Cara Buat Scroll Bar Pada Bloglist

Hi korang. Kali ni nak buat perkongsian tutorial cara nak buat scroll bar pada bloglist khas untuk platform blogspot. 

Tercetusnya tutorial ini adalah disebabkan Diah bosan tengok template blog sendiri yang terlalu simple. Jadi berhasrat nak masukkan bloglist tapi tak mahu biarkan dia jadi panjang berjela.

Tak la pandai sangat part nak edit blog ni tapi memang suka mencuba. Puas hati kalau dapat buat sendiri. Lepas google, tanya kawan-kawan blogger dan cuba akhirnya Diah berjaya buat. 

Cara Buat Scroll Bar Pada Bloglist 

Tepuk bahu sendiri. Syabas! Kalau ikut pembacaan ada dua cara nak buat jadikan scoll bar; iaitu HTML dan CSS. Dua-dua Diah cuba dan menjadi.

Tutorial


Sebelum tu Diah dah rujuk beberapa blogger yang pandai buat dan sayangnya tutorial semua dah out dated. Tapi Diah terjumpa perkongsian blogger tutorial ni dan menjadi blogger-blog-tutorial.blogspot.com

Sebelum buat apa-apa perubahan sila buat back up template sedia ada supaya tiada penyesalan di kemudian hari. Sebelum save template tekan preview. 

Elok baru tekan save ye korang. Kalau tak jadi harapnya janganla marahkan ahkak. Oh ya, bila kita edit template dan customize macam kita nak ni ada baik buruk yang korang perlu tahu tau.

Baiknya blog ikut kehendak kita dan buruknya ialah kemungkinan akan ada widget sedia ada dekat blog tidak berfungsi. 

Pengalaman Diah sendiri, tak tahu la kebetulan atau suratan lol komen box hilang lepas selesai proses edit. Jadi bersiap sedia ya.

Macamana tahu komen box hilang? Ok Diah dapat tahu bila ada reader tak dapat nak view komen box melalui mobile, kalau view dekat desktop/ laptop pun sekejap ada sekejap hilang. 

Macam Chipsmore kau. Berita baiknya Diah kongsi sekali tutorial cara atasi ruangan komen hilang. Baca sampai habis please.

Back to tutorial cara nak Buat Scroll Bar Pada Bloglist. Cara-caranya ialah seperti berikut:

#1 Pastikan Bloglist widget memang dah siap di pasang dekat blog korang. Kalau belum ada buat dahulu. Log in – dashboard – add gadget – blog list – masukkan senarai list blog – save.

Insert Gadget Scroll Bar Pada Bloglist
Masukkan Gadget Blog List 
Cara Buat Scroll Bar Pada Bloglist



Pilih Blog List yang korang nak. Ini gambar sebelum blog list ni boleh di scroll dan panjang berjela. Jadi sekarang kita nak pendekkan dan jadikan dia boleh scroll. Nampak sopan sikit. Blog list Biasa dia akan jadi panjang ikut pilihan kita buat. 

Blog list wish

#2 Dashboard – Theme – Edit HTML – control F dan cari code ni



Bila dah jumpa korang kena copy code bawah ni dan paste kan di atas code yang korang cari tadi

.blog-list-container {height:355px;overflow:auto;}

edit HTML Scroll Bar Pada Bloglist
Edit HTML
Copy Paste Code yang diberikan

Seperti biasa dah edit sila tekan preview dahulu, tara bloglist dah keluar scroll bar. Tara dah jadi pun. Jadi pun Scroll Bar Pada Bloglist. 

Siap Tutorial | Cara Buat Scroll Bar Pada Bloglist

Cara Mengatasi Kotak Komen Hilang


Bila dah siap boleh la bergembira sementara. Jom teruskan dengan tutorial cara mengatasi ruangan komen yang hilang.

Faktor-faktor utama masih tak dapat dikenal pasti tapi bila kita cuba edit dan tambah gadget dekat blog kemungkinan tinggi benda-benda macam ni akan jadi. Sebelum ni pernah jadi juga jadi kotak komen tak muncul jadi Diah kongsikan cara mengatasinya supaya senang nak rujuk di masa hadapan. 
Diah rujuk entri dari sahabat ni Dawinz.com 

#1 Dashboard – Theme – Edit HTML – control F dan cari code ni ]]>


#2 Dah jumpa code tu, copy code dibawah dah paste kan di atas code tadi

.mobile .blogger-iframe-colorize {
display: block !important;
}
.blogger-iframe-colorize {
display: block !important;
}

#3 Tekan preview dan save jika tiada masalah.

Selamat mencuba!

Beri Hadiah Berharga Dari Hati Oleh Printcious Printing

Pernah tak korang hadapi situasi penat mencari dan pilih hadiah tapi tak jumpa yang sesuai? Lepas tu kalau cari hadiah dekat mall pula bosan melangkah dari satu kedai ke kedai yang lain tapi satu pun tak berkenan di hati

Bila dah jumpa korang berkira-kira dan perlu banyak masa nak buat keputusan sebab takut menyesal. Eh macam cakap tentang diri sendiri je lol. 

Beri Hadiah Berharga Dari Hati Oleh Printcious Printing

Kalau dah susah sangat, apa kata korang buat je sendiri hadiah tu. Jangan risau, kerja korang akan jadi sangat mudah sebab dengan adanya laman web printing online, Printcious Printing korang akan dapat beri hadiah yang istimewa hasil kreativiti korang sendiri. 


Printing your Precious Moments


Printcious Printing kedai Online Gifts Anda

Printcious Printing merupakan sebuah kedai Online Gifts Malaysia yang menawarkan pelbagai jenis barang dan juga koleksi menarik untuk korang hadiahkan pada orang tersayang. 

Apa yang best tentang Printcious Printing adalah korang boleh DIY sendiri hadiah tu siap boleh letak gambar dan customize ikut kesukaan korang. Silap haribulan belikan hadiah untuk diri sendiri. 


Printing your Precious Moments



4 Langkah Mudah Reka Hadiah Anda

Apa yang best di Printcious ni, mereka adalah sebuah platform hadiah yang terbaik untuk korang menzahirkan perasaan kepada insan yang tersayang melalui hadiah yang korang reka. 

Koleksi yang ditawarkan sesuai untuk lelaki mahupun wanita. Ada banyak pilihan termasuk hadiah yang eksklusif.

Apa yang hanya korang perlu lakukan adalah pilih daripada pelbagai hadiah yang sedia diubahsuai dan hadiahkan untuk rakan-rakan, ahli keluarga anda atau diri sendiri. 

4 langkah mudah yang perlu korang buat buat untuk siapkan hadiah adalah seperti di bawah

#1 Pergi ke laman web https://www.printcious.com/my dan daftar sebagai ahli. Banyak manfaat dia dan korang boleh dapat diskaun sehingga 60%. Printcious juga akan berikan baucer pada hari lahir korang. 

#2 Pilih hadiah yang korang nak. Amaran awal! ada banyak sangat hadiah yang boleh buat korang rambang mata. hahaha Korang boleh baca butiran dan ulasan daripada pelanggan-pelanggan yang berpuas hati dengan Printcious (Tips pilih hadiah terbaik)


Pillow Printing as a gift


#3 Dah pilih dan boleh mula reka hadiah korang. Macam Diah berkenan nak hadiahkan bantal untuk keluarga. Nak hias dengan gambar-gambar kami sekeluarga. Nak reka pun senang. 

#4 Dah siap reka hadiah korang boleh lah buat pembayaran secara online banking atau cash deposit. Sila simpan resit sebagai bukti bayaran. 

Korang hanya tunggu barang sampai ke rumah. Mudah kan?

Senarai Cadangan Hadiah Printcious:

Bantal / Kusyen
Mug
Puzzles Bergambar
Button Badges
Fridge Magnet
Canvas 
Apron
Rompers
Keychain
Phone Case 
Dan banyak lagi

Tak dapat dinafikan lagi sememangnya Printcious merupakan pilihan yang ideal untuk anda mendapatkan apa jua hadiah tidak kira apa jua hari istimewa anda. Tak perlu keluar, menjimatkan masa dan tenaga sebab semuanya hanya di hujung jari. Jom berikan hadiah sebagai tanda ingatan dan kenangan kepada seseorang.

Printcious Printing


Untuk maklumat lanjut sila layari 

Laman Web Printcious Gift -  https://www.printcious.com/my
Facebook Page Printcious Gift - https://www.facebook.com/printcious
Instagram Printcious Gift - https://www.instagram.com/printcious/

Takwim Persekolahan Tahun 2019 - Kementerian Pendidikan Malaysia

Takwim Persekolahan Tahun 2019Hi Korang. Walau sesi persekolahan dah bermula pun minggu lepas, rasanya masih belum terlewat lagi Diah nak kongsikan jadual takwim persekolahan untuk tahun 2019. Semoga berguna untuk ibu bapa dekat luar sana tu. Sebenarnya nak kongsi dekat blog sendiri supaya mudah nak rujuk di masa hadapan. Senang nak rancang aktiviti sepanjang tahun. Lagi bagus kalau dapat print dan tampal baru puas hati. 

Bagusnya perincian takwim ni dah siap senaraikan penggal persekolahan, tarikh mula dan akhir persekolahan, cuti pertengahan penggal dan tahun serta yang paling dinantikan adalah senarai cuti perayaan. Yeay. Tahun ni raya tahun giliran rumah mertua. Cuti panjang pula tu jadi kena bijak rancang kahkahkah. Siapa team mak mertua angkat kening.
Takwim Persekolahan 2019
Takwim Persekolahan Kumpulan A

Takwim Persekolahan 2019
Takwim Persekolahan Kumpulan B

Takwim Cuti Perayaan 2019
Cuti Perayaan 2019
Tak perlu hurai panjang lebar, jadi korang tengok sendiri la berapa banyak cuti tahun 2019 dekat Malaysia ni. Jangan lupa tarikh yang penting. Eh, korang tahu tak yang Malaysia merupakan negara paling banyak cuti berbanding Negara Asean lain. Yeay akhirnya kita dapat juga tempat pertama. Cuti akak suka sebab suami boleh jaga anak-anak, akak nak beristirehat. Lol. 

Selamat merancang aktiviti tahunan!


Hukum Menyimpan Kuku Panjang

Masa zaman sekolah dulu setiap hari perhimpunan adalah hari yang mencemaskan sebab cikgu akan lakukan pemeriksaan rambut untuk pelajar lelaki. 

Manakala tudung untuk pelajar perempuan, pemakaian kain dalam dan stoking serta pemeriksaan kuku. 

Masa tu berkuku panjang tu adalah satu trend. Kuku kena panjang, berkilat dan bersih. Semuanya akibat pengaruh televisyen. 

Hukuman Simpan Kuku Panjang  

Tengok pelakon dan model semuanya berkuku cantik siap pakai quetic berwarna-warni. Tergoda ok.  
Geli geleman pula nak suap makanan ke mulut tapi kuku panjang dan bakteria yang melekat mana nak nampak kan? 

Tapi ada je kawan-kawan yang masih menyimpan kuku. Nak cantik. Sebenarnya boleh ke simpan kuku ni? 

Diah terbaca satu perkongsian oleh Ustaz Farid Rashidi tentang hukum menyimpan kuku. Nama sebenar adalah ustaz ni ialah Mohd Farid Bin Hj. Md. Rashidi. 

Beliau aktif menulis di blog semenjak tahun 2007 sebagai cara menyampaikan mesej dakwah, ketuhanan dan secebis ilmu buat ummah. 

Beliau juga merupakan seorang penulis buku genre islamik, motivasi & cinta. Suka berkongsi cerita dan juga suka melukis. 

Boleh ke Simpan Kuku Panjang?

Ustaz aktif menulis di Facebook dan telah pun menghasilkan karya 3 buah buku semenjak 2011. Berikut adalah perkongsian ustaz tentang hukuman menyimpan kuku panjang. 

Selalu sangat terserempak dengan kaum hawa berkuku panjang. Sengaja disimpan panjang. Ada juga yang potong tepi tapi tengah-tengahnya dibiarkan tajam. 

Kononnya cantik bila runcing. Dia punya panjang, sampai terpaksa berusaha keras untuk tekan keyboard telefon bimbit. Salah tekan, terus typo. Nak tekan saya, jadi sayang. Jeng! 

Ada juga kaum lelaki yang simpan kuku panjang di sesetengah jari. Tak tahulah apa tujuannya. Yang saya tak dapat bayang macammanalah waktu nak beristinjak dalam keadaan kuku panjang. 

Habis calar balar. Boleh bayang tak? Dah, dah tak payah bayang lagi. 




Kuku ini kalau disimpan panjang, lebih kurang sama rupanya macam haiwan karnivor (maging). Alah haiwan pemangsa yang makan daging macam singa, harimau. Kan kuku panjang. Baiklah, mari kita lihat hukumnya.

Hukum Memotong Kuku

Fuqaha’ bersepakat mengatakan bahawa memotong kuku adalah sunnah daripada sunnah fitrah manusia. 

Disunatkan bagi setiap orang muslim menjaga kebersihannya dengan baik. Hukum ini sama sahaja, terpakai kepada lelaki mahupun wanita.

Dalilnya:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رضي الله عنه عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم قَالَ: "الْفِطْرَةُ خَمْسٌ أَوْ خَمْسٌ مِنَ الْفِطْرَةِ الْخِتَانُ، وَالاِسْتِحْدَادُ، وَتَقْلِيمُ الأَظْفَارِ، وَنَتْفُ الإِبِطِ، وَقَصُّ الشَّارِبِ"

Daripada Abi Hurairah r.a bahawa Nabi SAW bersabda: “Dari 5 sunnah fitrah ialah khitan, mencukur bulu kemaluan, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan memotong misai.”

[Hadis Riwayat Ibn Majah, no.292]


Juga hadis yang mengingatkan agar tidak membiarkan kuku panjang hingga lebih empat puluh hari.

وعَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رضي الله عنه قَالَ: وُقِّتَ لَنَا فِي قَصِّ الشَّارِبِ، وَتَقْلِيمِ الأَظْفَارِ، وَنَتْفِ الإِبِطِ، وَحَلْقِ الْعَانَةِ، أَنْ لاَ نَتْرُكَ أَكْثَرَ مِنْ أَرْبَعِينَ يَوْماً. رواه مسلم.

Daripada Anas Bin Malik r.a, Rasulullah SAW bersabda: “Telah ditentukan waktu kepada kami memotong misai, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan mencukur bulu ari-ari agar kami tidak membiarkannya lebih dari empat puluh hari.”

[Hadis Riwayat Bukhari, no.5889. Riwayat Muslim, no.257]

Boleh tak mahu kerat kuku, dikecualikan hanya ketika berlakunya peperangan sahaja.

Ini disebut pula dalam Kitab al-Fatawa al-Hindiyyah:

“Mengerat kuku adalah sunnah kecuali di masa peperangan, membiarkannya (ketika itu) adalah disunatkan.

Beberapa hukum berkenaan kuku yang boleh kita ambil perhatian:

• Cara memotong kuku, sebaiknya dimulakan mengerat kuku tangan kanan terlebih dahulu barulah kiri. Begitu juga untuk kaki, hendaklah dimulakan dengan kaki kanan.
Sebagaimana apa yang Rasulullah SAW selalu ajarkan agar mulakan sesuatu dari sebelah kanan:
عَنْ عَائِشَةَ، قَالَتْ: إِنْ كَانَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: لَيُحِبُّ التَّيَمُّنَ فِي طُهُورِهِ إِذَا تَطَهَّرَ، وَفِي تَرَجُّلِهِ، إِذَا تَرَجَّلَ، وَفِي انْتِعَالِهِ إِذَا انْتَعَلَ
Daripada Saidatina ‘Aisyah r.a: “Rasulullah SAW lebih suka menggunakan sebelah kanan dalam urusan-urusan beliau; dalam bersuci, menyikat dan memakai sandal.”
[Hadis Riwayat Bukhari, no.231. Hadis Riwayat Muslim, no.268]

• Dilarang mengerat kuku bahagian tepi, dan meninggalkan bahagian tengah hingga kelihatan tajam dan meruncing kerana ia akan menyebabkan terkumpulnya kotoran.
[Sabah al-Samarrai’ (Dr.), hlm.76. Al-Farghani, jil.3, hlm.411]

• Makruh mengerat kuku menggunakan gigi. Hendaklah menggunakan pengepit kuku. Al-Farghani menyebut bahawa mengerat kuku menggunakan gigi antara punca menyebabkan penyakit.
[Nizamuddin, jil.5, hlm.358]
Islam itu indahkan? Cantik sangat. Hinggakan bab potong kuku pun diajar Rasulullah SAW.

Hikmah Mengerat Kuku

  1. Mengerat kuku adalah bersesuaian dengan fitrah manusia yang sempurna. Ia juga adalah sunnah Rasulullah SAW. Bila sunnah, sudah pasti akan ada pahala menanti.
  2. Bila dibiarkan panjang, maka akan terkumpullah segala sisa-sisa kekotoran biarpun dah bersihkannya. Kita mana nampak kumankan? Sudah tentu akan mendatangkan penyakit nanti. Bayangkan lagi, dengan kuku yang panjang itu diulinya tepung buat kuih dan roti canai. Padukan? Diramas-ramas pula santan pekat putih berubah jadi kelabu. Bayangkanlah kita makan makanan tu. 
  3. Bila kekotoran terkumpul, menghalang untuk kita bersuci sempurna (mandi hadas dan wudhuk) hingga sampai air ke lapisan kuku.
  4. Mengelakkan orang Islam sama semacam orang fasik dan kafir dan juga semacam binatang buas.
  5. Jadi apa kata korang lepas baca penerangan ustaz ni? masih berselera nak simpan kuku panjang? Ingat jangan biarkan kuku tidak dipotong melebihi 40 hari. Bukan kuku je tau yang perlu kita jaga dan potong. Bahagian lain pun kena ambil tahu. Jadi la Muslim yang sentiasa kemas dan mengutamakan kebersihan. Baru orang suka dan selesa dengan kita. Setakat ni dulu perkongsian. 

Wassalam.