Tempat Makan Steamboat Sedap Di Shah Alam

Rodiah Amir
1

Tempat Makan Steamboat Sedap Di Shah Alam

Sabtu lepas tercapai juga hasrat nak makan stimbot di D'Kayangan Steamboat BBQ Buffet yang terletak di Seksyen 13 Shah Alam. Diah ke sini kerana menghadiri majlis mini gathering sempena menyambut ulang tahun ke sepuluh kami berkawan. D'Kayangan Steamboat BBQ Buffet Shah Alam menjadi tempat pilihan kami berdasarkan review dari kawan-kawan yang pernah datang ke sini.

Kalau nak tahu D'Kayangan Steamboat BBQ Buffet terkenal dikalangan peminat stimbot kerana pilihan stimbot yang pelbagai dan harganya yang murah. Memang puas hati. Harga yang dikenakan sama termasuklah Sabtu dan Ahad. Diah pernah makan di restoran stimbot lain harga dikenakan berbeza ikut hari dan waktu. Geram bila fikir. Paling best, restoran D'Kayangan Steamboat BBQ Buffet Shah Alam dibuka seawal pukul tiga petang pada hari Sabtu dan Ahad.

D'Kayangan Steamboat BBQ Buffet Tempat gathering
Mini Gathering di D'Kayangan Steamboat BBQ Buffet Shah Alam
Alhamdulillah majlis kami pada hari tersebut berjalan dengan lancar sekali. Oleh sebab kami agak ramai, dalam 20 orang kesemuanya jadi kami pilih tempat berkumpul berdasarkan keselesaan untuk satu keluarga. Lagipun jadi mudah sebab semua orang boleh makan apa yang mereka suka dan tanpa had. Parking dekat sini banyak dan lokasi restoran ni hanya lima minit dari Stadium Shah Alam. Kemudahan seperti surau disediakan. Tandas dia bersih. Jadi puas hati.  

Pilihan makanan D'Kayangan Steamboat BBQ Buffet Tempat Makan Stimbot Sedap Di Shah Alam
Pilihan yang banyak
D'Kayangan Steamboat BBQ Buffet Shah Alam menawarkan lebih 150 jenis hidangan bagi pengunjung setiap hari. Dengan ruang makan yang santai, restoran ini boleh menampung sehingga 600 orang dalam satu masa iaitu seramai 200 orang dibahagian dalam dan 400 orang di bahagian ruang terbuka. Pendek kata memang pilihan yang tepat untuk kami yang ramai dan kuat makan ni.

Pilihan Stimbot & Grill


Dekat sini pelanggan boleh pilih samaada mahu sup ayam atau tomyam sebagai kuah rebusan stimbot. Ada sesetengah restoran stimbot kalau refill atau pilih kuah tomyam, caj tambahan akan dikenakan.  Bagusnya D'Kayangan Steamboat & Grill ni tiada caj tambahan kalau nak refill sup atau pilih tomyam. Makan la sampai kenyang.

D'Kayangan Steamboat BBQ Buffet Grill
Grill & Steamboat
Sayur Segar



Stimbot Sedap Di Shah Alam
Mee, rojak Buah & buah-buahan
 Pilihan yang disediakan di sini seperti udang besar, kupang, kepah, kerang, sotong, isi ikan, bamboo lala dan banyak lagi. Paling rare yang Diah jumpa dekat sini ialah PERUT LEMBU dan IKAN PATIN. Pelbagai bebola, sayur-sayuran, aneka mee dan juga fucuk turut disediakan untuk pilihan pelanggan.

D'Kayangan Steamboat BBQ Buffet Tempat Makan Stimbot Sedap Di Shah Alam
Pilih je nak apa. Perapan dia terbaik
Tempat Makan Stimbot Sedap Di Shah Alam
Putih tu Perut lembu dan kerang dia besar. Love Sangat. 
Terdapat juga pelbagai pilihan sos yang dibuat sendiri oleh Chef seperti Sos Cili Pedas, Sos Thousand Island, Sos Cili Thai, Sos Cili Manis, Sos Bawang Putih, Sos Black Pepper, Sos Yong Tau Foo dan macam-macam lagi. Pilihan hidangan sampingan juga disediakan seperti mee goreng, nasi goreng, nasi lemak, kari ayam dan spagethi Bolognese. Ada ais krim dan juga ABC untuk menyejukkan tekak.  

Hidangan sampingan
Hidangan Sampingan
D'Kayangan Steamboat BBQ Buffet Tempat Makan Stimbot Sedap Di Shah Alam dessert
ABC
Ais Krim yang jadi tumpuan anak-anak


Tempat Ideal Untuk Reunion, Sambutan Hari Jadi & Gathering


Krew restoran pun pantas buat kerja dan senang sangat nak deal sebab kami request nak hias tempat tu dengan belon masa sesi Gift Exchange kami. Krew restoran memberi kerja sama yang baik dan amat membantu. Jadi anda yang nak buat majlis gathering, reunion, sambutan hari jadi D'Kayangan Steamboat merupakan pilihan ideal untuk anda pertimbangkan. 

D'Kayangan Steamboat BBQ Buffet Tempat Makan Stimbot Sedap Di Shah Alam
Gift Exchange Kami

Harga D'Kayangan Steamboat BBQ Buffet Shah Alam


Harga terbaru yang ditawarkan amat berpatutan iaitu hanya RM 29.90 bagi dewasa dan RM 12.50bagi kanak-kanak yang berusia 5 – 11 tahun. Kanak-kanak empat tahun ke bawah adalah percuma. Macam Diah beritahu dekat atas tadi, tiada bayaran tambahan untuk ‘refill’ sup. Bagi pelanggan yang membelanjakan lebih daripada rm 150, anda layak untuk dapat kad diskaun bernilai RM 10.

Riang-Ria Cabutan Bertuah 'Makan Dan Menang' Di D'kayangan Steamboat BBQ Buffe Shah Alam

Berita baik untuk pelanggan yang makan di D'Kayangan Steamboat BBQ Buffet Shah Alam, anda boleh memenangi hadiah-hadiah menarik seperti Skuter, TV 60 inci, Mountain bike, dan voucher steamboat jika anda belanja RM100 dalam satu resit. Hanya isi butiran yang di kehendaki dalam borang penyertaan yang disediakan. Tempoh peraduan bermula 31hb Disember 2018 sehingga 29hb Mac 2019.

D'Kayangan Steamboat BBQ Buffet Shah Alam pernah menjadi pilihan rancangan makanan popular, Jan-jalan Cari Makan (JJCM) dan juga Nasi Lemak Kopi O. Jadi apa tunggu lagi. Jom serbu D'Kayangan Steamboat BBQ Buffet Shah Alam hari ni juga. Pilihan makanan yang pelbagai, perapan dan sos yang sedap, dan tempat yang selesa untuk anda makan-makan bersama kawan-kawan dan keluarga.

Waktu Operasi 

Isnin – Jumaat: 5:00petang hingga 12 Tengah malam
Sabtu- Ahad: 3:00petang hingga 12 Tengah malam

D'Kayangan Steamboat BBQ Buffet Shah Alam
Sri Acappella Servis Apartment, Restauran D'Kayangan,
No. 1, Jalan Lompat Tinggi 13/33M Seksyen 13, Shah Alam
Shah Alam, Malaysia
Waze: Dkayangan Steamboat & Grill

Whatsapp 012-297 1091 untuk tempahan


Kenangan 2019

Terima kasih D'Kayangan Steamboat BBQ Buffet Shah Alam untuk makanan, layanan, & kenangan indah, Nanti kami datang lagi!
Tags

Catat Ulasan

1Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

  1. sedap betol siap beraiskrim lagiii. inysAllah next visit ke sini.

    BalasPadam
Catat Ulasan