Boleh Ke Puasa Enam di Sekali kan Dengan Puasa Ganti?

Assalamualaikum. Bila masuk bulan Syawal ni ramai lah ambil kesempatan untuk buat puasa enam sebab bahang puasa masih membara. 

Kebanyakan wanita la yang ambil peluang sebab dah bercuti masa Ramadan dan nak ganti tu memang bercinta sangat.

Kalau buat lambat-lambat peluang nak ganti puasa tu makin tipis dan semakin tinggi cabaranya. Selalu orang akan tanya “boleh ke puasa enam di sekali kan dengan puasa ganti”. 

Kadang-kadang dah tahu jawapan dia tapi masih lagi nak tanya. Risau salah hukum pulak. Aku la tu. 


Boleh Ke Puasa Enam di Sekali kan Dengan Puasa Ganti?


Selain dari niat nak dapat pahala lebih dengan puasa sunat di bulan Syawal, puasa Enam juga salah satu cara untuk hentikan sekejap pesta makanan yang kita asyik duk hadap bermula satu Syawal hari tu. 

Bayangkan berapa banyak makanan sedap (baca: berlemak, tinggi kolestrol, tinggi gula dan garam) yang kita dah telan.

Confirmed banyak dari biasa kan? Mana ada beraya rumah orang tapi makan selain menu raya kan? Jadi dengan puasa Enam lah kita kawal semula badan dan selera makan kita. Kena sayang badan. 




Niat Puasa Enam Beserta Puasa Ganti


Dalam keluarga aku, kalau bab persoalan hukum agama aku akan rujuk dua orang akak aku sebab diaorang lepasan Agama. Mudah la sedikit nak tanya dan kurang malu. 
Masa duduk berborak kunyah maruku sempat la dapatkan jawapan nak puasa sekali gus ni. 


Hukum Puasa Enam disekali kan dengan Puasa Ganti 

Alhamdulillah ikut pandangan Ulama majoriti membenarkan puasa enam disekalikan dengan puasa ganti. Jadi tiada masalah nak ganti dan berpuasa Enam dalam satu masa. 

Aku suka rujuk lama web Mufti Wilayah kalau nak dapatkan keterangan lanjut. Rujuk http://www.muftiwp.gov.my aku kongsikan kesimpulan Mufti beri tapi aku galakan korang pergi baca artikel penuh untuk elak segala salah faham ok. 

Kesimpulannya, mengikut pendapat yang muktamad, afdhal seseorang itu menjadikan puasa qadha berasingan dengan puasa 6 pada bulan syawal. 

Namun begitu, menyatukan puasa qadha dengan puasa enam itu tetap diharuskan dan mendapat ganjaran pahala kedua-duanya mengikut pendapat yang dhaif. 

Namun begitu, menyegerakan qadha puasa itu adalah sikap yang terpuji dan dituntut oleh syarak terutama kepada sesiapa yang meninggalkan puasa tanpa uzur yang dibenarkan syarak. Semoga kita termasuk bersama-sama dengan orang bertaqwa.


Persoalan ganti puasa dah clear jadi jom lah kita sama-sama ganti puasa. Dapatkan balik berat badan masa puasa hari tu. Mujur tak terlajak jauh walhal dah telan bergelen air gula dan banyak ketupat dan rendang. 


Cerita Raya Kami 2019

Cerita Raya Kami 2019  

Assalamualaikum. Selamat Hari Raya. Alhamdulillah setelah berhempas pulas satu bulan berpuasa, akhirnya Syawal disambut dengan jayanya. Raya tahun ni beraya di belah keluarga suami dahulu di Melaka dan hari raya ke tiga baru balik ke Pahang. Buat julung kalinya, keluarga di Melaka tak keluar beraya.

Semua sanak saudara serbu rumah mertua memandangkan ayah mertua adalah anak sulong dan mak antara anak yang paling tua dan masih hidup. Raya aku kali ni memang kebanyakan masa adalah di dapur dan memasak. Macam biasa la kan. Tapi tahun ni paling sibuk rasanya.



Raya Pertama di Melaka 2019

Aku sampai dari KL sehari sebelum Raya. Bertolak dari rumah pukul 9.30 pagi dan pukul 11.30 pagi aku dah sampai di rumah mertua. Perjalanan paling smooth setakat ni. Rasanya sebab semua dah balik awal jadi highway pun lengang.

Aktiviti raya pada hari pertama kami seperti biasa, bermaaf-maafan, tangkap gambar, bagi duit raya dan terima kunjungan tetamu. Malam Raya kami sibuk masak rendang, masak lodeh, rebus ketupat, dan sediakan pinggan mangkuk.

Dah jadi tradisi, setiap kali Raya mesti abang ipar akan beli sate dan bakar panas-panas untuk dihidangkan untuk tetamu. Memang meriah walaupun sedikit penat. Memang tak ada peluang nak pakai smart kalau kena kipas sate. Jadi, aku lebih rela duduk bahagian dapur refill makanan. Bijak kan? Masa raya ni lah semua ambil kesempatan berkunjung ke rumah saudara. Meriah teruk, 

Raya Ketiga di Pahang

Raya masih diteruskan walaupun Raya ke tiga baru aku balik ke Pahang. Memang tahun ni giliran aku dan adik beradik lain beraya bersama keluarga mertua. Jadi Raya pertama hanya ada dua orang abang aku yang temankan mak. Raya ke tiga baru penuh rumah.

Masih meriah sebab Raya ke tiga kami masak Nasi Bukhari dan laksa Utara. Oleh sebab dah raya ke tiga kami sempat beraya di rumah adik arwah abah je di Felda Bukit Mendi. Itu pun sebuah rumah je. Kurang mood nak beraya sebab badan penat memasak. 

Secara rasminya kami tak ada gambar satu keluarga pakai baju raya sebelah Pahang. Tema Baju Raya sebelah Melaka ialah purple dan Raya di Pahang kami pakai warna Biru. Stress mak! Sempat tangkap gambar bersama suami je. Nak tangkap gambar satu keluarga macam nak berperang. 

Tradisi Bergambar Bersama di Hari Raya 


Dah jadi tradisi masa hari Raya la kami akan pastikan ada gambar bersama. Bayangkan kalau semua ada. Sepuluh beradik hanya seorang yang bujang. Ditambah dengan anak-anak memang kecoh jadinya sesi bergambar. Tak pelik kalau ambil masa sejam untuk siap tangkap gambar keluarga. kahkahkah.

Dalam gambar ada tiga beradik yang tak ada. Adik bawah aku, anak ke tujuh tak dapat balik raya sebab kena bertugas. Nasib kerja Jururawat begitulah. Lagi dua orang dah balik ke sarang masing-masing. 


Ahamdulillah masih lagi diberi peluang beraya bersama mak dan mertua dalam keadaan sederhana. Masing-masing dah dewasa nak hargai setiap detik yang ada. Bersyukur sangat dengan nikmat Allah beri. Semoga diberi kesempatan nak berpuasa dan beraya pada tahun hadapan.

Apa cerita raya korang? Harapnya yang indah-indah sahaja ya. Selamat Hari Raya. 

Review Telefilem Wakaf Dosa

Assalamualaikum. Korang ada tengok tak telefilem 'Wakaf Dosa' lakonan Dato Rosyam Nor, Izzue Islam, Farahdhiya, Sweet Qismina? Memang merembes air mata aku masa ayah dia meninggal dunia tu. 

Cerita ni aku rasa memang tepat sangat nak gambarkan apa yang sedang berlaku dalam masyarakat kita masa sekarang. Fitnah dan dosa tu dah jadi biasa. Sedihnya. 

Untuk korang yang terlepas tengok korang boleh tengok di Tonton.my atau pun YouTube TV3. Aku sangat-sangat setuju kalau korang tengok Telefilem Wakaf Dosa ni sebab ianya memang sarat dengan pengajaran. 


Tonton Telefilem Wakaf Dosa, Kisah Realiti Zaman Sekarang


Lakonan Dato Rosyam Nor memang tak perlu dipertikaikan lagi lah. Memang berjaya bawa watak yang dibenci oleh keluarga. Lagi satu pelakon yang aku rasa berbakat sangat ialah Sweet Qismina. 

Aku memang suka watak dia bawak. Dia dah berlakon banyak cerita dan aku memang minat dia dari dia berlakon cerita Elly & Epit tu lagi. Paling penting tak gedik. 


Tonton Telefilem Wakaf Dosa


Sinopsis Telefilem Wakaf Dosa 

Bakri Zain seorang pelakon banyak merangkul anugerah dan rezekinya tidak pernah putus. Dalam masa yang sama Danial Muhaimin seorang pelakon terkenal yang mula mencemburui Bakri apabila sering dibanding-bandingkan. 

Daniel bertambah marah apabila festival filem terpaksa menarik keluar namanya dan memilih Bakri Zain sebagai calon untuk kategori pelakon lelaki terbaik. 

Puteri Najwa merupakan anak sulung Bakri kini dan sedang mengambil Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM). Najwa ingin mengejar impiannya menyambung pelajaran di Universiti Al Azhar. 

Berbeza dengan kejayaan ayahnya yang lebih menjurus ke ‘Dunya’, Najwa pula menjadikan ‘Akhirat’ sebagai titiannya untuk ke syurga. Namun, Najwa tidak pernah sesekali meragui atau ‘judgemental’ pada ayahnya.

Suatu hari, sebuah video skandal seks Bakri Zain bersama dua orang perempuan viral di media sosial. Bakri terduduk dan terkelu apabila mendapat tahu tentang video itu. 

Bakri puas berfikir siapa yang sanggup memfitnah dan menganiayainya. Itu merupakan titik permulaan kehancuran ‘Bakri Zain’. 

Bakri mula tersedar yang dirinya jauh daripada Allah. Baginya agama itu adalah sekadar tanggungjawab terhadap keluarga sahaja tapi bukan untuk dirinya. Bakri akhirnya meninggal dunia akibat kemurungan berpanjangan. 

Sejak kejadian itu Daniel orang yang bertanggungjawab menyebarkan fitnah dengan menyebar video palsu itu mula dihantui perasaan bersalah dan tidak tenang. Daniel akhirnya bertemu dengan keluarga Bakri dan mengaku kesalahanya namun segalanya telah terlambat.


Pengajaran Dari Telefilem Wakaf Dosa

Korang tonton sendiri la cerita ni, memang geram je bila kena fitnah dan pedihnya anak-anak dan isteri percaya fitnah berbanding keluarga sendiri. Sampai ayah dia mati pun anak dan isteri dia masih percaya ayah dia bersalah. 

Bila dah tahu kebenaran baru nak meraung dan menyesal, Tak pasti la mak dia tu meninggal atau sekadar jatuh pengsan. 

Pengajaran lain aku dapat ialah berkaitan depresi. Depresi bukan mainan dan ianya masalah yang serius. Masa seseorang tu depresi la dia amat perlukan sokongan keluarga dan orang terdekat. Please jangan biarkan mereka yang alami depresi bersendirian. 


Warning message - Earnings At Risk Account Google AdSense

Warning message, Earnings At Risk Account Google AdSense


Dapat warning dari google AdSense yang earnings at risk sebab blog aku tak ada ads.txt file. Aku bukanlah faham sangat apa yang dimaksudkan dengan warning tu tapi kalau ikut pemahaman aku kena letak ads.txt dekat blog untuk beri kita lebih kuasa untuk kawal siapa yang dibenarkan meletakan iklan di laman web korang dan membantu mencegah inventori palsu. (Ayat google translate)

Earnings At Risk Account Google AdSense