Beli Hadiah Reunion Di DEKKO Melawati Mall

Idea nak buat reunion dengan kawan-kawan lama timbul lepas tengok 10years challenge yang tular dekat media sosial baru-baru ni. 

Jadi bersempena 10 tahun berkenalan, kami excited nak ajak berjumpa. Rasa macam dah tua sangat dan banyak benda dah berubah sejak kami tamat latihan bersama-sama. 

Beli-hadiah-Reunion

Beli Hadiah Reunion Di DEKKO Melawati Mall  

Ada yang masih dalam industri Perbankan, ada yang dah masuk industri lain dan ada yang dah jadi suri rumah sepenuh masa (Diah la tu). 

Apa pun perjumpaan kami memang seronok walau hanya beberapa jam sahaja. Maka bermulalah sesi membeli hadiah reunion di DEKKO Melawati Mall. 

Cadangan Hadiah Untuk Reunion

Macam biasa, setiap kali reunion kami akan adakan sesi gift exchange sebagai kenang-kenangan. Setiap orang kena beli hadiah bernilai sekurang-kurangnya RM50.   

Hadiah pula terpulang kepada minat dan citarasa masing-masing sebab masa hari kejadian nanti baru akan cabut nama untuk siapa hadiah tu akan diberikan.

Lama juga fikir tentang hadiah ni, dan banyak je idea yang timbul. Dari awal lagi dah terfikir nak beli macam-macam. 

Awal-awal lagi kawan-kawan dah ingatkan yang makanan tak boleh dijadikan sebagai gift, sebab nanti tak dapat jadikan kenangan katanya. 

Antara idea Cadangan Hadiah Untuk Reunion yang boleh dibeli ialah:
  • 1.       Set Pinggan Mangkuk
  • 2.       Set Penjagaan Diri
  • 3.       Barangan Elektrik
  • 4.       Hiasan Rumah / Ruang Tamu
  • 5.       Kelengkapan Tidur
  • 6.       Gajet
  • 7.       Tudung and the list goes on

Beli-hadiah-Reunion-dekko

Beli Hadiah Reunion Di DEKKO Melawati Mall

Daripada senarai dekat atas Diah berkenan sangat nak beli bantal hiasan yang orang selalu letak dekat ruang tamu. 

Kebetulan Diah berada di Melawati Mall jadi sempat singgah ke DEKKO. Kedai DEKKO ni menjual pelbagai barangan untuk hiasan rumah.

Memang cantik-cantik dan jadi rambang mata nak pilih. Kalau nak beli untuk rumah sendiri pun sesuai. 

Kebanyakan barangan yang dijual memang sesuai untuk dekorasi English concept. Ada hiasan dinding macam frame, hiasan ruang tamu macam kotak, dan macam-macam lagi lah.

dekko-melawati-mall


Masa masuk je dekat kedai ni mata dah tertumpu pada bantal hiasan yang pelbagai warna dan bentuk. Suka sangat sampai dua biji bantal Diah beli. 

Satu yang ada hiasan Nenas dan satu lagi berbentuk Unicorn. Oleh sebab suka benda comel makan bantal la yang disambar dulu.

Beli-hadiah-Reunion-dekko-melawati-mall



Dekat mana DEKKO ni?

DEKKO terletak di level 4 (L4-06,07,08) dalam Melawati Mall, berhampiran dengan escalator. Kedai ni agak luas dan banyak pilihan. 

Boleh tengok Instagram mereka DEKKO  sebelum terjah ke sana ok. Staff kat sana pun friendly dan paling penting dia tak ikut korang masa dalam kedai. 

Jadi bebas la memilih. Lemah betul kalau masuk kedai sales girl asyik follow je. Dah selesai beli hadiah baru seronok nak pergi reunion. 

Kami berjumpa sambil sembang santai di Restoran Steamboat Dkayangan Shah Alam. Diah pernah ceritakan sebelum ni kenapa kami pilih Dkayangan sebagai lokasi reunion yang best. 

Alhamdulillah kawan yang terima hadiah Diah happy dapat bantal tu. Kalau tak happy boleh pulangkan semula lol, dan Diah pula dapat barangan penjagaan muka.

hadiah-reunion


Apa pun majlis reunion kami berlangsung dengan jayanya. Masing-masing balik dengan gembira. Hati senang, perut kenyang, anak-anak dan suami masing-masing enjoy sepanjang majlis. 

Alhamdulillah mana tahu lepas ni buat reunion dengan kawan-kawan yang lebih ramai dan 20years challenge ke. Mana tahu kan?

DEKKO - Home deco . Home furnishing. Homeware
Visit us @
2F-45& 46 PARADIGM MALL, PJ
L4-06,07,08 MELAWATI MALL, KL
Online Contact 0175316880

Buka Puasa Di Kuala Lumpur Convention Centre

Buka Puasa Di Kuala Lumpur Convention Centre 

Aku masih tak boleh move on lagi dengan keenakan sajian yang dihidangkan masa preview buka puasa sempena bulan Ramadhan yang bakal menjelang oleh Kuala Lumpur Convention Centre.  

Serious sedap weh. Tahun ni, Kuala Lumpur Convention Centre menawarkan juadah buka puasa berkonsepkan Bazar Kontemporari. 

Memang meriah teruk. Meh baca lagi kenapa aku recommend sangat-sangat untuk korang cuba buka Puasa Di Kuala Lumpur Convention Centre Dengan Konsep ‘Bazar Kontemporari’ Untuk Jamuan Korporat Dan Orang Ramai 

Buka Puasa Ramadhan


Menu Buka Puasa Ramadhan Kuala Lumpur Convention Centre - Bazar Kontemporari


Macam aku sebut dekat atas tadi, semua menu yang di sajikan pada Ramadhan kali ini adalah bertemakan ‘Bazar Kontemporari’. 

Menu tahun ini merangkumi pelbagai sajian tradisional dan moden yang digabungkan dengan aneka juadah yang menjadi ‘kemestian’ pada bulan Ramadan. 

Antara lain termasuk bukhara Ramadan dihidangkan dengan gulai kawah daging campur bersama kedondong, gulai kawah tulang rusuk kambing bersama ubi kentang, dan gulai kawah ayam kampung bersama pisang muda lemak manis. 

Ada juga ayam kampung masak cencaluk; lemak asam telur itik bersama sayur munggai; tembosa dan ubi getok; udang laut dengan Raja durian; dan makanan laut panggang duan pisang ‘ala Portugis’.


Pilihan Tempat Buka Puasa Di Kuala Lumpur


Tempat Buka Puasa Di Kuala Lumpur


Sila telan air liur lepas baca senarai menu ini ya. Aku masih terbayang lagi kambing golek dan udang laut dengan Raja durian dia weh. Sedap ya ampun. 

Kalau nak tahu salah satu rahsia kenapa makanan yang disediakan begitu sedap adalah disebabkan ianya disediakan khusus oleh pasukan 52 chef yang telah memenangi pelbagai anugerah. 

Kuala Lumpur Convention Centre teruja untuk memperkenalkan konsep ‘bazar kontemporari’ interaktif kepada pelanggan dengan mencipta suasana santai yang telah diubah suai ke gerai-gerai makanan klasik tepi jalan ‘Chef Action Stations’. 

Pastinya ia akan menjadi pengalaman yang pasti sukar dilupakan oleh pelanggan mereka pada bulan Ramadan ini. 

Chef akan memasak makanan ‘jalanan’ kegemaran ramai, seperti barbeku Thai, stimbot, kuetiau goreng Pulau Pinang dan sate ayam dan daging di depan mata anda.


Pilihan Tempat Buka Puasa Di Kuala Lumpur


Pilihan Tempat Buka Puasa Di Kuala Lumpur

Pilihan Tempat Buka Puasa Di Kuala Lumpur


Pilihan Tempat Buka Puasa Di Kuala Lumpur


Pilihan Tempat Buka Puasa Di Kuala Lumpur


Pilihan Tempat Buka Puasa Di Kuala Lumpur


Tambahan lagi, Kuala Lumpur Convention Centre juga menawarkan pilihan kontemporari dan antarabangsa untuk mereka yang mencari sesuatu yang berlainan. 

Sajian termasuk pita kebab Arab daging cincang, teriyaki Jepun dan aneka pilihan sushi, ikan panggang Tikka, nasi ayam Hainan dan kambing bakar golek Harissa kami yang tersohor, dihidangkan dengan sos pudina dan sos berempah.”

Selain daripada makanan, aku juga turut jatuh cinta habis dengan pilihan air yang disediakan. Paling menarik minat aku nak cuba semestinya Teh Tarik Caramel. 

Ini air wajib minum sebab dia wangi, manis dan sedap. Kalau ada dekat mall aku akan beli. Air lain yang aku rasa unik sangat ialah Teh Tarik Cendol, Lemong-Chee, Melonade Boi, Mango Tea dan Corn Slush. 



Pilihan Tempat Buka Puasa Di Kuala Lumpur


7 Sebab Kuala Lumpur Convention Centre Jadi Pilihan Tempat Buka Puasa Di Kuala Lumpur


1. Menawarkan pelbagai sajian tradisional dan moden yang digabungkan dengan aneka juadah yang menjadi ‘kemestian’ pada bulan Ramadan.

2. Konsep Bazar Kontemporari dimeriahkan lagi dengan ‘Chef Action Stations’ yang memberikan pengalaman yang bakal buat anda teruja serta menggamit memori makanan klasik kegemaran tepi jalan.

3. Tak cukup dengan menu tempatan, Kuala Lumpur Convention Centre juga tawarkan pilihan kontemporari dan antarabangsa.

4. Kesemua lima dapur masakan Cina, Barat, Sejuk, Pastri dan Melayu Pusat Konvensyen disahkan HALAL oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), jadi pelanggan yang beragama Islam boleh menikmati makanan tanpa was was.

5. Pusat Konvensyen menyediakan bilik solat khas, sejadah, selipar, tempat wuduk dan Imam untuk mengimamkan umat Islam yang ingin menunaikan solat Maghrib, Isyak dan Tarawih dengan selesa selepas berbuka puasa.

6. Kuala Lumpur Convention Centre akan mendermakan 5% hasil kutipan daripada jamuan berbuka puasa Ramadan pada tahun ini kepada badan-badan amal yang disokongnya selaras dengan wawasannya untuk ‘Mengimarahkan Bulan Ramadan Dengan Semangat Bersedekah’.

7. Kuala Lumpur Convention Centre meneruskan usaha untuk kelestarian dengan mendapatkan 70% bekalan bahan masakan dan keperluan dari sumber tempatan.”

Harga Buka Puasa Di Kuala Lumpur Convention Centre


Orang ramai dijamin akan mendapat layanan dan perkhidmatan yang cemerlang serta sajian makanan bertaraf 5 bintang apabila menikmati juadah berbuka puasa disediakan untuk orang ramai pada harga RM150 bersih seorang, yang boleh didapati untuk tempahan pada hari biasa antara 8 hingga 31 Mei 2019. 

Pusat Konvensyen juga menawarkan diskaun 10% kepada orang ramai yang membuat tempahan awal sebelum 30 April 2019.

Di samping itu, Pusat Konvensyen menawarkan nilai hebat untuk promosi berbuka puasa korporat (untuk 100 orang dan ke atas), yang disediakan setiap hari sepanjang Ramadan, pada harga serendah RM128 bersih seorang. 

Nak Buat Tempahan?

Memandangkan tempat duduk untuk orang ramai terhad dan tempahan perlu dibuat untuk majlis korporat, sila hubungi +603 2333 2866 untuk pertanyaan umum dan +603 2333 2877 untuk tempahan korporat. Untuk maklumat tentang jamuan berbuka puasa Pusat Konvensyen, sila ke




Buai Laju-laju Lagu OST Keris Siamang Tunggal Upin Dan Ipin

Tengah kemaruk dengar lagu Buai Laju-laju Lagu OST cerita Keris Siamang Tunggal Upin & Ipin. Baru tengok semalam jadi perasaan seronok tu masih melekat. 

Nanti Diah kongsi pengalaman tengok cerita Keris Siamang Tunggal Upin & Ipin. Berbaloi kalau bawa anak-anak pergi la. 


Suka Lagu OST Keris Siamang Tunggal Upin Dan Ipin 

Tengok la tu, dalam empat hari je dah dapat kutip RM5.3 Juta. Diah harap cerita ni pecah panggung. 
Lagu Buai Laju-laju Nyanyian Ernie Zakri ni memang merdu la. 

Rasa terbuai je bila dengar. Sayu sedih la pendek kata. Erni Zakri memang berbakat la. Hanya buat suara haaa haaa pon sedap dah cane tuh. Adeh. 

Korang layan je lah dulu. 


Lirik Lagu Buai Laju-laju

Nyanyian Erni Zakri

Sunyi sepi hidup tanpa keluarga
Menagih kasih ibunda
Diriku ini terperangkap di sini
Sanggupnya difitnah insan yang dikasihi

Buai laju-laju
Buailah diri ku
Buai laju gembirakan hati ku

Buai laju-laju
Buailah diri ku
Hati duka terkenang nasibku

Buai laju-laju
Buailah diri ku
Buai laju gembiranya hati ku

Titisan airmata
Maafkan segalanya
Hati gembira
Kasih bertaut semula


Buai Laju-laju Lagu OST Keris Siamang Tunggal Upin Dan Ipin

Audelia Naturals Essential Oil, Mummy's Rescue Kit

Audelia Naturals Essential Oil, Mummy's Rescue Kit 

Zaman sekarang dah ramai ibu bapa mula faham tentang manfaat essential oil untuk kesihatan anak-anak.  

Ibu bapa yang memilih untuk guna essential oil ni bukanlah bermaksud mereka tidak mengamalkan ubat hospital, tapi mereka percaya yang essential oil membantu dalam proses penyembuhan. 

Dengan keadaan cuaca sekarang yang panas terik, tabiat makanan yang buruk dan jarang melakukan senaman menyebabkan kita mudah sangat jatuh sakit terutama anak-anak yang sedang membesar. 

Hari demi hari semakin ramai memilih essential oil, tapi berapa ramai yang aware tentang essential oil? 

Kali ni Diah nak kongsikan macamana Audelia Naturals Essential Oil, Mummy's Rescue Kit ni membantu meringankan tugas seorang ibu. 



Audelia Naturals Mummy's Rescue Kit
Audelia Naturals Essential Oil, Mummy's Rescue Kit

Apa Itu Essential Oil? 

Essential oil bukanlah sejenis ubat tapi ianya merupakan terapi menggunakan minyak untuk mengurangkan tekanan dan memberi ketenangan. 

Essential oil dihasilkan dari pelbagai bahagian tumbuhan seperti bunga-bunga,daun,dahan,batang, dan juga kulit. 

Minyak akan terhasil dari proses steaming dalam bentuk cecair pekat yang mempunyai bau yang sangat kuat. Minyak inilah yang dipercayai mempunyai pelbagai khasiat untuk kesihatan. 

Selalu kalau kita sesak nafas atau pening kepala kita mesti sapu minyak angin kan? Atau kita lenguh kita akan sapu minyak panas. 

Memang tak hilangkan demam tapi ianya membantu emosi kita jadi lebih tenang dan kita dapat berehat dengan baik. Bila dapat rehat yang cukup baru la badan cepat sembuh. 

Ha itu lah peranan essential oil ni. 



10 Kebaikan Essential Oil 

1. Membantu meningkatkan sistem imun dan melawan penyakit ~ Audelia Naturals IMMUNITY (Immunity Booster)

2. Membantu proses penghadaman. ~ Audelia Naturals TUMMY (Soothing Tummy Oil)

3. Meningkatkan keupayaan anda untuk memberi tumpuan dan tumpuan.

4. Membantu anda berehat dan mengurangkan tahap tekanan anda. ~ Audelia Naturals BEDTIME (Calming Sleeping Oil)

5. Minyak essential digunakan secara perubatan bagi membunuh bakteria, kulat dan virus. ~ Audelia Naturals SNIFFLES (Congestion Relief)

6. Penyelidikan menunjukkan kebanyakan virus, bakteria dan kulat boleh mati bila berhadapan dengan minyak ini.

7. Merangsang pertumbuhan tisu baru dan saraf. Selain itu, ia membawa oksigen dan nutrien ke dalam sel tubuh.

8. Bantu membuang karbon dioksida, toksin dan sisa lain dari badan. 

9.Aroma minyak ini membantu mengimbangi frekuensi elektrik otak yang membolehkannya berfungsi lebih optimum dan efisien. 

10. Apabila minyak ini dihidu, kompenen tertentu dalamnya bantu melepaskan gangguan emosi.

Sumber my.theasianparent.com/




Set Audelia Naturals Essential Oil, Mummy's Rescue Kit

Kandungan bahan-bahan yang terdapat dalam Audelia Naturals Essential Oil terbukti secara dermatologi selamat untuk kanak-kanak. 

Terdapat empat jenis essential oil dalam set Audelia Naturals, Mummy's Rescue Kit iaitu IMMUNITY (Immunity Booster), TUMMY (Soothing Tummy Oil), BEDTIME (Calming Sleeping Oil), dan juga SNIFFLES (Congestion Relief). 

Apa yang best tentang Audelia Naturals Essential Oil ini ialah ianya merupakan set lengkap yang memahami keperluan anak anda. 

Bukan sahaja bermanfaat untuk anak-anak tapi ianya juga idea yang sesuai jika anda ingin hadiahkan kepada yang tersayang. 

Cute sangat set ni didatangkan dalam kotak dan ada lukisan binatang comel dengan warna pastel yang pasti menarik minat kanak-kanak. 


Harga satu set (4 Essential Oil) RM149 dan jika dibeli berasingan hanyalah RM39 satu botol. Lagi jimat beli empat terus ya. 

IMMUNITY (Immunity Booster) – Membantu meingkatkan sistem imun tubuh dan melawan jangkitan kuman berbahaya. Cara penggunaan: Hanya sapukan di tapak kaki pada setiap malam.



Set Audelia Naturals Essential Oil


TUMMY (Soothing Tummy Oil) – Membantu masalah kembung perut. Cara penggunaan: Hanya sapukan di tapak kaki dan perut. 


TUMMY (Soothing Tummy Oil) Set Audelia Naturals Essential Oil


BEDTIME (Calming Sleeping Oil) – Membantu masalah sukar tidur dan anak meragam. Cara penggunaan: Hanya sapukan di tapak kaki dan tulang belakang sebelum tidur. 


Set Audelia Naturals Essential Oil


SNIFFLES (Congestion Relief) – Membantu masalah sukar bernafas, batuk dan selesema. Cara penggunaan: Hanya sapukan di dada dan belakang badan bila perlu.  


Set Audelia Naturals Essential Oil



Cara Penggunaan Essential Oil Untuk Bayi

1. Anda seharusnya berhati-hati sebelum menggunakan apa jua produk kepada bayi sebagai langkah berjaga-jaga. 
2. Jangan terus sapu Essential Oil pada kulit bayi sebaliknya, pakai minyak bunga matahari dan minyak kelapa terlebih dahulu. 
3. Lakukan patch test sebelum menggunakan Essential Oil. Boleh calitkan dalam jumlah yang kecil pada betis atau lengan untuk pastikan kulit bayi tidak sensitif. 
4. Jangan gunakan Essential Oil yang boleh memberi alahan pada kulit seperti thyme, oregano, citronella, cinnamon, bay, cumin, lemongrass, lemon verbena.
5. Simpan Essential Oil di tempat yang selamat dan dingin. 
6. Elak diffusers aromatherapy essential jika bayi anda penghidap asma.



Testimoni Audelia Naturals Essential Oil, Mummy's Rescue Kit

Testimoni

Set Audelia Naturals Essential Oil

Set Audelia Naturals Essential Oil


Dimana nak dapatkan Audelia Naturals Essential Oil, Mummy's Rescue Kit?

Boleh Hubungi Team Audelia di talian +601160962576 atau nak baca tentang testimoni dan juga info lain Website mereka.