Menulis & Belajar Tentang Diri Sendiri

Menulis Dan Belajar Tentang Diri Sendiri 

Assalamualaikum. Aku dalam proses mencari rentak untuk menulis supaya apa sahaja bentuk penulisan yang aku kongsi baik di blog mahupun di platform media sosial lain harapnya memberi manfaat kepada yang membaca. 

Melalui penulisan juga aku belajar kenal diri sendiri. Alhamdulillah semakin hari aku semakin teruja nak kenal kemana minat dan arah penulisan aku.

Aku start buat blog masa tu tahun 2010, hujung tahun. Tahun 2011 baru aku menulis entri peribadi. Banyak kisah-kisah hidup aku, pendek kata blog jadi diari online aku. kalau baca semula isi kandungan entri lepas memang tebal muka. Tak sanggup nak hadam. I is kenot. Hahahhaha. 



Blog Sebagai Tempat Rujukan 


Dari 2011 dan seterusnya aku menulis ikut suka. Apa aku lalui aku kongsi dekat blog. Masa tu boleh kira kot bilangan entri. Aku mula banyak menulis bila aku mengandung. 

Aku dah pasang niat supaya nanti aku dah tak ada, blog ni salah satu peninggalan aku untuk anak-anak baca. Sekurangnya dia tak rindu aku sangat dan sentiasa rasa aku ada untuk mereka. 



Selain berkongsi detik mengandung dan melahirkan, aku juga suka kongsi tentang masakan. Kongsi resepi walaupun tak la hebat memasak. Tapi aku tak pernah segan nak cuba. oleh sebab kegigihan aku suka memasak dan baking suami akhirnya tunaikan hajat aku dengan hadiahkan oven besar. 

Boleh masak ayam golek so dapat la korang bayangkan besar mana oven aku kan? Teruja nak baking tapi belum ada kesempatan. In sha Allah lepas ni boleh buat. 

Kenangan Manis Tulis Blog


Aku pernah dapat token kerana menulis entri berkaitan sebuah klinik. Memang aku selalu pergi ke klinik tu sebab anak no dua aku ada masalah ekzima. Dia kena ekzima pada usia lima bulan lepas dapat suntikan vaksin, dan waktu dia kulit dia jadi kritikal adalah masa usia tujuh bulan dah ke atas. 

Memang air mata macam air terjun bila tengok anak menangis menggaru dan berdarah-darah.
Klinik tu pun aku tahu dari biras aku. 

Jadi, oleh sebab aku rasa bertanggungjawab dan kasihankan anak-anak lain yang ada nasib sama macam anak aku maka aku kongsikan pengalaman, dan produk yang aku cuba. 

Semuanya aku kongsi berdasarkan apa aku dan anak aku rasa. Alhamdulillah, kebanyakan ibu yang pergi ke situ semua cakap datang berdasarkan recommendation aku dalam blog. 

Doktor tu best kot, dia tak galakan amalkan ubat ada steroid, dia akan terangkan secara jelas apa jenis penyakit yang dihidapi then dia explain apa punca dan cara-cara perlu buat. 

Jadi kita sebagai mak ni kurang la pressure bila menghadap anak yang sakit. Banyak juga pengalaman aku stress hadap doktor yang dingin merawat pesakit. Bukan semualah tapi kebanyakanya. 

Sampai Bila Nak Menulis? 

Kalau ikut kan dah jadi trend anak-anak muda slowly berminat nak jadi blogger. Rasanya lebih banyak cabang anak-anak muda sekarang boleh explore. Zaman aku muda dulu hanya tahu Friendster dan blog. 

Sekarang lebih banyak pilihan, Youtube, Instagrammer dan banyak lagi la. Setiap medium untuk bersosial beri kepuasan yang berbeza-beza. Sampai bila nak menulis tu rasanya sampai aku masih mampu nak menghadap laptop dan minat tu masih ada. In sya Allah. 

Kesimpulan dapat aku buat, menulis ni melatih aku untuk jadi rajin membaca. Nak menulis kena banyak membaca. Selain tu aku jadi lapang dada, aku jadi lebih gembira. 

Semakin banyak aku menulis semakin aku kenal diri sendiri. Bersyukur sangat Allah dorongkan minat aku untuk menulis. Semoga perkongsian aku memberi manfaat untuk yang membaca. 

Melawat Sky Box & Sky Deck Menara Kuala Lumpur

Akhirnya dapat juga ke Sky Box Menara Kuala Lumpur. Kalau sebelum ni aku pernah kongsikan program menarik yang ada dekat Menara Kuala Lumpur. 

Kali ni aku dan keluarga turun padang nak saksikan sendiri keindahan ikon negara yang terkenal dekat Kuala Lumpur ni. 

Korang dah pergi ke belum?

Kalau belum jom baca pengalaman aku sekeluarga habiskan cuti minggu tengok keindahan bandar Kuala Lumpur melalui kotak kaca, Sky Box di Menara Kuala Lumpur. 

Melawat Sky Box & Sky Deck Menara Kuala Lumpur 

Tak lain tak bukan aktiviti yang boleh dilakukan disini ialah, menghayati keindahan panorama bandar Kuala Lumpur, tangkap gambar di Sky Box (kotak kaca) dan melawat menara tinjau di Sky Deck.

Apa yang menarik dekat Sky Box ni ialah korang boleh menikmati keindahan panorama pemandangan bandaraya Kuala Lumpur di ketinggian 300 meter. Memang ohsem. 

Korang akan dapat lihat seluruh bandar Kuala Lumpur dari atas Menara.  Apabila berada di Sky Box, ia merupakan kawasan terbuka dan boleh rasa udara dan cahaya matahari secara direct. 




Ada dua kotak kaca disediakan dengan latar belakang pemandangan yang berbeza. 

Kotak kaca ini lah yang menjadi tarikan pelancong yang datang ke Sky Box. Semua tidak ketinggalan nak bergambar di atas kotak kaca ni. 

Manakala di Sky Deck, ianya berlawanan dengan sky Box. Kalau di Sky Box merupakan kawasan terbuka. 

Sky Deck pula korang akan dapat menikmati panorama pemandangan Kuala Lumpur di dalam kawasan yang redup, dan ada penyaman udara. 

Ada disediakan teropong seperti yang ada di kebanyakan menara tinjau yang lain. 





Pengalaman Berada Sky Box Menara Kuala Lumpur

Salah satu pengalaman berharga yang rasanya aku akan ingat sampai bila-bila. Teruja sangat bila dapat pijak kotak kaca dan bergambar satu keluarga dekat sini. 

Sila bayangkan diri berdiri di atas kotak kaca yang mana korang boleh tengok bangunan dan kenderaan sekecil saiz gula-gula berada di bawah tapak kaki korang. 

Ada dua kotak kaca yang boleh korang cuba dan bergambar. Setiap kotak mempunyai latar belakang pemandangan yang berbeza. 

Kotak A (warna Merah Jambu) mempunyai latar belakang Menara Berkembar Petronas (Petronas Twin Tower) dan Kotak B (Warna Biru) mempunyai latar belakang bangunan Kuala Lumpur. 

Sudah semestinya ramai berebut untuk beratur di Kotak A. Setiap pelawat diberikan masa dua minit setiap sesi untuk bergambar sebagai kenang-kenangan. 

Kena ambil nombor giliran dan tunggu nombor dipanggil. Untuk satu sesi, limit berat yang dibenarkan untuk berada di atas kotak kaca ialah empat orang dewasa. 

Tiada had untuk pengambilan nombor, jadi kalau tak puas hati dan nak cuba lagi sila ambil no giliran yang lain. 

Kalau bercuti ke Kedah, pergilah ke Menara Alor Setar ada observation juga. 





Selain Sky Box, yang buat kami kagum dekat sini adalah Sky Café KL Tower. Serius cantik weh pemandangan dekat situ. Harga makanan dekat sini memang boleh telan air liur. 

Kalau nak duduk dan makan di sini kena berbelanja sekurang-kurangnya RM50 dalam satu resit. Boleh duduk dan hayati pemandangan sambal basahkan tekak dan masa diberikan dalam 15-20 minit macam tu. 

Café dia tak la besar mana sebab tu dia limitkan masa untuk beri peluang kepada pelanggan lain juga.  

Teringat ayat suami bila aku sebut pasal harga jus dekat sini, dia kata ‘bukan harga jus tu yang mahal, tapi sebab kita yang tak mampu beli’ dalam erti kata lain miskin a.k.a tak mampu lol. 







Harga Tiket Sky Box & Sky Deck Menara Kuala Lumpur


Untuk mudahkan urusan korang boleh beli secara atas talian di laman web Menara Kuala Lumpur dan Menara Kuala Lumpur selalu buat promosi harga yang murah terutama cuti sekolah dan cuti umum. 

Lebih jimat kalau beli tiket secara berkumpulan dan melawat semua tempat tarikan di Menara Kuala Lumpur. 

Sky Box & Observation Deck Ticket: 

 (MyKad - Adult) RM71.00  
 (MyKid - Child - 4 to 12 years old) RM37





Tarikan Lain Di Menara Kuala Lumpur


Selain daripada bergambar di Sky Box dan Sky Deck, tarikan lain yang terdapat di Menara Kuala Lumpur termasuklah, Blue Coral Aquarium, Upside Down House, dan juga Mini Zoo. 

Tempat-tempat ni memang sesuai sangat kalau bawa anak-anak. Beberapa tahun sudah Diah dah melawat Blue Coral Aquarium dan Mini Zoo. 

Dengar khabar Menara Kuala Lumpur dah naik taraf tempat-tempat tu dan jadi lebih menarik. Mungkin masa hadapan kalau ada rezeki boleh la datang lagi. 


Review Sky Box & Sky Deck Menara Kuala Lumpur


Bagi aku kalau dah namanya rakyat Malaysia kena la melawat Sky Box & Sky Deck Menara Kuala Lumpur ni yang merupakan salah satu ikon kebanggaan rakyat Malaysia. 

Terkejut masa hari aku pergi hari tu, yang beratur panjang semuanya adalah pelancong dari negara luar. 

Pak Arab and the gang paling ramai. Kalau mereka berebut nak datang untuk melihat keindahan Menara Kuala Lumpur, kenapa tidak kita kan? 

Lagipun Menara Kuala Lumpur tempat mesra keluarga, senang nak parking, dan banyak kemudahan nak datang sini. Tempat kena pergi sekali seumur hidup. 

Master Pasto Instant Spaghetti Halal Review


Master Pasto Instant Spaghetti Halal Review 

Baru-baru ni aku berpeluang untuk mencuba Instant Spaghetti jenama Master Pasto produk keluaran tempatan oleh Lioco Food Industries Sdn. Bhd. yang semestinya berstatus Halal. 

Masa suapan pertama, Master Pasto Instant Spaghetti dah berjaya impress aku, sebab kebiasaan makanan instant yang aku pernah cuba membosankan rasa dia. Tapi Master Pasto Instant ni terkecuali.

Selain daripada rasa yang lazat, apa yang menariknya tentang Master Pasto Instant Spaghetti ni, ianya hanya memerlukan masa yang singkat untuk disediakan (3 minit) dan boleh terus dimakan. 

Ianya selamat dimakan dan bahan yang digunakan dalam penyediaan Master Pasto Instant Spaghetti adalah semulajadi. Tidak mengandungi MSG, tiada bahan pengawet, dan boleh disimpan pada suhu bilik.



Pilihan Perasa Master Pasto Instant Spaghetti


Ada tiga jenis pilihan spageti iaitu; Spaghetti Bolognese with Chicken, Spaghetti Mushroom Cream Sauce dan Spaghetti Aglio Olio with Chicken. Kalau korang bertekak Melayu yang suka pedas, yang kalau makan tak pedas tak Melayu la katanya, Spaghetti Aglio Olio with Chicken adalah pilihan yang tepat. 

Level pedas yang sedang-sedang. Spaghetti Mushroom Cream Sauce pula memang cukup berkrim la sos dia.

Pilihan bijak untuk anak-anak. Spaghetti Bolognese with Chicken pun tak kurang sedapnya. Agak-agak tak tahu nak masak apa for meal boleh la makan Master Pasto Instant Spaghetti. Harga satu kotak Master Pasto Instant Spaghetti ialah RM7.90.








Cara Penyediaan Master Pasto Instant Spaghetti


Cara penyediaan Master Pasto Instant Spaghetti memang mudah sangat. Hanya panaskan spageti dan sos yang dibungkus dalam pek “flexy packy” selama tiga minit dan siap untuk dimakan. 

Terpulang cara anda untuk panaskan flexy packy, tapi hidangan ini lebih enak dimakan jika dipanaskan di dalam ketuhar gelombang mikro.

*Note: Flexy packy ialah pek mudah yang selamat dan boleh dipercayai di mana ia telah melalui pengendalian suhu tinggi untuk tujuan penstrilan dan dibuat khas untuk pembungkusan produk Lioco.

Cara-Cara pemanasan:

Cara A: Panaskan di dalam Air mendidih

Didihkan air di dalam periuk ataupun menggunakan cerek elektrik.
Rendamkan spaghetti dan sos Flexy Packy di dalam air panas yang sudah didih dan biarkan air terus mendidih selama tiga minit.

Keluarkan spageti dan sos Flexy Packy dari periuk. Buka dan tuangkan ke dalam pinggan dan sedia untuk dihidangkan.

Atau

Cara B: Ketuhar Gelombang Mikro

Tuangkan spageti dan sos Flexy Packy ke dalam pinggan atau bekas yang sesuai untuk ketuhar gelombang mikro.

Masukkan ke dalam ketuhar gelombang mikro dan panaskan selama satu minit. Sedia untuk dihidangkan.







Review Master Pasto Instant Spaghetti

Sebagai seorang ibu yang ada tiga orang cahaya mata, memang jadual aku agak padat dan sentiasa kena sediakan makanan yang anak-anak suka. Bila hari-hari kena masak, kadang-kadang buntu juga. 

Jadi dengan adanya Master Pasto Instant Spaghetti ni memang jadi penyelamat waktu aku kehabisan idea nak memasak dan juga jadi Hero bila tak cukup masa nak ke dapur. Tiga minit je dah boleh makan.






Aku juga amat meyokong mereka yang travel untuk bawa Master Pasto Instant Spaghetti ketika travel. Pek dia mudah nak dibawa, senang dimasak, kena dengan selera orang Malaysia. 

Sesuai juga untuk pelajar yang tinggal berjauhan dengan ibu bapa. Dah boleh gantikan dengan makan mee segera. Paling penting tiada MSG, tiada bahan pengawet dan guna bahan semulajadi.

Untuk pembelian Master Pasto Instant Spaghetti ni boleh rujuk lama website atau hubungi sahaja melalui laman media sosial mereka.




Pengalaman Pertama Ke MATTA Fair 2019

Beberapa minggu lepas, buat pertama kalinya di tahun 2019 kami anak beranak menjejakkan kaki ke MATTA Fair yang diadakan di PWTC Kuala Lumpur

Lokasi MATTA Fair diadakan masih sama seperti tahun-tahun sebelumnya. Macam biasa kalau event di tengah kotaraya, naik pengangkutan awam adalah pilihan yang tepat. 

Kami keluar rumah dan parking kereta di LRT berdekatan dan angkut semua anak-anak naik train. Kemain seronok masing-masing. 


Pengalaman Pertama Ke MATTA Fair 2019 

Walaupun terpaksa bersusah sedikit tapi puas hati dapat beri pendedahan kepada anak-anak tentang dunia luar. 

Ini merupakan Pengalaman Kali Pertama ke MATTA Fair buat kami sekeluarga. Jakun ok.


Jalan-jalan  Ke MATTA Fair


Tujuan kami ke MATTA Fair kali ni sebab nak survey pakej percutian murah destinasi dalam Malaysia. 

Niat di hati nak habiskan melawat tempat-tempat dalam Malaysia dahulu. Tunggu anak-anak dah pandai uruskan diri baru la plan ke luar negara pula in sha Allah.


Tiket Masuk ke Matta Fair 2019

Memang dah dijangka, MATTA Fair memang penuh dengan manusia. Siapa kata Rakyat Malaysia miskin woi. 

Masa kami pergi adalah hari kedua MATTA Fair berlangsung. Sampai je terus menuju ke kaunter tiket dan ambil pemplate yang berkaitan. 

Bayaran masuk dikenakan RM4 untuk dewasa dan kanak-kanak bawah umur 12 tahun dibenarkan masuk secara percuma. 

Dari segi kemudahan makanan, tandas, krew bertugas semua ok. Jadi tak ada masalah kalau korang sesat atau lapar dan banyak tempat korang boleh lepak kalau penat. 

Just follow sign yang disediakan. Kami terus serbu hall 5 untuk domestic. 

Dalam Hall 5 ni dia mempromosikan Negeri Kedah, Sabah, Sarawak, Perak, Johor, Negeri Sembilan dan Melaka. 

Dari satu booth ke booth yang lain kami survey dan dengar pakej yang ditawarkan. 

Pakej termasuk lah percutian ke Legoland, A’Famosa Resort, Lexis Hotel, Desaru, Cruise Tasik Putrajaya, pakej melancong ke Sabah Sarawak, Langkawi dan banyak lagi la. 

Pendek kata semua tarikan utama untuk dalam Malaysia ada dekat sini. 

Hall paling crowded semestinya destinasi pelancongan luar negara. Memang jem teruk. Sesiapa yang target nak survey pakej luar negara elok tinggalkan anak dekat rumah. 

lagi mudah. Tapi kalau korang berhati kental why not kan? Susun atur setiap hall mengikut kawasan dan jenis tarikan memang dah siap susun cantik. Korang hanya perlu rujuk peta PWTC berikan. 

Suami dah awal-awal ingatkan yang tujuan kami datang ke MATTA Fair kali ni sekadar nak survey pakej, nak tengok cost roughly dan kalau pakej betul-betul menarik baru boleh proceed. 

Bila dah set awal-awal macam tu jadi lebih mudah. Alhamdulillah walaupun orang ramai tapi proses tu smooth sangat. Anak-anak pun tak meragam. Lebih kurang dua jam juga kami dekat sana. 

Kalau orang sibuk survey pakej, aku sibuk tengok lelaki ni makan ulat Sago. 

Dekat Booth Negeri Sarawak ni dia memperkenalkan makanan kolagen untuk kecantikan bagi orang Sarawak iaitu ulat Sago. 

Nak makan fresh atau BBQ, anda pilih saja. Katanya rasa dia lemak berkrim. Memang tak la aku nak rasa. Selain ulat Sago dia ada bagi tester ayam pansuh yang dimasak dalam buluh. 


Pakej Travel MATTA Fair
Booth Negeri Sarawak paling meriah


Beli apa di MATTA Fair? 

Selaian dari pakej percutian, MATTA Fair juga tawarkan tiket-tiket berbaloi kena grab bagi tempat rekreasi yang popular macam Sky Rides Putrajaya dan KL Hop On Hop Off Bus. 

Eh banyak lagi sebenarnya tapi yang dua ni berjaya kami beli. Bertahun-bertahun simpan niat nak naik KL Hop On Hop Off Bus ni. Nama je duduk di KL tapi sekali pun belum pernah cuba. 

Apa yang best bus ni? Bus ni ada dua tingkat dan tingkat atas dia terbuka then dia akan bawa pusing satu KL which akan stop di 11 perhentian. 




Harga tiket KL Hop On Hop Off Bus kalau normal price dia ialah RM25. So masa kami beli dapat harga RM15 sahaja. Kira ok la kan jimat sikit. 

Lagi satu excited nak cuba naik belon helium dekat Precint 2, Putrajaya. Korang boleh search Skyrides Festivals Park. 

Harga asal RM35 dan kami dapat diskaun RM10. Teringin nak pergi Skyrides ni sebab dia termasuk dalam The Malaysia Book of Records sebagai First Tethered Helium Ballon dan The Biggest Helium Balloon. 

Tak sabar nak cuba. In sha Allah nanti dah rasa sendiri pengalaman tu Diah kongsi dekat blog. 

Apa pun pengalaman kali pertama menjejakkan kaki ke MATTA Fair bersama anak-anak memang satu kenangan manis yang akan kekal terpahat dalam ingatan. 

Seronok dapat berjalan sambil tingkatkan parenting skill ke level seterusnya. Bagus pergi ke MATTA Fair kalau anda sejenis yang suka tengok pakej depan mata dan nak dengar pendapat mereka yang tawarkan pakej tempat anda nak pergi. 

Lebih mudah anda kena letak target apa yang anda nak cari dekat MATTA Fair then boleh start compare offer online dan juga offline.