Susu Karihome Bantu Perkembangan Sistem Imun

Sebut pasal sistem imun ni aku agak risau tentang anak kedua aku. Rasanya sistem imun dia kurang ok berbanding abang dan adik dia. 

Mungkin sebab dia memilih makanan lepas tu kurang makan makanan berkhasiat jadi penyakit cepat sangat hinggap.

Nak pula kalau hujung minggu kami sibuk dengan aktiviti dekat luar rumah lagi cepat la dia demam. Oleh sebab sistem imun yang lemah, kanak-kanak merupakan golongan yang amat mudah diserang penyakit yang disebabkan oleh bakteria dan virus.




Susu Karihome Membantu Meningkat Perkembangan Sistem Imun Kanak-Kanak

Lepas jadi mak ni banyak betul aku belajar. Harus pastikan anak-anak mendapat khasiat secukupnya dan sebab itu, amat penting anak-anak anda mempunyai kekebalan tubuh yang kuat untuk menghindari penyakit sepanjang pembesaran mereka.

Selain sistem imun, kalsium juga amat penting dalam pembesaran serta perkembangan anak-anak terutamanya dalam pembentukan tulang dan gigi anak-anak. 

Sebab itu pengambilan susu yang betul dan lengkap dengan nutrisi yang diperlukan untuk tubuh badan mereka perlu dititikberatkan.

Susu kambing misalnya, menawarkan kalsium yang tinggi dan mampu mencegah masalah pereputan tulang. Ia juga mengekalkan protein dan asid amino dalam badan pada tahap yang diperlukan.



Susu Kambing Terbaik Susu Karihome


Memang sejak dulu lagi kalau mencari susu kambing, rata-rata kawan mencadangkan susu Karihome. Susu Kambing Karihome terkenal sebagai Susu kambing terbaik yang ada dipasaran.  

Diimport dari New Zealand, ia dipasarkan di banyak negara termasuk Australia, Perancis, United Kingdom, Itali, Singapura dan Malaysia.

Menariknya, Karihome adalah rumusan susu kambing yang pertama seumpamanya dan satu-satunya menjalani dua kajian klinikal, satu dari New Zealand dan kedua dari Eropah. 

Oleh itu, pengguna terutamanya ibu-ibu di luar sana tidak perlu bimbang untuk memberikan susu kambing Karihome kepada anak.



Kelebihan Susu Kambing Karihome

Antara kelebihan yang ada pada susu Karihome adalah ia mengandungi nutrisi semula jadi yang tinggi dan lengkap yang amat diperlukan bagi kanak-kanak yang sedang membesar dan memerlukan keperluan kalsium yang mencukupi untuk perkembangan tumbesaran mereka. 

Susu kambing Karihome ini menyediakan keperluan kalsium mengikut peringkat umur anak-anak iaitu:
1.           Karihome 3 Goats Milk Growing-Up Formula bagi kanak-kanak berusia 1 hingga 3 tahun
2.           Karihome 4 Goats Milk Pre-School Formula bagi kanak-kanak berusia lebih 3 tahun

Selain itu, Karihome diformulasi dengan Double Action yang dapat membantu sistem imun dan berat badan pada anak-anak yang mana kandungan bahan-bahan bioaktif seperti Nukleotida meningkatkan serta menyokong perkembangan sistem imun manakala CLA dan kalsium menambah berat badan tanpa menyebabkan masalah ‘obesity'. 

Susu kambing Karihome turut mengandungi Casein Phosphopeptide (CPP) yang membantu meningkatkan kelarutan dan penyerapan mineral seperti kalsium, besi dan zink. 

Begitu juga Taurina menyokong perkembangan otak dan fizikal anak-anak manakala Vitamin A pula menyokong perkembangan mata dan sistem imun yang baik.

Protein curd susu kambing pula halus dan senang dihadam maka ia membantu mengurangkan masalah ekzema dan masalah penghadaman yang sering berlaku pada anak-anak yang sedang membesar.

Pendek kata, susu Karihome ni memang pembantu terbaik para ibu dalam memastikan anak mendapat khasiat secukupnya. Bagus dalam meningkatkan perkembangan imun kanak-kanak, penuh khasiat, dan terbukti secara klinikal selamat untuk kanak-kanak. 

Jadi, gunakan susu kambing Karihome yang dapat memberi nutrisi keperluan mencukupi untuk anak-anak anda.

Nak tahu lebih lanjut tentang Susu Karihome boleh lawati laman web mereka https://www.karihome.com atau laman sosial mereka di Facebook atau Instagram.

KITA Beauties PU'TH Produk Minuman Kecantikan Anda

Aku dapat tahu tentang produk minuman kecantikan KITA Beauties PU'TH ni lepas nampak artis Qistina post dekat Instagram dia. Ini la rahsia dia kekal cantik remaja. 

Terus semangat nak cantik juga.  Jadi untuk entri kali ni aku nak kongsikan tentang kebaikan produk minuman kecantikan dari Kita Beauties.

Kalau nak tahu, Kita Beauties merupakan produk minuman kecantikan yang laris dalam talian sejak tahun 2015 tau. Paling teruja bila Produk Kita Beauties ada di jual di Guardian. 

Lega sangat kalau dah masuk farmasi, maksudnya ada jaminan la produk ni selamat untuk kita consume.  




Sesuai sangat tagline Kita Beauties, “Buat kulit & badan anda gembira" sebab produk minuman kecantikan Kita Beauties menjadikan korang cantik dari luar dan dalam.


KITA Beauties PU'TH – Orange


Ada 8 jenis produk minuman kecantikan di bawah jenama KITA Beauties yang mengandungi pelbagai fungsi seperti untuk kawal berat badan, kecantikan dan kesihatan.

Dalam entri ni aku nak kongsikan tentang KITA Beauties PU'TH produk minuman kecantikan yang berasas kan buah Oren yang memang terkenal sebab kaya Vitamin C untuk mencerah dan buat warna kulit jadi sekata.

Menurut pengasas KITA Beauties, produk minuman kecantikan yang mereka hasilkan adalah bertumpu utamanya pada ramuan di dunia yang direka khas untuk wanita muda untuk mengekalkan kecantikan mereka dari dalam.

KITA Beauties juga merupakan yang pertama di dunia menggunakan ramuan khas dari Korea yang direka khas untuk wanita muda untuk mengekalkan keawetan dan kecantikan mereka.


minum-KITA-Beauties




Fungsi utama KITA Beauties PU'TH – Orange adalah untuk mencerahkan kulit dan badan dan selain itu juga memberi manfaat seperti:

• Melicinkan kulit
• Mencegah pertumbuhan jerawat
• Tona lebih sekata
• Menegangkan kulit
• Liang pori menjadi lebih kecil
• Mengurangkan minyak pada muka
• Melembapkan kulit


Campuran Minuman Botani KITA Beauties PU'TH


Empat (4) kandungan utama KITA Beauties PU'TH – Orange adalah Orange, Camu-camu, Alpha Lipoic Acid dan juga Grape Seed.

Buah Orange - kaya dengan Vitamin C amat bagus untuk menjadikan kulit sihat berseri.

Camu-Camu - buah-buahan yang sangat bagus untuk kulit dan diet seharian dan 60 kali lebih bagus daripada Vitamin C.

Alpha lipoic acid - bertindak sebagai primary anti-oxidant yang mencegah penuaan dan kulit kusam. 

Biji anggur (grape seed) - mencerahkan wajah dan membantu agar kulit wajah dan badan kekal cerah serta sekata.


cara-bancuh-KITA-Beauties




Cara Pengambilan KITA Beauties PU'TH – Orange


Nak amalkan KITA Beauties PU'TH – Orange pun mudah sangat. Hanya bancuhkan satu paket KITA Beauties PU'TH – Orange dengan 100ml air suam. Minum selepas sarapan pagi. Kena la disiplin untuk minum dan boleh tengok perubahan selepas kotak kedua. Itu pun bergantung kepada hormon dan tindak balas badan korang. Setiap orang berbeza ok.

Untuk pembelian, boleh pergi Guardian berdekatan. Sebarang pertanyaan lanjut boleh la rujuk laman sosial KITA Beauties seperti dekat bawah ni:

Harga | RM28.80 (6 grams x 10 Sachets)

Facebook: kitabeauties
Instagram: kita_beauties

Senarai Produk KITA Beauties:

1. KITA Col’la: Pomegranate (anti-aging)
2. KITA Ber'ies: Mix berries (anti-oxidant)
3. KITA Pu'th: Orange (brightening & fairer skin)
4. KITA Blok'it: Lemon (powerful fat blocking)
5. KITA fib're: Avocado (suitable for those with constipation problem)
6. KITA Ku'ros: Coco (helps you lose weight)
7. KITA Mo'hair: Apple (hair vitamin)
8. KITA Push up: Strawberry (natural breast enlargement)

Pesanan:

  • Jika mempunyai MASALAH KESIHATAN sila rujuk doktor atau pakar kesihatan dulu sebelum mengambil apa-apa jenis produk.
  • Untuk mereka yang ada MASALAH JERAWAT, sila pantang susu, makanan bergoreng dan kicap soya.
  • Elakkan pengambilan KAFEIN sebab boleh cepatkan proses penuaan.
  • Berhenti seketika pengambilan makanan kecantikan ketika datang bulan kerana sistem penyerapan badan lemah waktu tu.
  • Boleh JARAKKAN waktu pengambilan selama lima (5) jam jika ambil UBAT dari hospital / klinik.
  • Boleh jarakkan 1 hingga 2 jam pengambilan dengan produk Kitsui jika mengambil apa-apa jenis produk/supplement/jamu lain.
  • Sesuai diambil selepas kandungan/baby yg berusia 4 bulan keatas utk ibu mengandung/ ibu menyusu (dapatkan nasihat doktor).
  • Produk slimming/detox TIDAK SESUAI untuk ibu menyusu atau ibu mengandung.
  • Amalkan minum AIR MASAK 2-3 liter utk kesan terbaik.
  • Produk yang MEMPUNYAI KOLAGEN tidak digalakkan dan tidak sesuai untuk pengguna yang mempunyai masalah alahan makanan laut atau masalah kulit sensitif atau masalah resdung.
  • Boleh bancuhkan dengan air suam, air biasa atau air sejuk tapi kena pastikan betul-betul larut sebelum minum.
  • Produk ni sesuai diambil selepas sarapan atau sebelum tidur. (waktu yang dicadangkan ialah sebelum tido kerana penyerapan pada waktu malam lebih tinggi)

Mini Konsert Siti Nurhaliza X Shopee

Mini Konsert Siti Nurhaliza X Shopee 

Peminat Dato Siti Nurhaliza mesti teruja dengar tentang konsert Mini Konsert Shopee X SimplySiti yang bakal berlangsung pada bulan September ni.

Mini konsert ini adalah sebagai tanda penghargaan kepada peminat Dato Siti Nurhaliza yang juga pengguna barangan kosmetik SimplySiti yang tak putus-putus memberi sokongan kepada kerjaya beliau.

Mini Konsert Siti Nurhaliza juga adalah bersempena pembukaan kedai rasmi atas talian di platform dagang Shopee bagi penjualan produk SimplySiti. Memang mudah lah lepas ni pengguna nak dapatkan produk SimplySiti.


Peluang Minum Petang Bersama Siti Nurhaliza


Berita baik untuk pengguna Produk SimpySiti dan juga untuk mereka yang sering berbelanja di Shopee, anda berpeluang dijemput untuk minum petang bersama Dato Siti Nurhaliza jika anda membeli produk SimplySiti di Shopee dan pemegang kad CIMB & CIMB Islamic.

Wah untungnya kan kalau dapat bertentang mata. Alangkah seronoknya kalau dapat bertemu mata dengan artis pujaan ramai ni.

Pembelian Tiket Mini Konsert Siti Nurhaliza X Shopee


Korang boleh beli tiket Mini Konsert Shopee Mini Konsert Siti Nurhaliza X Shopee di aplikasi Shopee bermula sekarang sementara masih ada stok.

DIAMOND – RM450
GOLD – RM350



MINI KONSERT SITI NURHALIZA X SHOPEE

14 SEPTEMBER 2019
8.30 MALAM – 10.30 MALAM
KL CONVENTION CENTRE CONFERENCE HALL 1-3


Aku sekarang memang kalau cari apa-apa barang mesti akan survey dan shopping di Shopee je. Selain dari kumpul coins yang kita boleh guna untuk dapatkan diskaun, Shopee suka sangat buat sale. Memang tergoda la.

Lagi satu, dari segi kepuasan membeli dan juga jaminan untuk ditipu aku rasa kurang sebab kita berhak untuk minta Shopee tidak bayar penjual selagi kita belum terima barang atau ada masalah dengan barang yang kita terima.

Jadi, selamat shopping untuk korang. Siapa beli tiket Konsert Shopee X SimplySiti Dato Siti Nurhaliza in sya Allah kita jumpa dekat sana kalau tiada aral melintang ok.


Puasa Sunat & Senarai Doa Hari Arafah

Hari Wukuf atau Hari Arafah adalah kemuncak bagi ibadat Haji. Disyariatkan bagi kita yang tidak melakukan Wukuf supaya berpuasa kerana banyak manfaat yang bakal diperoleh bagi mereka yang mengerjakanya.

Hari Arafah adalah hari ke-9 dalam bulan Dzulhijjah dan merupakan hari ke-2 dalam ritual ibadah haji. Hari Arafah merupakan hari yang istimewa kerana pada hari itu Allah SWT membanggakan hamba-Nya yang berkumpul di Arafah kepada para malaikat. 

Arafah merupakan nama sebuah gunung, tempat di mana Muhammad SAW berpidato di depan kaumnya untuk yang terakhir kali. – Wikipedia.

Puasa Sunat & Senarai Doa Hari Arafah 


Hari Arafah ialah hari pengampunan dosa, pelepasan azab api neraka dan kemegahan bagi orang berwuquf di Arafah.

' Tiada hari yang Allah banyak membebaskan daripada neraka melebihi hari Arafah. Allah mendekati mereka lalu Allah membanggakan mereka kepada para malaikat. 

Allah berfiman, 'Apa yang diinginkan oleh mereka?' - Riwayat Muslim (3354), Ibnu Majah (3014)


Amalan Sunat Pada Hari Arafah

Selain puasa, antara amalan lain yang digalakan untuk kita buat pada hari Arafah adalah banyakkan berdoa. Antara doa-doa yang dicadangkan untuk kita minta pada hari yang istimewa adalah seperti:

1. Ya Allah kurniakanlah padaku Kejayaan terbesar - selamat dari api neraka dan masuk ke Syurga Firdaus

2. Ya Allah masukkanlah aku dan keluargaku dalam golongan yg beriman.. yang menerima kitab amal di tangan kanan kami.

3. Ya Allah, Kurniakanlah padaku kematian yang diberkati. Izinkan aku mengucapkan syahadah sebelum aku menghembuskan nafas terakhir.  Kurniakanlah padaku syafaat Rasulullah (saw).

4. Ya Allah masukkanlah aku dalam kalangan Rasulullah (saw), keluarganya dan para sahabat di Syurga Firdaus.

5. Ya Allah selamatkanlah rakan-rakan bukan Islam ku dari neraka. Kurniakan mereka hidayah Islam.

6. Ya Allah, satukan aku dalam Syurga Firdaus dengan orang-orang yang aku sayangi semata-mata kerana Mu.

7 Ya Rabb, sempurnakan agamaku dan ibadatku. Selamatkan aku daripada kejahatan dan izinkan aku menyempurnakan sebahagian daripada agamaku.

8. Ya Allah terimalah amalan baikku dan tingkatkan pahala dan rahmat untukku. Padamkan dosa-dosaku dan ampunkan aku sepenuhnya. Limpahi rahmatMu untukku dan selamatkanlah aku dari kehinaan pada hari hitungan amal.

9. Ya Allah, apabila aku mati, biarlah jiwaku dan rekod amalanku menjadi amalan tertinggi

10. Ya Allah kurniakan aku, ibu bapaku, keluarga dan anak-anakku bimbingan, ketabahan dan peningkatan Iman.

11 Ya Allah, masukkan aku dalam golongan yang Engkau lindungi, mendapat pengampunan Mu dan mendapat naungan pada hari ketika tidak ada naungan selain dari Arash Mu.

12. Oh Tuhanku, tingkatkan keyakinan dan tawakkalku padaMu. Janganlah ada keraguan dalam kepercayaanku dalam keesaan Mu, kehebatan Mu dan kekuasaan Mu.

13. Ya Allah tingkatkanlah kecintaanku untuk Mu dan Nabi Mu (saw).

14. Ya Allah ampunilah aku dan tingkatkanlah kurnian Rahmat dan Rezeki Mu

15 Ya Allah berilah aku lebih banyak peluang untuk berbuat baik dan mendapat keredhaanmu.

16. Ya Allah ya Rabb, sucikan niatku hanya untuk Mu semata dan lindungi aku dari menunjuk-nunjuk atau kebanggaan palsu. Selamatkan aku dari sifat angkuh, sombong, menunjuk nunjuk dan mengungkit ungkit nikmat.

17. Oh Penciptaku dan Tuhanku, jangan biarkan aku sendirian. Berkati aku dengan pasangan yang sesuai dan anak-anak yang akan menjadi penyejuk mataku.

18. Oh Tuhanku, jadikanlah aku dari orang-orang yang sabar dan patuh kepada Mu dan kepada ibu bapaku.

19. Selamatkanlah aku dari Fitnah Dajjal.

20. Selamatkanlah aku dari azab kubur dan azab api neraka.

21 Ya Allah, tingkatkanlah usahaku dalam kerja-kerja Sadakatul Jariah.

22 Ya Allah, berkati hidupku dengan kesihatan yang baik, agar aku dapat bersujud padamu dengan mudah sehingga akhir hayatku.

23 Ya Allah, lindungi aku dan seluruh umat Islam dalam menentang penindas-penindas yang zalim. Selamatkan kami dari fitnah dan permudahkanlah bagi kami mengharungi zaman yang sukar ini.

24. Tuhanku, berkati hidupku dengan yang terbaik di dunia ini, yang terbaik di akhirat nanti dan selamatkanlah aku dari api neraka. Sesungguhnya aku memang memerlukan kurniaan dari Mu Ya Allah.

25 Ya Allah tingkatkanlah kesyukuranku semata-mata kepada Mu.

26. Ya Rabb, selamatkan aku dari kemunafikan.

27 Ya Allah, izinkan aku dan isteriku menjadi antara jemaah menunaikan Haji sebelum kami dijemput olehMu..

28 Ya Allah lindungi kami dari syaitan, jin dan arak. Lindungi kami dari perbuatan jahat dan niat mereka.

29 Ya Allah ampuni dan berilah rahmat kepada ibu bapa kami, kerana mereka menjaga kami ketika kami masih kecil.

30 Ya Allah, aku berdoa dan memohon daripadamu untuk mengurniakan bimbingan kepada pemuda dan umat Islam. Selamatkan kami semua dari kufur, putus asa, salah laku dan syirik.

31 Ya Allah berikan aku kekuatan untuk melawan kemalasan dan tidur, semoga aku dapat bangun untuk tahajjud dan solat subuh setiap hari.