A&W Kembali Dengan A&Wesome Festival

A&W adalah antara restoran makanan segera yang menjadi kegemaran aku. Kalau ke A&W pasti akan minum float RB dan makan Coney A&W. Memang legend la. 

Dulu masa aku masih bekerja, outlet Petaling Jaya yang paling dekat dengan pejabat. Sesekali dapat makan dengan kawan-kawan memang mengimbau kenangan masa kecil.

Sejak diambil alih oleh Inter Mark Resources Sdn. Bhd. (IMRSB) lebih daripada setahun lalu, A&W Malaysia Sdn. Bhd., jenama rangkaian Restoran Perkhidmatan Pantas (QSR) yang berusia 56 tahun kini dalam landasan yang betul untuk kembali hebat.

A&Wesome Festival A&W Meriah

George Ang, Ketua Pegawai Eksekutif bagi A&W Malaysia Sdn. Bhd. dan IMRSB berkata demikian ketika merasmikan A&Wesome Festival. 

Berlangsung di outlet pandu dalam pertama A&W di Petaling Jaya untuk mengucapkan terima kasih kepada peminat setia atas sokongan berterusan mereka selama ini.



Tentang A&W Malaysia

A&W dinamakan sempena pengasasnya, Allen dan Wright. Ia bermula sebagai sebuah perniagaan root beer yang bermula pada bulan Jun 1919 dan telah menghidangkan rutbir dan burger selama hampir 100 tahun.

Francais A&W dibawa masuk ke Malaysia pada tahun 1963 oleh Encik dan Puan Lie Boff dari Amerika Syarikat. 

Keluarga Lie Boff membuka cawangan pertamanya di Jalan Tuanku Abdul Rahman dan menjadikannya outlet makanan segera yang pertama di Malaysia. 

Ini diikuti pada tahun 1965 dengan outlet pandu-dalam pertama di Petaling Jaya.

Inter Mark Resources Sdn Bhd memperoleh rangkaian QSR A&W Malaysia Sdn Bhd pada September 2018. 

Kini, A&W Malaysia mempunyai 48 cawangan di seluruh Malaysia dan merancang untuk menambah bilangannya.

Dengan status Halal yang diperakui untuk semua produknya oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), A&W Malaysia komited untuk menyediakan pelanggan dengan kualiti makanan terbaik, perkhidmatan yang memuaskan, persekitaran yang mesra dan semua produk dihasilkan di bawah keadaan standard kebersihan yang ketat.

A&Wesome Festival

Menurut Ang, festival dengan pelbagai aktiviti yang menyeronokkan untuk keluarga dan orang dewasa, bertujuan untuk mengembalikan kenangan indah kepada pelanggan yang telah menikmati hidangan makanan segera di A&W serta menarik pelanggan generasi baharu dengan tawaran menu baru yang berkualiti dan lazat.

"Kelebihan yang kita ada ialah jenama yang mempunyai hubungan yang kukuh dalam kalangan rakyat Malaysia yang membesar pada tahun 70-an dan 80-an. 

Mereka merayakan ulang tahun mereka di outlet kami dengan Rooty® The Great Root Bear dan mempunyai sekurang-kurangnya satu kegemaran dalam menu kami; atau mereka boleh bersantai di A&W selepas sekolah pada waktu petang untuk menikmati float RB ikonik kami," kata Ang.




Beliau menambah bahawa jangkauan media sosial A&W telah mendapat sambutan positif untuk menjadikan rangkaian QSR kembali 'hebat' dan akan terus menghidangkan makanan yang berkualiti dan lazat yang biasa mereka nikmati semasa mereka membesar.

Walau bagaimanapun, Ang percaya bahawa masa depan perniagaan rantaian QSR terletak pada kemampuan A&W untuk memenangi hati pelanggan generasi baharu, yang terdiri daripada generasi milenium.

Sejak Ang menerajui syarikat, Ang dan pasukannya telah melaksanakan inisiatif peningkatan nilai dan perkhidmatan untuk menarik minat kumpulan pengguna ini. 

Ini termasuklah penggunaan ayam segar dan bukannya ayam beku; mengekalkan kualiti makanan dengan menggunakan sistem masak mengikut pesanan bagi menyediakan makanan segar dan panas kepada pelanggan. 

Paling penting, hidangan yang menyelerakan serta berinovasi, menawan selera rakyat Malaysia untuk masa yang terhad sahaja.


Menu Terbaru A&W

Pada awal tahun ini, beberapa sos baharu telah diperkembangkan menggunakan bahan-bahan yang digemari oleh rakyat Malaysia untuk Coney A&W yang terkenal, seperti Buttermilk Cheese Coney dan Sichuan Mala Coney. 

Ang berkata bahawa menerusi pengiklanan dan promosi, item penawaran baharu dan terhad ini menarik ramai pelanggan dan membuat mereka kembali untuk menikmatinya lagi. 

Ini merupakan arah tuju yang akan diteruskan oleh syarikat. Bercakap tentang inovasi, Ang menambah bahawa kios dessert A&W baharu dijangka dibuka di pusat beli-belah yang popular tidak lama lagi.

"Kios kami akan menawarkan menu yang berbeza berbanding outlet-outlet kami seperti Waffle To Go, yang merupakan salah satu hidangan dessert seperti wafel dan ais krim kegemaran pelanggan, tetapi digabungkan dengan ais krim lembut untuk mudah dimakan; dan Float on Cone, yang merupakan sorbet RB dengan ais krim vanila lembut (soft serve)," katanya lagi.




"Dessert kami sememangnya kegemaran pelanggan di outlet kami. Konsep kios dessert yang baharu yang menawarkan Float on Cone, yang sinonim dengan kami, pasti akan menarik hati pelanggan sasaran kami yang lebih muda!" tambah Ang.

Selain menambah item baharu pada menu, Ang berkata banyak usaha telah dilakukan dalam melatih kakitangan supaya menjadi lebih cekap dalam perkhidmatan mereka dan memastikan standard makanan yang disajikan adalah tinggi. 

"Sejak kami mengambil alih, kami tidak berhenti-henti berusaha untuk meningkatkan kualiti produk dan perkhidmatan di outlet kami. 

Kami telah menubuhkan Akademi A&W untuk melatih atau melatih semula kakitangan dan menjalankan pertandingan dalam kalangan mereka untuk memberi motivasi perkhidmatan yang baik," jelas Ang.

Untuk menjadikan A&W lebih mudah diakses oleh rakyat Malaysia, A&W Malaysia merancang untuk menambah bilangan outlet, kemudahan pandu dalam dan kiosk. 

"Pada awal tahun 2020, kami akan membuka outlet A&W yang sangat unik di Seventeen Mall di PJ yang berkonsepkan hip dan bergaya, mengembalikan reka bentuk dalaman A&W yang retro. 

Outlet ini akan menghidangkan sarapan pagi dan lain- lain sepanjang hari sambil anda menikmati muzik dari tahun 70-an dan 80-an. Matlamatnya adalah untuk meningkatkan bilangan outlet sedia ada dari 48 kepada 100 buah outlet, yang sebahagiannya adalah kemudahan pandu dalam dan kiosk menjelang 2021," kata Ang.

Dapatkan maklumat lanjut tentang A&W Malaysia  di Facebook A&W Malaysia. 

Promosi Back To School Sunfeet International

Ibu bapa yang dah mula mencari barang kelengkapan sekolah anak terutamanya kasut sekolah boleh lah ke Sunfeet International Rehabilitation Centre yang terletak di Seksyen 19 Petaling Jaya kerana promosi Back To School telah pun bermula.

Sempena promosi Back To School – Healthy Feet, Healthy Kids; Sunfeet International Rehabilitation Centre menawarkan pembelian berbaloi untuk koleksi kasut sekolah yang berwarna hitam dan putih.


Promosi Back To School Sunfeet 

Menariknya, kasut sekolah yang dijual di Sunfeet direka khas oleh doktor yang berpengetahuan dan berpengalaman luas dalam bidang Orthotis & Prostetik.




Kenapa Kasut Sekolah Sunfeet?

Ramai ibu bapa yang mengambil mudah bila beli kasut sekolah anak, kebiasaan ibu bapa sanggup berbelanja lebih untuk beli barang kelengkapan lain seperti beg sekolah. 

Ini kerana mahukan beg yang tahan lasak untuk menampung berat buku teks. (aku tak maksudkan beli beg sekolah mahal tu salah ya).

Tapi pernahkah terfikir yang kasut sekolah juga penting untuk menampung beban dan berat badan anak-anak? 

Kalau nak tahu, kesilapan memilih kasut yang sesuai untuk anak-anak boleh mengakibatkan kecederaan pada kaki. 

Potensi sakit lutut dan pinggang juga tinggi apabila anak-anak menginjak dewasa.





Aku tak bermaksud nak takutkan ibu bapa dekat luar sana, tapi selepas mendengar penerangan Dr Edmund tentang kesihatan kaki dan pemilihan kasut yang betul aku jadi teruja nak kongsikan dengan ibu bapa dekat luar sana.


Kenapa Pilih Sunfeet International Rehabilitation Centre?

Sunfeet International Rehabilitation Centre merupakan pakar Orthotis & Prostetik U.K dan mempunyai 42 tahun pengalaman klinikal yang telah membantu ribuan pesakit yang ada masalah. 

Antara masalah seperti masalah lutut, kanak-kanak palsy Cerebal, pembetulan Scoliosis, R. Arthritis, Down syndrome dan banyak lagi.




Sunfeet International Rehabilitation Centre telah ditubuhkan pada tahun 1978 dan kini di uruskan oleh Dr Edmund. 

Pelanggan yang datang ke Sunfeet akan menerima khidmat nasihat & analisa kaki percuma dan kemudian Dr Edmund akan mencadangkan kasut yang sesuai berdasarkan kondisi kesihatan kaki pelanggan.



Promosi Back To School Sunfeet

Sempena promosi Back To School, Sunfeet menawarkan pakej pembelian berbaloi healthy school shoes pada harga RM799 untuk tiga pasang kasut dan Rm1,139 untuk lima pasang kasut. 

Promosi ini didatangkan dengan perkhidmatan tambahan percuma seperti:

  1. foot alignment consultation 
  2. foot analysis report
  3. annual anti-fungal & anti-bacteria care 
  4. free shoe cleaning service
  5. feet fitness class

dan paling menarik perhatian aku ialah free shoe cleaning service dan pelanggan layak untuk menghadiri feet fitness class. Semua yang aku tulis di atas ini adalah tertakluk kepada terma dan syarat.






Kepentingan Memilih Kasut Sekolah Yang Betul

Semasa sesi penerangan pemilihan kasut sekolah yang betul, Dr Edmund berkongsi informasi tentang jenis-jenis masalah kaki seperti pronated, flat, severe flat dan high arch. 

Antara perkara-perkara yang perlu diambil kira semasa memilih kasut sekolah adalah seperti berikut;




  • Waktu terbaik membeli kasut adalah pada waktu petang kerana saiz kaki akan membesar berbanding pada waktu pagi.
  • Ibu bapa hendaklah mengukur saiz kedua-dua belah kaki dan memilih saiz yang paling besar.
  • Ibu jari kaki berada dalam keadaan selesa semasa dipakai.
  • Memastikan mengikut kepanjangan dan ada ruang yang cukup agar tidak memberi tekanan pada kaki.
  • Bahagian atas kasut hendaklah menutup kemas di sekeliling pergelangan kaki.
  • Pemeriksaan kasut juga hendaklah dibuat dengan kerap mengikut umur yang dicadangkan; 1 sehingga 2 tahun: kekerapan 2 bulan sekali, 3 sehingga 4 tahun: kekerapan 4 bulan sekali dan 5 sehingga 6 tahun: kekerapan 6 bulan sekali.

Aku selalu ingatkan diri yang menjaga kesihatan diri semasa SIHAT tidaklah SEMAHAL semasa kita SAKIT. 

Betul, aku sendiri kadang-kadang berkira-kira terutama nak laburkan sesuatu yang berfaedah untuk diri walhal kalau lah aku lalai menjaga kesihatan, ada duit tapi tak dapat nak enjoy.



Untuk korang yang nak dapatkan khidmat Dr Edmund dan buat analisa kaki boleh lah ke Sunfeet International Rehabilitation Centre yang dibuka setiap hari, 7 hari seminggu (10AM- 7PM)

Waze: Sunfeet International Rehabilitation Centre
Block C, 18 Jalan 19/1, Seksyen 19, 46300 Petaling Jaya, Selangor.
Contact: 013-5283939/ 013-9122939


Mesej Keamanan Melalui Anugerah Video Muzik Antarabangsa

Buat julung kalinya, Pesta Anugerah Video Muzik Antarabangsa 2020 (IMVAF 2020), yang dianjurkan oleh Excella Chong, Pengasas TOC Production dijangkakan bakal berlangsung pada 7 Mac 2020 bertempat di Mega Star Arena, Kuala Lumpur.

IMVAF secara rasmi dilancarkan dan dihadiri oleh, Presiden Persatuan Rantai Malaysia (MRCA), Datuk Seri Garry Chua, Pengerusi Antarabangsa Pelancongan Tan Sri Danny Ooi, Prof Dato’ Dr Jayles Yeoh, Pengerusi Persekutuan Rangkaian dan Francais ASEAN (ARFF) dan selebriti, Lee Pei Ling (Penyanyi & Penulis lagu), Masya Masyitah (Penyanyi) dan Ruby Faye (Pelakon) di Menara PGRM, Kuala Lumpur.

Mesej Keamanan Melalui Anugerah Video Muzik Antarabangsa

Untuk pengetahuan semua, IMVAF 2020 merupakan platform khusus untuk mempamerkan budaya dan seni melalui hiburan dan pendidikan (edutainment). 

Ianya juga menampilkan artis dari Malaysia dan China untuk meraikan pencapaian mereka dalam industri muzik seperti lakonan, penciptaan muzik dan seni persembahan.

Apa yang menarik tentang IMVAF 2020, ianya merupakan anugerah yang pertama di Malaysia yang menggabungkan pertandingan video muzik antarabangsa dan juga pertunjukan fesyen. 

Setiap peserta diwajibkan untuk menghasilkan karya bertemakan keamanan dunia yang positif seterusnya mendidik orang ramai melalui video yang dihasilkan.



Berita baik kepada pencipta muzik terutama yang suka menghasilkan video ini lah peluang yang harus di ambil kerana melalui IMVAF, korang bakal mengetengahkan lagi bakat korang diperingkat antarabangsa. 

Penyertaan dibuka kepada orang ramai melalui tiga kategori iaitu kategori Belia & Pelajar, Kategori Terbuka & Semi-profesional dan Kategori Korporat Profesional.

Inilah peluang untuk tonjolkan kreativiti, keaslian dan juga keindahan seni dalam video dan lagu korang.  


Pertunjukan Fesyen Bertemakan Cinta

Selain Anugerah Video Muzik, IMVAF 2020 juga bakal diserikan dengan acara pertunjukan fesyen yang mempamerkan koleksi budaya Malaysia dan antarabangsa. 

Ini merupakan salah satu cara memperkenalkan budaya kita di mata dunia dan peluang untuk kita juga bekerjasama dengan jenama antarabangsa seperti Jackie Holliday dan The Mod House.

Seiring dengan kemajuan teknologi, IMVAF merupakan platform untuk menggalakkan Perusahaan Kecil Sederhana (SME) untuk mempromosikan perniagaan, perkhidmatan dan produk mereka melalui video muzik.

Diharap usaha murni yang bertemakan keamanan dan kasih sayang seperti IMVAF ini mendapat sambutan yang menggalakan seterusnya memberi impak posfitif baik kepada mereka yang terlibat secara langsung mahupun tidak.  

Untuk maklumat lanjut mengenai Festival Muzik Video Antarabangsa 2020, sila layari www.imvaf.com.


10 Hotel Kid Friendly Di Langkawi

Langkawi adalah antara destinasi percutian kami sekeluarga yang memang tak pernah bosan kami nak pergi. 

Aku sendiri sangat suka kan Langkawi walaupun dipenuhi dengan pelancong tapi suasana kampung tu masih terasa.  

Untuk korang yang plan nak bercuti di Langkawi tapi tak tahu nak stay dekat mana, mari sini aku cadangkan hotel / homestay yang kid friendly. 

Sesuai untuk korang yang bercuti bersama family. Untuk yang bercuti ke Langkawi tanpa anak-anak pun boleh consider homestay ni.

Ibu bapa kena take note kalau nak bawa anak-anak bercuti, keselesaan & keselamatan mereka mesti letak priority or else nanti rosak percutian. 

10 Hotel Kid Friendly Di Langkawi

Pengalaman aku sendiri beberapa kali bercuti dengan anak kecil memang banyak perkara kami belajar. Selain keselesaan, harga homestay pun memainkan peranan penting terutama bila melancong ikut bajet.

Jadi, aku senaraikan 10 hotel / homestay yang mesra keluarga dan kid friendly di Langkawi yang telah mendapat banyak review yang baik terutama tentang kebersihan, lokasi, harga dan juga kakitangan yang mesra pelanggan.



Senarai 10 Hotel Kid Friendly Di Langkawi

1. Tanjung Puteri Motel

Ramai pelanggan berpuas hati dan kembali memilih Tanjung Puteri Motel sebagai tempat penginapan mereka apabila bercuti di Langkawi. Kemudahan asas seperti dapur, peti sejuk dan cerek di sediakan.

Antara tarikan utama Tanjung Puteri Motel adalah kerana lokasinya yang berhadapan dengan pantai dan jika anda bernasib baik anda akan dapat melihat burung helang dan singa laut berenang di pantai. 
Sesuai untuk mereka yang gemarkan alam semulajadi terutama percutian di pantai.


Senarai 10 Hotel Kid Friendly Di Langkawi

Alamat Tanjung Puteri Motel: Kampung Pasir Hitam, Mukim Ayer Hangat Langkawi
No Telefon: 04-959 1044



2. Rainbow Langkawi-Inn

Pelanggan boleh menyewa basikal sambil menikmati keindahan alam dan boleh berbasikal ke pantai. Rainbow Langkawi-Inn merupakan salah satu resort bajet yang bersih, selesa dan mampu inap. Harga yang ditawarkan berpatutan dengan apa yang anda dapat.

Kakitangan resort juga mesra pelanggan dan sedia membantu anda. Resort dilengkapi penghawa dingin, dapur, peti sejuk, dan juga TV. Lokasi yang baik dan berhampiran dengan jalan utama Chenang serta dikelilingi oleh kedai makan dan pasaraya.

Rainbow Langkawi Inn Hotel Kid Friendly Di Langkawi

Alamat Rainbow Langkawi-Inn: Kampung Lubok Buaya, 07000 Langkawi, Kedah. No Telefon: 04-955 8103


3. Best Seven Motel

Bukan mudah jika mencari penginapan yang murah jika anda bercuti bersama ahli keluarga yang ramai. 

Best Seven Motel mendapat pujian kerana bilik yang selesa dan bersih. Sesuai untuk mereka yang bercuti bersama keluarga dengan ahli yang ramai.

Kemudahan asas seperti tandas yang bersih, TV berfungsi dengan baik, tuala yang mencukupi dan apa yang penting, wifi mereka sangat pantas. 

Penting untuk mereka yang tidak boleh hidup tanpa Internet. Lokasi Best Seven Motel juga tidak terlalu jauh dari bandar.

Best Seven Motel Hotel Kid Friendly Di Langkawi

Alamat Best Seven Motel: 29 & 30, Lorong Berlian 1, Taman Berlian, 07000 Kuah, Kedah
No Telefon: 04-961 0878

4. The Gemalai Village

Ramai memilih untuk menginap di sini kerana lokasi The Gemalai Village yang dekat dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, terminal feri Rebak dan berjalan kaki untuk ke Pantai Cenang.

Ada kemudahan asas seperti TV, Wi-Fi percuma, balkoni dan peti besi, serta kemudahan teh dan kopi. Kemudahan percuma termasuk sarapan pagi, tempat letak kenderaan dan basikal untuk disewa.
Paling best The Gemalai Village Dikelilingi oleh sawah padi.

Mendapat review 4.4/5.0 bintang dan mendapat ulasan baik berkenaan kakitangan yang mesra dan lokasi yang bagus.

Teh Gemalai Village Hotel Kid Friendly Di Langkawi

Alamat The Gemalai Village: The Gemalai Village: Laman Padi, Jalan Pantai Cenang, 07000 Langkawi, Kedah
No Telefon: 04-955 3225

5. The Cottage Langkawi

Berdekatan dengan akuarium Underwater World Langkawi dan hanya 5 minit berjalan kaki dari Pantai Cenang. Rumah tamu desa yang sesuai untuk mereka yang mencari penginapan yang tenang dan selesa di Langkawi serta good value for money. 

Mendapat review 4.0/5.0 bintang di Google dan mendapat ulasan yang bagus berkenaan lokasi strategik, dan berdekatan pusat membeli-belah dan restoran. Ia berbaloi untuk datang semula ke sini.

Senarai 10 Hotel Kid Friendly Di Langkawi


Alamat The Cottage Langkawi: No 8, Kampung Haji Saad, Jalan Pantai Chenang, 07000 Langkawi, Kedah
No Telefon: 017-500 0262

6. G Langkawi Motel

Ramai yang syorkan untuk stay di G Langkawi Motel kerana biliknya yang luas. Sesuai untuk mereka yang bercuti bersama keluarga. Walaupun lokasi yang agak jauh dari bandar tapi jangan risau sebab kemudahan seperti pasar raya 24 jam dan kedai makan ada berdekatan. 

Boleh jalan kaki je. Salah satu sebab G Langkawi Motel mendapat review yang bagus adalah kerana kakitangan yang mesra pelanggan, penginapan yang bersih serta tempat letak kereta yang luas.


Senarai 10 Hotel Kid Friendly Di Langkawi

Alamat G Langkawi Motel: Lot 403 (Plot C), Kampung Kelibang, Kuah, 07000 Langkawi, Kedah
No Telefon: 04-966 6001

7. Langkawi Anjung Villa

Chalet yang sesuai untuk mereka yang sukakan privasi dan jauh dari kesesakan. Pemandangan sawah padi dan ada kolam renang. 

Boleh tempah Grab untuk korang yang malas nak drive.
Mendapat review 4.3/5.0 bintang dan mendapat lebih dari 100 ulasan baik di Google. Harga yang ditawarkan juga berpatutan.


Senarai 10 Hotel Kid Friendly Di Langkawi


Alamat Langkawi Anjung Villa: 1243, Jalan Batu Belah Batu Bertangkup, Kampung Bukit Lembu, 07000 Langkawi, Kedah
No Telefon: 012-470 9045

8. Chalet TM3, Langkawi

Chalet TM3, Langkawi sesuai untuk mereka yang pentingkan bajet dan berhadapan dengan sawah padi. Homestay juga tawarkan perkhidmatan kereta sewa jadi tak payah susah payah nak cari kereta sewa.

Menyediakan kemudahan asas yang berbaloi dengan duit anda. Mendapat review4.2/5.0 bintang yang tinggi hasil dari review mereka yang pernah menginap di sini.

Challet TM3 Hotel Kid Friendly Di Langkawi


Alamat Chalet TM3, Langkawi: Jalan Kedawang, Kampung Kedawang, 07000 Langkawi, Kedah
No Telefon: 012-464 9091

9. Salsa Resort

Lokasi resort yang berdekatan dengan Pantai Cenang jadi tak perlu risau tentang mencari tempat makan dan membeli cenderamata. 

Disediakan tempat letak kereta, penginapan bersih dan kakitangan yang sopan dan membantu. Pihak resort menyediakan water dispenser di setiap tingkat resort untuk memudahkan pelanggan.

Salsa Resort Malaysia Hotel Kid Friendly Di Langkawi

Alamat Salsa Resort: Malaysia, 07000 Langkawi, Kedah
No Telefon: 04-955 6168


10. Penarak Bamboo Beach Motel

Jika anda mementingkan tempat penginapan yang tenang, apa kata anda cuba menginap di Penarak Bamboo Beach Motel. 

Rasai pengalaman indah sarapan pagi di depan resort dengan pemandangan alam semulajadi menakjubkan.

Lokasi yang agak terpencil memberikan anda ruang privasi dan semestinya pemandangan kampung nelayan yang mewujudkan rasa tenang. 

Penarak Bamboo Beach Motel juga menyediakan kolam renang untuk para pelanggan.

Senarai 10 Hotel Kid Friendly Di Langkawi

Alamat Penarak Bamboo Beach Motel: Lot 85, Kampung Penarak, Kuah, 07000 Langkawi, Kedah
No Telefon: 04-966 6194



Sekian sahaja perkongsian aku tentang senarai 10 Hotel Kid Friendly Di Langkawi. Diharap sedikit sebanyak dapat membantu korang buat keputusan dekat mana nak menginap bila datang bercuti di Langkawi. Dah penat berjalan dan shopping mesti nak balik berehat dalam bilik yang selesa kan?


Sedikit tip kalau nak bercuti dengan aman dan tak mahu terlepas harga hotel yang murah di Langkawi kena rancang dan tempah lebih awal.

Aku dulu pernah tempah setahun awal sebab nak lock harga. Semoga dapat mencipta kenangan manis semasa bercuti ke Langkawi bersama keluarga.

Selamat bercuti! 



Credit  Image: Agoda