Mini Konsert Siti Nurhaliza X Shopee


Mini Konsert Siti Nurhaliza X Shopee Peminat Dato Siti Nurhaliza mesti teruja dengar tentang konsert Mini Konsert Shopee X SimplySiti yang bakal berlangsung pada bulan September ni.

Mini konsert ini adalah sebagai tanda penghargaan kepada peminat Dato Siti Nurhaliza yang juga pengguna barangan kosmetik SimplySiti yang tak putus-putus memberi sokongan kepada kerjaya beliau.

Mini Konsert Siti Nurhaliza juga adalah bersempena pembukaan kedai rasmi atas talian di platform dagang Shopee bagi penjualan produk SimplySiti. Memang mudah lah lepas ni pengguna nak dapatkan produk SimplySiti.


Peluang Minum Petang Bersama Siti Nurhaliza

Berita baik untuk pengguna Produk SimpySiti dan juga untuk mereka yang sering berbelanja di Shopee, anda berpeluang dijemput untuk minum petang bersama Dato Siti Nurhaliza jika anda membeli produk SimplySiti di Shopee dan pemegang kad CIMB & CIMB Islamic.

Wah untungnya kan kalau dapat bertentang mata. Alangkah seronoknya kalau dapat bertemu mata dengan artis pujaan ramai ni.

Pembelian Tiket Mini Konsert Siti Nurhaliza X Shopee

Korang boleh beli tiket Mini Konsert Shopee Mini Konsert Siti Nurhaliza X Shopee di aplikasi Shopee bermula sekarang sementara masih ada stok.

DIAMOND – RM450
GOLD – RM350

Beli Tiket Konsert Di SINI

MINI KONSERT SITI NURHALIZA X SHOPEE

14 SEPTEMBER 2019
8.30 MALAM – 10.30 MALAM
KL CONVENTION CENTRE CONFERENCE HALL 1-3


Aku sekarang memang kalau cari apa-apa barang mesti akan survey dan shopping di Shopee je. Selain dari kumpul coins yang kita boleh guna untuk dapatkan diskaun, Shopee suka sangat buat sale. Memang tergoda la.

Lagi satu, dari segi kepuasan membeli dan juga jaminan untuk ditipu aku rasa kurang sebab kita berhak untuk minta Shopee tidak bayar penjual selagi kita belum terima barang atau ada masalah dengan barang yang kita terima.

Jadi, selamat shopping untuk korang. Siapa beli tiket Konsert Shopee X SimplySiti Dato Siti Nurhaliza in sya Allah kita jumpa dekat sana kalau tiada aral melintang ok.


Post a Comment

0 Comments