Raikan Hari Coklat Sedunia Dengan Pelancaran Kitkat Popcorn

Sempena meraikan Hari Coklat Sedunia bersama KITKAT, penggemar coklat di seluruh Malaysia berpeluang meraikan Hari Coklat dengan keluaran coklat edisi terhad KITKAT iaitu KITKAT Popcorn.

Tahun ni KITKAT tampil lebih berani menampilkan gabungan luar biasa, perisa manis dan masin sesuai dengan selera rakyat Malaysia yang memang gemar makan manis macam aku.

Kalau sebelum ni KITKAT telah pun menghasilkan pelbagai kombinasi perisa yang unik seperti KITKAT Green Tea, KITKAT Duo Teh Tarik, KITKAT Rose Bandung dan banyak lagi.




Pelancaran Kitkat Popcorn Sempena Hari Coklat Sedunia

Memang tak pernah ketandusan idea betul la KITKAT ni, maka terhasil lah KITKAT Popcorn, varian KITKAT yang julung kalinya menampilkan gabungan perisa manis dan masin.

KITKAT Popcorn menyerlahkan gabungan perisa manis dan masin dalam coklat susu yang halus, disaluti dengan empingan karamel masin, dilapisi kepingan wafer segar yang ranggup dengan praline popcorn caramel. Tidak syak lagi ia pasti memukau pengemar KITKAT!




Menurut Sachin Goel, Pegawai Eksekutif Perniagaan di bawah Unit Perniagaan Konfeksi (Pasaran ASEAN), Nestlè Malaysia berkata,” Kami berasa cukup bangga dapat mencipta cara menikmati masa rehat yang lebih istimewa, di mana penggemar KITKAT dapat menikmati produk yang lazat dengan penuh kegembiraan dan keseronokan.

Bertih jagung merupakan trend popular di seluruh dunia, termasuklah Malaysia. Bukan itu sahaja, bertih jagung bukan lagi snek yang dinikmati dalam pawagam sahaja. 

Ramai juga menikmati bertih jagung ketika menonton rancangan kegemaran mereka di televisyen bersama keluarga dan rakan-rakan.

Kami mencipta KITKAT Popcorn supaya penggemar sendiri dapat merasai sendiri betapa sempurnanya gabungan rasa manis dan masin, kami percaya ia pasti mengujakan sesiapa sahaja yang menikmati produk ini.”

Mengikut Pelan Koko Nestle, KITKAT Popcorn diperbuat daripada 100% koko lestari. Pelan Koko Nestlè telah dilancarkan pada tahun 2009 dengan matlamat untuk menaiktaraf kehidupan komuniti petani koko di Côte d'Ivoire di samping meningkatkan kualiti kehidupan dan menyumbang kearah masa depan yang lebih baik. Di Malaysia, KITKAT Malaysia mengeluarkan rangkaian produk KITKAT di kilangnya di Chembong, Negeri Sembilan.

Varian Terbaru KITKAT Perisa Popcorn


Edisi terbaharu KITKAT Popcorn yang enak ini boleh didapati sama ada dalam bentuk 2 jejari (2-Finger) atau pek pelbagai yang mengandungi 5 unit 2 jejari (2-Finger) yang boleh didapati di pasaraya terkemuka di seluruh Malaysia pada harga RM 1.50 dan RM 6.50 (harga saranan pengguna).

Dalam beberapa tahun ini, KITKAT turut mengembangkan perniagaannya dalam pasaran konfeksi gubahan mengikut cita rasa pengguna sendiri (customised) dengan pengenalan KITKAT Chocolatory pada tahun 2016.


Ia merupakan sebuah kedai konsep coklat di Mid Valley Megamall dan menawarkan lebih daripada 10,000 kombinasi coklat, sekaligus memenuhi selera pencinta coklat yang berpelbagai, mengikut cita rasa mereka.

KITKAT Popcorn merupakan keluaran terbaharu dalam portfolio produk KITKAT popular yang merangkumi KITKAT coklat susu 2 jejari dan 4 jejari, KITKAT Bar, KITKAT Bites, KITKAT Chunky, KITKAT Green Tea yang diinsipirasikan daripada Jepun, KITKAT Mini yang bersaiz mampat, serta KITKAT DUO Teh Tarik yang merupakan kegemaran rakyat tempatan.

Pendapat Aku Tentang KITKAT Popcorn

Sebagai peminat tegar KITKAT, semestinya aku amat gembira apabila KITKAT terus menerus menawarkan kepelbagaian perisa. Lebih banyak pilihan lebih bagus untuk pelanggan. KITKAT Popcorn memang terasa la manis dan crunchy bila kunyah.

Sesuai di makan masa tengok wayang dan aku selalu beli KITKAT sebagai pembekal tenaga terutama kalau ada kerja dekat luar. Bosan-bosan kunyah la KITKAT, atleast jadi alas perut bila sibuk dengan urusan kerja.

Korang beli dan rasai sendiri. Nanti kongsi la pendapat korang tentang KITKAT Popcorn ni ya.


MPH Bookstores Dah Ada Di Shopee

Seronoknya bila MPH Bookstores dah ada dekat Shopee guys. Dah boleh shopping buku secara online dan tunggu je abang Posmen hantar ke rumah. 

Semakin meriah la shopping dekat Shopee lepas ni.

MPH yang dikenali sebagai Kedai buku nombor satu di negara ini telah bekerjasama dengan Shopee, platform e-dagang nombor satu Malaysia, dalam menyediakan saluran alternatif untuk pelanggan membeli buku mereka.

Ajar Anak Tentang Akil Baligh Dan Seks

Aku kongsikan topik mengajar anak tentang akil bakigh dan juga seks sebab aku rasa ini antara topik ibubapa wajib faham tapi selalu dipandang ringan. 

Oleh sebab aku pun ada anak lelaki yang sedang membesar dan sifat ingin tahu dia tu kadang-kadang buat aku seram nak jawab.

Jadi aku bercadang nak cari ilmu tentang akil baligh dan cara nak kenalkan anak dengan pendidikan seks dan kemudian kongsi dekat blog. Atleast dapat juga berkongsi dengan orang lain.

Ajar Anak Tentang Akil Baligh Dan Seks

Perlu ke ajar anak tentang seks? Tak cukup ke pendidikan di sekolah? Waktu umur berapa perlu ibubapa ajar anak tentang seks? 

Dan sebagainya. Soalan-soalan ni memang bermain dekat fikiran aku. jadi jom teruskan membaca.




Mengajar Anak Tentang Akil Baligh & Seks


Rujukan utama aku adalah Saudara Akhi Fairuz. Beliau merupakan seorang penceramah yang selalu buat talk di sekolah-sekolah di seluruh Malaysia. 

Suka dengan cara penerangan dia yang segar, dan penggunaan bahasa yang berhemah.
Kalau di Facebook Akhi Fairuz suka menulis tentang isu Pendidikan Seksualiti Kanak-Kanak, Remaja. Review Drama & Filem, serta isu semasa.

Boleh follow Akhifairuz di Facebook

Melalui Akhi Fairuz ni lah juga aku dapat idea nak terangkan tentang perkara-perkara yang aku rasa malu nak ajar anak lelaki aku. Malu tapi kena buat juga. 

Lebih elok dia belajar dari aku dari dia dapat dari Google dan salah faham.

Ibubapa kena faham yang akil baligh lelaki dan perempuan berbeza. Memang dah jadi kebiasaan, didikan akil baligh selalu ditekankan pada anak perempuan sahaja sebab tanda-tanda mereka lebih jelas kelihatan seperti datang haid.

Didikan untuk perempuan tentang akil baligh; keluar darah haid, pakai pad, mandi wajib, menutup aurat dan kawasan larangan bahagian tubuh.

Tapi untuk anak lelaki, tanda- tanda seperti bertukar suara garau, sudah tumbuh bulu di wajah, ketiak, kaki dan kemaluan ni selalu diabaikan.

Anak-anak yang dibiarkan membesar tanpa faham perubahan ni akan menjadi semakin senyap dan dingin. 

Semakin menjauhi ibubapa dan semakin rapat dengan kawan-kawan. Jadi jangan pelik kalau anak-anak lebih percayakan kawan-kawan.




7 Perkara Ibubapa Perlu Tahu Untuk Ajar Anak Tentang Akil Baligh & Seks


#1 Kena ajar anak lelaki sejak kecil tentang kemaluannya (nama sebenar, apa itu ereksi, ejakulasi, fungsi testis). 

Kemudian, ia akan memudahkan urusan ibubapa bercerita fizikal mana pada tubuh badan anak akan berubah dari semasa ke semasa.

#2 Dari kecil kena tanamkan pada jiwa anak lelaki untuk prihatin dan bertanggungjawab pada wanita (terutama pada ibu, adik perempuan, kakak dan isterinya kelak) serta menjaga amanah yang diberikan Tuhan.

#3 Si ayah wajib mengajar anaknya cara mandi wajib. Buat praktikal supaya anak lebih faham. Tidak boleh harapkan pembelajaran di sekolah sahaja. Ibu juga kena ambil bahagian untuk terangkan kepada anak.

#4 Ibubapa kena terangkan fizikal dan bahagian mana yang akan berubah.
  •         Dada membidang
  •         Tumbuh bulu-bulu di ketiak, bulu pubis, bulu kaki melebat dan lain-lain perubahan.
  •           Suara menjadi garau.


#5 Anak lelaki biasanya jenis tak ambil kisah tentang diri. Jadi ibu bapa kena tekankan tentang penjagaan diri dan jadi tanggungjawab ibubapa untuk belikan pencuci muka, deodorant, minyak wangi, dan pakaian bersesuaian.

#6 Layan mereka seperti seorang kawan. Menjadi pendengar yang baik dan setia.

#7 Jika dari kecil kita tidak kekok bercerita tentang hal-hal seksual pada anak dengan tujuan mendidik, maka anak-anak tak akan malu dan sembunyikan sesuatu pada kita. Contoh kawan ajak tengok video lucah di handphone. Anak-anak akan maklumkan pada kita.

Resepi Daging Masak Kicap Mudah Dan Sedap

Assalamualaikum, mood berkongsi resepi tengah on jadi kali ni nak kongsi resepi daging masak Kicap Mudah Dan Sedap versi aku. 

Kenapa daging masak kicap ni mudah sebab kali ni aku buat kelainan tak masukan rempah macam bunga lawang dan kawan-kawan dia. Tapi rasa masih sedap.


Resepi Daging Masak Kicap Mudah Dan Sedap 

Selalu aku masak kicap mak aku ajar supaya tambah bunga cengkih, bunga lawang, dan kulit kayu manis. Kebiasaan aku paling malang akan tergigit bunga cengkih. 

Tak dapat beza sebab kuah dia hitam jadi memang terganggu selera makan aku.


Oleh sebab aku nak makan Daging Masak Kicap dengan aman jadi kali ni aku decide untuk tak tambah rempah tu semua. Masih lagi sedap mengikut tekak aku. Jadi mudah untuk aku yang tersangat rajin ni.


Resepi Daging Masak Kicap Mudah Dan Sedap Ikut Tekak Aku

Bahan-bahan yang diperlukan untuk memasak Daging Masak Kicap Mudah Dan Sedap adalah seperti berikut. Jangan stress kalau orang kata masak tu mudah ok, basuh pinggan lagi susah dari memasak.

Percayalah!

Semangkuk daging lembu. Nak sedap dan tak perlu kunyah banyak kali semestinya kena guna daging batang pinang yo. Aku guna bahagian isi, urat bercampur lemak. Masih sedap yo.

Dua biji bawang besar, dua ulas bawang putih, satu inci halia dihiris. Aku malas nak tumbuk, jadi aku hiris je semua bahan. Kan resepi ni namanya resepi mudah.

Empat helai daun bawang yang dipotong dua inci. Tiga sudu cili kisar, 5 sudu kicap manis, minyak untuk menumis dan sedikit air.


Cara-cara memasak Daging Masak Kicap Mudah Dan Sedap adalah seperti berikut.

Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang dihiris. Setelah naik bau, masukkan cili kisar dan kacau lagi.

Masukkan kicap manis dan biar menggelegak. Seterusnya masukkan daging dan masak sehingga daging empuk.

Boleh masukkan tomato jika suka.

Siap. 


Lapan Petua Melembutkan Daging
  1. Rebus daging dan masukkan sudu. Ini selalu aku buat dan berkesan.
  2. Rebus bersama daun betik.
  3. Rebus bersama tebu. Kat tengah bandar mana pulak nak cari tebu hoi.
  4. Perap daging dengan cuka makan atau masukkan cuka semasa merebus makanan. Aku belum pernah cuba.
  5. Selain cuka boleh gantikan dengan lemon atau limau nipis selagi ianya bersifat asid.
  6. Guna buah kurma untuk lembutkan daging. Masukkan empat ke lima biji kurma dalam masakan.
  7. Rebus bersama gula batu katanya dapat melembutkan daging.
  8. Kalau susah sangat, beli je pressure cooker dan rebus daging selama 30 minit. Confirm lembut. Aku? guna je pressure cooker. Senang kerja.