

14 Oktober 2016: 

Sultan Muhammad V dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 bagi tempoh lima tahun pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-243 (Khas), menggantikan Sultan Kedah, Almarhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah.

13 Disember 2016: 

Sultan Muhammad V melafaz sumpah memegang jawatan Yang di-Pertuan Agong ke-15, manakala Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah pula mengangkat sumpah sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong.

31 Januari 2017: 

Berkenan menerima Darjah Yang Maha Utama Kerabat Diraja Malaysia (D.K.M) daripada kerajaan Malaysia.

24 April 2017: 

Sultan Muhammad V ditabal sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 dalam satu istiadat penuh dengan tradisi Kesultanan Melayu di Istana Negara.

24 April 2017: 

Berkenan berangkat ke Majlis Santapan Diraja untuk kali pertama sempena pertabalan baginda.

3 November 2017: 

Berkenan menerima menghadap Putera Charles dan isteri baginda, Camella di Istana Negara.

10 Mei 2018: 

Berkenan menerima menghadap Tun Dr Mahathir Mohamad untuk mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri ketujuh di Istana Negara selepas gabungan Pakatan Harapan memenangi pilihan raya umum ke-14.

16 Mei 2018: 

Memperkenan rayuan pengampunan penuh Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ketika itu Ketua Umum PKR dan diberi pembebasan serta-merta. Anwar kini presiden parti itu.
18 Mei 2018: 
Berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di Istana Negara untuk menyerahkan senarai nama Ahli Parlimen yang dilantik sebagai Menteri Persekutuan baharu.

2 November 2018: 

Sultan Muhammad V bercuti sehingga 31 Disember 2018 untuk menjalani rawatan dan sepanjang tempoh itu Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah selaku Timbalan Yang di-Pertuan Agong menjalankan tugas-tugas Yang di-Pertuan Agong.

4 Januari 2019: 

Sultan Muhammad V berkenan menunaikan solat Jumaat di Masjid Sultan Ismail Petra, Kubang Kerian, Kelantan.

6 Januari 2019: 

Sultan Muhammad V meletak jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong XV berkuat kuasa hari ini. – 

Padah Hina Agong


Memang hak bersuara menjadi hak semua, sesiapa shaja bebas berkata-kata tapi harus diingat dalam melontarkan komen terhadap seseorang, elakkan kata-kata dan tulisan provokasi, mengahsut, dan menghina kerana terdapat akta yang boleh menyebabkan seseoarng itu didakwa. 

Mengikut Syeksyenn 233(1)(A) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588), jika disabitkan kesalahan boleh dihukum mengikut syeksyen 233(3) akta yang sama membawa hukuman denda sehingga Rm50,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya sekali. 

"Terlajak perahu boleh diundur, terlajak update status Facebook, kena screenshot la jawabnya"

Sultan Muhammad V, Yang di-Pertuan Agong Malaysia Ke-15
this is too much


Permohonan maaf Sultan Muhammad V, Yang di-Pertuan Agong Malaysia Ke-15


Ini adalah contoh yang memang boleh pecah belahkan rakyat dan menggugat keharmonian negara. Ada otak tapi tak digunakan sepenuhnya. 

Jika tak bersetuju sekalipun lebih baik diam dari mengeluarkan kata-kata yang yang kesat. Terlupa agaknya rukun negara kita, dah teruk dikecam baru la nak minta maaf. 


Rukun Negara Malaysia 

Kepercayaan Kepada Tuhan
Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara
Keluhuran Perlembagaan 
Kedaulatan Undang-Undang 
Kesopanan Dan Kesusilaan


Biodata Sultan Muhammad V, Yang di-Pertuan Agong Malaysia Ke-15


Konklusi 

Bagi pendapat Diah, semangat sayangkan pemimpin dan negara memang perlu sangat di asuh dalam diri kita. Hormati yang tua sayangi yang muda. Terapkan semula lima rukun negara, sedar diri dimana bumi dipijak disitulah langit dijunjung. 

Kita patut bersyukur, pemimpin masih ‘berlembut’ dalam sesetengah perkara. Ya walaupun masih banyak kekurangan tapi kena fahami juga, tugas dan tanggungjawab bukan mudah macam kita selalu sangka. Apa pun pendapat kita tak semestinya sama kan? Tepuk dada tanya selera. 

Kebaikkan Chia Seed Untuk Kesihatan

Terbeli organic Chia Seed edisi pocket ni gara-gara Watsons buat Sale kurang ajar hujung tahun lepas. Konon masuk Watsons nak cari foundation yang dah nak habis lepas tu nak cari barang penjagaan diri, sekali ternampak promosi beli satu percuma satu.

Paling geram apa tau, promosi Chia seed ni betul-betul depan mata dekat dengan kaunter. Patut lah banyak pasaraya letak Kinder Bueno dekat dengan cashier supaya dapat menggoda anak-anak korang supaya beli. 

Oleh sebab Chia Seed termasuk dalam kategori sihat dan tak membazir maka beli juga. Chia seed pocket ni berharga Rm14.75 untuk empat botol kecil bersaiz poket. 

Kebaikkan Chia Seed Untuk Kesihatan

Jadi dapat lapan botol kecil, dan satu botol berharga dalam lingkungan RM1.84 untuk 28gram. Ok masa menulis ni masih terasa geram sebab macam kena pukau disuruh beli. 

Jangan salahkan Watsons salahkan diri sendiri sebab teruja beli satu percuma satu. 
Organik Pocket Chia Seed


Chia Seed Tu Apa Ya?

Bijian chia atau lebih dikenali sebagai chia seeds adalah sejenis bijian yang diperoleh dari pokok chia (Salvia hispanica). Bijian ini banyak didapati di kawasan Mexico dan Guatemala. 

Dikatakan puak Mayan dan Aztec telah menganggap bijian ini sebagai makanan yang memberikan kekuatan luar biasa.

Bijian chia dikenali sebagai ‘super food’ kerana kandungan nutrisinya yang tinggi. Ia mengandungi mineral dan serat yang tinggi dan sumber lemak omega-3 yang amat bagus selain tinggi antioksidannya. 

Analisis menunjukkan bahawa kandungan biji chia adalah tidak melebihi tahap logam maksimum untuk makanan.

Ia juga bebas dari mikotoksin dan tidak mengandungi gluten. Chia Seed ni dia tiada rasa. Dia seakan-akan biji selasih yang popular semasa bulan Ramadhan dekat bazar tu. 

Bila Chia Seed ni direndam dia akan mengembang dan akan ada lendir disekelilingnya. Jadi amat membantu buat perut kita rasa kenyang dan memudahkan proses pembuangan. 


Kawal Berat Badan Dengan Chia Seed


Sebenarnya makan Chia Seed sebagai salah satu cara untuk sihat dah lama dah popular dekat Malaysia. Paling ramai amalkan Chia Seed ni sebab nak turunkan berat badan. 

Lepas tu nak amalkan pun sangat mudah cuma letak dalam air minuman, kiranya minum sambil buat kerja.

Sedar-sedar dah kurus eh! Yang penting disiplin. Eh sebelum tu nak beritahu yang Diah bukan penjual Chia Seed ya, entri ni adalah sekadar berkongsi kebaikkan jika makan Chia Seed. 

Antara kebaikkan lain yang korang akan dapat jika mengamalkan Chia Seed adalah seperti:
  • Menyihatkan kulit dan rambut supaya nampak lebih cantik dan bermaya. 
  • Mengenyangkan supaya mampu mengawal berat badan untuk kurus. Bila kenyang nafsu seperti syaitan itu dapat dikawal. 
  • Meningkatkan tahap kesihatan jantung. 
  • Bagus untuk pesakit Diabetes dan mengawal takat gula dalam darah supaya turun ke tahap normal.
  • Menambahkan keanjalan dan membantu pergerakan sendi dan mengatasi masalah sembelit. Lendir-lendir itu amat membantu dalam proses perkumuhan jadi digalakkan untuk makan Chia Seed. 
  • Membekalkan nutrisi untuk ibu mengandung. 
  • Bagus untuk pesakit gastrik sebab ianya melegakan refluks asid dan pedih ulu hati. 
  • Membersihkan arteri dan usus daripada toksik. 

Banyak lagi manfaat kalau korang konsisten amalkan Chia Seed. Jangan la minum tak sampai seminggu dah harapkan perubahan yang mendadak. Eh macam cakap dekat diri sendiri lol. 

Oh ye selain dari jadikan ianya sebahagian dari minuman resepi lain yang boleh dicampur dengan Chia Seed ni ialah jadikan ianya puding, masukkan dalam overnight oat, buat jelly, tabur dekat salad, masukkan dalam smoothie dan banyak lagi ikut tahap kreativiti masing-masing. 

Bersempena tahun 2019 adalah tahun menjaga kesihatan maka Diah seru marilah amalkan Chia Seed dalam menu seharian kita. 

Kita tak akan rasa pentingnya rasa sihat selagi kita belum pernah merasa nikmat sakit. Jadi tak perlu tunggu sakit baru nak jaga kesihatan kan? Jom sihat sama-sama supaya boleh tua together.