Cri-Ciri Kematian Yang Dicemburui Ramai

Ciri-Ciri Kematian Yang Dicemburui Ramai

Assalamualaikum. Hai semua. Sedih dan seronok dalam masa yang sama bila baca perkongsian tentang Hero Negara, arwah Abdul Bari Asyraf yang mana kematiannya dicemburui oleh ramai orang. Sungguh ramai yang mendoakan syurga buatnya. Kuasa Allah, tak pernah tahu kewujudan dia sebelum ni tapi pengakhiran hidup dia begitu indah.

Wangi nya nama dia dah pun disebut-sebut kerana keberanian dan kebaikkan di dunia. Nama yang menjadi bualan selepas tamat hayatnya di dunia. Sekarang Abdul Bari dah seronok di alam sana. Nasib kita bagaimana pula?  

Memang insan terpilih kan? Abdul Bari Asyraf terkorban ketika usaha dia menyelamatkan lima sekeluarga yang mana kenderaan mereka terjunam ke dalam sungai di Pulau Warisan di Kuala Terengganu. Masa kejadian berlaku dia sedang memancing bersama rakan-rakan.

Dia turut serta menghulurkan bantuan bersama lima lagi lelaki lain yang turut berada di lokasi kejadian. Menurut laporan akhbar, dalam usaha menyelamat, Abdul Bari Asyraf yang dikatakan mengalami kejangan otot menyebabkan dia gagal mengawal keadaan sebelum kelibatnya hilang di permukaan air.

Abdul Bari Asyraf hero negara mati syahid


Setiap Jiwa Pasti Akan Merasakan Mati

Allah berfirman:

كُلُّ نَفْسٍ ذَآئِقَةُ الْمَوْتِ وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَمَن زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَأُدْخِلَ الْجَنَّةَ فَقَدْ فَازَ وَما الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلاَّ مَتَاعُ الْغُرُورِ

“Setiap jiwa pasti akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari Kiamat sahajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa yang dijauhkan dari Neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga, maka sungguh dia telah berjaya. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdaya” (ali-Imran 3: ayat 185)

Bertuahnya arwah, sehinggakan berita tentang keberanian dia menyelamatkan nyawa lain mendapat perhatian dari tokoh agama, Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri menyifatkan Allahyarham Abdul Bari Asyraf Mohd. yang terkorban ketika menyelamatkan lima sekeluarga daripada lemas di muara Sungai Terengganu sebagai pengorbanan para syuhada.

“Pengorbanan Allahyarham Abdul Bari adalah mulia dan dengan izin Allah SWT termasuk dalam kategori syahid berdasarkan sabda Nabi Muhammad SAW bahawa ada lima kategori bagi orang yang mati syahid.

“Antaranya adalah mati kerana wabak taun, mati kerana sakit berkaitan perut, mati lemas, mati dihempap runtuhan dan mati syahid ketika berperang di jalan Allah,” – Facebook Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri. 

Sesungguhnya setiap yang hidup pasti akan mati. Cuma kita tak pasti bila waktunya kita akan dipanggil menghadap Ilahi. Jom sama-sama berdoa semoga pengakhiran kita dapat Khusnul Khatimah in sha Allah. Semoga kita juga berpeluang mendapat kematian yang dicemburui. 

Cooking Right Looking Good 2019

Buat pertama kali nya Diah berpeluang menyertai pertandingan memasak anjuran 100comments dan Alce Nero yang bertempat di Berjaya Universtiy College Berjaya Times Square

Bila sertai pertandingan macam ni baru lah faham perasaan sebenar memasak macam dalam televisyen tu. 

Acara Cooking Right, Looking Good 2019 turut ditaja bersama oleh Oilum, Nutriva dan juga EUBOS. 

Terasa macam dalam mimpi pula, sambil bertanding secara tak langsung dapat peluang belajar memasak dibawah bimbingan Chef Professional.


Pertandingan Memasak  Cooking Right, Looking Good 2019 

Acara ini telah disertai oleh blogger dan juga influencer Malaysia yang bertujuan untuk mempromosikan cara hidup sihat melalui pemilihan makanan organik dan selamat. 

Kami dibahagikan kepada 8 kumpulan dan kemudian diberi tugasan untuk menyiapkan tiga hidangan dalam masa 3 jam (pembuka selera, menu utama dan juga pencuci mulut). 

Diah berganding bahu dengan blogger hebat Dboy Studio dan juga Mommy Blogger Kathy Wui untuk menyelesaikan tugasan yang diberikan. 


Cooking Right, Looking Good 2019 Berjaya University College

Tak Tahan Komen Daripada Netizen Akhirnya Artis Buka Tudung

Tak Tahan Komen Daripada Netizen Akhirnya Artis Buka Tudung 

Assalamualaikum. Baca berita tentang artis wanita yang akhirnya tak pakai tudung sebab tak tahan kecaman daripada netizen yang selalu cari pasal tentang imej dia sebagai wanita yang bertudung. 

Itu komen dari artis tersebut dalam satu temubual dengan wartawan hiburan yang Diah tonton dekat Youtube. Dia terangkan yang sejak dari awal dia bertudung netizen dah melemparkan pelbagai komen yang sah-sah meninggalkan kesan di hati dia. 

Sebab tu, bila dia ambil keputusan untuk terus buka tudung dan dia salahkan netizen. Rasa sedih dan terkilan pula bila dia terang-terangan dia salahkan orang lain bila diri sendiri memilih jalan yang salah. 

Dia tak tahu ke mulut tempayan tak boleh ditutup. Komen yang tak bawa kebaikkan tak perlu la ambil pusing. Eh awak senang la awak bukan artis. Eh!


Emma Maembong buka tudung


Diah tak kecam pilihan dia cuma risau dengan trend yang cuba dia ‘bawa’. Ini bukan kes pertama yang mana artis tunjuk contoh tak baik pada untuk pengikut mereka. Siapa pengikut-pengikut artis ni? 

Semestinya anak-anak muda yang baru nak belajar erti hidup. Bila ada contoh depan mata ni seolah membenarkan apa sahaja perbuatan salah itu adalah betul dan konsep ‘salahkan orang’ untuk tutup salah diri sendiri boleh diguna pakai. 

Come on! Dah besar kot. Kalau ikut logik akal, patut ke kita mengamuk dan salahkan iklan makanan yang sedap-sedap dekat tv? 

Kita tergoda nak makan, kemudian kita makan dengan gembiranya lepas tu kita jadi gemuk. Adakah kita akan kecam restoran-restoran yang jual makanan sedap sehingga menjilat jari dan viral bila kita terjebak nak makan kat situ? Patut ke? itu semua pilihan diri sendiri. 


Tak Guna Ikut Apa Orang Kata

Pernah juga berada dalam situasi buat pilihan yang salah dan akhirnya faham bila terlalu ikut apa orang kata akhirnya makan diri. Apa kita buat, apa kita pilih semuanya akan beri kesan. Hatta kita pilih berdiam diri pun ada akibatnya. 

Sedihnya, artis ni atau sesiapa sahajalah yang sekapal dan berada dalam situasi yang sama satu je Diah nak kongsikan. Jangan pernah berubah, eh macam lirik lagu. 

Jangan pernah buat sesuatu dan salahkan orang lain. Sebelum otak tu fikir nak tunding jari dekat orang lain, apa kata tunding kat diri sendiri dulu. Audit diri. 

Sekali lagi, entri ni bukan nak hentam artis atau sesiapa sahaja dekat luar sana tu tapi sebagai muhasabah diri dan fikirkan sama-sama. Andai ujian tu Allah berikan pada diri kita atau orang terdekat dengan kita. Apa kita buat? Apa reaksi kita? Apa cara terbaik untuk terangkan apa yang mereka pilih ni salah. 

Nanti akan tiba satu saat waktu hari kita bertemu Pencipta kita, Allah yang satu. Boleh ke kita beri jawapan apa yang berlaku adalah salah orang lain. Orang lain yang hasut? Boleh ke? 

Betul, setiap orang mencuba untuk jadi lebih baik dari hari sebelumnya. Tak siapa pun akan memilih untuk hancurkan diri. Setiap manusia tak sempurna tapi kita boleh berusaha. 

Mari lah kita sama-sama doa agar setiap yang terlibat termasuk netizen yang bijak berkata-kata ni masing-masing dapat belajar atas ujian ni. 

Kita sedap mengeluarkan kata-kata sebab kita belum di uji macam orang yang kita kata. Jom doa andai Allah uji kita, kita mampu sabar. Kita tak melatah dan kita cepat sedar. Terlajak perahu boleh di undur terlajak kata ada hati yang merana. Wassalam. 

Atasi Sakit Sendi (Artritis) Melalui Kaedah Alternatif Dengan Krim IONMAN Pro

Berita baik untuk anda yang menghidap sakit sendi, kini masalah radang sendi (Artritis) dapat diatasi melalui kaedah alternatif dengan penggunaan krim IONMAN Pro

Menurut Yayasan Artritis Malaysia, terdapat pelbagai penyakit radang sendi yang selalu dihidapi pesakit, dan paling kerap adalah Rheumatoid Arthritis (RA) dan Osteoarthritis (OA). 

Artritis merujuk kepada satu penyakit yang mendatangkan kesakitan, kemerahan, bengkak dan kekejangan sendi yang disebabkan oleh banyak faktor dan diantaranya kerosakan sendi, jangkitan kuman dan penyakit yang diwarisi. 

Atasi Sakit Sendi (Artritis) Melalui Kaedah Alternatif Dengan Krim IONMAN Pro

Minggu lepas Diah berpeluang mendengar penerangan tentang produk IONMAN di Ibu Pejabat mereka di Petaling Jaya. Banyak sungguh informasi berguna yang Diah dapat terutama tentang tulang dan tips penjagaan kesihatan diri. 

Menurut jurucakap IONMAN, krim IONMAN Pro merupakan perumusan krim yang terdiri daripada air, glukosamina Sulfat, campuran air dan ekstrak keladi liar dan dihasilkan menerusi Proprietari Transdermal Technology. 

Ia diperbuat daripada ekstrak tumbuhan semulajadi dan direka khusus untuk penyerapan kulit segera untuk memperbaiki sendi dan tulang rawan yang bermasalah.


Headquater-IONMAN-PJ


IONMAN Pro ialah krim topikal yang menggunakan Transdermal Technology dan disapu pada sendi-sendi seperti lutut, tulang belakang, dan bahagian leher. 

Menerusi Transdermal Technology yang unik, garam glukosamina sulfat berpekatan tinggi berupaya menembusi kulit terus ke sendi yang mengalami kesakitan. 

testimoni-Krim-IONMAN-Pro

Kebiasaan radang sendi selalu dialami oleh orang tua tetapi disebabkan gaya hidup dan cara pemakanan yang tidak betul sesiapa sahaja berpotensi untuk mendapat sakit sendi walaupun pada usia yang muda. 

Pengambilan kafein dan makanan manis yang berlebihan mengakibatkan kalsium tidak dapat diserap dengan baik oleh tulang kita. Radang sendi juga melibatkan kerosakan tulang rawan.

Rawan berfungsi melindungi sendi, dan membolehkan ia bergerak dengan lancar. Ia menyerap kejutan apabila tekanan diletakkan pada sendi, seperti bila berjalan. 

Tanpa jumlah rawan yang cukup, tulang akan bergesel, menyebabkan kesakitan, bengkak (keradangan) dan ketegangan. Glukosamina Sulfat yang terdapat dalam krim IONMAN Pro membantu dan memberi kesan terapeutik seperti: 
  1. Mengurangkan sakit sendi
  2. Menambaik fungsi sendi
  3. Merencatkan proses kemerosotan sendi.
Krim-IONMAN-Pro

Siapa yang patut menggunakan krim IONMAN Pro?


Individu yang disarankankan menggunakan IONMAN Pro krim ialah:  
  1. Mereka yang ingin mengembalikan kehilangan kalsium untuk orang tua
  2. Wanita mengandung yang mahu meningkatkan sokongan tulang semasa hamil
  3. Mencegah kehilangan kalsium untuk ketagihan kafien dan makanan manis
  4. Mereka yang terlibat dalam kecederaan sukan 
  5. Orang yang terlebih berat badan dan menyebabkan kecederaan lutut atau penyokong kaki
  6. Orang yang tidak mendapat rehat yang cukup menyebabkan sakit belakang. 
  7. Mereka yang selalu mengalami ketegangan leher untuk penggemar komputer dan melalui waktu kerja yang panjang. 
Sakit-Sendi-Artritis-guna-krim-IONMAN-Pro


Apa yang Diah suka tentang krim ni, ianya tidak perlu dimakan dan cukup sekadar disapu di bahagian sendi yang sakit. 

Untuk kesan yang lebih baik, dicadangkan untuk sapu setiap 4 jam dibahagian yang dicadangkan. 

Nak dapatkan keputusan yang baik haruslah konsisten dalam pemakaian. Krim ni boleh dipakai oleh semua orang tapi jika anda mempunyai kulit yang sensitif, anda diminta untuk mendapatkan nasihat dari doktor terlebih dahulu.
  
application-area-guna-krim-IONMAN-Pro

Diah hadiahkan krim ni untuk mak Diah yang memang sekarang tengah mengalami Artritis yang agak teruk terutama pada bahagian jari, tangan,dan pergelangan tangan. 

Mak selalu mengadu tangan akan berasa kebas dan sakit pada waktu pagi. Tangan mak menjadi merah dan bengkak. Nak bengkok dan pegang benda pun boleh terjatuh. Sedih sangat. 

Bila di ajak berjumpa doktor banyak sangat alasan dia. Jadi harapnya dengan usaha macam ni dapat bantu mak jadi sihat.

Harga IONMAN Pro: 30g   | Rm68, 100g | Rm199 

D10’s, IonMistz Gold & Eye K

Selain dari krim IONMAN Pro, antara produk lain yang diperkenalkan ialah D10’s, IonMistz Gold & Eye K. 

krim-D10’s-IONMAN-Pro



Produk D10’s

Menurut jurucakap IONMAN, D10 'berasal dari' de-tense ', yang bermaksud' de-stress '. Ia membayangkan tindakan melepaskan ketegangan badan atau mental. Dengan kata lain, ia adalah tentang bagaimana anda 'berehat' badan samaada minda anda. 

Gaya hidup pada masa kini, faktor psikologi dan ketidakseimbangan hormon menjadi penyumbang besar kepada kualiti hidup kita.

D10’s dicipta untuk mengurangkan stress menggunakan tiga mekanisme iaitu menenangkan, melicinkan, dan antioksida. Ianya dipercayai dapat meningkatkan kualiti tidur, menstabilkan emosi, menguruskan tekanan dan menormalkan sistem metabolisme. 


application-area-krim-IONMAN-Pro


Bahan Utama Produk ialah: 
  • Ekstrak daun zaitun
  • Ekstrak biji anggur
  • Ekstrak yam liar

Eye K

Eye K berkesan menyelesaikan masalah kesakitan mata gatal, konjungtivitis (mata merah), bengkak, kering, keletihan, rasa tidak selesa apabila memakai kanta sentuh, lingkaran gelap. 

Ianya berkesan untuk mencegah galukoma dan juga katarak. Jangan risau kerana Eye K diperbuat daripada Air tulen dan mineral mikro Nutri-Mata. Hanya semburkan dua kali sehari untuk mereka yang tidak mempubyai masalah mata. 


Air IonMistz

Disarankan untuk individu yang mempunyai masalah radang kulit kerana Air IonMistz cepat meresap ke dalam kulit dan membantu melegakan gejala alahan. 

Ianya juga membantu mengekalkan kelembapan sel kulit dan mengaktifkan metabolisme kulit. Ianya telah diuji selamat dan bebas dadah. Bahan kandungan utama ialah air dan garam laut serta melalui teknologi AR.



Sakit sendi bukanlah sesuatu yang perlu kita pandang ringan. Pengalaman ahli keluarga sendiri menghidap Artritis dan melihat sendiri kesengsaraan mereka menanggung sakit memang menyedihkan. 

Sebolehnya menjalani pembedahan adalah jalan terakhir yang pesakit akan pilih dan cuba elakkan. Dengan adanya krim IONMAN Pro sekurang-kurangnya memberi sinar harapan untuk mereka menjalani kehidupan lebih baik. 

Untuk anda yang ingin tahu lebih lanjut mengenai produk IONMAN boleh menghubungi mereka seperti maklumat di bawah. Anda juga digalakkan untuk membuat temujanji dan datang sendiri ke ibu pejabat mereka yang terletak di Petaling Jaya, Selangor untuk mendapatkan konsultansi. 


IONMAN HQ PJ
No.7, Jalan SS 2/66, SS 2, 47300 Petaling Jaya, Selangor
014-914 0319