Tempah Business Card cantik dan cepat dengan Arifani Design Printing

Assalamualaikum, hai semua. Dah masuk tahun baru ni jadi Diah pun bersemangat nak buat business card baru. Kalau tahun lepas Diah walk in ke kedai tapi kali ni Diah nak cuba tempah secara dalam talian pula. 

Pengalaman sepanjang nak siapkan business card yang sudah agak tak best. Jadi tahun ni kita tukar angin, tempah dengan Arifani Design.

Zaman sekarang, business card dah termasuk dalam kategori benda perlu ada terutama untuk korang yang menjalankan perniagaan, seorang penulis, pengamal media dan untuk korang yang kerap berjumpa orang ramai. Business card dah jadi pengenalan diri. 

Tempah Business Card cantik dan cepat dengan Arifani Design Printing 


Arifani Design Printing

Satu perangai Diah bila pergi event dan jumpa ramai orang kadang-kadang cepat lupa detail yang penting macam nama orang tu. 

Tak bagus perangai ni, jadi business card amat lah membantu. Masa kenalkan diri masa tu la kita saling bertukar business card.


Tempah Business Card dengan Arifani Design Printing


Lama-lama dah jadi tabiat, setiap kali hadiri event mesti akan minta kad mereka sebagai rujukan. Lagi satu, bila dah tiada topik nak borak selalunya Diah akan rujuk business card kenalan baru dan cuba berbasa basi untuk elak keadaan menjadi kekok. Taktik ni terbukti berkesan dan korang boleh cuba. 

Perkhidmatan Design dan cetakkan Arifani Design

Kalau korang mencari tempat untuk tempah business card yang cantik dan cepat siap Diah cadangkan agar korang tempah dengan Arifani Design. Standard tempoh card untuk siap adalah seminggu dan 14 hari diperlukan jika tempah kad kahwin. 

Pelanggan-pelanggan Arifani Design amat berpuas hati dengan hasil kerja mereka yang berkualiti dan barang yang diterima dalam keadaan yang baik. Harga yang dikenakan juga adalah mampu milik dan layanan yang diberikan memang tiptop. 

Testimoni Arifani Design Printing
Harga yang murah

Arifani Design Printing


Tambahan lagi, Arifani akan memberi cadangan yang terbaik jika korang memerlukan pendapat dari segi rekaan dan juga material yang sesuai. 

Jangan risau, kalau korang memang tak tahu langsung nak design kad, Arifani juga sediakan rekaan-rekaan yang menarik utnuk dipilih. Semua boleh bincang sampai jadi. 

Perkhidmatan Mesra Pelanggan

Selain daripada business card, Arifani Design juga menawarkan servis printing kad kahwin, bunting, rubberstamp, sticker dan juga flyers. Mana nak cari servis mesra pelanggan dan harga mampu milik macam ni. 

Arifani Design Printing


tempah cop online

Apa yang Diah suka kalau beli secara dalam talian ni semuanya di hujung jari. Tak perlu nak keluar rumah dan hanya tunggu barang sampai depan pintu sahaja. Kalau nak keluar, kena angkut askar-askar memang banyak kerja. 


Arifani Design Printing


Untuk korang yang nak tahu lebih lanjut tentang Arifani Design ni boleh lah jenguk mereka di Facebook, Instagram dan mereka juga ada di Shopee tau. Boleh tengok real testimoni dan contoh rekaan di Facebook Arifani Design.  

Facebook - Arifani Design
Instagram - @arifanidesign

Selamat menempah. 

Tarikan Terbaharu Kopi Wonda Zero Max Latte Tu Sedap Ke?

Assalamualaikum. Hai semua. Jenama Kopi Wonda yang terkenal dan tak asing lagi di kalangan peminat kopi telah memperkenalkan dua varian kopi tanpa gula iaitu ‘Wonda Zero Max Original’ dan ‘Wonda Zero Max Latte’. 

Kopi Wonda Zero Max ni diperkenalkan untuk memenuhi kehendak mereka yang sukakan kopi tanpa gula.


Tarikan Terbaharu Kopi Wonda Zero Max Latte Tu Sedap Ke? 

Sebagai peminat kopi, Diah pun terpengaruh nak cuba. Dah jadi satu tabiat pula kalau singgah di stesen minyak atau kedai runcit, memang mata akan tertumpu ke bahagian peti sejuk nak cari kopi perisa terbaru. 

Sila jangan ikut perangai ni. hahahaha. 

Wonda Coffee Zero Max Latte


Sedap ke Kopi Wonda Zero Max ni?  

Diah lebih tertarik untuk mencuba Wonda Zero Max Latte’. Jadi sedap ke? harus di ingat, lain orang lain selera kan? 

Cliché sangat jawapan, tapi kalau ikutkan tekak Diah, Kopi Wonda Zero Max Latte’ yang Diah cuba berada di skala atas pagar. Tak terlalu suka dan tak terlalu benci. Eh?  

Bertepatan tema tanpa gula memang rasa kopi ni jatuh dibawah kategori kopi manis-manis buah. Rasa manis dia masih ada dan rasa kopi dia tidaklah terlalu kuat sehingga memeningkan kepala. 


Rasa Kopi Wonda tanpa gula tambahan


Boleh lah minum Wonda Zero Max Latte’ banyak kali sebab tak banyak gula. kan..kan..kan... Ayat ni sekadar nak sedapkan hati supaya dapat minum kopi lagi dan lagi dan lagi. 

Apa pun Diah percaya, pembaca dan pengguna di luar sana lebih bijak untuk menjaga kesihatan. Suami selalu ingatkan sebelum minum kopi sila ingat waktu tua. Ye suami, akan ku semat nasihatmu itu. Nak syurga kan? Lol. 

Sekali lagi pesanan khidmat masyarakat untuk diri sendiri dan juga korang semua, hargai diri dan kesihatan yang ada. 

Satu nikmat kita masih sihat dan menjalani kehidupan bebas tanpa ubat. Semuanya kena berpada-pada ye korang. Ok cukup lah bebel. 

Jadi kepada penggemar kopi terutama jenama kopi Wonda sila la dapatkan kopi Wonda Zero Max Latte’ dan Wonda Zero Max original di pasaraya, kedai runcit dan kedai serbaneka di stesen minyak berhampiran anda. Selamat mencuba. 

Char Kuetiau Sedap Di King’s CKT Jalan Pantai Port Dickson

Kali ni Diah nak berkongsi tempat makan Char Kuetiau sedap yang terletak di Jalan Pantai, Port Dickson. Restoran yang dimaksudkan ialah Restoran King’s CKT. 

Diah tahu tentang restoran ni selepas diperkenalkan oleh suami rakan blogger mrspuex semasa percutian kami dia Ancasa Residence Port Dickson tahun lepas. 

Kami makan malam dan juga menyambut hari lahir ulang tahun kelahiran blogger yang semakin meningkat namanya Atie yang hensem. Walaupun kek birthday girl beli sendiri. Lol. 

Char Kuetiau Sedap Di King’s CKT Jalan Pantai Port Dickson 

Restoran King’s CKT Port Dickson ni terletak di Jalan Pantai dan lokasi dia tak berada jauh pun dari bulatan Port Dickson. Boleh Waze dan lokasi restoran memang senang nak jumpa, sebab ianya di tepi jalan je. 

Kawasan parking ada disediakan. Memang setiap malam dikhabarkan restoran ni sentiasa penuh dengan pengunjung. 


King’s CKT


King's Char Kuey Teow
402, Si Rusa, 4, Jalan Pantai, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan

Waktu Operasi adalah setiap hari Selasa - Ahad (4.00pm - 2.00 am)

Pelbagai Menu Char Kuetiau

Restoran ni popular kerana menawarkan pelbagai menu char Kuetiau antaranya char kuetiau sotong, daging lembu, kambing dan ayam panggang. 

Selain char kuetiau menu lain pun gempak seperti nasi goreng King’s Pillaf (Nasi goreng, Sosej, coleslaw, sos BBQ, ayam goreng tepung, kentang hiris) nasi goreng udang, pelbagai makanan Western dan banyak lagi menu yang sedap-sedap. 



Malam tu Diah lapar jadi nak cuba Nasi Goreng King’s Pillaf dan tak menyesal sebab nasi dia cukup rasa. Anak dan suami makan char kuetiau pun kata sedap dan portion dia banyak. 

Kalau tak nak makan yang berat-berat ada gerai burger dan sata dekat situ. Pendek kata restoran ni sesuai kalau nak makan dan habiskan masa berborak dengan kawan-kawan. 

Dekat sini juga meriah dengan persembahan Live Band. Happening la. 

King’s Char Kuetiau  Jalan Pantai Port Dickson


Masa kami makan dekat sini undang-undang merokok di premis makanan masih belum dilaksanakan tapi syukur sangat asap rokok tak mengganggu makan malam kami masa tu. 

Antara faktor penting bila ke kedai makan memang nak cari tempat bebas asap rokok sebab bawa anak kecil. Siapa tak sayang diri sendiri kan? 

Selain makanan yang sedap dan pelbagai jenis, servis dekat sini pun laju. Ambil order dan hantar makanan tak lama sangat nak kena tunggu walaupun ramai pelanggan. 

Boleh nampak Chef dia memasak dekat open kitchen dia. Ada enam tukang masak itu yang kita nampak, yang belakang tabir tak tahu lah. 

King’s Char Kuetiau  Jalan Pantai Port Dickson

Untuk mereka yang bercuti di Port Dickson boleh la jadikan Restoran King’s CKT Port Dickson antara salah satu kedai makan perlu singgah. In sha Allah puas hati. 

Kenapa Diah suka Restoran King’s CKT Port Dickson ni sebab pemilik restoran ni suka betul bersedekah.

Paling terbaru dia telah memberi char kuetiau percuma kepada lebih empat ribu pelanggan yang berharga RM7.50 (Seafood) setiap satu, bersempena Hari Keputeraan ke-71 Tuanku Muhriz Tunku Munawir Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan. 

Tahun lepas restoran ni menawarkan teh tarik berharga 10 sen dan mendapat sambutan menggalakkan. 


King’s Char Kuetiau  Jalan Pantai Port Dickson

 
Nampak kan kebaikkan bersedekah? Makin banyak sedekah makin banyak rezeki dia dapat. Makin banyak dia buat baik, semakin banyak kebaikkan dia dapat. Semoga makin ramailah orang dekat dunia ni faham kepentingan bersedekah. 

Tak perlu tunggu kaya baru nak bersedekah dan sedekah bukan untuk mereka yang kaya sahaja. Bersedekah juga banyak cara, pilih je mana satu kita mampu.


Hukum Mengambil Duit Yang Dijumpai Menurut Pandangan Islam

Assalamualaikum. Hai semua. Terbaca berita mengenai seorang peniaga pakaian terpakai (bundle) yang menjumpai duit dalam guni pakaian yang dia beli dari luar negara. 

Bukan sedikit jumlah duit yang dia jumpa, lepas di tukarkan ke matawang Malaysia jadi puluhan ribu ringgit tau. 

Tuan badan yang menjumpai duit ni siap memuatnaik kisah dia di Facebook. Kot la pemilik duit datang nak tuntut kan? 

Hukum Mengambil Duit Yang Dijumpai Menurut Pandangan Islam 


Seperti biasa, berita seperti ini menjadi viral dan mendapat perhatian banyak pihak termasuk Jabatan Agama Islam. 

Menurut berita yang Diah baca, peniaga tersebut sudah pun menukarkan sebahagian besar duit yang dia jumpa dan berhasrat nak gunakannya sebagai modal untuk memulakan perniagaan pakaian terpakai. Persoalannya boleh ke mengambil duit yang dijumpai? 

Hukum Mengambil Duit Yang Dijumpai


Kenangan Jumpa Duit Semasa Kecil


Teringat kejadian masa kecil dahulu, banyak kali juga Diah jumpa duit. Selalu jumpa duit syiling dalam perjalanan pergi kedai. 

Masa tu gembiranya bukan kepalang. Dengan dua puluh sen dah boleh beli ais krim kesukaan. Tak pernah terfikir pun perbuatan tu salah atau tak. 

Waktu tu, pasar malam di kampung adalah setiap hari Sabtu. Kalau hendak ke kedai kena lalu tapak pasar malam tu. 

Jadi, setiap pagi Ahad memang rajin la menawarkan diri bila mak suruh pergi ke kedai sambil tu ambil kesempatan mencari syiling yang jatuh.  

Tapi kebahagiaan jumpa duit syiling tak lama. Lepas beberapa kali jumpa dan belanja duit tu Diah terperasan sesuatu. 

Setiap kali Diah belanjakan duit yang dijumpai, lepas tu mesti duit diah yang sedia ada akan hilang dua kali ganda pula tu. Faham tak? 

Contoh, jumpa dua puluh sen lepas tu mesti perasan duit Diah (empat puluh sen) yang sedia ada pun akan hilang walhal tak belanja pun. Misteri sangat. Bukan sekali dua berlaku. Sudahnya Diah serik nak kutip duit lagi. 


Hukum Mengambil Duit Yang Dijumpai

Merujuk kepada Mufti Kelantan, menurut Islam, wang yang ditemui tanpa diketahui pemilik haruslah diserahkan kepada Baitulmal. 

Ianya tidak boleh digunakan untuk kegunaan sendiri. Kenapa harus diserahkan kepada Baitulmal adalah kerana Baitulmal adalah pihak yang akan menggunakan untuk kegunaan orang ramai. 

Kalau ikut penerangan Ustaz Azhar Idrus (UAI) dalam beberapa ceramahnya pula, kalau terjumpa barang berharga seperti duit ada dua hukum yang terikat. Harus dan juga boleh jatuh haram. 

Harus mengambil duit yang dijumpai apabila ada niat hendak memulangkan kembali barang kepada pemiliknya.

Haram mengambil duit yang dijumpai apabila dan mahu jadikannya milik kita.

UAI juga terangkan jika nilainya kecil boleh la diserahkan kepada tabung masjid dan jika besar seeloknya disimpan atau diserahkan kepada pihak berwajib. 

Andaikata pemilik duit tersebut datang menuntut maka tiada masalah nak pulangkan semula. Tempoh menunggu pemilik datang menuntut disarankan selama setahun. 

Untuk barang makanan pula dan dikhuatiri makanan tersebut akan rosak maka dibolehkan untuk diambil tetapi dengan syarat supaya mengingati jumlah/nilai barang tersebut dikhuatiri tuan empunya makanan ingin menuntut kembali barangnya. Jadi senang la nak ganti.

Sekian perkongsian yang tak seberapa dari Diah. Semoga segala yang baik-baik menjadi bekalan amalan semasa hidup untuk kehidupan seterusnya pula.